You are on page 1of 4

1.

ASAS PENDIDIKAN PEMULIHAN


1.1. DEFINISI DAN KONSEP PEMULIHAN
1.1.1. DEFINISI

 Pringle (1966) : Pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang


diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran
serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang
sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.
 Tansley (1967) : Satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-
langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan
pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.
 Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975) : Satu
program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keperluan
pendidikan bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran
dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa.
 Albertwhite (1977) : Pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran
yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang
disertai oleh gangguan-gangguan emosi.
 Ishak Harun & Koh Boh Boon (1983 : 191) : Perkhidmatan khas untuk
memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-
masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa.
 Sharifah Alwiah Alsagoff (1983 : 371) : Satu tindakan khusus yang diambil
untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan
dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus
yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan
daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh
guru pemulihan.
 Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) :
Langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang
menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira hendaklah dipulihkan sebaik sahaja
masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.
 Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1986) : Satu
usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-
murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, dibawah kelolaan guru-
guru pemulihan yang menerima latihan khas dalam bidang ini.

1.1.2. KONSEP
 Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang
menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran
asas membaca, menulis dan mengira.
 Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian
pendidikan imbuhan.Ianya juga disebut sebagai ‘Remedial education’ di
dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-
kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran
dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan Pemulihan berbeza
daripada pendidikan atau pengajaran biasa.
 Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk
kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa.
Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak ‘menjadikan pulih’.
 Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan
sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau
sesuatu yang cacat.

1.2. AMALAN PENDIDIKAN PEMULIHAN DI MALAYSIA


1.2.1. RASIONAL DAN OBJEKTIF PEMULIHAN
1.2.1.1. RASIONAL

 Dari sudut “Falsafah”


Pelaksanaan program pemulihan khas akan memenuhi keperluan
setiap murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya
dalam kelas biasa. Oleh itu, ianya adalah selaras dengan konsep “
pendidikan Untuk Semua”

 Dari sudut “Teori”


Pendekatan pengajaran seperi “Prescriptive-Diagnostic Teaching”,
“Precision Teaching”, dan Clinical teaching” telah terbukti berjaya.
Oleh itu, langkah-langkah dalam pendekatan di atas telah dijadikan
asas pelaksanaan program ini.

 Dari sudut “Pencegahan”


Masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin
menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera. Jadi pelaksanaan
program ini amatlah diperlukan bagi memenuhi tuntutan tersebut.

1.2.1.2. OBJEKTIF

 Membantu murid-murid mengatasi masalah-masalah dalam


penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah,
bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan
potensi serta minat mereka.
 Memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi
pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak
yang berbeza di antara satu dengan yang lain.
 Memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin.
 Meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem
persekolah biasa.
 Membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan
sikap positif terhadap pelajaran.
 Membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang
negatif, yang boleh menjejaskan pelajaran.
 Menyuburkan emosi, mental, sosial dan intelek terutama bagi murid-
murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah.
 Memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk
belajar dan merasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang
dicapai.

1.2.2. PELAKSANAAN PEMULIHAN


Program pemulihan merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu
murid-murid yang tidak menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira.
Dalam melaksanakan program tersebut ia memerlukan satu proses yang saling
berkaitan di antara satu sama lain. Proses yang terlibat ialah pencalonan murid,
ujian saringan, ujian diagnosik dan analisis ujian dan tindakan susulan.

 Semua sekolah rendah kecuali sekolah kecil (under enrolmen) diperuntukkan


satu (1) perjawatan Guru Khas Pemulihan.
 Peruntukan Guru Khas Pemulihan tidak termasuk dalam perkiraan
peruntukan guru asas (n x 1.5).
 Guru Khas Pemulihan tidak terlibat sebagai guru penganti kepada guru asas
atau sebagai guru kelas sesuatu darjah. 
 Guru Khas Pemulihan berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program
pendidikan pemulihan. 
 Program pendidikan pemulihan perlu mendapat kelulusan bertulis daripada
Pengarah Pendidikan Negeri.

1.2.3. PERBEZAAN PEMULIHAN KHAS DAN PEMULIHAN DALAM KBSR


 KBSR menyarankan agar kaedah kumpulan digunakan untuk melaksanakan
program KBSR dalam kelas. Sehubungan dengan itu, murid-murid
dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan cerdas, sederhana dan
lambat. Pembahagian kumpulan ini dilakukan dengan adanya penilaian.
 Kumpulan cerdas dan sederhana bolehlah menjalani aktiviti pengayaan.
 Kumpulan lambat akan diberikan pendidikan pemulihan dalam kelas biasa,
selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pemulihan dalam kelas biasa
juga merupakan pemulihan dalam KBSR. Ia adalah proses pengajaran dan
pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah
atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca,
menulis dan mengira.
 Selepas kumpulan lambat menjalani aktiviti pemulihan dalam kelas biasa,
mereka akan dinilai. Bagi yang berjaya, mereka akan diberikan program
pengayaan seperti yang dilakukan kumpulan cerdas dan sederhana.
 Bagi yang belum melepasi penilaian, mereka akan ditempatkan dalam satu
kelas khas dan diberikan satu program pemulihan yang disediakan oleh guru
pemulihan.
 Pemulihan khas ialah tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan
untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi
kesulitan pembelajaran, kanak-kanak pemulihan menghadiri kelas khas
dalam sekolah biasa, atau pusat pemulihan khas secara sambilan, atau
menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh
seorang guru pemulihan.

You might also like