You are on page 1of 12

Soalan b.

BATIK

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejarah perkembangan batik
secara tradisional di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke 15 Masihi. Pada masa dahulu,
lukisan batik di kalangan masyarakat Melayu dikatakan bermula dengan penggunaan ubi kentang
sebagai alat pengecap. Namun, selaras dengan perkembangan aras kemodenan kini pembuatan
batik juga turut dipermodenkan.

Pada tahun 1920an, penggunaan lilin telah diperkenalkan oleh pengusaha-pengusaha batik di
Kelantan dan Terengganu dan ianya merupakan perintis kepada sejarah perkembangan batik
negara.

Perkataan batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan
lilin bagi menghasilkan reka corak yang kemudian dicelup dengan pelbagai warna yang menarik.
Reka corak serta penggunaan bahan-bahan baru telah menyemarakkan lagi pengeluaran batik.
Batik yang dihasilkan di negara ini telah berjaya menembusi dunia fesyen antarabangsa.

Rekaan Corak Pada Kain Batik

Kebiasaannya rekaan corak dan motif-motif batik diinspirasikan dari alam semula jadi seperti
flora dan fauna yang kemudiannya digabung dengan corak-corak geometri atau abstrak.

Reka corak batik ini diaplikasikan ke atas batik menggunakan teknik canting, batik blok dan
batik sutera saring. Di Malaysia kini batik telah diangkat sebagai salah satu daripada seni
warisan bangsa yang menjadi kebanggaan negara. Perusahaan batik dipercayai bermula pada
awal abad ke 12 iaitu di Kepulauan Jawa dan kemudiannya berkembang ke Semenanjung Tanah
Melayu, khususnya di Kelantan dan Terengganu. Semenjak itu seni kemahiran batik terus
berkembang ke negeri-negeri lain di Malaysia. Batik di negara ini dihasilkan dengan teknik dan
reka corak yang beridentitikan Malaysia. Kini Malaysia menjadi salah sebuah negara pengeluar
utama batik di dunia yang mengiktiraf kehalusan dan kemahiran kerja tangan pengeluar batik
tempatan.

1
Jenis-Jenis Batik

1. Batik Canting

Dikenali juga sebagai batik lukis. Proses batik bermula dangan lilin cair dilakar
menggunakan canting dan diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Selain dari kain kapas,
kain rayon, voile, organza dan sutera turut digunakan. Reka corak yang menarik dengan
pilihan warna yang ceria menampilkan batik bukan sahaja sesuai untuk fesyen pakaian malah
boleh juga dijadikan sebagai kelengkapan dan hiasan rumah serta hadiah dan cenderamata
yang eksklusif.

2. Batik Skrin

Dikenali juga sebagai batik stensil atau batik sutera saring. Batik jenis ini merujuk kepada
teknik lakaran corak dan terapan warna dilakukan di atas skrin yang diperbuat daripada
poliester diregang di atas pemidang. Motif-motif dilukis atas skrin yang telah ditetapkan
ukurannya. Kebiasaannya beberapa keping pemidang dengan reka corak yang berbeza
disediakan. Ini adalah kerana satu pemidang hanya untuk satu warna sahaja.

Skrin kemudian dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan proses pewarnaan.
Proses pewarnaan ini dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak dan warna sehelai
kain batik.

3. Batik Blok/Tekap

Di Malaysia, batik dihasilkan melalui beberapa teknik, proses dan gaya tertentu, Salah satu
teknik ialah Batik Blok. Di Pantai Timur ia lebih dikenali sebagai Batik Cap atau Batik terap.
Proses awal dalam perkembangan membuat Batik Blok adalah menggunakan ukiran sarang
blok kayu untuk mengecap sejenis bahan pewama hitam semulajadi. Teknik awal ini
dipanggil ‘Terap Hitam’. Pada tahun 1920-an, penggunaan lilin di dalam proses penerapan
mula diperkenalkan oleh pembuat batik di Pantai Timur.Sejajar dengan itu, blok-blok yang
diperbuat daripada kepingan keluli mula mengambil alih tugas blok kayu sebelumnya.

