You are on page 1of 16

klinik kesusasteraan melayu spm

WEDNESDAY, JULY 29, 2009

latih tubi 1

Soalan Esei

5. Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikut:

Ayu Zahira mengenang diri, sepuluh tahun dulu, waktu menjadi simpanan ulung,
adakah begitu situasinya? Adakah begitu ketulan daging dan tulang yang masih
lembik dibalut kulit. Dan dia mendengar bisik-bisik simpanan baru ini dari
timbunan kertas-kertas yang menjadi calon pembakaran.
Kenangan itu memecah dasar seketul daging berwarna merah kehitaman,
mencuit rasa hiba dan nostalgia pilu.
(Dipetik daripada cerpen Ayu Zahira Masih
Di Sini, Karya Siti Aisah Murad)

a) Nyatakan stail penulisan dalam petikan di atas.


(10 m)
b) Jelaskan amanat yang terdapat dalam cerpen tersebut.
(10 m)
6. Berdasarkan novel Restu karya Ismail Kassan.

“Pengarang berjaya memaparkan pelbagai nilai kemasyarakatan dengan


berkesan”

(a) Huraikan pernyataan tersebut dengan mengemukakan contoh-contoh yang


sesuai.
(12 m)
(b) Nyatakan mesej yang ingin ditonjolkan oleh pengarang dalam novel tersebut.
(8 m)
Skema Jawapan

5 (a) (i) Stail penulisan – menggunakan teknik imbas kembali 1 m


Contoh : Ayu Zahira mengenang diri, sepuluh tahun dulu 1 m
(ii) Perlambangan 1 m
Contoh : simpanan ulung 1 m
(iii) Kata ganda 1 m
Contoh : bisik-bisik 1 m
(iv) Repetasi 1 m
Contoh : dan 1 m
(v) Metafora 1 m
Contoh : calon pembakaran 1 m
(vi) Hiperbola 1 m
Contoh : seketul daging berwarna merah hitam 1 m
(vii) Penggunaan ayat panjang 1 m
Contoh : Dan dia mendengar .........calon pembakaran 1 m
[Maksimum : 10 m]

(b) (i) Kita hendaklah bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan 2 m
(ii) Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan 2 m
(iii) Kita janganlah membuang zuriat yang telah dikurniakan oleh Tuhan 2 m
(iv) Kita hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab sesama insan 2 m
(v) Kita hendaklah menjauhi perkara-perkara yang dilarang 2 m
(vi) Kita hendaklah menyayangi antara satu sama lain 2 m
[Maksimum : 10 m]

6 (a) (i) Kerjasama 1 m


Contoh : Majlis pelancaran Kempen Kemajuan Kampung 1 m
(ii) Muafakat 1 m
Contoh : Mengadakan perjumpaan di balai raya untuk menyelesaikan
masalah geran tanah 1 m
(iii) Penyayang 1 m
Contoh : Keluarga Pak Usop menyayangi Yazid dan Ikram seperti
keluarga sendiri 1 m
(iv) Hormat-menghormati 1 m
Contoh : Yazid menghormati pandangan dan nasihat Pak Usop 1 m
(v) Menyeleweng kuasa 1 m
Contoh : Tok Leman sebagai penghulu menggunakan wang masyarakat
untuk tujuan diri sendiri 1 m
(vi) Suka menyebar fitnah 1 m
Contoh : Yazid difitnah cuba membunuh Tok Leman 1 m
(vii) Anti pembangunan 1 m
Contoh : Rozali dan konco-konconya mencuri dan merosakkan
peralatan untuk tujuan pembinaan kunci air 1 m

(v) Prihatin 1 m
Contoh : Cikgu Maimunah/Cikgu Rahman membantu Ikram menjelaskan
yuran sekolah 1 m [Maksimum : 12 m]

