You are on page 1of 12

Ibu seorang bisa menjaga sepuluh orang anak, tetapi sepuluh orang anak belum tentu bisa menjaga

seorang
ibu....
Peribahasa ini sering kita dengar apabila berbicara mengenai sikap anak-anak di zaman siber ini yang dikatakan
tidak mampu menjaga orang tua mereka. Mereka lebih rela menempatkan orang tua mereka di rumah-rumah
orang tua atau dibiarkan terbiar tanpa dijaga. Tidak kurang juga ustaz-ustaz di masjid lantas menjatuhkan hukum
bahawa wajib kita menjaga orang tua kita dan memberikan perhatian yang tidak berbelah bagi. Dengan purata
umur masyarakat dunia termasuk Malaysia yang melebihi umur 70 tahun, maka tidak hairan di masa terdekat
nanti akan lebih ramai populasi warga tua membanjiri masyarakat.

Saya setuju dan tidak berbelah-bagi bahawa orang tua wajar dijaga oleh keluarga mereka, bukannya oleh
Jabatan Kebajikan atau dibiarkan merempat. Namun saya terpanggil untuk menegur mereka yang mengkritik
dewasa ini akan trend atau budaya menghantar orang tua untuk dijaga oleh rumah penjagaan swasta. Bukanlah
niat saya untuk mengkritik mereka yang sejujurnya rela berkorban untuk menjaga orang tua mereka, namun
tujuan entri ini adalah untuk saya membuka ruang litup pemikiran dan sentimen kita terhadap mereka yang
menghantar orang tua mereka ke rumah-rumah penjagaan swasta. Pada saya, tidak ada buruknya langsung
dalam menghantar orang tua ke rumah penjagaan swasta. Seperti yang kita tahu, apabila sesuatu perkara itu
swasta, maka ia melibatkan bayaran dan juga kualiti perkhidmatan. Maka konsumer mempunyai pilihan dan
bebas untuk memilih yang terbaik untuk orang tua mereka. Mereka bebas melawat orang tua mereka dan jika
mereka gagal menyelesaikan yuran penjagaan, maka perkhidmatan akan dibatalkan dan orang tua akan
dipulangkan kepada anak-anak mereka. Maka pada saya, tanggungjawab menjaga orang tua itu telah terlaksana
jika anak-anak mengambil keputusan untuk menghantar ke rumah penjagaan swasta.

Mungkin ada yang akan berhujah bahawa baiknya digaji pengasuh untuk menjaga orang tua berkenaan di rumah
kita sendiri - namun saya kurang gemar dengan ide ini kadangkala. Sebab pertama adalah, selalunya di rumah
penjagaan swasta, tenaga penjaga itu adalah terdiri daripada jururawat dan juga penjaga profesional yang
terlatih dalam ilmu dan amali menjaga orang tua. Apabila dibanding dengan mereka yang digajikan, dengan
selalunya warga Indonesia berumur belasan dan awal puluhan, diambil bekerja tanpa sebarang latihan dan
tanpa pengetahuan yang mencukupi dalam menjaga orang tua. Namun ianya akan menjadi lebih baik jika yang
digaji itu adalah jururawat atau penjaga yang terlatih. Maka jika itu yang berlaku - saya tiada halangan jika orang
tua berkenaan ditempatkan di rumah si anak.

Kita harus memandang gagasan ini luar dari skop emosi dan norma masyarakat. Kita perlu sedar akan realiti
sebenar. Walau kita dibesarkan oleh orang tua kita, dari bayi hingga dewasa, namun tidak mudah untuk kita
menjaga orang tua kita kembali, sebagaimana mereka menjaga kita. Memang benar tidak terbalas jasa mereka
kepada kita. Namun jangan pula kita si anak berhenti dari terus mencuba. Menjaga orang tua adalah memang
satu pekerjaan yang paling sukar dan memerlukan tahap kesabaran yang paling tinggi. Entri ini tidak
mengagaskan si anak untuk lari dari tanggungjawab, tetapi adalah untuk memberi justifikasi bagaimana
tanggungjawab itu dilaksana. Tugas utama si anak sebenarnya adalah kepada keluarga dan kariernya sendiri.
Tanggungjawab menyediakan nafkah untuk anak-anak dan isteri adalah lebih utama. Tanggungjawab memenuhi
tuntutan karier juga adalah lebih penting.

Si anak akan hanya mampu menjaga orang tua mereka - apabila mereka MAMPU. Mampu dari segi wang, masa
dan juga kudarat. Jika mereka mampu dari segi wang, maka rumah penjagaan swasta atau mengaji pengasuh
adalah apa yang mereka mampu. Maka mereka dapat menumpu pada kerjaya dan keluarga mereka sendiri
tanpa perlu terlalu merisaukan kebajikan orang tua mereka. Mereka hanya perlu membayar yuran penjagaan
tepat pada waktunya dan juga perlu melawat mereka dengan kerap dan memastikan suasana kekeluargaan yang
menggembirakan untuk si tua dan si anak.