2
Corak-corak blok keluli ini lebih kemas dan halus buatannya. Blok-blok khas disediakan
untuk menerap lilin pada bahagian Kepala Kain, Kapit Kain dan Badan Kain.

SONGKET

Songket adalah hasil tenunan tangan tradisional orang Melayu yang amat berharga. Ia ditenun
dengan alat ‘kek’ yang menggunakan kaki sebagai pengayuh. Seni tenunan sutera Melayu
bermula di Negeri Kelantan dan Terengganu teknik dan motif tenunan di pengaruhi dari negeri
China, Kemboja ,India dan Arab. Hingga kini seni tenunan songket masih lagi dijalankan di
kedua dua negeri ini.

Lokasi negeri-negeri ini merupakan pusat perdagangan dari negara Timur Tengah , India dan
China. Pedagang-pedagang ini membawa bersama mereka adat resam, kebudayaan, kemahiran
dan pengetahuan yang mempengaruhi penduduk tempatan . Aktiviti ini mendorong aliran idea-
idea baru, kemahiran teknologi dan bahan-bahan tenunan ke negeri semenanjung pantai timur.

Pada abad ke 3 Masihi, ketika kejatuhan kerajaan Funan utusan Melayu pergi mengadap
Maharaja China bagi mendapatkan Pengiktirafan kemerdekaan. Sebagai balasan utusan China
berkunjung ke negeri Melayu dan menceritakan mengenai keadaan Balairung seri, Istana Raja-
Raja Melayu pada awal abad ke 7 masihi yang menunjukkan keadaan yang gemilang dan
kemewahan yang tinggi.

Kain yang berasal daripada istana ini lazimnya ditenun dengan benang sutera tetapi sekarang
terdapat kain songket buatan benang kapas dan juga gabungan kedua-duanya. Pada zaman sains
dan teknologi ini penenun gemar menggunakan benang tiruan seperti poliester kerana murah dan
mudah diperoleh.

Songket dalam erti kata lain bermaksud ‘benang pakan tambahan’ yang disulam tenun ke dalam
kain tenunan biasa bagi menimbulkan pelbagai corak dan motif. Benang tambahan ini terdiri
daripada benang emas atau perak, benang berwarna atau benang metalik yang bercahaya
beraneka warna.

3
Rekaan Corak Pada Kain Songket

Kebiasaannya rekaan corak dan motif pada kain songket sarat dengan pelbagai elemen dan
tekstur yang agak keras membuatkan sukar untuk menggambar songket sebagai pakaian kasual.
Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan. Motif
yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-
buahan.

Motif-motif rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan.


Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometrik.
Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau
susunan bercorak. Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan di kepala kain.
Manakala motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design).

Motif yang digunakan untuk menenun songket diilhamkan daripada alam semulajadi. Antara
motif-motif songket:

I. Motif Tumbuh-tumbuhan

II. Motif Binatang

III. Motif Alam/Benda

IV. Motif Kuih

Manakala corak kain songket lazimnya terdiri dari:

I. Susunan bunga penuh

II. Susunan bunga bertabur

III. Susunan bercorak

4
Songket, fabrik tenunan warisan melayu ialah ungkapan melayu yang membawa maksud
membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas
dan perak. Keunggulan bangsa melayu terserlah dalam songket dan motif-motif songket selari
dengan perkembangan anutan agama Hindu,Buddha dan Islam. Motif-motif songket yang
memaparkan perjalanan dan sejarah bangsa yang membentuk identiti budaya mereka.

Jenis-Jenis Kain Songket

1. Songket Bunga Dalam

Murah dan berkemampuan kepada sesiapa sahaja,terdapat dalam pelbagai warna,sesuai


untuk dipakai pada hari jumaat untuk ketempat karja atau ke masjid. Tampak segak dan
bergaya dan selesa dipakai.

2. Songket Samarinda Emas

Mempunyai warna latar yang pelbagai. Ditenun bunga emas di antara patak. Sesuai untuk
semua golongan. Tampak ceria kepada si pemakai. Sesuai untuk hantaran pertunangan.

3. Songket Hitam I

Mempunyai warna latar hitam ditenun dengan benang emas sahaja,mempunyai corak
penuh. Sesuai untuk majlis akad nikah dan majlis-majlis rasmi.

