You are on page 1of 5

MODEL KEPIMPINAN LIBERATIF: MENANGKAP MESEJ

KISAH TALUT DALAM AL-QUR'AN


(Al-Baqarah: 246-252)

Siddiq Fadzil

$Z6Î=tΒ $uΖs9 ô]yèö/$# ãΝçλ°; %cÉ<uΖÏ9 (#θä9$s% øŒÎ) #y›θãΒ Ï‰÷èt/ .ÏΒ Ÿ≅ƒÏℜuŽó€Î) ûÍ_t/ .ÏΒ Z∼yϑø9$# ’n<Î) ts? öΝs9r&

(#θä9$s% ( (#θè=ÏG≈s)è? āωr& ãΑ$tFÉ)ø9$# ãΝà6ø‹n=tæ |=ÏGà2 βÎ) óΟçFøŠ|¡tã ö≅yδ tΑ$s% ( «!$# È≅‹Î6y™ ’Îû ö≅ÏF≈s)œΡ

ãΝÎγøŠn=tæ |=ÏGä. $£ϑn=sù ( $uΖÍ←!$oΨö/r&uρ $tΡ̍≈tƒÏŠ ÏΒ $oΨô_̍÷zé& ô‰s%uρ «!$# È≅‹Î6y™ ’Îû Ÿ≅ÏG≈s)çΡ āωr& !$uΖs9 $tΒuρ

©!$# ¨βÎ) óΟßγ–ŠÎ;tΡ óΟßγs9 tΑ$s%uρ ∩⊄⊆∉∪ šÏϑÎ=≈©à9$$Î/ 7ΟŠÎ=tæ ª!$#uρ 3 óΟßγ÷ΖÏiΒ WξŠÎ=s% āωÎ) (#öθ©9uθs? ãΑ$tFÉ)ø9$#

Å7ù=ßϑø9$$Î/ ‘,ymr& ßøtwΥuρ $uΖøŠn=tã ہù=ßϑø9$# ã&s! ãβθä3tƒ 4’‾Τr& (#þθä9$s% 4 %Z3Î=tΒ šVθä9$sÛ öΝà6s9 y]yèt/ ô‰s%

’Îû ZπsÜó¡o0 …çνyŠ#y—uρ öΝà6ø‹n=tæ çµ8x%sÜô¹$# ©!$# ¨βÎ) tΑ$s% 4 ÉΑ$yϑø9$# š∅ÏiΒ Zπyèy™ |N÷σムöΝs9uρ çµ÷ΖÏΒ

óΟßγs9 tΑ$s%uρ ∩⊄⊆∠∪ ÒΟŠÎ=tæ ììÅ™≡uρ ª!$#uρ 4 â!$t±o„ ∅tΒ …çµx6ù=ãΒ ’ÎA÷σムª!$#uρ ( ÉΟó¡Éfø9$#uρ ÉΟù=Ïèø9$#

$£ϑÏiΒ ×π¨ŠÉ)t/uρ öΝà6În/§‘ ÏiΒ ×πuΖŠÅ6y™ ϵ‹Ïù ßNθç/$−G9$# ãΝà6u‹Ï?ù'tƒ βr& ÿϵÅ6ù=ãΒ sπtƒ#u ¨βÎ) öΝßγ–ŠÎ;tΡ

ΟçFΖä. βÎ) öΝà6©9 ZπtƒUψ šÏ9≡sŒ ’Îû ¨βÎ) 4 èπs3Í≥‾≈n=uΚø9$# ã&é#ÏϑøtrB tβρã≈yδ ãΑ#uuρ 4†y›θãΒ ãΑ#u x8ts?

yϑsù 9yγoΨÎ/ Νà6‹Î=tFö6ãΒ ©!$# āχÎ) tΑ$s% ÏŠθãΖàfø9$$Î/ ßNθä9$sÛ Ÿ≅|Ásù $£ϑn=sù ∩⊄⊆∇∪ šÏΖÏΒ÷σ•Β