Bagi mereka yang mampu dari segi masa dan juga kudarat, maka mereka ini mungkin bisa menjaga orang tua
mereka di rumah mereka sendiri. Namun pengorbanan ini pasti ada harganya. Karier mungkin tergadai dan
tumpuan pada keluarga akan terganggu dan menyebabkan konflik atau krisis bisa meletus bila-bila masa sahaja.
Keadaan akan sentiasa tegang dan memberi tekanan yang sia-sia pada si anak sehinggakan kadangkala amarah
itu dilepaskan pada si tua. Maka fikirkanlah yang mana lebih sesuai dengan jiwa dan naluri anda. Pada saya -
kedua-duanya tetap menjadikan anda anak yang bertanggungjawab.

Oleh itu untuk kita yang masih muda, yang satu hari nanti pasti tua, mungkin sudah tiba masanya kita
memikirkan akan dana persaraan kita kelak. Kita seharusnya menabung untuk kehidupan hari tua kita. Kita perlu
keluar dari kepompong pemikiran bahawa anak-anak kita yang wajib menjaga kita di hari tua. Kita perlu sedar
bahawa kita perlu berdikari sendiri sepanjang umur hidup kita, kerana kita hidup untuk diri kita sendiri. Dana
yang dikumpul seharusnya cukup bukan setakat untuk menyediakan rumah mahupun makan minum kita, tetapi
juga cukup untuk kita menbayar biaya memiliki pengasuh sepenuh masa dan biaya perubatan yang lengkap
andai ditakdirkan kita sakit. Kita perlu menjaga diri kita sendiri walaupun kita sudah tua.

Entri ini hanyalah sekadar mengajak kita melihat dunia tua kita dari perspektif berbeza kerana kadangkala kita
terlalu mementingkan diri sehinggakan kita menghalang anak-anak kita sendiri kelak untuk mencapai
kebahagian dan kehidupan yang mereka impikan. Memang benar seorang ibu bisa menjaga sepuluh orang anak,
kerana si anak itu ibarat askar, menurut sahaja... dan memang benar belum tentu sepuluh orang anak bisa
menjaga seorang ibu, kerana si ibu itu ibarat ratu, memerintah sahaja.....

------------------------------------
Salam kepada dua-dua pengulas,

Terima Kasih atas ulasan saudara berdua. Saya bersetuju dengan saudara tetapi mungkin sudah timbul sedikit
salah faham.. yang saya katakan adalah tidak wajar jika kita katakan bahawa mereka yang menghantar orang tua
mereka ke rumah penjagaan sebagai tidak bertanggungjawb.. saya juga tidak menghalang jika tuan2 sanggup
untuk berhenti kerja dan menjaga orang tua.. itu bahkan lebih mulia di mata saya.. tetapi realitinya.. berat mata
memandang.. berat lagi bahu memikul.. pernahkah kita bertanya pada anak yang sanggup berhenti kerja.
apakah mereka rela?? dan andai mereka diberi pilihan yang lebih baik.. adakah mereka akan berubah.. tidakkah
terdetik di hati kita apakah ini yang mereka mahukan?? Saya tegaskan disini bahawa tanggungjawab menjaga
ibubapa adalah tanggungjawab kita... WAJIB (kalau boleh saya memberi hukum) menjaga mereka.. bukan saja
dari segi agama.. bahkan dari segi kemanusiaan itu.. kita yang wajib menjaga ahli keluarga kita sendiri.. tetapi
penjagaan itu bagaimana rupanya yang perlu kita perhalusi dan fahamkan...

Mungkin si anak berhenti kerja tetapi menjaga ibunya di rumah dengan membiarkan sang ibu terbaring sahaja
dalam bilik lembap beralas tilam kusam dan disuap dengan nasi penyek berlauk ikan goreng sahaja.. dibanding
pula dengan seorang anak yang membayar katakan RM2000 setiap bulan dengan ibunya mendapat perhatian
jururawat setiap hari dan boleh berinteraksi dengan teman-teman sebaya yang lain dan setiap petang dibawa
berjalan di taman-taman..

Ungkapan 'Tugas utama si anak adalah kepada keluarga dan kariernya sendiri'

Ini saya cuba gambarkan bahawa si anak itu tanggungjawabnya pada keluarga yang bergantung harap padanya
sebagai pencari nafkah dan juga tuntutan karier supaya individu tersebut dapat membawa pulang hasil upahnya
untuk diberi pada keluarga yang bergantung harap.. Mungkin mudah untuk kita menghukum seseorang itu
mementingkan diri sendiri.. tetapi bukankah kita dilahir itu untuk diri sendiri.. apatah lagi.. siapakah kita untuk
menilai seseorang itu mementingkan diri sendiri.. bukankah dia cuba berlaku adil pada semua mereka yang
bergantung harap pada dirinya.. maka pernahkah kita memandang dari sudut diri orang itu sendiri.. jika kita
dalam situasi orang itu.. apa yang akan kita lakukan??.. kadangkala lebih mudah berkata dan menghukum
orang..

