You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN

Apakah sebenarnya falsafah? Philosophy berasal dari perkataan greek iaitu


‘philos’(love) dan ‘Sophia’(wisdom) yang memberikan maksud cintakan kebenaran.

Definisi lain bagi falsafah di tulis oleh Ninian smart di dalam buku ‘World Philosophies’ iaitu
“the great historian of chinese philosophy,Fung Yu Lan, prefers the phrase of ‘che-
hsueh’(zhexue)as a translation of ‘philosophy’. This derives from the term of
‘chezen’(zheren) or ‘sage man’ , or more briefly ‘sage’. So philosophy is the ‘learning of
sages’ or ‘sage-learning’.”(2000,3)
Banyak lagi definisi atau maksud falsafah ini yang didefinisikan oleh ahli-ahli falsafah yang
lain yang terkenal.

Berbicara tentang ahli falsafah, ahli-ahli falsafah ini merupakan pengkaji yang
banyak menyumbangkan teori-teori mereka kepada dunia kita. Ahli-ahli falsafah ini boleh di
kategorikan seperti ahli falsafah muslim,ahli-ahli falsafah barat dan boleh di kategorikan
mengikut kategori bidang masing-masing.

Di dalam ensiklopedia ‘Pemikiran dan Peradaban’ Taufik Abdullah menyatakan“Ahli


falsafah, kata Ibn Bajjah, adalah manusia yang tinggi dan bersifat illahi dengan syarat ia
memilih – pada setiap perbuatannya – sesuatu yang paling tinggi, dan ia bergaul dengan
setiap lapisan manusia untuk mewujudkan sifat-sifat yang lebih tinggi daripada apa-apa
yang sudah dimiliki lapisan masyarakat itu, dan juga dengan syarat bahawa ia berbeza
daripada mereka kerana ia memiliki perbuatan-perbuatan yang lebih tinggi dan mulia
nilainya.”(2006,206).

1
2.0 BIODATA TOKOH

Abu Bakr Muhammad bin al-Sayigh atau yang lebih dikenali lagi dengan nama Ibn
Bajjah ialah salah seorang yang berpengaruh dalam bidang falsafah di Andalus dan ahli
falsafah muslim pertama di dunia Islam di belahan barat.Beliau muncul pada tiga atau
empat dasarwarsa pertama abad ke-12 di Andalusia, Sepanyol. Beliau merupakan ahli
falsafah muslim Andalusia,penyajak,ahli muzik, ahli fizik, yang dikenali di barat dengn nama
latinnya avempace.Beliau berasal daripada keluarga Al-Tujib,olah itu ibn Bajjah juga di
kenali al-Tujibi. Beliau dilahirkan di Saragossa atau tempat yang kini bernama Sepanyol,
sekitar tahun 1095 dan ada sesetengah pendapat mengatakan sekitar tahun 1085 dan pada
perempat terakhir abad ke-5H. Beliau meninggal dunia pada tahun 1138 di Fez,Morocco.

Meskipun tidak diketahui dengan jelas masa kecil dan masa remajanya, para ahli
menyatakan ia telah berhasil mematangkan dirinya dengan pengetahuan yang luas di kota
kelahiranya.Dia dibesarkan di Saragossa dan meneruskan tahap akedemiknya di sana.Para
ahli sejarah memandangnya sebagai orang yang berpengetahuan luas dan menguasai tidak
kurang daripada dua belas ilmu.Oleh kerana menguasai sastera ,tatabahasa dan falsafah
kuno, tokoh-tokoh sezamannya mensejajarkan dia dengan Ibn Sina.Ibn Bajjah tidak
semata-mata menekuni ilmu dan falsafah ,tapi juga terlibat dalam ilmu politik . Abu Bakar
bin Ibrahim as-Sahrawi, gabenor Saragossa telah melantik beliau menjadi pengawai tinggi
dalam pemerintahan kerana kemasyhurannya.