(b) (i) Kita hendaklah membantu mereka yang memerlukan 1 m


Contoh : Cikgu Maimunah membantu Ikram 1 m
(ii) Kita hendaklah muafakat dalam menyelesaikan masalah 1 m
Contoh : Yazid, Pak Usop dan orang-orang kampung mengadakan
perjumpaan di balai raya untuk menyelesaikan masalah geran
tanah 1 m
(iii) Kita hendaklah menghormati nasihat atau pandangan orang yang lebih
tua daripada kita dalam neghadapi sesuatu situasi atau membuat
keputusan 1 m
Contoh : Yazid menghormati nasihat Pak Usop agar meminta maaf
kepada Tok Leman setelah berlaku pergaduhan 1 m
(iv) Kita janganlah menyalahgunakan kuasa yang telah diamanahkan 1 m
Contoh : Tok Leman menggunakan wang orang kampung yang telah
diamanahkan kepadanya untuk mendapatkan geran tanah 1 m
(v) Kita janganlah suka menabur fitnah kerana kesannya boleh merosakkan
masyarakat 1 m
Contoh : Yazid difitnah cuba membunuh Tok Leman hingga
menyebabkan dia terpaksa melarikan diri meninggalkan
keluarga dan kampung 1 m
(vi) Kita janganlah menjadi penghalang kepada pembangunan di kampung 1 m
Contoh : Rozali dan konco-konconya telah mencuri simen dan
merosakkan peralatan untuk projek pembinaan pintu air 1 m
[Maksimum : 8 m]
Skema Jawapan
5. (a)
• menggunakan teknik imbas kembali. Contoh Ayu Zahira mengenang diri,
sepuluh tahun dulu.
• Perlambangan. Contoh simpanan ulung.
• Kata ganda. Contoh bisik-bisik.
• Repetasi. Contoh dan.
• Metafora. Contoh calon pembakaran.
• Hiperbola. Contoh kenangan itu memecah dasar seketul daging berwarna
merah.
• Penggunaan ayat panjang. Contoh dan dia mendengar.....calon pembakaran.

Maksimum 10 markah
(b)Satu isi 2 markah
• Kita hendaklah bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah.
• Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan.
• Kita janganlah membuang zuriat yang telah dikurniakan oleh Alah.
• Kita hendaklah mempunyai rasa tanggungawab sesama insan.
• Kita hendaklah menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh agama.
• Kita hendaklah menyayangi antara satu sama lain.

Maksimum 10 markah.
6. (a)
• Kerjasama. Contohnya, masyarakat kampung penarik bekerjasama
menjayakan majlis pelancaran kempen kemajuan kampung.
• Muafakat. Contohnya, masyarakat kampung mengadakan perjumpaan di balai
raya untuk menyelesaikan masalah geran tanah.
• Penyayang. Contohnya, keluarga pak usop menyayangi Yazid dan Ikram
seperti keluarganya sendiri.
• Hormat menghormati. Contohnya, Yazid menghormati pandangan dan nasihat
Pak Usop.
• Perihatin. Cthnya Cikgu Maimunah membantukan Ikram menyelesaikan yuran
sekolah.
• Menyeleweng kuasa. Cthnya, Tok Leman sebagai penghulu menggunakan
wang masyarakat untuk kepentingan sendiri.
• Suka menyebar fitnah.cthnya, Yazid difitnah cuba membunuh Tok Leman.
• Anti pembangunan.cthnya, Rozali dan kuncu-kuncunya mencuri dan
merosakkan peralatan pembinaan kunci air.

Maksimum 12 markah
Bahagian A

1. Burung merpati terbang ke awan


Beriring dengan burung helang
Tidak seperti Raja Pahlawan
Berani mati bertindih tulang

Beriring dengan burung helang


Bermain api mencari ruang
Berani mati bertindih tulang
Itu namanya hidup berjuang

a. Apakah jenis puisi di atas

………………………………………………(1 markah)

b. Nyatakan tiga ciri puisi di atas

……………………………………………….(3 markah)

Jawapan

a. Puisi di atas ialah pantun berkait.

b. Ciri-ciri puisi
i. Baris kedua rangkap pertama akan menjadi baris pertama rangkap kedua
pantun (1m)
ii. Baris keempat rangkap pertama akan menjadi baris ketiga rangkap kedua
(1m)
iii. Terdiri dari 2 rangkap
iv. Rima akhir sama iaitu abab

2. Kalau ia aku asal-berasal


Turun temurun memerintah negeri
Sebelah menyebelah
Aku mengambil tanah ini
ialah mengambil rakyat tenteraku di dalam negeri ini
( dipetik daripada Hati Terkenang Mulut Menyebut)
a. Ucapan di atas ialah daripada jampi mentera yang diucapkan. Siapakah yang
mengucapkan jampi mentera tersebut?

