You are on page 1of 11

KRONOLOGI

SIRAH RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM

Disediakan oleh:

Mohd Rawizal b. Mohd Nawi Fakulti Syariah Wal-Qanun (Syariah Islamiah)

Ahmad Muhaimin b. Mustapha Kuliah Perubatan Universiti Kaherah

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬

‫الحمد هلل والصالة والسالم على رسول اهلل وعلى آله وأصحابه ومن‬
‫نصره ووااله‬
1.0 BIOGRAFI

Nama :

Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam bin 'Abdullah bin 'Abdul Mutalib bin
Hasyim bin 'Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai
bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin
Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin 'Adnan.

Bapa :

Abdullah bin Abdul Mutalib

Ibu :

Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab

Tarikh lahir :

Isnin, 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah (pendapat masyhur). Pendapat yang rajih
pada 9 Rabi'ul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi.

Status :

Anak yatim, kematian bapa semasa 2 bulan dalam kandungan. Ibunya wafat
semasa berumur 6 tahun.

Isteri-isteri :
1. Khadijah binti Khuwailid Radhiallahu 'Anha
2. Saudah binti Zam'ah Radhiallahu 'Anha

3. 'Aisyah binti Abu Bakar Radhiallahu 'Anhuma

4. Hafsah binti Umar Radhiallahu 'Anhuma

5. Zainab binti Khuzaimah Radhiallahu 'Anha

6. Ummu Salamah, Hindun binti Abu Umayyah Radhiallahu 'Anha

7. Zainab binti Jahsy Radhiallahu 'Anha

8. Juwairiyah binti Harith Radhiallahu 'Anha

9. Ummu Habibah, Ramlah binti Abu Sufyan Radhiallahu 'Anhuma

10. Shafiyyah binti Huyai bin Akhtab Radhiallahu 'Anha (Banu Nadir
keturunan Nabi Harun)
11. Maimunah binti Harith Radhiallahu 'Anha

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Semua isteri Nabi Sallallahu 'Alaihi


Wasallam janda semasa dikahwini kecuali Aisyah Radhiallahu 'Anha.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam


meninggalkan 9 orang isteri setelah kewafatannya.

Surriyyah <!--[if !supportFootnotes]-->[1]<!--[endif]--> : (Hamba yang


disediakan tempat kediaman untuknya. Mukhtar Al-Sihah.)

1. Mariah binti Syam'uun Radhiallahu 'Anha (Hadiah raja Mesir,


Muqauqis)
2. Raihanah binti Zaid Radhiallahu 'Anha (Tawanan perang yang masuk
Islam, dibebaskan dan berkahwin dengan Nabi Sallallahu 'Alaihi
Wasallam, dari Banu Nadhir)

Zuriat :

1. Qasim Radhiallahu 'Anhu (menyebabkan baginda Sallallahu 'Alaihi


Wasallam digelar Abul Qasim)
2. Zainab Radhiallahu 'Anha

3. Ruqayyah Radhiallahu 'Anha

4. Ummu Kalthum Radhiallahu 'Anha

5. Fatimah Radhiallahu 'Anha


6. Abdullah Radhiallahu 'Anhu (digelar sebagai at-Taiyib dan at-Tahir)

7. Ibrahim Radhiallahu 'Anhu.

 Semuanya daripada Khadijah Radhiallahu 'Anha kecuali Ibrahim


Radhiallahu 'Anhu daripada Mariah Al-Qibtiyyah Radhiallahu 'Anha.
 Semua anak-anak Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam wafat sewaktu
hayat baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam kecuali Fatimah Radhiallahu
'Anhu.
 Semua anak lelaki wafat sewaktu kecil lagi.

2.0 PERISTIWA PENTING DARI KELAHIRAN HINGGA DIANGKAT MENJADI


RASUL.

