You are on page 1of 18

FAKTOR – FAKTOR ORGANISASI YANG MEMPENGARUHI TAHAP KEPATUHAN

PENGURUSAN KEWANGAN

SHAIFUL RIZAL BIN MOHD SANI

IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN KEWANGAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

2010

1
PENGESAHAN LAPORAN PROJEK PENGURUSAN

Laporan Projek bertajuk “ Faktor-Faktor Organisasi Yang Mempengaruhi Tahap


Kepatuhan Pengurusan Kewangan” ini telah dikemukakan, disemak serta disahkan
sebagai memenuhi syarat dan keperluan Penulisan Projek Pengurusan yang telah
ditetapkan .

Disemak oleh :

Nama Penyelia : Dr. Zulnaidi Bin Yaacob

Tandatangan Penyelia : ……………………………………..

Tarikh :

Disahkan oleh :

Nama Penyelaras : Dr. Norziani Bt. Dahalan @ Omar

Tandatangan Penyelaras : ……………………………………..

Tarikh :

2
PENGAKUAN PELAJAR

Saya akui bahawa hasil karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

(SHAIFUL RIZAL BIN MOHD SANI)

3
PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Syukur ke
hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya Projek Pengurusan
tahun akhir program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kewangan ini telah dapat saya
disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Dr. Zulnaidi
Yaacob selaku penyelia Projek Pengurusan yang telah banyak memberi bimbingan,
nasihat, buah fikiran dan tunjuk ajar yang membina hingga membolehkan saya
menyempurnakan projek ini. Ucapan terima kasih juga kepada Penyelaras kursus
Pengurusan Dr. Norziani Bt. Dahalan @ Omar yang telah memberi banyak panduan
dan tunjuk ajar dalam menjalankan projek ini.

Terima kasih juga kepada Pegawai Audit di Jabatan Audit Negara Cawangan
Negeri Sarawak dan Cawangan Audit Dalam, Kementerian Kesihatan Malaysia yang
telah banyak memberi kerjasama dalam memberi maklumat mengenai tugas-tugas
auditan bagi membantu saya menyiapkan kertas penyelidikan ini.

Akhir sekali istimewa buat ibu, bapa dan keluarga tercinta kerana memahami
dan banyak memberi semangat dan sokongan moral. Semoga pengorbanan dan budi
baik kalian mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

4
ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti faktor-faktor organisasi yang


mempengaruhi tahap kepatuhan pengurusan kewangan. Kajian ini dijalankan di
Jabatan Audit Negara Cawangan Negeri Sarawak (JANCS) dan Cawangan Audit
Dalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (CADKKM). Faktor-faktor organisasi yang
dikaji adalah berkaitan di antara pemboleh ubah bebas (latihan, etika kerja, sistem
kawalan dalaman, kepimpinan dan hubungan rakan sekerja) dengan pemboleh ubah
bersandar (kepatuhan pengurusan kewangan). Kajian ini telah dijalankan dengan
mengedarkan borang soal selidik kepada 50 orang pegawai audit di JANCS dan
CADKKM. Maklumbalas yang diterima melalui pengembalian borang soal selidik ialah
100 peratus. Data yang diperolehi dianalisa menggunakan analisa deskriptif dan
analisa fakta. Analisa deskriptif adalah untuk mendapatkan kadar maklum balas profil
responden dan faktor-faktor organisasi yang mempengaruhi tahap kepatuhan
pengurusan kewangan. Bagi hipotesis yang telah ditetapkan untuk kajian, analisa
fakta dilakukan. Analisa korelasi dilakukan untuk mengkaji hubung kait di antara
kepatuhan pengurusan kewangan dengan faktor-faktor organisasi yang
mempengaruhi tahap kepatuhan pengurusan kewangan. Analisa regreasi juga
dilakukan untuk menguji kesan pembolehubah bebas terhadap pemboleubah
bersandar. Keputusan yang didapati membantu menguji kesan hubungan yang positif
dan bermakna di antara pembolehubah bebas terhadap pembolehubah bersandar.
Secara keseluruhannya, latihan, etika kerja, sistem kawalan dalaman, kepimpinan dan
hubungan rakan sekerja mempengaruhi tahap kepatuhan pengurusan kewangan
agensi/jabatan yang diaudit oleh juruaudit di JANCS dan CADKKM. Selain itu, sebagai
lanjutan kepada kajian yang telah dijalankan, kertas penyelidikan ini juga
membincangkan implikasi kajian ini kepada penyelidik akan datang dan faktor
organisasi yang lain.