………………………………………………………………….. (1 markah)
b. Nyatakan kesan pengucapan jampi mentera itu

………………………………………………………………….. (3 markah)

Jawapan

a. Datuk Malim Hitam

b. Kesan pengucapan
i. tanah tiga kepal yang diambil Datuk Malim Hitam telah bertukar menjadi 3 buah
negeri
ii. Negeri itu lengkap dengan kota, tentera dan rakyat

3. Berdasarkan cerita Adat Istiadat Melayu Perak, susunkan strukur pemerintah


negeri Perak dengan melengkapkan rajah di bawah :

Sultan

Raja Kecil Besar

ii

iii

iv

Raja Kecil Bongsu Muda

Jawapan
i. Raja Muda
ii. Raja Kecil Muda
iii. Raja Kecil Tengah
iv. Raja Kecil Bongsu

4. bukan selalu pergi ke luar negeri


bukan senang meninggalkan kerja rasmi
bila berada di luar tanah air
nampak hidup atau tidaknya kampung halaman
yang dipandang dari keinsafan kerakyatan
dengan lebih tajam dan senyum penuh erti
dengan geram dan pertanyaan minta jawapan segera
(dipetik daripada Bacalah Dalam Bahasamu, Jilid A)

a. Berikan maksud anafora serta contohnya berdasarkan petikan sajak di atas

………………………………………………………………. (2 markah)
b. Nyatakan satu nilai murni berdasarkan petikan di atas

……………………………………………………….. ( 2 markah)

Jawapan

a. Anafora bermaksud pengulangan kata pada awal baris secara berturutan


Contohnya : bukan
dengan

b. Nilai murni terdapat dalam petikan di atas ialah keinsafan


Contohnya penyajak berasa insaf apabila berada di luar negeri kerana tanah
airnya aman dan damai

Bahagian B

1. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya

GURINDAM DUA BELAS


Ini Gurindam Fasal Kelima

Jika hendak mengenal orang berbangsa


Lihat kepada budi dan bahasa

Jika hendak mengenal orang yang berbahagia


Sangat memeliharakan yang sia-sia

Jika hendak mengenal orang mulia


Lihatlah kepada kelakuan dia

Jika hendak mengenal orang yang berilmu


Bertanya dan belajar tiadalah jemu

Jika hendak mengenal orang yang berakal


Di dalam dunia mengambil bekal

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai


Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai

RAJA ALI HAJI

a. Jelaskan maksud tiga rangkap pertama gurindam ini ( 6 markah)


b. Huraikan bentuk gurindam di atas (8 markah)
c. Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam gurindam ini (6 markah)

Jawapan

a. Maksud gurindam

- Rangkap pertama menjelaskan peribadi seseorang yang dapat dikesan melalui


tutur kata dan budi bahasanya (2m)
- Rangkap kedua pula mengenai orang yang berbahagia dalam hidup mereka.
Mereka ialah golongan yang tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah (2m)
- Rangkap ketiga menjelaskan tentang orang yang mulia dapat dikesan melalui
tingkah lakunya yang berhemah dan bersopan santun (2m)

b. Bentuk gurindam

- Gurindam dua belas mempunyai 6 rangkap 1m


- setiap rangkap mempunyai dua baris/ sama
Contoh R1- R6 2m
- Rima akhir setiap rangkap ialah sama iaitu aa
Contoh R1 –R6 2m
- Jumlah perkataan/ suku kata setiap baris hampir sama
Contoh Jika hendak mengenang orang mulia (5 perkataan)
Lihatlah kepada kelakuan dia (4 perkataan)
Jika hendak mengenang orang yang berilmu (13 sukukata)
Bertanya dan belajar tidaklah jemu (12 sukukata) 2m
- Bentuk gurindam adalah terikat (2m)

b. Pengajaran
- Kita hendaklah mencari ilmu untuk menambah pengetahuan (2m)
- Kita hendalah rajin bertanya supaya mudah mendapat ilmu (2m)
- Kita mestilah menjaga tingkah laku supaya kita dihormati tidak kira di mana
berada (2m)
- Kita hendaklah mempelajari ilmu untuk bekalan di akhirat (2m)
- Kita mestilah menjaga tutur kata dan berbudi bahasa supya kita sentiasa
dihormati (2m)

