You are on page 1of 30

MODEL

PENGURUSAN
DISIPLIN
MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS

 Rudolf Dreikurs (1897-1972)


 Vienna,Austria.
 Selepas memperoleh Ijazah Perubatan dari University of
Australia,beliau bererjasama dengan psikiatari terkemuka
Austria,Alfred Adler dalam bidang Kaunseling keluarga dan kanak-
kanak.
 Berhijrah ke US pd thn 1937 dan menjadi pengarah di Institut Alfred
Adler,chicago.
 Atas dasar minat beliau terhadap kaunseling kanak-kanak dan
keluarga,Dreikurs beralih kpd salah laku dan disiplin di dalam bilik
darjah
Rudolf Dreikurs Alfred Adler
Alfred adler school of professional
psychology
 M.A.L.D menekankan kepentingan guru memberi kepercayaan dan
tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga
disiplin di dalam bilik darjah.
 Murid-murid juga harus diberi autonomi untuk membincangkan salah
laku di dalam bilik darjah serta membantu menguatkuasakan peraturan
di dalam bilik darjah.
 Murid dapat dibimbing utk ingat-mengingati antara satu sama lain
tentang peraturan yg telah ditetapkan dan apabila faham serta mereka
mengamalkan peraturan yg telah ditetapkan,masalah disiplin dapat
dikurangkan.
 Dreikurs menekankan guru perlu mengenal pasti punca kepada
masalah tingkah laku.Dreikurs jg berpendapat disiplin kendiri boleh
dicapai di dalam suasana bilik darjah yang demokratik.
 Murid-murid yg boleh mengawal diri sendiri akan menunjukkan
inisiatif,blh membuat keputusan yg munasabah dan blh memikul
tanggungjawab yg memberi manfaat kpd diri sendiri dan org lain sekali
gus akan meningkatkan kualiti persekitaran murid tersebut.
 Disiplin yg berkualiti terbentuk di dalam bilik darjah yg mengamalkan
demokrasi,iaitu guru dan murid dapat bekerjasama membuat
keputusan dalam pengurusan bilik darjah.
 Rasa kepunyaan (Belongingness) terhadap bilik darjah merupakan
matlamat utama dalam pembentukan tingkah laku murid.
 Murid akan berasa dipunyai apabila guru dan rakan-rakan
memberikan perhatian dan menghormati hak mereka,melibatkan
mereka dalam aktiviti-aktiviti bilik darjah dan tidak meminggirkan
mereka.
 Dreikurs(1968) mendapati bahawa tingkah laku bermasalah berpunca
daripada motif-motif yang berikut.

1.Mendapat perhatian.
2.Mencabar kuasa.
3.Membalas dendam.
4.Mempamerkan kekurangan.

 Beliau berpendapat guru berperanan untuk membantu murid


memahami motif tingkah laku mereka supaya dapat mengurangkan salah
laku dalam kalangan murid.
 Salah laku akan lebih berjaya dikurangkan sekiranya murid diberi pilihan
untuk bertindak.
 Murid akan bertanggungjawab atas pilihan mereka dan menyedari akibat
yg terhasil.
1.MENDAPAT PERHATIAN
 Salah laku sering berpunca daripada murid-murid yg ingin mendapat
perhatian guru.
 Murid sering membuat tingkah laku yang mengundang kemarahan
guru.Antara bentuk tingkah laku yg digunakan untuk menarik perhatian
guru dan rakan sekelas lain ialah

 Membuat “lawak bodoh”.


 Mengetuk meja tanpa sebab
 Bercakap dengan murid lain semasa guru mengajar
 Mengusik murid lain
 Tidak menumpukan perhatian semasa P&P.
 Malas dan tidak membuat kerja yang disuruh.
 Sesetengah tingkah laku mengganggu dilakukan secara aktif dan ada jg
yg membuatnya secara senyap (pasif) seperti mengambil barang-
barang rakan tanpa kebenaran.
 Apabila guru berhadapan dengan dengan situasi begini adalah penting
bagi guru utk menganalisa dan mencari punca kepada salah laku
tersebut.
 Sekiranya perhatian salah diberikan kepada salah laku,kemungkinan
besar salah laku tersebut akan meningkat.
 Guru perlu mencari cara untuk memberi perhatian kepada murid yang
mendatangkan kesan positif.
 Guru tidak perlu memberi perhatian kepada tingkah laku yang tidak
diingini tetapi memberi perhatian kepada tingkah laku yang diingini.
 Secara tidak langsung,guru memberikan pilihan kepada murid
sama ada utk terus membuat perkara yg tidak sepatutnya dan tidak
mendapat perhatian atau membuat sesuatu yg disukai guru serta
mendapat perhatian.
2.MENCABAR KUASA (KONFLIK)
 Banyak masalah disiplin berpunca daripada perebutan kuasa antara
guru dengan murid.
 Sebagai seorang guru,anda mempunyai hak untuk mengekalkan disiplin
bilik darjah dan mengawasi tingkah laku murid.
 Adakalanya tindakan guru menyebabkan murid berasa tertekan dan
dipinggirkan.Oleh itu,mereka bertindak mencabar kewibawaan guru
seperti
1.Enggan memberi kerjasama
2.Bersikap degil
3.Melanggar peraturan yang ditetapkan
4.Menunjukkan kelakuan-kelakuan disruptif.
 Dalam keadaan sedemikian,guru harus menggekkan diri daripada
bersemuka dan melepaskan emosi kepada murid.
 Sekiranya guru melepaskan kemarahan kepada murid,keadaan ini
akan menambahkan tekanan konflik yg dihadapi.
 Murid mungkin akan bertindak balas juga dengan menggunakan
emosi.Sebaiknya guru harus bertenang dan panggil murid untuk
berjumpa dengan guru secara individu.
 Kenal pasti punca kelakuan mereka.Tunjukkan yg anda mengambil
berat tentang masalah yg dihadapi oleh mereka.
 Bincang dengan murid,motif sebenar disebalik kelakuan tersebut
serta tunjukkan sebab dan akibat yg munasabah yg akan dihadapi
oleh mereka sekiranya terus melakukan tingah laku tersebut.
3.MENUNJUKKAN KEKURANGAN