Kepada soalan dari pengulas pertama samada saya sanggup untuk dihantar ke rumah orang tua atau tidak...
(saya sudah ulas perkara ini dalam perenggan ke tujuh entri) saya rasa kita perlu keluar dari pemikiran
tradisional bahawa apabila tua kita mengharapkan anak-anak kita untuk menjaga kita.. seperti yang saya
katakan.. jaga itu yang bagaimana?? jaga membasuh berak kita.. menyuap kita makan.. berada di hadapan kita
24 jam menjaga kita sepeti seorang bayi.. saya rasa cukup bersalah dan berdosa pada anak-anak saya jika saya
buat begitu.. kita berhak emosional.. tapi kita juga wajar rasional.. kerana kita membesarkan anak-anak supaya
mereka mampu berdikari menjadi manusia berguna.. kita ini perlu bersedia apa jua keadaan untuk menghadapi
apa jua pun.. sedangkan menghadapi kematian pun kebanyakkan kita berdaftar dengan khairat kematian..
kerana kita bersedia.. itu yang perlu kita fikirkan.. kita sendiri bersedia dengan wangnya, ilmunya,
kemudahannya dan segala persiapan mental dan fizikal.. bukan bergantung harap pada orang lain.. kerana kita
ini lahirnya untuk diri sendiri... hidup untuk diri sendiri dan mati jua nanti untuk diri sendiri...
Perlu difaham disini bahawa jika dijaga di rumah penjagaan sekalipun bukan bermakna tanggungjawab anak
terlepas.. perlu dilawat selalu dan diluangkan masa selalu bersama orang tua kita.. maka pasti akan berhujah
lebih mudah kita sendiri menjaga.. tetapi persoalannya mampukah kita.. seperti saya katakan.. menjaga anak itu
ibarat kita seorang jeneral mengarahkan seorang askar.. atau si gembala menghalau sepuluh skor lembu masuk
ke dalam kandang.. tetapi bila menjaga orang tua.. mereka menginginkan diri mereka dilayan seperti Raja dan
Ratu.. sukarnya dan perasaan hati itu hanya Tuhan yang tahu... renung-renungkan....
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Peribahasa ini sering kita dengar apabila berbicara mengenai sikap anak-anak di zaman siber ini yang dikatakan
tidak mampu menjaga orang tua mereka. Mereka lebih rela menempatkan orang tua mereka di rumah-rumah
orang tua atau dibiarkan terbiar tanpa dijaga. Tidak kurang juga ustaz-ustaz di masjid lantas menjatuhkan hukum
bahawa wajib kita menjaga orang tua kita dan memberikan perhatian yang tidak berbelah bagi. Dengan purata
umur masyarakat dunia termasuk Malaysia yang melebihi umur 70 tahun, maka tidak hairan di masa terdekat
nanti akan lebih ramai populasi warga tua membanjiri masyarakat.

Saya setuju dan tidak berbelah-bagi bahawa orang tua wajar dijaga oleh keluarga mereka, bukannya oleh
Jabatan Kebajikan atau dibiarkan merempat. Namun saya terpanggil untuk menegur mereka yang mengkritik
dewasa ini akan trend atau budaya menghantar orang tua untuk dijaga oleh rumah penjagaan swasta. Bukanlah
niat saya untuk mengkritik mereka yang sejujurnya rela berkorban untuk menjaga orang tua mereka, namun
tujuan entri ini adalah untuk saya membuka ruang litup pemikiran dan sentimen kita terhadap mereka yang
menghantar orang tua mereka ke rumah-rumah penjagaan swasta. Pada saya, tidak ada buruknya langsung
dalam menghantar orang tua ke rumah penjagaan swasta. Seperti yang kita tahu, apabila sesuatu perkara itu
swasta, maka ia melibatkan bayaran dan juga kualiti perkhidmatan. Maka konsumer mempunyai pilihan dan
bebas untuk memilih yang terbaik untuk orang tua mereka. Mereka bebas melawat orang tua mereka dan jika
mereka gagal menyelesaikan yuran penjagaan, maka perkhidmatan akan dibatalkan dan orang tua akan
dipulangkan kepada anak-anak mereka. Maka pada saya, tanggungjawab menjaga orang tua itu telah terlaksana
jika anak-anak mengambil keputusan untuk menghantar ke rumah penjagaan swasta.