Ibn Bajjah mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang sains.Di dalam
buku Muslim philosophy and philosophers Fath Ibn Khaq menkritik Ibn Bajjah,Sharif khan
menulis: “Fath Ibn Khaqan,a great critic of his character and charging him of heresy admits
that he has vast knowledge and possessed intelictual excellence. He has been compared
with Ibn Sina on account of his knowledge in literature, grammar and ancient philosophy ”.
(1994 ,80)

“Ketika Saragossa jatuh ke tangan Alfonso 1, raja Aragon, pada tahun 512H/1118 M,
Ibn Bajjah pergi ke Seville dan tinggal di sana sebagai doctor.Sesudah Seville diduduki oleh
Raja Alfonso 1 ,beberapa waktu kemudian dia pindah ke Granada. Di Syatibah(Jativa,Selatan
Valencia, Sepanyol), dia dipenjarakan oleh amir setempat dengan tuduhan membuat
bidaah , tetapi segera dibebaskan.Setelah bebas, dia pergi ke Fez(kini Moroko), memasuki
Istana Gabenor Abu Bakar Yahya bin Yusuf bin Tasyfin (Ibn Tasyfin) dan menjadi pegawai

2
tinggi berkat kemampuan dan pengetahuannya . Dia memegang jawatan tinggi ini sealma
20 tahun. Musuh-musuhnya melebelkannya sebagai ahli bidaah dan beberapa kali
mengadakan usaha pembunuan terhadapnya.Semua usaha itu gagal dan baru berjaya
dilakukan oleh seorang doctor termasyhur,Abul Ala bin Zuhr, dengan racun,”
(Hafizah,2004,151).

Dua orang anak murid beliau Abu al-Hassan Ali bin al-Imam dan Abu Bakr bin Tufayl
serta Abu al-Walid Muhammad bin Ahmad bin Rusyd. Dengan kemunculan tokoh seperti
beliau, falsafah-falsafah Aristotle,Plato dan Neoplatonism menjadi terkenal di Andalus hasil
dari pemikiran-pemikiran yang di berikan. Dua orang penerus Ibn Bajjah yang talah
mengembangkan pandangan masing-masing dengan pendirian Ibn Bajjah dalam bidang
falsafah dan ilmu.Yang pertama adalah Abul Hassan Ali bin Abdul Aziz bin al-Imam, dan
yang kedua ibn Tufayl(ahli falsafah, pengarang Hayy bin Yaqzan;w.581H/185M).Daripada
kedua-dua ini maklumat tentang Ibn bajjah banyak diperolehi.

3.0 SUMBANGAN IBN BAJJAH

Pemikirannya memiliki pengaruh yang jelas pada Ibn Rush dan Albertus Magnus.
Kebanyakkan buku yang ditulisnya tidak lengkap. Sumbangan utamanya dalam gagasan
Islam ialah gagasannya tentang fenemologi jiwa. Namun sayang kajiannya tidak
lengkap.Sumbangan Ibn bajjah boleh di sama tarafkan dengan al-Farabi dan Aristotle.Hal ini
kerana dalam bidang ini beliau talah mengemukakan satu gagasan falsafah ketuhanan yang
membawa maksud manusia boleh berhubung dengan akal faal melalui perantaraan ilmu
pengetahuan dan pembangunan potensi manusia.

Ibn bajjah berpandangan,manusia boleh mendekati Tuhan melalui amalan berfikir


dan tidak semestinya berfikiran konservatif dengan mengatakan mendekati tuhan hanya
dengan amalan tasawuf semata-mata seperti yang dikemukakan oleh imam al-
Ghazali.Dengan ilmu dan amalan berfikir,segal keutamaan dan perbuatan moral dapat di
arahkan untuk memimpin dan mengusai jiwa.

