You are on page 1of 24

KONSEP 1

MALAYSIA

PENGENALAN
Rakyat Malaysia  terdiri daripada pelbagai
kaum dan agama perlu menganggap diri
mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir
dan bertindak ke arah mencapai satu
matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang
sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu
diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana
negara yang lebih aman, maju, selamat dan
makmur.
1
Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan
oleh YAB Dato Sri Mohd  Najib Tun Abdul
Razak, Perdana Menteri, adalah langkah
yang  bertepatan dengan suasana dan
cita rasa rakyat.  Konsep ini selari dengan
apa yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun
Negara
2
1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki
hubungan kaum bagi memastikan rakyat
Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih
erat.  Perkara asas yang perlu diwujudkan
dalam semangat perpaduan adalah perasaan
hormat menghormati, keikhlasan dan sikap
saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’
juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang
mengutamakan pencapaian berpaksikan
keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB
Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan,
Pencapaian diutamakan’.

3
1 MALAYSIA MEMERLUKAN :
• Kepimpinan dan rakyat yang berintegriti
tinggi.

• Pemimpin yang bijak mentafsir dan


memahami tugasan yang diberi.

• Pemimpin cemerlang dan komited


sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi
dalam merancang, mengatur strategi, menilai
prestasi dan menepati masa dalam memberi
perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. 
4
• Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas
dan tanggungjawab kerana ia menjadi asas atau
senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu
kejayaan.

• Rakyat yang berdedikasi dan komited untuk


melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan
penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan
dan kemajuan negara.

5
• Semua kaum mengutamakan kesetiaan
dan kepentingan kepada negara mengatasi
kesetiaan kepada kaum dan kelompok
sendiri. (Negara ini adalah negara untuk semua rakyat,
tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik.) 

• Semua kaum menganggap bahawa mereka


adalah bangsa Malaysia di mana segalanya
perlu dinikmati secara bersama. (Malaysia adalah
negara kita , tidak ada masyarakat atau kaum yang akan
dipinggirkan daripada menikmati  pembangunan dan pembelaan
daripada kerajaan.)

6
1 Malaysia adalah pemangkin kepada
pengwujudan negara bangsa yang dapat
membina Malaysia sebagai negara yang
mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di
kalangan rakyat. 

Keupayaan membina negara bangsa


bergantung kepada perkongsian nilai
integriti, kebolehan, dedikasi dan
kesetiaan.

7
Untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia,
penekanan yang harus diberi adalah
merujuk kepada 2 aspek :

* Penerapan teras-teras perpaduan.


* Penerapan nilai-nilai aspirasi.

8
ASPEK 1: TERAS PERPADUAN
• Penerimaan
- Prinsip-prinsip kenegaraan
- keadilan sosial

• Nilai-nilai murni
- hormat-menghormati
- rendah hati (tawadhuk)
- kesederhanaan
- berbudi-bahasa

9
ASPEK 2 : NILAI-NILAI ASPIRASI

1. Budaya berprestasi tinggi


2. Budaya ketepatan
3. Budaya ilmu
4. Integriti
5. Ketabahan
6. Kesetiaan
7. Kebijaksanaan
8. Budaya inovasi
10
Malaysia hari ini
• Negara aman damai
• Selamat untuk didiami
• Rakyat hidup dengan harmoni
• Perpaduan kaum / bersatu
• Bebas dari ancaman
• Demokratik

11
Senario dunia hari ini
Suasana pasca perang dingin (perang
ideologi)
- Tekanan ke atas negara membangun
melalui institusi antarabangsa seperti
IMF, Bank Dunia, AFTA, ILO dan lain-
lain.
- Menaik dan menjatuhkan pemimpin
negara tertentu.
- Globalisasi sebagai alat mencabar
kedaulatan negara membangun.
- Penubuhan kerajaan dunia. 12
Perang dingin - bermula selepas perang dunia ke dua
(1948 – 1989)
Perang ideologi- antara kapitalis dan sosialis

Suasana selepas perang dingin – 1991:


• Globalisasi
• Kesatuan Soviet runtuh
• Penubuhan EU (1992) : 12 negara Eropah
bentuk pakatan
• NAFTA – North America Free Trade Area
(Amerika berpakat dengan Kanada dan Mexico)
• EAEC – East Asian Economic Corpus (Asia
berpakat dengan negara-negara Asia Timur –
Cina, Jepun, Korea, Singapura )
13
GLOBALISASI / LIBERALISASI
• Bebas
• Berfikiran terbuka
• Melonggarkan undang-undang dan
peraturan
• Memilih progres dan reformasi tanpa
mengambil kira hak asasi dan
keistimewaan
• Bersandar kepada hak asasi manusia
14
CABARAN GLOBALISASI

• Kekuatan ekonomi bergantung kepada ekonomi dunia.