 Apabila murid gagal mendapat pengiktirafan melalui motif-motif yg telah


dibincangkan sebelum ini,mereka akan bertindak memencilkan diri
atau meminggirkan diri.
 Tujuan utama murid yg bertingkah laku sebegini adalah supaya mereka
tidak dihiraukan dan dibiarkan dengan dunia mereka sendiri.
 Mereka cuba mencapai matlamat ini dengan menunjukkan kekurangan
diri.Motif menunjukkan kekurangan ialah langkah terakhir yang diambil
oleh murid untuk mendapat pengiktirafan diri di dalam bilik darjah.
 Mereka secara psikologi cuba menyakinkan diri sendiri bahawa mereka
tidak mempunyai kebolehan seperti rakan yg lain.
 Guru perlu peka dengan apabila terdapat murid-murid sebegini di
dalam bilik darjah.Secara perlahan,tarik perhatian mereka dlm
aktiviti bilik darjah.Beri mereka peluang kepada mereka
menunjukkan keupayaan dan hargai usaha mereka.
 Kenal pasti minat mereka tanpa meminggirkan murid-murid yang
lain.Guru perlu sabar dan minta kerjasama drpd murid-murid serta
guru-guru lain yg mengajar di dalam bilik darjah tersebut.
 Guru patut belajar cara utk mengenal pasti matlamat-matlamat
murid yg salah ini dan cara utk menanganinya.
 Apabila guru mula melihat tanda-tanda berlakunya salah
matlamat,guru patut menyedarkan murid tindakan salah yg telah
diambil dalam suasana yg mesra dan tidak terancam.
 Dreikurs mencadangkan,guru boleh bertanya secara langsung
kepada murid,contohnya,

‘Adakah awak mahu cikgu beri lebih perhatian kepada awak?’


atau
‘Adakah awak cuba untuk menunjukkan bahawa saya tidak
boleh
memaksa awak membuat latihan ini ?’
 Peraturan untuk menyelia tingkah laku di dalam bilik darjah perlu
dibincangkan bersama oleh guru dan murid.Akibat-akibat kepada
tingkah laku yg ditunjukkan perlu logik dan bersesuaian dengan
peraturan atau rutin yg telah ditetapkan.
 Bagi Dreikurs,dendaan tidak patut dijalankan di dalam bilik
darjah.Dendaan menunjukkan cara guru membalas dendam
terhadap perbuatan murid.
 Dendaan selalunya memalukan murid dan mungkin akan membawa
kepada kesan yg lebih negatif dan sepatutnya diganti dengan
akibat-akibat logikal yg telah dipersetujui bersama guru dengan
murid.
 Secara keseluruhan,Dreikurs telah mencadangkan beberapa
langkah untuk menangani murid-murid yg mempunyai motif-motif
yang salah dalam mempamerkan tingkah laku.
Kenal pasti masalah murid.

Bantu murid memahami motif yang


ditunjukkan

Bantu murid tukar matlamat salah


kepada matlamat sebenar

Bimbing murid bertanggungjawab


ke atas matlamat baru

Bantu murid melihat akibat di


sebalik tingkah lakunya
Sumbangan Dreikurs
 Dreikurs telah menyumbangkan konsep dan struktur pengurusan
disiplin bilik darjah yg telah digunakan meluas di sekolah-sekolah.
 Beliau merujuk kepada disiplin kendiri sebagai disiplin yg sebenar
dan mengaitkan disiplin kendiri ini dengan kepentingan
persekitaran.
 Dreikurs antara pengkaji disiplin bilik darjah yg pertama mencadang
tentang,
1.Guru dan bilik darjah yg demokratik
2.Konsep kepunyaan bilik darjah
3.Guru mengenal pasti matlamat murid yg salah
4. Guru tidak sepatutnya menggunakan dendaan dan cuba
menggelakkan pujian kerana kedua-duanya akan
mengakibatkan murid bergantung kepada tindakan guru
bukan kemahuan sendiri.Sebaliknya guru memberi galakkan
yg sesuai.
 Berikut ialah cadangan-cadangan yg boleh digunakan oleh guru
untuk berkomunikasi dengan murid :
1. Berkomunikasi perkara-perkara positif.
2. Galak peningkatan murid.
3. Kenal pasti kelemahan murid.
4. Belajar drpd kesilapan.
5. Bekerjasama
6. Rasa bangga pencapaian murid
7. Optimis
8. Beri galakan dan motovasi.
MODEL PENGURUSAN KELOMPOK
KOUNIN