Ibn Bajjah berpendapat lagi,seseorang itu harus mengupayakan perjuangannya


untuk berhubung dengan alam sama ada bersama-sama dengan masyarakatnya ataupun
secara terpisah. Pandangan falsafah Ibn Bajjah ini jelas di pengaruhi dengan idea-idea al-

3
Farabi.Pemikiran lanjut mengenai falsafah Ibn Bajjah dapat terus di ikuti dalam teks Risalah
al-Wida dan Kitab Tadbir al-Mtawwahid yang secara umumnya pembelaan sokongan kepada
cetusan idea dan falsafah yang dikemukakan oleh al-Farabi dan Ibn Sina kecuali kapada bab
berkaitan perihal menyepi dan menyendiri.

Terdapat persamaan yang agak ketara antara al-Farabi dan Ibn Bajjah iaitu dalam
aspek meletakkan ilmu mengatasi segala-galanya. Mereka hampir sependapat bahawa akal
dan wahyu merupakan hakikat yang tidak dapat direnggang, dipisahkan walhal saling
bersatu-padu.

Ibn Bajjah berpendapat denagn adanya akal dan wahyu seseorang itu mampu
mengenali apa sahaja kewujudan sama ada tentang benda mahupun Tuhan. Ibn Bajjah
turut melopori sebuah buku yang berjudul al-Nafsy, yang membincangkan soal berkaitan
dengan jiwa.

Ibn bajjah merupakan pencetus utama dan tokoh utama yang pertama dalam
sejarah falsafah Arab Sepanyol. Dengan kemunculan tokoh seperti beliau, falsafah-falsafah
Aristotle,Plato dan Neoplatonism menjadi terkenal di Andalus hasil dari pemikiran-pemikiran
yang di berikan. Beliau jugak menghasilkan beberapa hasil karyanya tetapi kebanyakkannya
tidak lengkap. Beliau juga mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu fizik dan beliau
juga digelar ahli fizik.

Di dalam buku The Cambridge Companion of Medieval Philosophy, Mc.Grade


menulis” Ibn Bajjah or Avempace,another physician philosopher ..”(2003,107).Ini
menunjukan Ibn Bajjah juga merupakan ahli fizik.

“Dari aspek pemikiran falsafah, karya Ibn Tufail dinilai, banyak di pengaruhi oleh
pendahulunya,Ibn Bajjah, sang rasionalis murni. Tokoh Hayy, misalnya yang hidup terasing
dari komuniti masyarakat, dan berfikir secara metafizik adalah bentuk ekstremdari `dari
manusia sendirian’ seorang tokoh yang ada dalam Tadbir al-Mutawwahid karya Ibn Bajjah.
Bagaimanapun,meski Ibn Thufail mengakui pentingnya bersendirian di dalam
mengembangkan teori, namun ia tidak puas terhadap peranan akal dalam memperolehi
kebenaran sejati, seperti yang terdapat dalam Tadbir al-Mutawwahid Ibn Bajjah. Karya Ibn
bajjah dinilai oleh Ibn Thufayl sebagai karya yang tidak sempurna. Dari situ, Ibn Thufayl
terdorong menulis kisah Hayy Ibn Yaqzan”.(Hadi Masruri,2005,39).Petikan ini menunjukan
Ibn Bajjah merupakan pencetus pemikiran bagi ahli falsafah lain.

4
Ibn Bajjah juga terkenal dengan ilmu logiknya yang sangat hebat. Ketika beliau
membicarakan mengenai ilmu logik akal, beliau berpendapat bahawa sesuatu perkara yang
dianggap benar ataupun tidak bergantung kepada sifat keyakinan ataupun sekadar suatu
kemungkinan. Justeru beliau menyifatkan, keyakinan ataupun secara tepat sesuatu perkara
yang diyakini itu adalah sebenarnya suatu kebenaran dan sesuatu kemungkinan itu boleh
menjadi benar ataupun tidak benar. Ini bermakna keyakinan adalah pokok kepada
kebenaran, betul pula boleh dikatakan tidak semestinya benar kerana betul itu boleh
menjadi salah. Salah dan betul adalah satu kemungkinan.