5
ABSTRACT

The study was conducted to identify factors that influence the level of organizational
compliance of financial management. The study was conducted at the National Audit
Department Sarawak Branch (NADSB) and Internal Audit Branch, Ministry of Health
Malaysia (IABMOH). Organizational factors studied are related between independent
variables (training, work ethics, internal control systems, leadership and relations of
colleagues) with dependent variable (compliance of financial management). This study
was conducted by distributing 50 questionnaires to the audit officer at the NADSB and
IABMOH. Feedback received through the return form questionnaire is 100 percents.
Data obtained was analyzed using descriptive analysis and analysis of facts.
Descriptive analysis is to obtain rate feedback profile respondents and organizational
factors that influence the level of compliance of financial management. For the
hypothesis that has been set up to research, analysis of facts was done. Correlation
analysis performed to study the relation between compliance with the financial
management of organizational factors that influence the level of compliance of
financial management. Regression analysis is also done to test the effects of
independent variables to the dependent variable. Results are available to help test the
effect of a positive and meaningful relationships between independent variables and
dependent variables. Overall, training, work ethics, internal control systems,
leadership and relations of colleagues affected the level of compliance of financial
management agencies/departments audited by the auditors in the NADSB and
IABMOH. In addition, as a continuation to the study conducted, this research paper
also discusses the implications of this study to the future researchers and other
organization factors.

6
ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Pengesahan Laporan ………………………………………………………… i