 Jacob Kounin (1971) seorang pakar psikologi pendidikan dari


Wayne State University yang menfokuskan kejadian terhadap cara
pengurusan bilik darjah dan pengurusan P&P mempengaruhi
tingkah laku murid di sekolah.
 Asas kepada keberkesanan pengurusan bilik darjah mengikut
MPKK bergantung kpd pengawasan dan penyeliaan yang teliti oleh
guru terhadap aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah.
Jacob Kounin (1971)
 Faktor utama dalam menguruskan tingkah laku di dalam bilik darjah
menurut kounin adalah berkaitan dengan kebolehan guru utk
mengawasi semua perkara yang berlaku dalam bilik darjahnya
setiap masa dan cara utk menangani masalah sebelum menjadi
masalah disiplin.
 Kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakan di
dalam bilik darjah pada setiap masa disebut sebagai withitness
oleh kuonin.
 Satu lagi kemahiran yang boleh digunakan oleh seorang guru dlm
mengawal bilik darjahnya adalah dapat menangani daripada satu
situasi dengan serentak.Kounin menggelarkkan sebagai
pertindanan (overlapping)
 Menurut kajian kounin,teguran atau tindakan guru terhadap seorang
murid yg telah melakukan salah laku akan turut memberikan kesan
kepada murid-murid lain di dalam bilik darjah.Kesan ini disebut
sebagai kesan gelombang (Ripple Effect).
 Hal ini bermakna sekiranya guru dapat memberikan teguran dan
tindakan disiplin kpd murid-murid yg bermasalah dan pd masa yang
sama murid-murid lain juga mendapat iktibar daripada tindakan
tersebut.
 Kounin mencadangkan utk kesan gelombang ini berlaku secara
efektif,guru harus mempunyai 3 ciri semasa menjalankan tindakan
mendisiplinkan murid iaitu Jelas,Tegas da Serius.
 Menurut kounin,apabila memberi teguran,guru perlu menyatakan
dengan spesifik tingkah laku yg hendak dibetulkan.Elakkan
daripada memberi teguran secara umum.
 Guru juga boleh memberikan arahan atau teguran terhadap salah
laku murid dengan memberikan akibat kepada salah laku tersebut
dalam arahan.
 Dalam memberikan arahan,guru harus tegas dan bernada serius.
 Untuk memastikan keberkesanan model ini,guru harus mengawasi
persekitaran bilik darjah setiap masa.
 Jangan melengah-lengahkan teguran.Sebaiknya teguran diberikan
pada ketika salah laku tersebut dilakukan.Adalah penting utk guru
memastikan punca salah laku.
 Kounin jg mencadangkan kelancaran dan pelaksanaan aktiviti di
dalam bilik darjah memainkan peranan penting untuk mengawal
salah laku dalam bilik darjah.
 Aktiviti P&P yg tidak lancar,tertangguh,arahan tidak jelas dan aktiviti
P&P yg tidak menarik,menyumbang kepada kebarangkalian utk
salah laku berlaku lebih kerap.
 Kounin dgn jelas menyatakan,guru harus menggelak drpd tersekat-
sekat dalam penyampaian pengajaran atau menyampaikan
pengajaran meleret-leret sehingga keluar drpd sukatan yg
sebenar,memberikan arahan-arahan yg tidak wajar atau tidak
difahami,selalu menukar-nukar tugasan atau memberhentikan
tugasan/aktiviti yg seronok dilakukan oleh murid-murid
 Antara penyebab lain yang mengganggu kelancaran P&P adalah
penerangan yg meleret dan fragmentasi.Mengulang penerangan
perkara-perkara lama yg telah difahami oleh murid-murid.
 Kounin jg memberikan tumpuan utama terhadap pengurusan P&P untuk
memastikan murid sentiasa mempunyai tugasan dan dilibatkan dengan
aktiviti bilik darjah
 Guru-guru yg berkesan sering menggunakan strategi yang pelbagai
untuk menarik perhatian murid dan mencapai objektif P&P.
 Menurut kounin,guru yg mempunyai momentum(keadaan) iaitu
memulakan pengajaran dengan lancar,melakukan peralihan aktiviti p&p
dgn cekap dan membuat penutup dengan berkesan.
 Beliau jg menyatakan guru yg baik akan sentiasa memastikan muridnya
tidak berasa bosan dgn pengajaran guru.

You might also like