Ibn Bajjah beranggapan banyak perkara dalam dunia ini tidak dapat dihurai dengan logik,
jadi beliau amat gemar untuk terus belajar pelbagai ilmu dengan tujuan supaya ilmu-ilmu itu
dapat membantunya dalam memahami serba banyak hal-hal berkaitan dengan metafizik.
Sebagai permisalan Ibn Bajjah menggunakan ilmu sains dan fizik bagi menghuraikan
persoalan dan permasalahan yang melibatkan benda dan rupa.

Dalam pemikiran Ibn Bajjah terdapat sedikit pergeseran daripada pemikiran-


pemikiran pendahulunya di dunia islam bahagian timur. Pengantarnya dalam diskusi-diskusi
falsafah yang serius menandai satu titik pergeseran dalam sejarah kebudayaan Islam
Sepanyol. Beliau berjasa dalam member penjelasan Islam yang bersifat sistematik tentang
ajaran Aristotelian.

4.0 KARYA TOKOH DAN KARYA PENULIS LAIN TENTANG IBN BAJJAH

Menurut Ibn Thufayl, generasi pertama sarjana Sepanyol menyibukkan diri dengan
pengajian matematik dan generasi berikutnya memberikan sumbangan yang jelas terhadap
pengajian logiK, tetapi sumbangan mereka itu tidak lengkap. Akhirnya ,sebuah kelompok
baru para sarjana , yang lebih ahli dalam ilmu falsafah abstrak, muncul di atas panggung.
Ibn Bajjah berada di baris depan kelompok terakhir ini. Oleh kerana itulah ia dapat di
kategorikan sebagai tokoh utama yang pertama di sejarah falsafah Arab Sepanyol.

“Daripada tiga puluh satu karyanya yang sampai ke tangan kita, tidak satu pun yang
melebihi tiga puluh halaman folio. Antara karya-karyanya termasuklah Tadbir al-
Mutawwahid, Risalah Ittisal al-‘alq bi al-Insan, Risalah al-Wada(ilmu pengubatan), risalah al-
Akhlaq, Tardiyyah(syair Pujian),Kitab Nabat, Kitab al-Nafs dan risalah al-Gayah, al-Insaniah”,
( Hafizah,2004,152).

5
Melalui penelitian terhadap karya-karyanya itu,sudah banyak muncul karya akademik
yang membahas pamikiran falsafah Ibn Bajjah, baik yang di terbitkan dalam bentuk buku
tersendiri, mahupun dalam bentuk artikel di pelbagai majalah dan jurnal ilmiah.

Karyanya yang berjudul Tadbir al-Mutawwahid dipandang sebagai karyanya yang


terbesar.Karya besarnya yang lain adalah risalah ittisal al-Aql bi al-Insan.Dalam kedua-dua
tulisannya ini,Ibn Bajjah mengembangkan tema-tema klasik tentang gerak maju intelektual
dari keadaan berpotensi di dalam keadaan sebenarnya dan “kontak” terakhir akal
“perolehan” dengan akal aktif yang hanya menjadi hak istemewa daripada sebahagian kecil
manusia yang mampu mencapainya.

Tadbir al-Mutawwahid juga di kenali sebagai The Rule of Solitary dan The
Governance of Solitary. Di dalam buku The Cambrige Componion To Medieval Philosophy,
A.S Mc. Grade menulis tentang judul buku yang sama maksud dengan Tadbir al-
Mutawwahid, “Ibn Bajjah ,another physician philosopher, wrote the Governance of the
Solitary”,(2004,107).