Pengakuan Pelajar ……………………………………………………………. ii

Penghargaan ………………………………………………………………….. iii

Abstrak …………………………………………………………………………. iv-v

Abstract ………………………………………………………………………… vi-vii

Isi Kandungan ………………………………………………………………… viii

Senarai Rajah .……………………………………………………………….. xii

Senarai Jadual………………………………………………………………… xiii

Senarai Singkatan Kata ……………………………………………………… xiv

BAB 1 : PENGENALAN

1.0 Pengenalan………………………………………………………....... 1

1.1 Penyataan masalah……………………………………….. 2

1.2 Objektif penyelidikan………………………………………. 3

1.3 Persoalan kajian…………………………………………… 4

1.4 Skop kajian…………………………………………………. 4

1.5 Kepentingan kajian………………………………………… 5

1.6 Definisi terma………………………………………………. 6

BAB 2 : LINTASAN SUSASTERA

2.0 Pengenalan………………………………………………………....... 10

7
2.1 Ulasan Lintasan Susastera……………………………….. 10

2.1.1 Laporan Ketua Audit Negara……………………. 10

BAB 3 : KERANGKA TEORITIKAL DAN METODOLOGI

3.0 Pengenalan………………………………………………………....... 13

3.1 Kerangka teoritikal..……………………………………….. 13

3.1.1 Latihan……….……………………………………… 14

3.1.2 Etika Kerja………………………………………… 15

3.1.3 Sistem Kawalan Dalaman.………………………… 15

3.1.4 Kepimpinan…………………………………………. 16

3.1.5 Hubungan Rakan Sekerja………………………... 17

3.2 Pendekatan penyelidikan…………………………………. 18

3.2.1 Pembentukan instrumen.………………………….. 18

3.3 Subjek penyelidikan……………………………………….. 20

3.4 Soalan kaji selidik………………………………………….. 20

3.5 Kaedah statistik yang digunakan………………………… 21

BAB 4 : HASIL KAJIAN

4.1 Pengenalan………………………………………………………....... 26

4.2 Analisis Profil Responden…………………………………………… 26

4.3 Analisis Kebolehpercayaan…………………………………………. 29

4.4 Analisis Diskriptif……………………………………………………... 30

4.5 Pengujian Hipotesis………………………………………………….. 31

8
4.5.1 Analisis Hipotesis………………………………………….. 32

4.5.2 Ujian Multikolineariti……………………………………….. 33

4.5.3 Ujian Regresi……………………………………………….. 34

4.6 Keputusan Ujian Hipotesis………………………………………….. 35

BAB 5 : PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN


5.1 Pengenalan………………………………………………………....... 37

5.2 Perbincangan…………………………………………………………. 37

5.3 Implikasi……………………………………………………………….. 41

5.3.1 Implikasi kepada penyelidik……………………………… 41

5.3.2 Implikasi kepada organisasi……………………………… 42

5.4 Cadangan untuk kajian masa hadapan……………………………. 42

5.5 Kesimpulan……………………………………………………………. 43

BIBLIOGRAFI

Apendik 1 – Borang Soal Selidik

Apendik 2 – DATA SPSS

9
SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT


1 Model Kerangka Teorotikal 14

SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1 Bentuk Ukuran Skala Likert 21

2 Profil Responden 26

3 Nilai Kebolehpercayaan 30

4 Analisis Diskriptif 30

5 Matriks Kolerasi 33

6 Ujian Multikolineariti
33

7 Ujian Regrasi 34

8 Keputusan Hipotesis Yang Diuji 35

1
SENARAI SINGKATAN KATA

JANCS : JABATAN AUDIT NEGARA CAWANGAN NEGERI SARAWAK

NADSB : NATIONAL AUDIT DEPARTMENT SARAWAK BRANCH

CADKKM : CAWANGAN AUDIT DALAM, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

IABMOH : INTERNAL AUDIT BRANCH, MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

LAT : LATIHAN

EK : ETIKA KERJA

SKD : SISTEM KAWALAN DALAMAN

KEP : KEPIMPINAN

HRS : HUBUNGAN RAKAN SEKERJA

KPK : KEPATUHAN PENGURUSAN KEWANGAN

11
BAB 1

PENGENALAN

1.0 PENGENALAN

Isu-isu mengenai kelemahan dalam Pengurusan Kewangan oleh agensi


kerajaan seringkali didedah oleh media masa dan elektronik dewasa ini. Melihat
kepada Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan setiap tahun, didapati bahawa
isu-isu ketidakpatuhan melibatkan pelanggaran undang-undang dan peraturan
kewangan masih juga berlaku dan seolah-olah kelemahan-kelemahan tersebut tidak
diambil tindakan sewajarnya. Malah terdapat juga agensi kerajaan yang sama
dilaporkan melakukannya saban tahun dan tiada tindakan susulan diambil bagi
memperbetulkan kelemahan tersebut.

Isu ini memerlukan perhatian yang serius dari para pengkaji kerana
keupayaan agensi kerajaan menguruskan kewangan dengan baik adalah dijangka
mempengaruhi kecekapan operasi sesebuah agensi kerajaan. Pengurusan Kewangan
yang baik dan cekap adalah pengurusan yang menumpukan kepada penghasilan
kerja yang terbaik serta susunan pentadbiran yang terpeinci, seterusnya akan
meningkatkan kecekapan dan prestasi organisasi. Pengurusan kewangan merupakan
nadi pembangunan ekonomi negara. Pembangunan negara akan terjejas sekiranya
wujudnya masalah seperti pemborosan, pembaziran dan penyelewengan terhadap
dana kerajaan. Aktiviti-aktiviti, program-program kerajaan dan projek
berkepentingan rakyat akan terganggu akibat dari masalah kekurangan dana,
seterusnya akan menyebabkan sesuatu projek itu mungkin terpaksa ditunda. (Tan Sri
Ambrin Buang, 2006). Isu kecekapan sektor awam adalah isu yang sentiasa menjadi
fokus kerajaan kerana ianya berkait rapat dengan prestasi ekonomi negara secara
keseluruhannya.