4. Songket Hitam Ii

Mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Samping Hitam I, tetapi ditenun dengan 2 jenis
benang,emas dan perak. Lebih berkilau, tampak lebih anggun kepada si pemakai. Sesuai
untuk majlis akad nikah dan sebarang majlis rasmi.

5. Songket Pelangi

Mempunyai warna latar yang pelbagai. Ditenun dengan benang emas sahaja. Sesuai
untuk berhari raya dan majlis kenduri kendara.

6. Songket Jarum Emas

5
Mempunyai warna latar yang pelbagai. Ditenun dengan 3 jenis benang emas, perak dan
metalik dengan pelbagai corak. Tampak eligen dan bergaya. Sesuai untuk mereka yang
berkemampuan dan yang mementingkan penampilan.

7. Songket Tanah Emas

Mempunyai kain latar pelbagai warna yang telah dipakai benang emas. Kemudian
ditenun pula dengan 2 jenis benang lagi emas dan perak. Sesuai untuk semua golongan.
Dipakai semasa berhari raya dan majlis kenduri kendara. Tampak hebat bergaya kepada
sipemakai.

8. Songket Benang Pelangi

Mempunyai warna latar yang pelbagai. Ditenun dengan benang berwarna pelangi yang
berkilau. Menyerlahkan seri sipemakai di pagi raya. Tampak eligen dan eksklusif.
Memukau mata dan menambat hati si perhati.

9. Songket Mahkota

Mempunyai warna latar yang pelbagai .Corak tenunan ang berbeza dan unik. Tenunan
halus bermutu tinggi. Terdiri dari pelbagai benang. Sungguh eksklusif dan menjadi
kegemaran mereka yang memburu keunikan.

10. Songket Istana

Ditenun diatas kain sutera. Mempunyai warna latar lembut yang menawan. Corak
tenunan yang unik. Tenunan halus bermutu tinggi. Terdiri dari pelbagai benang berwarna.
Sungguh lembut bila dipakai ibarat memegang kapas. Sungguh berprestij dan tampak
eksklusif dan menjadi idaman dan igauan penggemar songket.

6
Soalan c.

Fungsi dan Kegunaan Kain Batik

Masa Dulu Masa Sekarang

1. Pakaian Harian Penggunaan Harian Seperti: Cadar, Selimut,

2. Pakaian Ke Majlis Keramaian Alas Tilam, Sarung Bantal dan Sebagainya.

3. Pakaian Basahan Hiasan Rumah Seperti: Alas Meja, Penghias

4. Buaian Untuk Bayi Dinding, Tudung Lampu, Sarung Kusyen


dan Sebagainya
5. Kelubung Pengikat Kepala

6. Tempat Membawa Bekal Perhiasan Diri Seperti: Tas Tangan, Skaf,

7. Kain Penutup Mayat/Keranda Kasut, Selipar, Tali Leher dan Sebagainya

Fungsi dan Kegunaan Kain Songket

Masa Dulu Masa Sekarang

1. Pakaian Rasmi Raja-Raja Melayu Pakaian Pramugari MAS

2. Pakaian Rasmi Majlis Kebesaran Produk Kraftangan

3. Lambang Seni Pakaian Tradisional Produk Perhiasan


Melayu

7
Soalan d.

1. Proses Pembuatan Batik Tekap/Blok

a. Alat-alat Yang Diperlukan:

i. Blok

Diperbuat daripada kepingan tin atau zink yang telah dibentuk khas dan dipateri mengikut
rekaan. Ia digunakan untuk menerap lilin ke atas permukaan kain. Saiz blok biasa berukuran
20 sm x 20 sm.

ii. Meja Pengecap

Digunakan untuk kerja-kerja menerap lilin. Bahagian permukaan meja dilapik dengan lapisan
span, kain guni dan kulit batang pisang yang telah diproses dan direndam di dalam air garam
sclama 12 jam.

iii. Kuali Leper

Untuk memasak bahan campuran lilin.

iv. Kuali Besar atau Kawah

Untuk mencelup, merendam dan merebus kain.

b. Bahan-bahan Yang Digunakan

i. Kain Putih

Jenis kain kapas.

ii. Campuran Lilin

Terdiri daripada lilin ‘paraffin’, lilin lebah, damar (‘resin’) dan minyak kelapa.