Di dalam buku World Philosophy, Ninian Smart membuat penjelasan tentang Tadbir
al-Mutawwahid, “ Probably the most influential of Ibn Bajjah work was The Rule of Solitary
Person .He argues that the way upwards in reflecting philosophically on the world and God
is being solitary.His epistemology is rather priori , so that a person can in principle by
himself ascend to the level of the active intellect and so have a kindof rational union with
the divine. His doctrine helped to stimulate one of the most famous works composedin
Western islam, by Ibn Tufayl (d.1185) Hayy Bin Yaqzan,”(2000,173)

Di dalam ensiklopedia islam ringkas,Cyril menyatakan tema Tadbir al-Mutawwahid,


“Dalam sebuah karyanya(Ibn Bajjah) berjudul Tadbir al-Mutawwahid ,ia membahas tema
`pengasingan diri’ ,”(1999,148)

Dalam risalah beliau, Tadbir al-Mutawwahid, Ibn Bajjah pada awalnya menjelaskan
makna tadbir iaitu,mengatur aktiviti atau tingkah laku sedemikian rupa agar tercapai suatu
tujuan yang mulia. Seseorang haruslah berupaya berada dalam pemerintahan yang
mengembangkan kehidupan masyarakatnya untuk mencapai tujuan hidup yang mulia,
sebagaimana Tuhan mengatur segenap ciptaan-Nya dengan ketertiban yang sempurna.
Pemerintahan yang sempurna adalah pemerintahan yang mampumemberikan jaminan
peluang bagi setiap peribadi dalam masyarakatnya untuk mengembangkan aktiviti dalam

6
rangka mencapai taraf setinggi mungkin, sehingga masing-masing berfikir dengan adil dan
saksama, mentaati setiap peraturan setiap peraturan kerana masing-masing sedar tentang
apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan. Dengan demikian amal-amal perbuatan
mereka bersih dari kesesatan , tabiat mereka menjadi bersih dan akhlak mereka menjadi
sempurna.Pada pemerintahan yang sempurna , masyarakatnya tidak memerlukan doktor
jiwa, doktor moral, bahkan tidak perlu ada kadi(pejabat pengadilan hukum , kerana
kehidupan masyarakat itu, lahir dan batin berjalan dengan baik. Kesihatan badan dan batin
mereka baik , mereka tahu apa yang dapat di makan dan apa yang dapat diperbuat, serta
tahu apa yang tidak boleh di makan dan diperbuat.

Bila seseorang tidak berada dalam pemerintahan dan masyarakat yang sempurna,
hendaklah ia secara sendirian atau bersama sejumlah peribadi yang lainnya, mengatur diri
seperti peribadi dalam pemerintahan yang sempurna. Ia harus menjadi mutawwahid(sang
peribadi unik) yang asing di tengah-tengah masyarakatnya yang buruk kerana ia mengatur
dirinya sedemikian rupa agar tidak terbawa oleh arus buruk kehidupan dalam
masyarakat,atau ia berupaya mencari masyarakat yang lain yang mementingkan keutamaan
dan berupaya mendapatkan hikmah. Menurut Ibn Bajjah , manusia ialah makhluk sosial. Ia
perlu kerjasama dengan masyarakat dalam rangka mengembangkan dirinya untuk mencapai
kesempurnaan tetapi bila masyarakatnya buruk, maka tidak ada salahnya ia memisahkan
diri untuk sementara dari kehidupan masyarakat agar ia tidak terganggu oleh masyarakat
dan dapat memusatkan perhatian untuk mengatur diri dalam rangka mengaktualkan daya
fikirannya setinggi mungkin sehingga dapat berhubung (ittisal) dengan akal aktif. Pada
tingkatan tertinggi ini terletak kebahagiaan rohani tertinggi pula.