(#θç/Ύ|³sù 4 Íνωu‹Î/ Oπsùöäî t∃uŽtIøî$# ÇtΒ āωÎ) ûÍh_ÏΒ …çµ‾ΡÎ*sù çµôϑyèôÜtƒ öΝ©9 tΒuρ Íh_ÏΒ }§øŠn=sù çµ÷ΨÏΒ z>ΎŸ°

tΠöθu‹ø9$# $uΖs9 sπs%$sÛ Ÿω (#θä9$s% …çµyètΒ (#θãΖtΒ#u šÏ%©!$#uρ uθèδ …çνy—uρ%y` $£ϑn=sù 4 öΝßγ÷ΨÏiΒ WξŠÎ=s% āωÎ) çµ÷ΨÏΒ

A's#ŠÎ=s% 7πt⁄Ïù ÏiΒ ΝŸ2 «!$# (#θà)≈n=•Β Νßγ‾Ρr& šχθ‘ΖÝàtƒ šÏ%©!$# tΑ$s% 4 ÍνÏŠθãΖã_uρ |Nθä9$yfÎ/

ÍνÏŠθãΖã_uρ šVθä9$y∨Ï9 (#ρã—tt/ $£ϑs9uρ ∩⊄⊆∪ tΎÉ9≈¢Á9$# yìtΒ ª!$#uρ 3 «!$# ÈβøŒÎ*Î/ OοuŽÏWŸ2 Zπt⁄Ïù ôMt7n=xî


∩⊄∈⊃∪ š͍Ï%≈x6ø9$# ÏΘöθs)ø9$# ’n?tã $tΡöÝÁΡ$#uρ $oΨtΒ#y‰ø%r& ôMÎm7rOuρ #ZŽö9|¹ $uΖøŠn=tã ùø̍øùr& !$oΨ−/u‘ (#θä9$s%

…çµyϑ‾=tãuρ sπyϑò6Ïtø:$#uρ šù=ßϑø9$# ª!$# çµ9s?#uuρ šVθä9%y` ߊ…ãρ#yŠ Ÿ≅tFs%uρ «!$# ÂχøŒÎ*Î/ ΝèδθãΒt“yγsù

ρèŒ ©!$# £Å6≈s9uρ Ù⇓ö‘F{$# ÏNy‰|¡x%©9 <Ù÷èt7Î/ ΟßγŸÒ÷èt/ }¨$¨Ψ9$# «!$# ßìøùyŠ Ÿωöθs9uρ 3 â!$t±o„ $£ϑÏΒ

zÏϑs9 y7‾ΡÎ)uρ 4 Èd,ysø9$$Î/ šø‹n=tã $yδθè=÷FtΡ «!$# àM≈tƒ#u y7ù=Ï? ∩⊄∈⊇∪ šÏϑn=≈yèø9$# ’n?tã @≅ôÒsù

∩⊄∈⊄∪ šÎ=y™ößϑø9$#

46. tidakkah Engkau ketahui (Wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail
sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Lantiklah
seorang raja untuk kamu, supaya boleh Kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah"
Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu kelak Diwajibkan berperang, kamu tidak akan
berperang?," mereka berkata: "Mengapa pula Kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang
Kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" maka apabila perang itu
Diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari
mereka. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan orang-orang Yang zalim.

47. dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi
raja bagi kamu. mereka menjawab: "Bagaimana Dia mendapat Kuasa memerintah Kami sedang Kami
lebih berhak Dengan Kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta
kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu,
dan telah mengurniakannya kelebihan Dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh
badan". dan (ingatlah), Allah jualah Yang memberikan Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang
dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

48. dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang
menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut Yang mengandungi
(sesuatu Yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa Yang
telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat.
Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika
betul kamu orang-orang Yang beriman".

49. kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah
akan menguji kamu Dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu Yang meminum airnya
maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa Yang tidak merasai airnya maka Sesungguhnya ia dari
pengikutku, kecuali orang Yang menceduk satu cedukan Dengan tangannya". (Sesudah diingatkan
demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil
dari mereka. setelah Talut bersama-sama orang-orang Yang beriman menyeberangi sungai itu,
berkatalah orang-orang Yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya
menentang Jalut dan tenteranya". berkata pula orang-orang Yang yakin Bahawa mereka akan
menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan Yang sedikit berjaya menewaskan
golongan Yang banyak Dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang Yang sabar".


50. dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa
Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak
pendirian Kami serta menangkanlah Kami terhadap kaum Yang kafir"

5. oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut Dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang
turut serta Dalam tentera Talut) membunuh Jalut. dan (Sesudah itu) Allah memberikan kepadanya
(Nabi Daud) Kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa Yang
dikehendakiNya. dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka)
Dengan setengahnya Yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi
Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.

5 . itulah ayat-ayat keterangan Allah Yang Kami bacakan Dia kepadamu (Wahai Muhammad)
Dengan benar; dan Sesungguhnya Engkau adalah salah seorang dari Rasul-rasul (yang diutuskan oleh)
Allah.

(Al-Baqarah: 246-252)

Rumusan Kisah Talut dan Bani Isra`il

Kemunculan tokoh Talut sebagaimana yang dikisahkan dalam surah al-Baqarah: 46- 5
dilatari oleh kesedaran suatu bangsa (Bani Isra'il) yang ingin bangkit dari kehinaan akibat
kalah perang. Kekalahan telah mengakibatkan kehilangan segala-gala: kampung-halaman,
maruah, kemerdekaan dan hak-hak kemanusiaan lain termasuk warisan suci Tabut yang
sangat bererti dalam tradisi keagamaan mereka. Kalangan elit (al-mala') sebagai golongan
paling terkesan dengan akibat kekalahan, berasa terdesak untuk bertindak melakukan
perang balas menebus kekalahan. Tetapi mereka tidak mempunyai tokoh yang
berkompetensi memimpin kebangkitan semula bangsa yang telah ditimpa trauma
kekalahan. Untuk itu mereka meminta nabi mereka mengangkat pemimpin yang mampu
melaksanakan misi tersebut. Reaksi awal nabi adalah peringatan tentang kemungkinan
mereka tidak melaksanakan komitmen perang apabila sampai masanya nanti. Dalam
sejarahnya memang mereka adalah bangsa yang selalu berdolak-dalik, selalu lari dari
tanggungjawab. Mereka mempertegas kesanggupan berperang dengan menyatakan
bahawa petaka yang menimpa mereka selama ini (terusirnya mereka dari kampung-halaman
dan tertawannya anak-anak mereka di tangan musuh) cukup untuk memperkuat tekad
perjuangan mereka. Dengan petunjuk Tuhan, nabi mereka mengumumkan pemilihan Talut
menjadi pemimpin mereka. Golongan elit al-mala' keberatan menerima Talut dengan
alasan ia tidak berdarah pemimpin (bukan keturunan pemimpin) dan tidak memiliki
kekayaan. Demikianlah mereka mempersepsikan kepimpinan sebagai kebesaran yang
berasaskan warisan dan kekayaan. Selain itu sebenarnya para elit itu sendiri masing-masing
menyimpan keinginan menjadi pemimpin. Berasaskan dua kriteria (keturunan dan
kekayaan) mereka berasa lebih layak berbanding Talut.