Bersambung di siri yang ke-2


Perjalanan sirah Nabi Muhammad S.A.W menempuh satu tempoh perjalanan yang
panjang. Sejak dari peristiwa sebelum kelahiran Nabi diatas muka bumi lagi telah
tercatat catatan sirah perjalanan Baginda. Sirah baginda mesti dikaji bagi setiap muslim
dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin
islam itu semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah itu sendiri. Gambaran dan
anggapan ini akan timbul dan wujud setelah seseorang muslim itu dapat memahami
dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam itu
satu bersatu. Dengan tertulisnya kronologi sirah Rasulullah ini sedikit sebanyak
membantu kita memahami peribadi Nabi Muhammad menerusi penghidupan dan
suasana hidup baginda sendiri. Selain itu memberi gambaran sirah Nabi Muhammad
sejak dilahirkan sehingga Baginda wafat seterusnya membentangkan kepada kita
perjalanan hidup Nabi Muhammad mengikut perkiraan tahun masihi dan hijrAH.

1. Tahun 569 Masihi : Meninggalnya Ayah Baginada, Abdullah


Pada tahun ini bapa Baginda Nabi Muhammad telah meninggal dunia, Baginda adalah
anak yatim ketika dilahirkan, ayahandanya wafat ketika baginda baru dua bulan dalam
kandungan ibunya Aminah.

2. Tahun 570 Masihi, Tanggal kelahiran Nabi Muhammad (perkiraan), 20 April


Baginda dilahirkan pada tahun gajah, iaitu tahun dimana Abrahah al-Asyram telah
melanggar masuk ke kota Mekkah dalam percubaan hendak menawan dan
memusnahkan Kabbah. Mengikut pendapat yang paling hamper dengan kenyataan,
baginda telah dilahirkan pada hari isnin tanggal 12 haribulan Rabi’ul Awal.

3. Tahun 576 Masihi, Meninggalnya ibu Baginda, Aminah


Bondanya telah wafat ketika baginda berusia 6 tahun. Ini membawa baginda menjadi
seorang yatim piatu. Dengan itu maka datuknya pula yang mengambil peranan mendidik
Rasulullah tetapi tidak berape lame kemudian datuknya pula meninggal dunia, masa itu
baginda berusia 8 tahun dan dipelihara oleh bapa saudaranya pula Abu Talib.

4. Tahun 583 Masihi, Perjalanan pertama ke negeri Syam.


Pada usia Nabi 12 tahun bapa saudaranya Abu Talib telah membawanya bersama-
sama ke negeri Syam ( Syria ) ketika mereka sampai ke tempat yang bernama Basra
mereka telah bertemu dengan seorang paderi yang bernama “Buhaira” seorang yang
bijak mengenai kitab injil dan agama Nasrani (Kristian) beliau memerhatikan Nabi
Muhammad dan bertanya kepada Abu Talib adakah budak yang bersama kamu adalah
anakmu, maka jawab Abu Talib ia adalah anakku, oleh kerana Abu Talib terlalu
menyayangi Nabi Muhammad maka beliau telah mengakui Nabi adalah anaknya. Lalu
tertanya Buhaira lagi, mustahil ini adalah anak kamu sedangkan bapanya telah wafat,
lalu barulah Abu Talib mengakui bahawa Nabi Muhammad bukan anak nya tetapi
adalah anak saudaranya dan memberitahu bahawa Nabi adalah seorang yatin piatu,
paderi itu menambah, memang benar apa yang engkau ceritakan kerana segala-
galanya tercatat dalam injil dan disini ingin saya member nasihat iaitu supaya segeralah
engkau membawanya pulang sebab kalaulah ternampak oleh puak-puak orang yahudi
mereka akan mengancam nyawanya kerana anak saudaramu ini dimasa hadapan nanti
akan membawa suatu khabar yang besar dan agung, maka Abu Talib pun bersegera
pulang ke Mekah bersam Rasulullah s.a.w.