Menyedari kepentingan isu pengurusan kewangan agensi kerajaan, maka


penulis ingin mengkaji apakah faktor-faktor organisasi yang mempengaruhi tahap
kepatuhan pengurusan kewangan agensi kerajaan yang terlibat. Adakah kelemahan
yang menyebabkan ketidakpatuhan tersebut berpunca daripada kurangnya latihan
kepada kakitangan yang terlibat, etika kerja yang lemah di kalangan kakitangan,
sistem kawalan dalaman yang kurang berkesan, kepimpinan yang tidak cemerlang
atau perhubungan sosial di kalangan kakitangan yang tidak mesra sehinggakan

1
mereka tidak memenuhi tuntutan pengurusan kewangan yang telah digariskan oleh
kerajaan. Seterusnya, adakah faktor-faktor organisasi ini mempunyai hubungan yang
bersandaran dengan kepatuhan pengurusan kewangan.

1.1 PERNYATAAN MASALAH

Setiap tahun Laporan Ketua Audit Negara melaporkan isu-isu tentang


kelemahan agensi kerajaan menguruskan aktiviti kewangan mereka dengan
betul. Masih terdapat agensi kerajaan yang gagal memenuhi keperluan
undang-undang dan peraturan kewangan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan
hingga mengakibatkan mereka gagal memperolehi Sijil Bersih dari Jabatan
Audit Negara. Hal ini memberikan kesan yang tidak baik kepada keupayaan
agensi berkenaan untuk menjadi sebuah agensi yang efektif. Namun, persoalan
tentang apakah terdapat hubungan antara faktor-faktor organisasi dengan
kepatuhan ini masih belum terjawab.

Oleh yang demikian, kajian ini akan melihat dan mengenalpasti apakah
hubungan antara faktor-faktor tersebut dengan kepatuhan pengurusan
kewangan oleh agensi kerajaan terhadap keperluan undang-undang dan
peraturan kewangan dalam aspek pengurusan kewangan.

1.2 OBJEKTIF PENYELIDIKAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti apakah wujud


hubungan antara faktor-faktor organisasi (latihan, etika kerja, sistem kawalan
dalaman, kepimpinan dan hubungan rakan sekerja) dengan tahap kepatuhan
pengurusan kewangan oleh agensi kerajaan selari dengan keperluan undang-
undang dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa.

1.3 PERSOALAN KAJIAN

Setelah permasalahan kajian dan objektif kajian dinyatakan, beberapa


persoalan kajian yang dapat dijawab melalui penyelidikan ini adalah:

I. Adakah terdapat perhubungan antara latihan dan kepatuhan


pengurusan kewangan?
II. Adakah terdapat perhubungan antara etika kerja dan kepatuhan
pengurusan kewangan?

1
III. Adakah terdapat perhubungan antara sistem kawalan dalaman
dan kepatuhan pengurusan kewangan?
IV. Adakah terdapat perhubungan antara kepimpinan dan
kepatuhan pengurusan kewangan?
V. Adakah terdapat perhubungan antara hubungan rakan sekerja
dan kepatuhan pengurusan kewangan?

1.4 SKOP KAJIAN

Kajian ini akan dijalankan di Jabatan Audit Negara Cawangan Negeri


Sarawak dan Cawangan Audit Dalam, Kementerian Kesihatan Malaysia
dengan mengambil responden yang terdiri dari juruaudit di dua jabatan ini
yang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja pengauditan dan penulisan
laporan ketua audit negara. Data dan maklumat yang diperlukan adalah
berdasarkan kepada pengalaman, pengetahuan dan penilaian juruaudit yang
telah menjalankan pengauditan pengurusan kewangan terhadap agensi-agensi
kerajaan. Borang soal selidik merupakan medium utama yang digunakan
untuk mendapatkan maklumat dan data dari responden.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Berdasarkan kepada Laporan Tahunan Ketua Audit Negara dalam


mengaudit pengurusan kewangan dan aktiviti-aktiviti agensi kerajaan
kerajaan, masih wujud kelemahan-kelemahan dalam pengurusan kewangan
sehingga mengakibatkan kegagalan memperoleh Sijil Bersih yang dikeluarkan
oleh Jabatan Audit Negara. Kelemahan ini telah menyebabkan berlakunya
pembaziran, pemborosan dan mungkin berlaku penyelewengan terhadap dana
kerajaan. Juga, secara tidak langsung menggambarkan wujudnya
ketidakcekapan dan kurangnya akauntabiliti dalam menguruskan dana
kerajaan oleh agensi-agensi yang terlibat.