2. Berdasarkan cerita Usul Menunjukkan Asal daripada teks Hati Terkenang


Mulut Menyebut
a. Huraikan citra masyarakat dalam cerita tersebut (10 markah)
b. Bandingkan perwatakan Galuh Cendera Kirana dengan Galuh Ajeng (10
markah)

Jawapan

a. Citra masyarakat
- Masyarakat Jawa
Contoh Negeri Daha dan Kuripan 2m
- Masyarakat feudal
Contoh Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja yang
berkuasa mutlak 2m
- Masyarakat istana
Contoh Cerita berkisar di kalangan masyarakat istana Daha dan Kuripan 2m
- Masyakat yang menjadikan ibubapa sebagai penentu jodoh anak-anak
Contoh Ratu Daha dan Kuripan menerima/ menjodohkan GCK dengan Raden
Inu Kertapati 2m
- Masyarakat iri hati/ cemburu
Contoh Paduka Liku dan GA iri hati dengan pertunangan GCK dengan Raden
Inu Kertapati 2m
- Masyarakat yang mempercayai ilmu guna-guna
Contoh Paduka Liku meminta menteri iaitu sepupunya mencari ubat guna-guna
untuk menundukkan Ratu Daha 2m
- Masyarakat taat kepada pemerintah
Contoh ken Bayan dan Ken Sanggit setia kepada GCK 2m

b. Pebandingan GCK dengan GA

- Kedua-duanya masih kanak-kanak


- Kedua-duanya anak Ratu Daha
- GCK anak Permaisuri manakala GA anak Paduka Liku
- GCK watak protagonis manakala GA watak antagonis
- GCK berketurunan bangsawan manakala GA berketurunan gundik
- GCK watak utama manakala GA watak pembantu
- GCK baik hati sebab itu dia disukai oleh dayang-dayang manakala GA busuk
hati/ suka mengada-ngada sebab itu dibenci dayang-dayang
- GCK banyak mendiamkan diri walaupun tidak berpuas hati dengan GA
manakala GA mengadu kepada Ratu Daha
- GCK kematian ibu setelah diracun manakala GA ibunya masih hidup

Bahagian satu:
1. Baca puisi di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya;
Gurindam Dua Belas
(Ini gurindam fasal yang kelima)

Jika hendak mengenal orang yang berilmu,


Bertanya dan belajar tiadalah jemu.

Jika hendak mengenal orang yang berakal,


Di dalam dunia mengambil bekal.

a). Nyatakan dua ciri puisi di atas?


i. ……………………………………..
ii. ……………………………………..
(2 markah)
b). Berikan dua nilai murni yang terdapat dalam puisi di atas.
i. ……………………………………..
ii. ……………………………………..
(2 markah)

2. Puteri Rantai Mas pun menangislah mengenangkan adinda Bongsunya lalu


beradu. Waktu tengah malamnya, baginda terkejut, lalu berkata, “Dayang-
dayang,pergi jumpa kekanda Temenggung.”
(Dipetik daripada Hati Terkenang Mulut Menyembut-Cerita Tiga Negeri
Semawar)

a). Nyatakan peristiwa yang menyebabkan Puteri Rantai Mas menangis.

……………………………………………………………………………………
(2 markah)
b). Berikan dua perwatakan Puteri Rantai Mas.

i. ……………………………………………………………………………
ii. ……………………………………………………………………………
(2 markah)

3. Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan berikut;

Kata orang yang empunya ceritera ini, puaslah sudah mereka mencari bunga itu,

jangankan diperoleh, khabarnya pun tiada dapat. Maka baginda pun duduklah
dengan bercibtakan matanya, tiada lain kerjanya, hanyalah menangis malam dan
siang, laksana Nabi Allah Yaakub tangiskan anakandanya Yusof itu.

a). Apakah khasiat bunga bakawali?