5. Tahun 595 Masihi, Bertemu dan menikah dengan Khadijah


Mengikut apa yang diceritakan oleh Ibnu Athir dan Ibnu Hisyam bahawa Khadijah
adalah seorang saudagar yang mahsyur pada masa itu, ramai orang-orang arab di
masa itu meminjam sebahagian daripada hartanya itu sebagai modal perniagaan
mereka.
Bila mana khadijah mendengar khabar tentang Nabi Muhammad yang mulia dan akhlaq
yang terpuji itu lalu ia terus mempelawa Nabi Muhammad supaya menjalankan usaha
perniagaan dengan hartanya dan sanggup member untung lebih dari apa yang pernah
diberikan oleh orang lain. Dalam usaha menjalankan urusan perniagaan barangan
Khadijah itu, Baginda diiringi oelh seorang budak suruhan Khadijah yang bernama
Maisarah. Tawaran itu telah diterima oleh Nabi dengan rea hati dan ikhlas. Baginda
terus belayar bersama budak suruhan yang bernama Maisarah itu ke negeri Syam.
Dalam perniagaan itu Baginda telah mendapat untung yang banyak dana berlipat
ganda. Bila baginda pulang menemui Khadijah dengan keuntungan yang diperolehi,
Baginda terus menyerahkan hasil keuntungan tersebut kepada Khadijah. Semasa di
Syam, Maisarah telah melihat dengan mata kepalanya sendiri dan tertawa dengan budi
pekerti baginda Nabi Muhammad yang mulia dan segala-galanya it uterus diceritakan
kepada Khadijah. Khadijah sungguh tertawa dengan sifat amanah dan budi pekertinya
yang tinggi dan lebih menghairankan lagi ialah kelabaan dan kelebihan yang
diperolehinya dengan berkat baginda.
Dengan perantaraan Nafsiah binti Manbah, Khadijah telah menawarkan dirinya kepada
Nabi Muhammad untuk menjadi teman hidupnya yang halal. Tawarannya tadi tlah
disambut baik oleh Muhammad dan dengan tidak membuang masa, baginda terus
menyatakan hasrat hatinya yang mulia itu kepada bapa-bapa saudaranya Amru bin
Asad. Maka perkahwinan pun dilangsungkan dengan selamatnya. Di kala itu Baginda
berusia 25 tahun dan Khadijah berusia 40 tahun.

6. Tahun 610 Masihi,Wahyu pertama turun: Makkah


Daripad Aisyah Ummil Mu’minin dikhabarkan bahawa ia telah berkata :
Permulaan wahyu yang dimulakan kepada Rasulullah ialah mimpi yang baik lagi benar
di dalam tidur, maka tiadalah junjungan bermimpi satu mimpi melainkan datangnya
mimpi itu seperti cahaya subuh. Kemudian disukakan kepadanya berkhalwat berasing
diri. Junjungan berkhalwat di Gua Hira’ dan beribadat didalamnya, iaitu beribadat
didalam masa beberapa malam.
Malam itu ialah suatu malam di dalam bulan Ramadhan, bertepatan pula pada malam
Lailatul Qadar, ketika Baginda sedang baring terdengar satu suara menggema
datangnya yang mengatakan ‘Iqra’ lalu jawab nabi Muhammad aku tidak boleh
membaca, keudia Baginda merasakan seperti orang mendakapnya, hamper sahaja
Baginda lemas dalam dakapan dan kedengaran sekali lagi suara tersebut sehingga 3x
diulangkan perkataan tersebut. Lalu Malaikat yang diperintahkan Allah untuk memimpin
Muhammad terus membaca ayat Iqra tersebut.

7. Tahun 610 Masihi, Ditunjuk sebagai Nabi: Makkah


Sekembalinya nabi dari Gua Hira’ dalam keadaan ketakutan dan menggigil lalu Baginda
meminta isterinya Khadijah untuk menyelimutkannya, lalu baginda menceritakan apa
yang berlaku terhadapnya. Semasa Baginda sedang berehat, Khadijah pergi kerumah
Waraqah bin Naufal anak bapa saudaranya untuk menceritakan apa yang berlaku
kepada suaminya. Waraqah adalah seorang yang alim dan mempelajari Taurat dan Injil,
lalu katanya setelah diceritakan oleh Khadijah yang dating pada nabi Muhammad adalah
Malaikat Jibril dan sesungguhnya suamimu adalah seorang Nabi

8. Tahun 613 masihi, Memulai menyebarkan Islam kepada umum: Makkah


Pada tahun ini nabi Muhammad telah memulakan tugas yang dipertanggunjawabkan
kepadanya iaitu berdakwah secara sulit. Ia dijalankan secara sulit agar kafir Quraisy
tidak terperanjat dengan seruannya kerana mereka fanatik dengan penyembahan
berhala.