Oleh yang demikian, kajian ini penting untuk melihat apakah faktor-
faktor organisasi utama yang menyebabkan kelemahan tersebut. Faktor-faktor
tersebut perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan agensi kerajaan untuk
memperbaiki kelemahan yang selama ini tidak diberi perhatian secara serius,
seterusnya meningkatkan prestasi pengurusan kewangan mereka.

1
Di samping itu juga, kajian ini juga boleh menjadi salah satu sumber
rujukan kepada para pengkaji atau para ilmuan yang berminat dengan bidang
kajian supaya dapat membuat kajian mengenai tajuk ini dengan lebih lanjut.

1.6 DEFINISI TERMA

Latihan - Menurut Kamus Dewan (2005), pelajaran atau didikan untuk


memahirkan (membiasakan) ajaran yang diterima oleh seseorang itu. Latihan
ialah satu program pembelajaran yang terancang dan disusun rapi untuk
mengubah tingkahlaku, pengetahuan dan kemahiran individu supaya mereka
dapat melaksanakan sesuatu tugas kepada tahap atau piawaian yang dapat
diterima oleh organisasi tersebut, Stone (1982).

Latihan dalam perkhidmatan dianggap sebagai alat yang paling


berkesan untuk meningkatkan kemahiran secara berterusan dan menambah
ilmu pengetahuan yang baru kepada kakitangan dalam perjalanan kerjaya
mereka. Thomas (1987), menyatakan bahawa latihan merupakan satu cara
yang berkesan untuk mengubah tingkah laku dan menjadi alat kepada
perubahan tingkah laku itu melalui proses pembelajaran.

Etika - Etika dirujuk sebagai panduan tingkah laku yang diikuti oleh manusia
yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan dan peraturan yang perlu
dipatuhi untuk menjalankan sesuatu pekerjaan. Etika juga dianggap sebagai
prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen dan
sebagai satu piawaian tingkahlaku, menurut Shea (1988).

Kerja - Kerja merupakan tugas hakiki yang telah ditetapkan dalam fail meja
oleh jabatan. Menurut Anderson (1961) kerja adalah suatu aktiviti yang
mempunyai tujuan tertentu untuk menyempurnakan tugas individu. Manakala
Scott (1989) kerja tidak semestinya berkaitan dengan sesuatu aktiviti bagi
memenuhi keperluan manusia yang bekerja.

Sistem Kawalan Dalaman – Sistem yang berintegrasi yang diwujudkan untuk


memastikan sesebuah organisasi berada pada landasan untuk mencapai
misinya. Ianya juga bertujuan untuk menggalakkan keberkesanan,
mengurangkan risiko kehilangan dan memastikan kitaran kerja mengikut
aturannya. Bagi menghasilkan satu sistem kawalan dalaman yang baik, ianya
hendaklah ringkas, mudah difahami dan telus. Kejayaan sesebuah organisasi
amat bergantung kepada sistem kawalan dalaman yang mantap serta prosedur

1
kerja yang jelas dan teratur. Kelonggaran sistem kawalan dalaman akan
menyebabkan berlakunya pelbagai kelemahan dalam pengurusan sesebuah
organisasi. (Ucapan Perasmian Hari Kualiti Perbendaharaan Malaysia Sabah,
2002).

Kepimpinan – Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin


bererti bombing, pandu atau tunjuk. Memimpin pula diertikan sebagai
memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat.
Kepimpinan membawa erti “keupayaan memimpin” dan “kepimpinan” pula
“keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin” menurut Kamus
Dewan, (2005).