Mungkin ada yang akan berhujah bahawa baiknya digaji pengasuh untuk menjaga orang tua berkenaan di rumah
kita sendiri - namun saya kurang gemar dengan ide ini kadangkala. Sebab pertama adalah, selalunya di rumah
penjagaan swasta, tenaga penjaga itu adalah terdiri daripada jururawat dan juga penjaga profesional yang
terlatih dalam ilmu dan amali menjaga orang tua. Apabila dibanding dengan mereka yang digajikan, dengan
selalunya warga Indonesia berumur belasan dan awal puluhan, diambil bekerja tanpa sebarang latihan dan
tanpa pengetahuan yang mencukupi dalam menjaga orang tua. Namun ianya akan menjadi lebih baik jika yang
digaji itu adalah jururawat atau penjaga yang terlatih. Maka jika itu yang berlaku - saya tiada halangan jika orang
tua berkenaan ditempatkan di rumah si anak.
Kita harus memandang gagasan ini luar dari skop emosi dan norma masyarakat. Kita perlu sedar akan realiti
sebenar. Walau kita dibesarkan oleh orang tua kita, dari bayi hingga dewasa, namun tidak mudah untuk kita
menjaga orang tua kita kembali, sebagaimana mereka menjaga kita. Memang benar tidak terbalas jasa mereka
kepada kita. Namun jangan pula kita si anak berhenti dari terus mencuba. Menjaga orang tua adalah memang
satu pekerjaan yang paling sukar dan memerlukan tahap kesabaran yang paling tinggi. Entri ini tidak
mengagaskan si anak untuk lari dari tanggungjawab, tetapi adalah untuk memberi justifikasi bagaimana
tanggungjawab itu dilaksana. Tugas utama si anak sebenarnya adalah kepada keluarga dan kariernya sendiri.
Tanggungjawab menyediakan nafkah untuk anak-anak dan isteri adalah lebih utama. Tanggungjawab memenuhi
tuntutan karier juga adalah lebih penting.

Si anak akan hanya mampu menjaga orang tua mereka - apabila mereka MAMPU. Mampu dari segi wang, masa
dan juga kudarat. Jika mereka mampu dari segi wang, maka rumah penjagaan swasta atau mengaji pengasuh
adalah apa yang mereka mampu. Maka mereka dapat menumpu pada kerjaya dan keluarga mereka sendiri
tanpa perlu terlalu merisaukan kebajikan orang tua mereka. Mereka hanya perlu membayar yuran penjagaan
tepat pada waktunya dan juga perlu melawat mereka dengan kerap dan memastikan suasana kekeluargaan yang
menggembirakan untuk si tua dan si anak.

Bagi mereka yang mampu dari segi masa dan juga kudarat, maka mereka ini mungkin bisa menjaga orang tua
mereka di rumah mereka sendiri. Namun pengorbanan ini pasti ada harganya. Karier mungkin tergadai dan
tumpuan pada keluarga akan terganggu dan menyebabkan konflik atau krisis bisa meletus bila-bila masa sahaja.
Keadaan akan sentiasa tegang dan memberi tekanan yang sia-sia pada si anak sehinggakan kadangkala amarah
itu dilepaskan pada si tua. Maka fikirkanlah yang mana lebih sesuai dengan jiwa dan naluri anda. Pada saya -
kedua-duanya tetap menjadikan anda anak yang bertanggungjawab.

Oleh itu untuk kita yang masih muda, yang satu hari nanti pasti tua, mungkin sudah tiba masanya kita
memikirkan akan dana persaraan kita kelak. Kita seharusnya menabung untuk kehidupan hari tua kita. Kita perlu
keluar dari kepompong pemikiran bahawa anak-anak kita yang wajib menjaga kita di hari tua. Kita perlu sedar
bahawa kita perlu berdikari sendiri sepanjang umur hidup kita, kerana kita hidup untuk diri kita sendiri. Dana
yang dikumpul seharusnya cukup bukan setakat untuk menyediakan rumah mahupun makan minum kita, tetapi
juga cukup untuk kita menbayar biaya memiliki pengasuh sepenuh masa dan biaya perubatan yang lengkap
andai ditakdirkan kita sakit. Kita perlu menjaga diri kita sendiri walaupun kita sudah tua.

Entri ini hanyalah sekadar mengajak kita melihat dunia tua kita dari perspektif berbeza kerana kadangkala kita
terlalu mementingkan diri sehinggakan kita menghalang anak-anak kita sendiri kelak untuk mencapai
kebahagian dan kehidupan yang mereka impikan. Memang benar seorang ibu bisa menjaga sepuluh orang anak,
kerana si anak itu ibarat askar, menurut sahaja... dan memang benar belum tentu sepuluh orang anak bisa
menjaga seorang ibu, kerana si ibu itu ibarat ratu, memerintah sahaja.....
Baru-baru ini media melaporkan mengenai dua insiden di mana bapa telah 'dibuang' oleh anaknya.
Dalam kes pertama, seorang pesakit buah pinggang berumur 60 tahun telah ditinggalkan oleh anaknya di pusat hemodialisi di
Kangar, Perlis. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kemudian menempatkan lelaki tersebut di sebuah rumah
kebajikan, 'Rumah Sri Kenangan' di Jejawi.
Itulah kali kedua dalam seminggu di mana warga emas dilaporkan dibuang oleh darah daging mereka sendiri.
Dalam kes sebelumnya, seorang bapa berumur 57 tahun telah ditinggalkan di tepi jalan bersama bungkusan pakaiannya di
Behor dekat Kangar.
Beliau, yang baru menjalani pembedahan jantung, terpaksa berlindung dan tidur di sebuah perhentian bas.
Lelaki itu kemudian diberi perlindungan di rumah kebajikan Batu Bertangkup di Chuping.