Pengangkatan Talut adalah ketetapan Ilahi yang tidak boleh ditawar-tawar lagi. Sikap dan
mentaliti kebendaan kaum elit tersebut tidak boleh dilayani. Cara menundukkan mereka
ialah dengan bukti mukjizat: pengembalian Tabut dari tangan musuh, iaitu apabila Tuhan
memerintahkan malaikat mengusungnya dan menempatkannya di rumah Talut. Dengan
pembuktian seperti itu mereka tidak dapat berhujah dan berdalih lagi. Namun demikian
mereka masih perlu diuji terutama dari segi kesetiaan dan ketahanan daya juang. Dalam

9
perjalanan ke medan tempur Talut menguji mereka dengan tidak membenarkan sesiapa pun
minum air sungai yang mereka lewati walaupun ketika itu mereka sedang kepanasan dan
kehausan. Ketika itu sebahagian besar mereka gugur sebagai drop-outs perjuangan.
Bagaimanapun perjuangan tetap diterusnya dengan jumlah yang tersisa. Sekali lagi mereka
diuji pada saat pertempuran akan segera dimulai. Sebahagian mereka patah semangat dan
hilang keyakinan ketika berhadapan dengan kekuatan pihak lawan pimpinan Jalut yang
tampak begitu menggerunkan. Hanya yang memiliki iman hakiki yang tetap yakin dengan
kuasa Allah, sumber segala kekuatan. Apabila Allah menghendaki, kekuatan sebesar mana
pun akan lumpuh dan rapuh. Penentunya bukan jumlah, tetapi kualiti manusia pelakunya.
Tidak sedikit kelompok kecil yang dapat mengalahkan kelompok besar apabila berlaku
divine intervention, iaitu ketika kelompok kaum mukminin yang kecil itu pada hakikatnya
hanya menjadi "tabir" suatu kekuatan yang tidak terkalahkan, kekuatan Allah Yang Maha
Gagah Maha Perkasa. Demikianlah yang terjadi, mulai pusingan pertama pihak lawan
sudah kalah. Tidak siapa yang menduga anak muda bernama Dawud tiba-tiba muncul
menyanggupi pertarungan satu lawan satu dengan Jalut sendiri, dan berakhir dengan
terpenggalnya kepada panglima perang yang terkenal hebatnyanya itu. Gugurnya Jalut
menjadikan pertarungan seterusnya menjadi urusan mudah bagi pasukan pimpinan Talut.

Iktibar dari Kisah

Rasa dianiaya, diperhamba, dihina dan dimalukan adalah faktor pencetus kebangkitan.
Apabila musibah seperti itu menimpa suatu bangsa, satu-satunya pilihan untuk
mengembalikan maruah dan hak-haknya adalah bersatu di bawah pimpinan tokoh yang
kompeten: bijaksana, adil, berintegriti, perkasa dan berani. Pemimpin dengan kualiti
sedemikian itulah yang mampu melaksanakan misi pembebasan sebagaimana yang dialami
oleh Bani Isra'il di bawah pimpinan Talut.

Golongan yang pertama sedar tentang nasib bangsa adalah para elit: ulama, cendekiawan
dan kaum terpelajarnya. Dalam konteks kisah ini mereka adalah golongan al-mala' yang
mengangkat idea pelantikan pemimpin-pejuang pelaksana cita-cita kebangkitan.

Demi survival umat, kepimpinan seharusnya diamanahkan hanya kepada yang memenuhi
kriteria keilmuan, pengalaman, kewibawaan dan kompetensi. Mempersepsikan kepimpinan
sebagai hak monopoli golongan hartawan dan keturunan keluarga tertentu adalah persepsi
yang salah dan berbahaya. Tradisi kepimpinan yang berasaskan faktor kebendaan, warisan,
sahabat dan kerabat berakibat terkorbannya kualiti dan kompetensi. Tanpa kepimpinan
yang berkualiti, nasib bangsa tidak akan berubah.

Dalam keadaan wujudnya perbezaan pendapat tentang siapa yang selayaknya diangkat
menjadi pemimpin, harus ada kaedah dan kuasa penentunya. Dalam kes Bani Isra'il seperti
yang terungkap pada ayat tersebut, kuasa penentunya adalah nabi mereka. Dalam konteks
umat Islam pula adalah Nabi s.`a.w., dan sesudah kewafatannya kuasa penentu beralih ke
tangan ahl al-hall wa al-`aqd, iaitu golongan ulama dan mereka yang berkedudukan
mewakili umat. Pilihan lain adalah umat sendiri yang menjadi penentu (kuasa rakyat).