9. Tahun 614 Masihi, Mendapatkan Pengikut:


Setelah usaha dakwah dilakukan secara sulit, maka terhasillah pengikut-pengikut nabi
yang menerima seruan yang disampaikan nabi Muhammad,antara orang yang terawal
menerima seruan nabi ialah :
• Sayyidatian Khadijah
• Ali bin Abi Talib
• Zaid bin Harithah
• Abu Bakar bin Quhafah
• Uthman bin Affan
• Al-Zubir bin Awwam
• Abdul Rahman Auf
• Saad bin Waqqas

10. Tahun 615 Masihi, Hijrah pertama ke Habsyah


Setelah Rasulullah sendiri melihat penyeksaan demi penyelsaan yang dilakukan oleh
pihak Quraisy terhadap orang-orang Islam, Baginda sendiri tidak dapat melindungi
mereka lalu Baginda sendiri mengemukalan cadangan agar mereka berhijrah ke
Habsyah (Ethiopia) kerana raja di Negara itu tidak kejam dan zalim. Antara mereka yang
turut dalam penghijrahan tersebut ialah : Uthman bin Affan dan isterinya Ruqaiyah putrid
Rasulullah, Abu Huzaifah berserta isterinya, Al-Zubir bin Al-Awwam

11. Tahun 619 Masihi, Tahun kesedihan: Khadijah dan Abu Thalib meninngal
Kemangkatan Siti Khadijah isteri Rasulullah dan Abu Talib bapa saudaranya di tahun
kesepuluh selepas kebangkitan dan pengutusannya sebagai Rasul, merupakan saat
yang paling pahit ditempoh oleh Rasulullah. Ibnu Sa’ad menceritakan: bahawa selepas
sebulan lima hari dari kematian Khadijah maka Abu Talib pula turut wafat. Khadijah
seperti mana yang diterangkan oleh Ibnu Hisyam adalah meneri kebenaran dan
kepercayaan bagi Islam, di mana Rasulullah mengadu hal perihal dirinya, dan
khadijahlah orang yang menghiburkan dan menghilangkan kedukaan Rasulullah,
sedangkan Abu Talib pula adalah pembantu dan penolongnya membantu untuk
menghalang pencerobohan kaumnya.

12. Tahun 620 Masihi,Isra’ dan Mi’raj


Dimaksudkan dengan isra’ disini ialah perjalanan yang mulia lagi bersejarah dari Masjid
Al-Haram di Makkah ke Masjid Al-Aqsa di Al-Quds di Palastin, adapun Mi’raj pula ialah
peristiwa naik kelapisan langit teringgi dimana Nabi Muhammad telah bertemu dengan
Allah dan peristiwa itu berlaku dalam semalam sahaja.

13. Tahun 621 Masihi Bai’at Aqabah pertama


Islam mula berkembang di Madinah sekitar tahun ini, sekumpulan orang Ansar pun tiba
seramai 12 orang lelaki bertemu di Al-Aqabah. Pertemuan ini dikenali sebagai Al-
Aqabah Al-Ula atau Aqabah pertama. Perjanjian pun dimeterai seperti perjanjian wanita
juga (perjanjian yang tidak melibatkan soal peperangan dan jihad) diantara mereka itu
ialah :
• As’ad bin Zurarah
• Rafia’ bin Malik
• Ubadah bin Al-Samit
• Abu Al-Haitham bin Al-Tihan

14. Tahun 622 Masihi Bai’at Aqabah kedua


Menurut Muhammad bin Ishak yang diriwayahkan dari Kaab bin Malik katanya : kami
telah berjanji dengan Rasulullah untuk bertemu di Al-Aqabah pada hari Tasriy. Selepas
selesai kami mengerjakan Haji dan tepat pada malam yang telah kami janjikan itu, kami
pun tidur bersama-sama keluarga dan barang-barang kami. Bila sampai sepertiga
malam kami pun keluar dari kediaman menuju ke tempat yang dijanjikan untuk menemui
Rasulullah. Keluar dengan perlahan-lahan bersembunyi seperti burung qata sehingga
kami bertemu kesemua berjumlah 70 orang lelaki dan 2 orang perempuan keluarga
kami iaitu Nasibah binti Kaab dan Asma’ binti Amru bin Adiy.