TANGGUNGJAWAB ANAK
"Dalam dongeng Melayu, kita ada kisah Si Tenggang. Sekarang kita pula ada baca laporan media tentang anak membuang
bapa yang tua", kata Pegawai Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Rafia'ah Jaafar.
Sudah tentu Rafia'ah merujuk kepada sebuah cerita dongeng seorang pemuda bernama Tenggang yang meninggalkan
kampung halaman untuk mencari kesenangan.
Beliau kemudian berjumpa dan berkahwin dengan seorang wanita kaya. Bertahun kemudian, ketika dalam satu pelayaran
kapalnya terpaksa berlabuh di kampung tempat asalnya.
Ibunya mengenali beliau tetapi Tenggang enggan mengaku wanita itu sebagai ibu kerana malu dengan kedaifan yang pernah
dialaminya. Ibunya berasa amat kecewa dan lantas melafazkan satu sumpahan. Kerana sumpahan tersebut, Tenggang dan
orang di sekelilingnya telah menjadi batu.
Tetapi kenapa ada anak yang sanggup membuang ibu bapa.
Bagi Rafia'ah terdapat beberapa jawapan bagi persoalan tersebut.
"Ramai ibu bapa yang mahukan anak mereka dapat lebih daripada apa yang mereka sendiri punyai lalu melakukan kesilapan
dengan terlampau memanjakan anak.
"Bila besar anak itu tidak dapat menilai benda atau perkara yang 'dikorbankan' oleh ibu bapa dan berasa mereka berhak
terhadap apa yang diberikan ibu bapanya", katanya.
Apabila ibu bapa semakin tua, anak-anak berasa bukan tanggungjawab mereka untuk menjaga keperluan fizikal dan emosi
ibu bapa, kata Rafia'ah.

Ada juga anak yang mementingkan diri sendiri dan memandang sambil lewa sahaja terhadap ibu bapa.
"Satu lagi faktor adalah cara ibu bapa membesarkan anak. Sesetengah daripada anak mengharungi alam kanak-kanak yang
traumatik dan mungkin membenci ibu bapa.
"Ada ibu bapa yang mendera dan mendatangkan stres terhadap anak-anak. Jadi bila anak ini besar, mereka membalas apa
yang mereka alami semasa kecil terhadap ibu bapa", tambah beliau.
Tetapi pemandu teksi S. Perumal mempunyai pandangan yang berlainan.
"Ada ibu bapa yang menjadi begitu rapat dengan anak-anak dan sebaliknya. Bila anak besar, mereka punya kehidupan dan
keluarga sendiri. Mereka juga tidak tinggal dekat dengan ibu bapa kerana tugas. Mungkin si anak tidak memandang itu
sebagai perbuatan meninggalkan ibu bapa walau itulah apa yang dirasa oleh ibu bapa mereka", katanya.

TINDAKAN KEJAM
Pada satu majlis tahun lepas, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil,
berkata sesiapa yang membuang ibu bapa boleh dianggap melakukan satu perbuatan kejam.
Beliau menasihati mereka yang rasa tidak lagi mampu menjaga ibu bapa supaya menghubungi pejabat kebajikan yang
terdekat.
"Jangan tinggalkan mereka di hospital atau di jalanan. Juga jangan tinggalkan orang tua yang tidak berdaya keseorangan
tanpa jagaan di rumah", beliau dilaporkan berkata.
Kata Shahrizat, beliau tidak mahu melihat satu budaya buang ibu bapa berkembang di negara ini.
UNDANG-UNDANG
Bagi pendidik Abdul Rahman Noordin, sudah tiba masanya kerajaan menggubalkan undang-undang terhadap isu tersebut.
Mengikut Abdul Rahman, pertalian ibu bapa-anak adalah satu komponen yang amat penting dalam masyarakat yang
penyayang dan maju.
"Tetapi kini terdapat satu trend di mana ibu bapa ditinggalkan di rumah orang tua tanpa apa-apa bantuan serta perhatian.
"Agak malang kerana negara ini masih belum punya akta yang mewajibkan anak menjaga ibu bapa mereka.
"Ibu bapa perlukan undang-undang bagi menjaga keperluan mereka di peringkat usia yang lanjut", tambah Abdul Rahma
Menjaga warga emas - Tanggungjawab semua pihak
Seorang ibu mampu menjaga 10 anak, namun 10 anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu -
ungkapan yang biasa didengar tetapi tidak semua memahami atau mungkin buat-buat tidak faham
makna yang tersirat di dalamnya.  Kalau semua anak-anak memahami sudah pasti tidak timbul
fenomena ibu bapa diabaikan dengan meletakkan tanggungjawab menjaga mereka pada pekerja
rumah-rumah kebajikan.
Biarpun dikatakan belum berada pada tahap serius ia sedikit sebanyak telah mendorong pertimbangan kerajaan
untuk kemungkinan memperkenalkan akta khas mewajibkan anak-anak menanggung kos sara hidup orang tua
mereka.  Hal ini disuarakan sendiri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil tidak lama dulu.
Mungkinkah tanggungjawab menjaga dan menyara ibu bapa yang yang sepatutnya dilakukan secara senang hati
oleh anak-anak akan dilihat menjadi satu paksaan melalui kewujudan akta itu sehingga melenyapkan nilai-nilai
keikhlasan.