8
iii. Bahan Pewarna

Dyestuff jenis ‘Napthol’, Bahan ‘soda ash’

Proses Pembuatan

1. Kain putih kosong dibentangkan dengan rata di atas permukaan meja pengecap.

2. Bahan-bahan campuran lilin dan damar dipanaskan sehingga cair di dalam periuk leper
dan permukaan blok dicelupkan ke dalam lilin cair.

3. Lilin cair diterapkan ke atas permukaan kain. Proses ini hendaklah dilakukan dengan
kemas dan teliti mengikut susunan dan tataletak motif-motif batik.

4. Kain yang telah siap diterap lilin dicelupkan dalam bahan pewarna. Proses mencrap dan
mencelup warna ini dilakukan berulang kali dengan menggunakan blok dan pewarna
yang berbeza untuk menghasilkan kain batik yang beraneka corak dan warna. Selalunya
warna yang terang dan cerah digunakan terlebih dahulu, diikuti dengan warna-warna
yang lebih gelap.

5. Kain yang telap siap dicelup warna akan dijemur sehingga kering. Kemudian kain ini
direbus dengan air yang bercampur bahan ‘soda ash’ untuk menanggalkan kesan-kesan
lilin serta lebihan bahan pewarna pada kain.

6. Akhirnya, kain dicuci dan dibilas, sebelum dijemur sehingga kering.

9
2. Proses Pembuatan Kain Songket

Pada asasnya penghasilan kain songket mengikut proses-proses yang berikut:

1. Mewarna Benang

Benang untuk tenunan terdiri daripada benang kapas, benang sutera, benang emas, dan
benang perak. Benang emas dan benang perak adalah bahan asli yang tidak perlu
diwarnakan. Gempalan benang mentah diwarna berulang kali supaya warnanya tidak luntur
dan sekata. Benang tersebut dimasukkan kedalam kawah berisi air mendidih. Kemudian
benang tersebut dibilas dengan air, lalu dijemur sehingga kering.

2. Menerai Benang

Benang diceraikan daripada tungkulan besar dengan menggunakan alat rahat dan guwing.
Bahan-bahan dibahagikan ke dalam pelting buluh yang dinamakan benang pakan.

3. Menganing

Benang yang telah dileraikan atau dipintal ke pelting disusun di atas anian. Benang ditarik
mengikut panjang yang dikehendaki berselang-seli mengikut pacak-pacak dibatang anian.

4. Menggulung

Benang yang telah dianian digulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang loseng (lebar
kain yang dikehendaki pada papan gulung).

5. Menyapuk

Benang yang digulung dimasukkan menerusi gigi jentera sebelum dilekatkan kepesak yang
terletak di bahagian depan tempat duduk penenun. Proses ini dilakukan dengan menggunakan
sejenis alat dipanggil pengait.

6. Menggarat

Proses ini dilakukan dengan gerakan loseng turun naik. Caranya dimulakan dengan
menggerakkan loseng silih berganti apabila jijak karat ditekan.

10
7. Menyongket

Kerja-kerja menyongket dilakukan dengan menyusun lidi atau bilah-bilah nibung melalui
celah-celah benang loseng.

8. Menekat

Proses menekat ini dilakukan dalam dua cara iaitu takat lima atau tekat tiga. Setelah songket-
songket diikat dan lidi-lidi dikeluarkan daripada celah-celah benang. Motif dibuat dengan
menggunakan benang emas yang diisi kedalam Cuban. Proses pelancaran Cuban ini dikenali
sebagai menyulam atau menekat benang emas.

9. Menenun

Tenunan dilakukan dengan menggunakan alat yang dipanggil kek atau 'kei' dalam dialek
Kelantan. Kek terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kaki kek, badan kek dan kepala kek yang
saling berkaitan antara satu sama lain. Proses menenun ialah melancarkan benang corak ke
atas benang loseng. Dalam proses ini, penenun mestilah menumpukan perhatian terhadap
ragam hias yang bakal ditenun pada kain.

11
RUJUKAN

Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3. Pelangi Publishing Bhd.

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun5 KBSR

Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 5 KBSR

12

You might also like