Ibn Bajjah membahagikan perbuatan manusia kepada dua iaitu perbuatan


manusiawi, iaitu perbuatan perbuatan yang didorong oleh kehendak atau kemahuan, yang
dihasilkan oleh pertimbangan pemikiran; dan kedua , pebuatan haiwan, iaitu perbuatan
naluri seperti yang terdapat pada haiwan, muncul kerana dorongan naluri, bukan kerana
dorongan pemikiran: bila seseorang tersandung oleh sebuah batu di jalan , kemudian batu
itu ia hancurkan. Bila ia menghancurkan batu itu kerana marah terluka oleh batu itu, maka
perbuatan itu masih berada dalam kategori perbuatan haiwan atau naluri. Namun bila ia
menghanncurkan berdasarkan pertimbangan agar batu yang dihancurkan itu tidak boleh lagi
menyandung dan melukai siapa sahaja yang melalui jalan itu, maka perbuatan tersebut
adalah perbuatan manusia, dan masuk dalam kategori perbuatan beretika.

7
Menurut Ibn Bajjah, seseorang haruslah mengatur dirinya dengan membuat daya-
daya haiwannya tunduk dan patuh pada kemahuan pemikiran(akal). Bila terjadi sebaliknya
pada seseorang , yakni daya akalnya tunduk pada daya haiwannya sehingga ia tidak tahu
lagi membezakan antara yang benar dan salah,yang baik dan buruk,maka, menurut Ibn
Bajjah, haiwan lebih tinggi dari orang itu; haiwan berbuat kerana tunduk pada tabiatnya,
sedangkan orang, walaupun memiliki daya akal yang berpotensi untuk dapat membezakan
yang baik dan buruk, justeru masih saja tunduk pada tabiat haiwan. Bahkan dalam keadaan
begini ,daya akal yang terdapat dalam dirinya dapat menjadi alat yang berbahaya untuk
memperbesar sehingga ia menjadi jauh lebih berbahaya daripada haiwan.

Seorang mutawwhid,menurut Ibn Bajjah adalah orang yang berupaya menjadi


manusia rohani , yang mengerjakan perbuatan-perbuatan jasmani dalam batas darurat,
tidak demi perbuatan jasmani itu , dan melakukan perbuatan rohani demi perbuatan rohani
itu. Ia tidak mengerjakan perbuatan jasmani kecuali perbuatan jasmani itu merupakan jalan
mencapai tujuannya.ia sekali- sekali tidak mendahulukan Sesutu yang bersifat jasmani dan
sesuatu yang bersifat rohani, dan tidak pula mengupayakan darjat-darjat rohani kecuali
yang bersifat harus untuk mendapatkan yang ma’qul(yang rasional) . Menurut Ibn Bajjah,
dengan paerantaraan yang bersifat jasmani,seseorang menjadi makhluk insan, dengan hal-
hal yang bersifat rohani, ia menjadi makhluk insani yang lebih tinggi , dan dengan idea-idea
rasional,seseorang menjadi insan yang tinggi dan bersifat illahi.

“Ahli falsafah, kata Ibn Bajjah, adalah manusia yang tinggi dan bersifat illahi dengan
syarat ia memilih – pada setiap perbuatannya – sesuatu yang paling tinggi, dan ia bergaul
dengan setiap lapisan manusia untuk mewujudkan sifat-sifat yang lebih tinggi daripada apa-
apa yang sudah dimiliki lapisan masyarakat itu, dan juga dengan syarat bahawa ia berbeza
daripada mereka kerana ia memiliki perbuatan-perbuatan yang lebih tinggi dan mulia
nilainya. Bila ia sudah mencapai tujuan terakhirnya, yakni ketika ia memahami wujud-wujud
yang semata-mata rohaniah, berupa akal-akal yang mudah dengan segala idea-idea
rasional pada akal-akal itu, maka jadilah ia salah satu dari akal-akal itu dan ia disebut
sebagai wujud yang bersifat illahi dan sesuai baginya sifat illahi, sifat mutawwahid putra
pemerintahan yang sempurna.” Ini dinyatakan oleh Taufik(2006,206).