……………………………………………………………………………………
(2 markah)
b). Nyatakan dua unsur gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas.

i. ……………………………………………………………………
ii. ……………………………………………………………………
(2 markah)
4. Betapa lama ditinggalkan
Kasihku bersinar gemilang
Walaupun salji putih menimbun
Angin Santa Anna dari Los Angeles membadai
Dan gempa bumi California menghancurkan
Aku tetap anak negara
Malaysia negara kekasih.
(Dipetik daripada sajak Surat dari San Francisco – Anis Sabirin)
a). Nyatakan nada yang terdapat dalam petikan sajak di atas beserta contoh
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
(2 markah)
b). Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas.
i. ………………………………………………………………………
ii. ………………………………………………………………………
(4 markah)

Bahagian Dua:

Berdasarkan Sajak Peta Bahasa (BBM (B) m.s. 157)

a). Berdasarkan sajak di atas huraikan apakah tema yang terdapat dalam sajak
tersebut?
(4 markah)
b). Huraikan bentuk sajak di atas (6 markah)
c). Huraikan keindahan bahasanya. (10 markah)

Skema:

Ceraian (a). Tema

i. Perkembangan bahasa Melayu 2m


ii. Bahasa Melayu telah berkembang ke serata tempat 2m
iii. Penutur yang luas , alam Melayu, Afrika, Sri Lanka dan seluruh dunia 2m
maksima : 4 markah

Ceraian (b) bentuk sajak

i. Jumlah rangkap 3 rangkap 1m


ii. Jumlah baris serangkap tidak sama 1m
iii. Rangkap 1 terdapat 12 baris 1m
iv. Rangkap 2 terdapat 10 baris 1m
v. Rangkap 5 terdapat 5 baris 1m
vi. Jumlah perkataan sebaris tidak sama 1 – 4 sebaris 1m
vii. Jumlah sukukata sebaris tidak seragam 4 – 9 sukukata sebaris 1m
viii. Kesimpulan – tidak seragam / sekata 1m
maksima 6 markah
Ceraian ( c ) Huraikan

i. Asonansi
Cth: ke Petani, Deli dan Inderagiri 2m
ii. Aliterasi
Cth: terus mekar menyalar 2m
iii. Repitasi ke di awal baris
Cth: ke Siak…
ke Ambon 2m
iv. Perulangan baris
Cth: Peta bahasaku(R2)
Peta bahasaku(R3) 2m
v. Simile
Cth: bak akar menjalar 2m
vi. Diksi tepat
Cth: rumpun Melayu
2m
vii. Sinkof
Cth: bahasaku 2m

Prosa Tradisional : Pantun Berkaitan (Kepahlawanan)

a). Nyatakan jenis puisi tersebut? 2 m


b).Bincangkan ciri-ciri puisi tersebut? 10 m
c).Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas? 8 m

Skima:
Ceraian (a) Jenis puisi
- Pantun berkait 2m

Ceraian (b) ciri-ciri puisi

i. Bentuk terikat 2m
ii. Terdiri pembayang dan maksud
- baris 1 dan 2 adalah maksud
- baris 3 dan 4 adalah maksud 2m
iii. Mempunyai 7 rangkap 2m
iv. Bilangan baris dalam serangkap sama iaitu 4 baris serangkap 2m
v. Jumlah patah perkataan 4 hingga 5 patah perkataan 2m
vi. Jumlah suku kata 8 hingga 12 suku kata 2m
vii. Rima akhirnya ab, ab 2m

Ceraian ( c ) Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam puisi tersebut.


i. Kita hendaklah sentiasa berwaspada supaya tidak menjadi mangsa
kecuaian diri sendiri 2m
ii. Kita mestilah sanggup berjuang mempertahankan tanah air 2m
iii. Kita hendaklah mengenang dan menghargai jasa pejuang tanah air 2m
iv. Kita janganlah menjadi pengkhianat bangsa kerana penting diri sendiri 2m
v. Kita hendaklah sanggup berkorban demi begara tercinta 2m

Soalan 2 Prosa Tradisional

Cerita Usul Menunjukkan Asal

a). Berikan ciri-ciri cerita Panji 12 markah


b). Huraikan unsur-unsur Hindu – Jawa yang terdapat dalam cerita
tersebut. 8 markah

Skema Jawapan:

Ceraian (a) Ciri-ciri Cerita Panji

i. Menggambarkan keagungan raja-raja dan keturunannya 2 m


ii. mempunyai tema yang sama unsur pengembaraan/percintaan 2 m
iii. Lebih mengutamakan cerita berbanding pelakonnya 2 m
iv. Ceritanya selalu berpindah dari satu tempat/ negeri ke suatu negeri 2m
v. melibatkan 3 negeri – Daha, Kuripan, dan Gagelang 2m
v. Pengaruh unsur Hindu – jawa 2m
vi. Akhir cerita kemenangan kepada wira / wirawati 2m
vii. Unsur mitos / kekuatan luar biasa 2m
viii. Unsur penyamaran 2m