15. Tahun 622 Masihi, Hijrah ke Madinah (Awal hijrah )


Sokongan dan pertolongan yang diberikan penduduk Yathrib merupakan tamparan
hebat yang cukup memalukan para pemimpin Quraisy di Mekah. Kejadian ini membuat
mereka semakin menganiaya kaum muslimin yang berada di Mekah. Para sahabat yang
semakin tidak tahan menanggung siksaan itu dating brtemu Nabi meminta izin untuk
berhijrah. Akhirnya setelah berfikir beberapa hari, nabi menyuruh mereka berhijrah ke
Yathrib berperingkat-peringkat.

16. Tahun 624 Masihi, Pertempuran Badar ( 2 H )


Pada 17 ramadhan tahun ke-2 hijrah telah tercetusnya peperangan badar yang
berpunca dari sekatan yang dilakukan Nabi Muhammad keatas rombongan Quraisy
yang besar menuju ke Syam untuk mengambil kembali harta rampasan yang telah di
ambil oleh pihak Quraisy dari orang muslimin di Mekah satu ketika dahulu, ketua
dagangan Quraisy yang dipimpin oleh Abu Sufian membawa 950 orang tentera, 100
ekor kuda dan 700 ekor unta untuk menghadapi Nabi . Dengan kekuatan seramai 313
orang dari pihak muslimin maka peperangan tercetus di lembah Badar. Kemenangan
berpihak kepada tentera muslimin
17. Tahun 625 Masihi, Pertempuran Uhud (3 H )

Apa yang menimpa Quraisy semasa di Badar sangat dirasai hingga kini, lalu dengan
harta yang berbaki dengan mereka, mereka golongan Quraisy telah bertekada untuk
menyusun tetera bagi memerangi tentera islam, pihak Quraisy dapat mengumpul orang-
orangnya seramai 3000 orang yang turut disertai oleh Al-Ahabisy iaitu sekutu kepada
bani Al-Mustholiq dan bani al-Hun bin Khazimah. Nabi mendapat berita tentang
kemaraan tetera musyrikin melalui surat yang dihantar oleh bapa saudaranya Al-Abbas
bin Mutalib, lalu nabi bersiap siaga mengumpul bala tentera pihak muslimin. Dengan
takdir Allah kaum muslimin hamper kalah dalam pertempuran uhud ini kerana tidak
mengikut arahan yang dikeluarkan nabi kepada tentera berpanah yang duduk diatas
bukit uhud dari turun mengambil harta ghanimah yang ditinggalkan

18. Tahun 627 Masihi,Pertempuran Khandak-Ahzab ( 5 H )


Islam telah berkembang pesat di Madinah, dengan perkembangan Islam itu penduduk
Madinah menjadi lebih kuat, kaum Yahudi tidak senang duduk, lalu mereka bercadang
untuk membunuh nabi, laklu mereka menyusun langkah bertemu dengan pimpinan
Quraisy di Mekah. Oleh itu Quraisy dan pengikut-pengikutnya telah membuat persiapan.
Mereka diketuai oleh Abu Sufian membawa panji-panji dan bilangan mereka ialah 4000
orang, 300 ekor kuda dan 1500 ekor unta. mereka juga dibantu oleh bani-bani lain yang
jumlah bilangan mereka ialah 10000 berbanding dengan tentera muslimin yang hanya
sekitar 3000 orang sahaja. Tetapi dengan stratergi yang disusun oleh nabi sebagai
contoh menggali parit di sekitar Madinah membuahkan kejayaaan kepada tentera
muslimin dalam peperangan tersebut.