Wartawan Siti Zaleha Jorimai mendapatkan pandangan Pensyarah Fakulti Pembangunan Sosial dan
Kemanusiaan Universiti Utara Malaysia (UUM) Zarina Mat Saad mengenai isu penjagaan ke ibu bapa dan warga
tua serta kewajaran akta tersebut.

MENJAGA warga tua atau ibu bapa yang sudah lanjut usia bukan masalah individu, sebaliknya melibatkan semua
pihak terutama institusi keluarga, masyarakat dan kerajaan.
Bahkan jika dilihat penggunaan terma penjaga itu sendiri, ia meliputi tanggungjawab semua pihak dan terdapat
banyak bentuk penjaga.

Pensyarah Jabatan Kerja-Kerja Sosial, Fakulti Pembangunan Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Utara Malaysia
(UUM), Zarina Mat Saad berkata, masyarakat Malaysia secara tradisional masih mengamalkan sistem keluarga
luasan iaitu isi rumah yang merangkumi ibu bapa, anak-anak dan datuk, nenek atau anggota keluarga yang lain.
Ini katanya, secara tak langsung memupuk rasa tanggungjawab, perasaan kasih sayang, sokongan dan ikatan
kekeluargaan yang kuat oleh ahli keluarga terhadap warga tua. Namun menurut beliau, disebabkan arus
pembangunan dan proses modenisasi, nilai tradisional tadi beransur-ansur menurun.
"Akibatnya masyarakat menjadi lebih individualistik dan hubungan kekeluargaan semakin renggang.
Bagaimanapun keadaan ini bukanlah sesuatu yang serius kerana masih lagi wujud keluarga luasan di Malaysia,''
katanya.

Zarina berkata, mengikut statistik Jabatan Perangkaan 1998, sebanyak 58 peratus penduduk berumur tinggal di
dalam isi rumah keluarga luasan. Kajian-kajian tentang persepsi generasi muda terhadap warga tua yang
dijalankan di UUM pula mendapati kebanyakan mereka melihat warga tua atau proses penuaan itu dalam
keadaan positif.

Katanya, sebagai anak-anak, kita seharusnya mempunyai tanggungjawab menjalankan tugas menjaga ibu bapa
yang berumur. "Ia bukan sahaja tanggungjawab sosial tetapi ia adalah tuntutan agama. Anak-anak perlu
menjaga ibu bapa mereka semasa ibu bapa mereka sihat seperti menjaga makan minum, pakaian, tempat
tinggal selesa dan sebagainya".

"Menjaga ibu bapa ketika sakit, ketika diambang maut dan juga menguruskan jenazah ibu bapa juga
tanggungjawab yang dituntut,'' katanya. Secara umumnya Zarina berpendapat, akta khas yang mewajibkan
anak-anak menanggung sara hidup orang tua mereka masih tidak diperlukan buat masa ini.
Bagi beliau, kes pengabaian terhadap ibu bapa atau warga tua di negara ini belum berada pada tahap yang
serius sehingga memerlukan akta khas.
"Lagipun di dalam tuntutan agama ia cukup jelas yang menuntut kita sebagai anak dan masyarakat menjaga
orang yang berumur. Namun, ini bukan bermakna isu penjagaan keatas warga tua harus dipandang ringan.
"Kita juga sudah mempunyai Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara yang menekankan kepada program-
program untuk menggalakkan penjagaan warga tua di dalam keluarga mereka sendiri,'' katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, beberapa tindakan atau tanggungjawab lain perlu dilaksanakan secara bersama
bukan hanya diletakkan tanggungjawab tersebut kepada penjaga informal di rumah.
Bantuan
Beliau mengakui, sekarang ini kerajaan menyediakan pelbagai bantuan, program, dan insentif kepada penjaga
yang menjaga warga tua. Namun, ada segelintir anak-anak yang mengambil jalan mudah menghantar ibu bapa
mereka ke rumah-rumah orang tua dengan alasan sibuk bekerja dan sebagainya.
Ada juga anak-anak yang terdesak menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua kerana tekanan dan
desakan ekonomi.

Memang ada anak-anak menjaga orang tua mereka dengan rela hati dan penuh kasih sayang sehingga kadang-
kadang mereka sendiri mengalami tekanan secara sedar atau tidak. Tugas menjaga bukan sahaja memerlukan
tenaga, tetapi masa, dan sumber kewangan yang cukup di samping menjalankan tanggungjawab sosial yang lain.
Oleh itu, penjaga perlu juga mengawal tahap tekanan mereka supaya kesihatan fizikal dan mental mereka dalam
keadaan terkawal. "Jika penjaga sendiri mengalami masalah fizikal atau mental bagaimana mereka hendak
menjalankan tanggungjawab yang murni ini. Silap langkah, mereka sendiri yang menjadi pendera atau pengabai
terhadap warga tua,'' katanya.