Ibn Bajjah berbicara tentang aksi rohani yang dapat muncul pada seseorang , iaitu
aksi yang pertama, yang muncul kerana adanya daya indera. Aksi yang kedua,ia muncul
kerana adanya tabiat, seperti rasa haus dan munculnya dorongan untuk mencari air .aksi
yang ketiga, ia muncul kerana aktiviti pemikiran , dan aksi yang ke empat, yakni aksi rohani

8
kerana pengaruh akal aktif , tanpa bantuan pemikiran. Wahyu yang di terima para nabi dan
rukyah sadiqah(mimpi yang benar) termasuk kepada aksi yang keempat. Aksi yang pertama
dan yang ke dua ,kedua-duanya dimiliki oleh haiwan dan manusia, sedangkan aksi yang ke
tiga dan keempat hanya dimiliki oleh manusia. Ahli falsafah dan nabi adalah manusia-
manusia yang memiliki jiwa yang memperoleh aksi macam keempat.

Di tangan Ibn Bajjah , falsafah menjadi etika untuk memprotes pandangan yang
materialistis dan duniawi yang dianut oleh kalangan atasan masa itu. Orang yang
menyaksikannya adanya kebodohan pada tingkah laku umum, menurut pendapatnya, wajib
menjauhkan diri, paling tidak dalam fikiran. Dalam kaitan dengan pandangan ini, dia
menyebut karya utamanya Adab al-Uzlah(tatacara mengasingkan diri) . Meskipun mungkin
motivasi dasarnya adalah moral, tetapi kesimpulannya di rumuskan dalam bentuk analisis
yang mendalam tentang akal dan fikiran manusia. Analisis yang demikian merupakan hal
yang menarik perhatian para ahli falsafah generasi berikutnya.

KESIMPULAN

Apa yang dapat disimpulkan di sini Ibn Bajjah juga merupakan ahli falsafah yang
banyak memberikan sumbangan kepada dunia kita. Teori-teori atau pemikiran -pemikiran
yang dihasilkan oleh ahli-ahli falsafah yang terdahulu, banyak membantu ahli- ahli falsafah
yang seterusya memperbaharui dan memperbetulkan serta memperjuangkan seterusnya
mengembangkan pemikiran –pemikiran tersebut.

Walaupun Ibn Bajjah tidak menghasilkan banyak karya seperti ahli-ahli falsafah lain
yang terkenal, dan kebanyakkan karya yang ditulisnya tidak lengkap kerana banyak yang
berpendapat puncanya ialah kematiannya yang awal. Tetapi pemikirannya diteruskan oleh
ahli falsafah yang lain seperti Ibn Thufayl.

Hal-hal seperti ini menyebab kemajuan pemikiran itu semakin maju kerana setiap
pemikiran akan dinilai oleh orang lain samada ahli falsafah mahupun orang lain untuk
memastikan kebenarannya. Dari situ kita dapat mencarisesuatu kebenaran.

9
RUJUKAN

A.S Macgrade.2003. The Cambrige Componion to Medieval Philosiphy . United


Kingdom: The Press Syndicate of The University Cambrige

Cyril Glasse.1999. Ensiklopedia Islam (ringkas).Ed.1 . Jakarta:PT Raja Grafindo


Persada

Hafizah Dasuki.2004. Ensiklopedia Islam. Kuala Lumpur,Malaysia: Dewan Pustaka


Dan Bahasa

Mohammad Shaif Khan. 1994. Muslim Philosophy and Philosophers .New Delhi:
Computer Codes

M.Hadi Masruri. 2005. Ibn Thufail: Jalan Pencerahan Mencari Tuhan. Yogyakarta: PT
Lkis Pelangi Aksara Yogyakarta

Ninian Smart. 2000. World Philosophies. London: Routledge Taylor And Francis
Group

Taufik Abdullah. 2006. Pemikiran Dan Peradaban. Jakarta:PT Icthiar Baru Von Hoeve

Bibliografi

Philip K.Hitti. 2002. History of Arabs. New York: Palgrave Macmillan

10
11
12

You might also like