Kepimpinan merupakan satu subjek yang menarik kepada semua


golongan masyarakat dan memberi gambaran individu yang berkuasa dan
dinamik, yang memerintah tentera atau mengarah empayar korporat, menurut
Prof. Mohamed (1996).

Hubungan Rakan Sekerja – Hubungan yang baik sesama rakan sekerja penting
demi mewujudkan suasana kerja yang menyenangkan seterusnya
memudahkan segala urusan dan secara tidak langsung boleh meningkatkan
prestasi kerja. Menurut Sprague dan Brocco (2002), Komunikasi yang
berkesan boleh membawa kepada perkongsian pengetahuan yang tinggi,
peningkatan moral dan komitmen terhadap kerja.

Kepatuhan – Kepatuhan merujuk kepada kamus dewan edisi empat,


merupakan perihal patuh (menurut perintah dll), sifat patuh, ketaatan.

Pengurusan Kewangan – Merujuk kepada takrifan sektor awam, pengurusan


kewangan bermaksud proses yang melibatkan jentera pentadbiran dan
kaedah-kaedah di mana dana untuk membiayai perbelanjaan awam
diperolehi, dibelanja dan diperakaunkan. Proses tersebut juga melibatkan
perancangan, pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar percukaian,
belanjawan, perbelanjaan, perolehan, perakaunan dan yang berkaitan
dengannya. (Md. Azhan Samat, Pengenalan Kepada Pengurusan Kewangan
Sektor Awam)

1
BIBLIOGRAFI

Anderson. (1961), “ Keseronokan Bekerja”, Dewan Bahawa dan Pustaka, Malaysia.

Bejou, D., Tan, C. Ennew, Palmer, A. (1998), “Trust, ethics and relationship satisfaction”,
International Journal of Bank Marketing.

Brink, H. M. V. D & Groot, W , (1999) “Job satisfaction of older workers”, Journal

Gruneberg, M. M. (1979). Understanding job satisfaction. London, The MacMillan Press Ltd.

Kamus Dewan (2005), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP).

Koh, H. C. & Boo, E. H. Y. (2004), “Organisational ethics and employee satisfaction and
commitment”, Management Decision, Vol. 42.

Kouzes, J.M & Posner, B.Z. (2002). The leadership challenge (Ed. Ke-30). San Francisco: Josey-
Bass.

Laporan Ketua Audit Negara Cawangan Negeri Sarawak (2006), Jabatan Audit Negara
Malaysia.

Laporan Tahunan Cawangan Audit Dalam (2006), Kementerian Kesihatan Malaysia

Laporan Tahunan NIOSH, (2003)

Md. Azhan Samat, Pengenalan Kepada Pengurusan Kewangan Sektor Awam, Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Profesor Mohamed Sulaiman (1996), “Kepimpinan dan Pengurusan Strategic Untuk


Kecemerlangan Organisasi”, Siri Syarahan Perlantikan Profesor 1995/Bil.5, Universiti
Sains Malaysia.

Saks M.A. (1996). The relationship between the amount and helpfulness of entry and work
outcomes. Human Relations.

Scott, D. D. (1989), “Etika Kerja”, Bernama.

Silverthorne, C. & Chen, J. (2006), ”The impact of locus of control on job stress, job
performence and job satifaction in Taiwan”, Leadship & Organization Development
Journal, Vol 29.

Sprague, R. W. and Del Brocco, S.F. (2002). Calculating the roi on internal communication.
Employment Relations Today.

Stone, Thomas.H. (1982), “Understanding Personel Management”, USA CBS College Publishing.

1
Thomas, George (1987), “Training Behavior To Change”, disiarkan dalam Berita INTAN, Kuala
Lumpur, Institut Tadbiran Awam Negara.

Utusan Online (2006)

YB Datuk Amar SUK (2002), Petikan Ucapan Pada Majlis Perjumpaan Khas Bersama Ketua-
ketua Jabatan, Kuching

You might also like