Beliau memberi beberapa tip yang boleh membantu penjaga mengurangkan tekanan ketika menjaga warga tua
terutamanya warga tua yang memerlukan jagaan sepenuhnya seperti sakit atau nyanyuk.
Antara cadangan boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pengabaian warga tua ialah; Menerapkan
pendidikan tentang nilai-nilai kekeluargaan dan penjagaan warga tua di peringkat awal.
Sebagai contoh, melatih anak-anak yang masih muda rasa tanggungjawab dan sayang terhadap orang tua.
Selain itu, memperbanyakkan konsep penjagaan inter-generasi di mana agensi atau pusat penjagaan
menyediakan penjagaan secara bersama iaitu pusat penjagaan untuk kanak-kanak dan warga tua.
"Dengan cara itu program atau aktiviti yang dijalankan boleh melibatkan warga tua dan kanak-kanak dapat
memupuk rasa hormat dan sayang di antara mereka,'' katanya.

Dalam pada yang sama katanya, program-program atau insentif daripada kerajaan atau swasta untuk membantu
penjagaan kepada penjaga perlu diwar-warkan agar mereka lebih sedar tentang sumber yang boleh didapati
terutama mereka yang tinggal di luar bandar.

Perlu menyediakan satu sistem pendaftaran penjaga supaya segala bentuk bantuan dan program boleh
disalurkan dengan mudah.
"Maknanya kita tahu siapa yang menjaga siapa di dalam masyarakat,'' katanya. Pihak berkuasa tempatan pula
katanya, harus membentuk dasar memberi keutamaan perumahan kepada penjaga yang menjaga ibu bapa yang
tua, di samping mewujudkan struktur perumahan yang sesuai untuk ibu bapa yang tua di bandar.
"Kita mungkin boleh mengambil contoh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, di mana mereka
menyediakan perumahan atau bangunan untuk warga tua yang lebih suka hidup sendiri".
"Oleh itu, ibu bapa boleh tinggal di bandar berdekatan dengan anak-anak tetapi mungkin bukan di dalam satu
rumah,'' katanya.
Majikan perlu katanya, perlu menyediakan persekitaran kerja yang lebih mesra kepada penjaga seperti waktu
kerja yang fleksibel, sistem kerja dari rumah, atau ganjaran atau bantuan-bantuan kewangan yang lain.
KITA kerap mendengar keluhan dan rungutan anak yang kurang sabar menjaga ibu bapa mereka
yang uzur. Beban kerja di pejabat, urusan membina rumah tangga dan mendidik anak menjadi
tekanan bagi mereka. Apalagi jika ditambah dengan tanggungjawab menjaga kedua-dua orang
tua.
 
Jika ditanya pada generasi yang hidup pada zaman moden ini terhadap suatu pilihan, adakah
mereka suka hidup serumah dengan ibu bapa atau berpisah - mungkin kebanyakan mereka
memilih untuk berpisah daripada bercampur serumah dengan ibu bapa atau mentua. Tidak salah
jika mereka mempunyai keinginan untuk hidup mandiri. Tetapi, yang menjadi masalah adalah
bagaimana jika ibu bapa kita telah uzur dan perlukan penjagaan dan perhatian anaknya.

Sesiapa saja yang menerima kehadiran ibu bapa di dalam rumah mereka tentu memerlukan
kekuatan dan kekentalan jiwa iaitu 'kesabaran'. Kita hendaklah sentiasa ingat kepada ganjaran
yang Allah berikan sebagai balasannya.

Untuk memastikan niat itu sentiasa terjaga dalam batas ikhlas kerana Allah, eloklah diperhatikan
beberapa panduan untuk mendapatkan kekuatan dalaman bagi memelihara ibu bapanya yang
uzur.

KUALA LUMPUR 13 Julai - Tindakan undang-undang bukanlah satu cara terbaik untuk memastikan anak-anak
menjaga ibu bapa mereka yang berusia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, kerajaan berpandangan, tindakan itu sebaliknya hanya akan menimbulkan implikasi sosial lain
seperti hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak akan menjadi semakin renggang dan ia memberi
kesan tidak baik kepada generasi muda akan datang.

"Ikatan kekeluargaan di kalangan masyarakat Malaysia masih utuh dan kukuh.


“Secara umumnya didapati anak-anak masih lagi menghormati dan menyayangi ibu bapa mereka dan bersedia
menunaikan tanggungjawab bagi menjaga ibu bapa masing-masing apabila mereka sudah tua dan uzur.
"Sehubungan itu, kerajaan lebih yakin menggunakan pendekatan positif dalam usaha meningkatkan ikatan
kekeluargaan dan memupuk hubungan erat antara generasi muda dan warga emas,” katanya dalam jawapan
bertulis kepada Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Karpal Singh bertanya sama ada kerajaan bersedia untuk memulakan tindakan undang-undang bagi hak
penjagaan warga tua yang berusia oleh anak-anak yang bekerja.