19. Tahun 628 Masihi, Perjanjian Hudaybiyah ( 6 H )


Renteten dari peperanga yang dilalui oleh kaum Quraisy mereka merasa takut dan
menghantar Suhail bin Amru untuk berbincang mengenai perjanjian damai, maka
termetrailah satu perjanjian damai yang dipanggil perjanjian Hudaibiyyah, antara isi
perjanjian tersebut ialah :
• Gencatan senjata di antara Quraisy dan Muslimin selama 10 tahun
• Orang Quraisy yang pergi mendapatkan orang islam hendaklah dikembalikan, dan
orang islam yang pergi mendapatkan orang Quraisy tidak perlu dikembalikan
• Nabi tidak boleh mengerjakan umrah pada tahun ini melainkan tahun hadapan
• Sesiapa orang Quraisy yang ingin bergabung dengan nabi dibolehkan.

20. Tahun, 628 masihi pertempuran khaybar ( 7 H )


Pada tahun ini nabi mengarahkan muslimin supaya bersedia untuk menyerang orang-
orang Yahudi yang tinggal di Khaibar. Nabi keluar menuju ke Khaibar setelah melantik
Siba’ bin Urfuthoh al-Ghifari sebagai penggantinya di Madinah. Isteri Baginda yang turut
menyertai peperangan ini ialah Ummu Salamah. Nabi yang melantik Ali bin Abu Talib
mengepalai tetera muslimin berjaya mencapai kemenangan dan menawan kubu kuat
kaum Yahudi.

21. Tahun 629 Masihi, Pertempuran Mu’tah ( 8 H )


Peperangan ini berlaku diatas tuntut bela keatas kematian Al-Harith bin Umar Al-Azdiyy,
utusannya ke Basra. Baginda melantik Zaid bin Hariithah sebagai ketua dan berpesan :
sekiranya Zaid terbunuh, maka Jakfar akan menggantinya dan sekiranya Jakfar
terbunuh maka yang menggantikkannya ialah Abdullah bin Rawahah. Tentera muslimin
menghadapi hentangan sengit di kerana mereka bergabung dengan bala tentera Rom
yang beragama Nasrani. Ketiga-tiga pemimpin yang diutuskan nabi telah mati syahid di
pertempuran mu’tah, didalam kekalutan tentera muslimin yang kehilangan pemimpin
maka muncul pedang Allah iaitu Khalid al-Walid mengambil tempat sebagai ketua bagi
kaum muslimin. Maka berbekalkan kemahiran yang ada padanya yang mahir dengan
strategi peperangan tentera islam diberi kemenangan oleh Allah.

22. Tahun 630 Masihi, Pembukaan Kota Makkah ( 8 H )


Hasil dari perjanjian Hudaibiyyah yang telah dipersetujui bersama di antara Rasulullah
dan kaum Quraisy itu dipatuhi oleh kedu-dua pihak, tidak lama kemudian nabi
memerintahkan kaum muslimin untuk bersiap sedia untuk berangkat ke Mekah, seramai
10000 orang muslimin mengikut nabi ketika itu. Kaum muslimin yang berjumlah 10000
rang itu menyalakan api dipinggir khemah masing-masing. Mereka duduk di dalam
khemah sambil berzikir dan bertasbih. Lalu abu sufiyan terpandang nyalaan unggun api
itu dengan rasa terkejut melihat satu nyalaan yang banyak. Takkala perasaan cemas
menyelubungi Abu Sufian dengan keadaan Mekah keesokan harinya lalu bertemu
Abbas untuk menyatakan pendapatnya. Lalu dengan nasihat dari Abbas, Abu Sufian
telah menyatakan keislamnnya.

23. Tahun 630 Masihi, Pertempuran Hunain ( 8 H )


Dengan pembukaan kota Makkah itu berkecailah kerajaan berhala, dan semua orang
arab tunduk kepada Islam dan mereka memeluk Islam beramai-ramai. Tetapi terdapat
dua kabilah yang masih berdegil den diresapi oleh semangat jahiliyyah iaitu Hawazin
dan Thaqif. Lalu mereka mengatur rancangan untuk memerangi rasulullah dan melantik
Malik bin Auf al-Nasri sebagai ketua. Apabila Rasulullah mengetahui berita tersebut
seramai 12000 orang tentera keluar bersama Rasulullah, orang muslimin yang bangga
dengan ramainya mereka hampir kalah dalam pertempuran ini dengan tipu muslihat
yang dilakukan oleh pihak musuh. Walaupun begitu, dengan kebijaksanaan nabi
menguruskan barisan tentera perang akhirnya berjaya merai kemenangan dalam
peperangan tersebut.

