You are on page 1of 1

Futsal 

merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran
antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association(FIFA). Namanya
berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyolfútbol de salón. Kedua-
duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.

Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya
merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak
menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal
juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat
membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih
kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih
cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak
lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, mana-mana pasukan yang mengumpulkan
kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua.
Seterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-
kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.

Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru
dibina bagi tujuan memberi peluang kepada orang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia
bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.

Sejarah
Futsal telah dimulakan di Montevideo, Uruguay, pada tahun 1930 apabila Juan Carlos Ceriani
telah mencipta suatu versi bola sepak bagi pertandingan di YMCA.[1] Di Brazil, versi ini telah
dibangunkan di jalanan Sao Paulo, dan akhirnya satu buku peraturan telah diterbitkan. Sukan ini
telah mula merebak merentasi Amerika Selatan, dan popularitinya memastikan bahawa satu
badan pentadbir telah dibentuk di bawah nama FIFUSA (Federación Internacional de Fútbol de
Salón) pada tahun 1971, bersama-sama dengan Kejohanan Dunia. Kejohanan Dunia FIFUSA
telah diadakan di São Paulo, dengan tuanrumahnya adalah Brazil menjuarai kejohana tersebut
mendahului Paraguay dan Uruguay. Semakin ramai negara yang menyertainya di Kejohanan
Dunia kedua di Madrid pada tahun 1985.[2] Oleh kerana terdapat satu pertikaian di
antara FIFA dan FIFUSA terhadap pentadbiran fútbol, maka FIFUSA telah mencipta nama fut-
sal pada tahun 1985.

You might also like