Najib berkata bagi warga emas yang daif, miskin dan tiada waris, kerajaan berusaha menyediakan pelbagai
sistem sokongan dan kemudahan antaranya Bantuan Orang Tua (BOT) dengan kadar RM300 sebulan untuk
menyara kehidupan harian mereka.

Turut diberikan Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU), Pesakit Kronik Terlantar dengan kadar RM300
sebulan kepada penjaga yang berpendapatan kurang RM3,000, kemudahan jagaan dan perlindungan di institusi
kebajikan masyarakat dan pertubuhan sukarela kebajikan seluruh negara. – Bernama
Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari
tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih
sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat
lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi
untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa.
Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik
anak.
2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai
untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai
kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan
harian mereka diuruskan dengan baik.
3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah
dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi
seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.
Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon
kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana
mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).
4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan
seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan
ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam
kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang
jijik terhadap ibu bapa sendiri.
Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar
diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga
dan membesarkan beberapa orang anak.
5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu
keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.
Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya,
memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa
sunat, dan seumpamanya.
Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan
daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah
perbuatan disukai oleh Allah??
Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda
menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada
jalan Allah.
6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang
baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan
perbuatan derhaka.
Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka
kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan
menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni
balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu
bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya
sebelum mati.
7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut
dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah,
dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau
kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan
janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah
lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud
merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin
menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk
menjelaskan keadaan sebenar.
8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya
bersama-sama dengan ibu bapa.
Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan
seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam
majlis untuk meraikan kejayaan itu.
9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap
meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap
wajah anaknya.
10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya.
Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya,
melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi
kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada
kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas
jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk
anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal
dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di
sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya
mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,
mungkin kita akan tahu.
Warga tua semakin ramai di negara ini ekoran tahap kesihatan negara yang semakin baik. Cuma jumlah
yang banyak ini telah menimbulkan pelbagai masalah pula.

Nyatakan langkah-langkah yang patut dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kehidupan warga tua
semakin baik.

Warga emas merupakan golongan yang semakin ramai di negara ini kerana tahap kesihatan negara yang
semakin baik. Jadi tidak hairanlah kalau kita sering ternampak warga emas ini. Namun, keadaan ini turut
menyebabkan kita terdesak untuk mencari jalan membantu golongan ini semakin ramai supaya mereka mampu
menikmati kehidupan dengan lebih baik. Apakah langkah-langkah yang mampu kita lakukan dalam isu ini?

Kerajaan seharusnya memberi mereka lebih banyak insentif dalam menjalani kehidupan harian. Tambang
separuh harga untuk pengangkutan awam negara merupakan satu langkah awal. Begitu juga dengan
pengangkutan udara dan kereta api. Dalam perkhidmatan kesihatan, kerajaan seharusnya memberikan potongan
harga atau rawatan percuma kepada golongan ini dalam penyakit-penyakit tertentu. Maka, langkah ini mampu
memberi keselesaan hidup kepada warga emas ini.

Malah, kerajaan harus menyediakan lebih banyak rumah khas untuk warga tua ini. Rumah yang dibina mestilah
sesuai dengan mereka yang memerlukan kawasan yang luas, berhampiran taman, laut atau dilengkapi
kemudahan kesihatan yang lengkap. Rumah yang disediakan ini harus secara percuma dan didiami oleh
beberapa warga tua yang lain untuk menjadikan suasana di rumah itu lebih ceria dan menarik. Reka bentuk
rumah tersebut haruslah moden dan tidak nampak membosankan.

Selain itu, kerajaan harus mengadakan satu majlis khas atau tarikh untuk warga emas ini. Pada hari yang sudah
diumumkan cuti umum itu, kerajaan perlulah mengadakan pelbagai aktiviti yang bercorak warga emas. Aktiviti
beramah mesra dengan generasi muda harus dijalankan terutama untuk memberi kesedaran betapa warga emas
dan muda saling memerlukan antara mereka. Interaksi ini turut memberi remaja satu peluang mendengar
pengalaman yang dialami oleh warga emas.

Lantaran itu, kerajaan perlu mengadakan program bercorak ekonomi yang mampu menjana pendapatan kepada
warga emas ini. Pendapatan itu pula boleh disalurkan untuk kepentingan warga tersebut. Semua aktiviti yang
dijalankan mestilah bersesuaian dengan keadaan fizikal warga emas. Langkah ini turut menjadikan kehidupan
mereka lebih menarik dan tidak membosankan. Warga emas turut berpeluang untuk menggunakan idea mereka
ke arah sesuatu yang lebih bermakna.

Jadi, warga emas seharusnya dibelai dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Warga emas mempunyai
satu pengalaman yang mampu dipelajari oleh semua orang. Warga emas mampu memberi nasihat dan
pandangan terhadap sesuatu perkara yang berlaku kerana mereka telah mengalami semua perkara yang bakal
dialami oleh masyarakat. Kita harus menjaga warga emas setelah mereka menjaga kita selama ini.

You might also like