24. Tahun 632 Masihi, Pertempuran Tabuk ( 9 H )


Peperangan yang terakhir disertai Nabi ini adalah disebabkan Rom telah
mempersiapkan tentera untuk memerangi Madinah, dalam peperangan ini Nabi sendiri
mengarahkan muslim yang kaya menyerahkan harta bagi membantu tentera muslimin
ini kerana peperangan ini terjadi semasa keadaan yang agak susah dan tiada
kelengkapan serta banyak kesulitan yang dihadapi tentera Islam. Dikhabarkan seramai
30 000 orang menyertai Nabi dalam peperangan ini, peperangan yang berlaku di Syam
itu akhirnya berpihak kepada tentera Islam walaupun ia dibayar dengan harga dan
pengorbanan yang tinggi oleh para sahabat. Nabi yang selama ini merahsiakan
perjalanan sesuatu peperangan memberitahu perjalanan peperangan ini
menggambarkan kesukaran yang dihadapi oleh tentera muslimin.

25. Tahun 632 Masihi, Haji Wada’ ( 10 H )


Pada tahun ini, Rasulullah mengerjakan haji wada’ bersama-sama orang ramai. Itulah
haji selamat tinggal kepada muslimin. Itulah juga satu-satunya ibadat haji yang
dilakukan oleh Rasulullah. Baginda keluar mengerjakan haji pada 5 zul qaedah dan
melantik Abu Dujanah al-Anasari sebagai penggantinya di Madinah. Bilangan yang
mengikuti Rasulullah mengerjakan haji menjangkau 90 000 orang. Rasulullah s.a.w
berihram haji ketika manaiki tunggangannya kemudia bertabliah

26. Tahun 632 Masihi, Meninggal (8 Juni): Madinah ( 10 H )


Pada tahun ini, adalah tahun wafatnya penghulu segala anbia, waktu dhuha Baginda
wafat. Peristiwa ini berlaku pada hari Isnin 13 Rabi’al-Awwal tahun 10 H denagn usia
Baginda 63 tahun 3 hari berdasarkan tahun hijrah 61 tahun 84 hari berdasarkan tahun
Masihi. Sahabat yang amat merasai pemergian Baginda adalah Umar al-Khotob yang
mengatakan sambil menghunuskan pedangnya , barang siap yang mengatakan Nabi
wafat akan aku potong tangan dan kakinya, lalu Abu Bakar pun datang menenangkan
beliau dengan mengatakan nabi benar-benar telah wafat.

PENUTUP

Daripada kronologi yang dipaparkan dapatkah kita mengetahui dengan lengkap dan
terperinci berhubung dengan kehidupan insane mulai baginda Nabi Muhammad s.a.w
manusia paling mulia dan teragung yang mendapat pujian dan sanjungan seluruh dunia
menjadi sebutan ramai dan merupakan sauatu kepercayaan umat Islam. Beliau idola
umat. Segala peristiwa dan kejadian yang dialami, bermula dari awal kelahirannya
sehingga tarikh kemangkatan beliau, semuanya tercatat disini, meliputi tanah tumpah
darahnya, sejarah bangsa arab sebelum kelahirannya, keturunan baginda, keajaiban
yang mengiringi kelahirannya, siri-siri perjuangan belaiu, sejarah sebagai seorang
pengembala, perkahwinan dan rumah tangganya, sejarah kerasulannya, sejarah
pemelukan Islam pertama, tamatnya penurunan wahyu, misi dakwah, pandangan kaum
Quraisy terhadap mukjizat Al-Quran, penghijrahan dan banyak lagi sehingga
kemangkatan Baginda telah tercatat dilembah sejarah. Seharusnya kita mengambil
iktibar dan panduan hidup berpandukan sirah yang nabi tinggalkan dalam menjalani
hidup sebagai hamba dan khalifah diatas muka bumi ini.

You might also like