4
Pengangkatan pemimpin harus berasaskan syarat-syarat kelayakan keilmuan dan
kemampuan fizikal. Yang dimaksudkan dengan kelayakan keilmuan adalah meliputi segala
bidang ilmu yang relevan dengan fungsi dan misi kepimpinannya, terutama ilmu keagamaan.
Penguasaan ilmu dalam konteks kepimpinan tidak terbatas hanya pada tahap pengetahuan,
tetapi harus meliputi aspek penghayatannya sehingga tercermin pada pola fikir dan
perwatakannya. Sementara yang dimaksudkan dengan kelayakan fizikal pula adalah
meliputi makna salamat al-hawas, iaitu kesihatan jasmani dan inderawi, serta stamina
bekerja sehingga segala tugas kepimpinannya terlaksana dengan sempurna dan berkesan.
Selain dua syarat asasi tersebut, masih ada syarat-syarat tambahan lain yang perlu untuk
memperkukuh kepimpinannya seperti kekuatan pengaruh dan kesesuaian dengan realiti
semasa. Apabila Tuhan menetapkan syarat-syarat kelayakan kepimpinan seperti bastatan
fi al-`ilmi wa al-jism dalam konteks Talut, hafizun `alim dalam konteks Nabi Yusuf `a.s., dan
al-qawiyy al-amin dalam konteks Nabi Musa `a.s., semuanya adalah demi maslahah
kemanusiaan sesuai dengan sifat Maha Adil dan Maha Hakim-Nya.

Kepatuhan kepada pemimpin adalah syarat penting kejayaan misi perjuangan. Tanpa
disiplin kepatuhan, tidak mungkin berlaku penggemblengan kekuatan warga umat. Syarat
ini tidak pula bererti penafian hak warga untuk menegur, menasihati dan mengkritik
pemimpin. Dalam kaitan inilah perlunya keseimbangan antara kepatuhan umat dengan
tanggungjawab pemimpin.

Dalam perjuangan melaksanakan misi dan visi, diperlukan pula proses mendidik dan
menguji warga umat. Mereka harus dibina dengan nilai-nilai mulia: iman, taqwa, sabar,
tawakkal dan lain-lain kerana di sepanjang jalan akan banyak ujian dan dugaan. Di samping
keperluan mendidik dan membina kualiti umat, harus ada kesiapan mental-psikologikal
untuk menghadapi kenyataan akan berlakunya drop-out dalam perjuangan. Keciciran boleh
berlaku di mana-mana, di pangkal, di tengah dan di hujung perjalanan. Dari satu segi
fenomena tersebut adalah suatu proses penapisan untuk mengenalpasti golongan teras
yang komited sepenuhnya kepada misi dan idealisme perjuangan. Golongan inilah yang
sebenarnya menjadi tonggak kekuatan umat. Bilangan mereka mungkin tidak ramai, tetapi
kekuatan sebenarnya bukan sangat pada angka. Yang lebih menentukan adalah kualiti iman
dan tingkat ketaqwaan.

Do`a dan tadarru` memohon pertolongan Allah sebagai satu-satunya sumber kekuatan
adalah sangat penting, terutama ketika melintasi saat-saat genting dalam perjuangan.
Itulah yang dilakukan oleh angkatan yang setia bersama Talut pada saat berhadapan dengan
kekuatan tentera Jalut. Do`a tulus kelompok teras (mukmin sejati) itu tembus langsung
didengar dan diperkenan oleh Yang Maha Berkuasa. Allah mempunyai cara tersendiri, yang
seringkali tidak terduga untuk menolong hamba-hamba-Nya yang layak.

You might also like