Ceraian (b) Unsur Hindu – Jawa

Unsur Hindu
- Dewata – pertapaan yang berkaitan dengan kesaktian 2m
- Pelukisan watak yang bermoral tinggi watak penting dalam
kitab Hindu 2m

Unsur Jawa
-Dapat dilihat dari segi latar tempat
Cth: Kuripan 2m

-Nama watak
Cth: Raden Galuh Cendera Kirana 2m
-Nama alat muzik
Cth: Lemong 2m
Dicatat oleh cikgufizzsmart di 5:22 PM
0 ulasan:

Post a Comment

Pautan pada catatan ini


Create a Link

Newer Post Older Post Home

Subscribe to: Post Comments (Atom)

KALENDAR

Slideshow
Loading...

PAUTAN BLOG

Utusan Online

Bekas KSU didakwa 10 tuduhan rasuah RM59,390.60

19 minutes ago

blog zikgu zul bahasa melayu

SIMPULAN BAHASA
4 weeks ago

SMK TENGKU INDRA PETRA 1

SUASANA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

1 month ago

Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia - Utama

Portal Pendidikan Utusan

Berita Harian

Followers

Blog Archive
 ▼  2009 (55)
o ▼  July (32)
 NOTA NOVEL RESTU
 pengenalan BLOG
 KAJIAN CERPEN 1
 KOLEKSI NOTA 2
 KOLEKSI NOTA 1
 NOTA PROSA TRADISIONAL-USUL MENUNJUKKAN ASAL
 nota gurindam
 NOTA PANTUN
 SOALAN KESUSASTERAAN MELAYU 2002
 SOALAN SPM KM 2003
 SOALAN SPM 2004
 SOALAN SPM KM 2005
 SOALAN SPM KM 2006
 NOTA SYAIR
 TEKNIK MENJAWAB KM
 LATIH TUBI CERPEN
 LATIH TUBI SAJAK
 latih tubi 1
 SOALAN PEPERIKSAAN UB12009
 RENUNGAN AGAMA
 KOLEKSI 3 PROSA TRADISIONAL (HIKAYAT ALI BADA
SYAH...
 KOLEKSI NOTA 4 PROSA TRADISIONAL(PAHLAWAN
TERBILAN...
 KOLEKSI NOTA 5 PROSA TRADISIONAL(BUNGA BAKAWALI)
 NOTA PENGENALAN GENRE PROSA TRADISIONAL
 WAYANG KULIT SAID JADI RADIO
 LATIH TUBI 2
 SOALAN KM 1
 SOALAN KM 2
 SOALAN KM 3
 KAEDAH PEMBELAJARAN YANG BERKESAN
 KEBESARAN ILAHI
 GAMBAR KEBESARAN ALLAH S.W.T
o ►  August (9)
 LATIHAN BULANAN
 LATIHAN SAJAK
 ISTILAH GAYA BAHASA
 UNSUR BUNYI
 CARA MENJAWAB CIRI-CIRI /BENTUK SAJAK@ PUISI
TRADI...
 GAYA BAHASA
 TEKNIK MENJAWAB KERTAS KESUSASTERAAN MELAYU
 latihan puisi tradisional 1
 jawapan latihan puisi tradisional 1
o ►  September (13)
 nota ringkas cerpen gajah putih
 nota ringkas cerpen pawana
 nota ringkas cerpen wisata
 nota ringkas cerpen rimbaku airmataku
 nota ringkas cerpen mereka tidak mengerti
 nota puisi tradisional-syair pedoman hidup
 nota puisi tradisional-seloka emak sirandang
 jom dengar lagu jap..tenangkan fikiran
 latihan novel restu
 soalan latih tubi menjelang spm 1
 soalan latih tubi menjelang spm 2
 soalan latih tubi menjelang spm 3
 soalan latih tubi menjelang spm 4
o ►  October (1)
 hilayat ali bada syah

About Me
cikgufizzsmart
lulusan usm pulau pinang tahun 2003 dalam jurusan ijazah sarjana muda sastera
dengan pendidikan (kepujian).pernah bertugas di negeri sarawak iaitu di sekolah
menengah kebangsaan toh puan datuk patinggi hajjah normah daro ,mukah
selama 5 tahun..
View my complete profile

You might also like