• Kedaulatan negara tergugat kerana campurtangan
kuasa besar.
• Jurang antara negara kaya dan negara miskin melebar.
• Neoimperialisme (penjajahan) serupa dengan
liberalisasi.
• Globalisasi bukan lagi tentang perkongsian dan
keuntungan bersama, TETAPI lebih kepada persaingan
untuk mendapatkan pasaran.
“SIAPA YANG CEKAP DIALAH YANG BERKUASA”

15
SUDAHKAH KITA BERSEDIA…..?
SELEPAS 50 TAHUN ….MULA TERGUGAT

• Kelompok besar bukan bumiputra menolak


untuk mengakui rumpun melayu sebagai akar
kepada identiti negara.
• Tiada percubaan untuk mendalami pemahaman
serta penghargaan tentang perlembagaan,
Rukun Negara dan Wawasan 2020.
• Sebilangan besar generasi muda bumiputera
yang terpengaruh dengan liberalisasi mula
memperjuangkan hak sama rata atas dasar hak
asasi manusia.

16
KITA HARUSLAH BERSATU :
* BERCERAI KITA ROBOH
* MEMPUNYAI SATU GUGUSAN DAN ASPIRASI
SAYANGKAN NEGARA
= 1 MALAYSIA
KONSEP 1 MALAYSIA – MATLAMAT UNTUK
MENCAPAI WAWASAN 2020 :
• Perpaduan.
• Penerimaan – bahawa orang Melayu merupakan
orang asal di Malaysia.
• Prinsip keadilan, bukan sama rata.
• Penerusan agenda membina negara.
• Mencapai status negara maju.
17
MATLAMAT 1 MALAYSIA

• ‘1 Malaysia’ bermatlamat untuk


mengekalkan dan meningkatkan
perpaduan dalam kepelbagaian yang
selama ini menjadi kekuatan Malaysia
serta rakyatnya dan kelebihan ini akan
dipelihara sebagai bekalan terbaik kita
untuk menghadapi sebarang cabaran.

18
‘1 Malaysia’ juga akan
mewujudkan sebuah kerajaan yang
mengutamakan pencapaian
berpaksikan keutamaan rakyat
seperti yang terpamer melalui
slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun
Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan,
Pencapaian diutamakan’.

19
KESIMPULAN
Konsep Satu Malaysia akan membawa
aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan
kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat
menjalin perpaduan yang lebih erat 
sebagaimana kehendak  prinsip Rukun
Negara. Perkara yang perlu diwujudkan
dalam semangat perpaduan adalah perasaan
hormat menghormati dan sikap saling
mempercayai antara kaum. Rakyat perlu
memahami dan mengamalkan bahawa segala
tindakan perlulah mengutamakan
kepentingan negara.
20
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah
negara berbilang kaum seperti Malaysia
adalah amat penting terutama dalam era
globalisasi yang membenarkan pengaliran
secara bebas dan pantas bukan sahaja
maklumat, modal serta manusia tetapi juga
sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari
pelbagai negara. 
Keupayaan membina negara bangsa
bergantung kepada perkongsian nilai
integriti, kebolehan, dedikasi dan
kesetiaan.
21
Konsep Satu Malaysia menyarankan rakyat
Malaysia supaya lebih patriotik dan
menumpahkan taat setia, kecintaan dan
manabur bakti kepada negara. Negara
Malaysia adalah satu, tiada dua dan tiada tiga.
Justeru, kalau rakyat Malaysia yang lahir dan
membesar di Malaysia tidak cintakan dan tidak
mahu menabur bakti kepada negara tercinta
lagi, apa nama warganegara dan
kewarganegaraan.

22
23
SEKIAN
TERIMA KASIH

Satu Malaysia (Lagu Tema Rasmi).mp4

24

You might also like