You are on page 1of 3

Tahukah anda, kaedah mencatat nota secara linear mempunyai beberapa

kelemahan?. Seperti yang kita sedia maklum, kaedah seperti ini sering di gunakan oleh

pelajar–pelajar sekolah mahupun mahasiswa dan mahasiswi di universiti. Namun, dengan

menggunakan kaedah mencatat nota secara linear ini, pelajar sering menghadapi beberapa

masalah berkenaan keberkesanannya dalam pembelajaran mereka. Kaedah mencatat nota

juga memberi kesan kepada pelajar itu sendiri , sekiranya nota yang di ambil atau dicatat

kurang memberi impak dan tambahan lagi nota yang diambil megelirukan pelajar itu sendiri

dan tidak efektif. Hal seperti ini timbul dan terdapat di dalam nota linear kerana terdapat

beberapa kelemahan atau keburukan dengan menggunakan kaedah ini.

Antara salah satu kelemahan mencatat nota linear ialah gagal merangsang daya

kreativiti otak dan tidak menggalakkan otak membuat asosiasi. Kaedah ini juga sukar

diingati kerana sering ditulis dengan menggunakan satu warna sahaja. Antara ciri

semulajadi otak ialah, otak manusia merakam dan memproses maklumat secara linear,

membuat pengelolaan yang menyeluruh, menghubungkaitkan, membanding, menganalisis

dan sebagainya. Tom Burns (2004,103) menulis di dalam bukunya,`linear note utilise half

the brain (in Tony Bunzan’s terms left-brain logical rather than right-brain creative)’. Oleh

itu, melalui kaedah ini, kita hanya menggunakan otak kiri dan tidak merangsang otak kanan

yang berfungsi berdasarkan imaginasi, warna, kreativiti dan irama.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, otak menggunakan pengelolaan keseluruhan

untuk menghubungkaitkan idea penting. Maklumat yamg disusun mengikut struktur organik

otak adalah lebih mudah dirakamkan di dalam ingatan jangka panjang daripada maklumat

yang di susun secara linear. Maklumat-maklumat yang terdapat di dalam nota linear disusun

secara keseluruhan menggunakan struktur pola linear iaitu di tulis secara lurus

menyebabkan kurang terhasilnya struktur pola yang kreatif. Hal ini jelaslah menunjukkan
bahawa kegagalan merangsang daya kreativiti dan tidak menggalakkan otak membuat

asosiasi merukan kelemahan di dalam sistem mencatat nota linear.

Disamping itu, oleh kerana nota linear merupakan catatan huraian singkatan yang di

tulis dalam bentuk poin-poin yang tersusun setiap baris atau perenggan, pelajar sukar dan

tercari-cari kata kunci serta seringkali terkeliru dengan perkataan yang kurang penting.

Perkara sedemikian terjadi kerana di dalam nota linear terkandung banyak maklumat dan

isi-isi penting. Kata kunci amat penting supaya dapat mempermudah untuk kita mengingat

kembali sesuatu idea berbanding dengan mengingat setiap baris ayat. Kata kunci di

gunakan untuk mewakili sesuatu idea atau tema. Dengan menggunakan kata kunci, ia

memberikan bayangan secara kreatif dan dapat dihubungkaitkan dengan idea lain.

Selalunya kata kunci merupakan nama, perbuatan atau sifat dan ini juga sudah cukup untuk

mencerminkan kata kunci.

Di dalam buku “The Brain Book”, Peter (1979,172) menulis,`key words generally

concrete rather than abstract.It has been found that concrete words generate images faster

than abstract words- one and a half seconds and faster on the average’. Hal ini sekali lagi

membuktikan kuasa kata kunci jika sesuatu nota ringkas hanya mengandungi kata kunci

seperti peta minda. Ini kerana ,apa bila kita membaca, automatik kita hanya mengingat

perkataan yang dapat menghubungkaitkan dengan idea lain dalam sesebuah petikan, dan

parkataan dan ayat selebihnya akan dilupakan dalam masa satu atau dua saat sahaja.

Jelaslah sekali lagi, nota yang panjang dan mempunyai banyak perkataan serta maklumat di

dalamnya seperti nota linear susah untuk menghubungkaitkan sesuatu idea dengan yang

lain dan mengelirukan pelajar untuk mencari kata kunci.

Selain itu, kelemahan nota linear ialah penggunaan masa. Dengan menggunakan

kaedah catatan linear ini, kita akan lebih membuang masa dan tenaga. Kebanyakkan

perkataan dalam nota linear kurang fungsi dan kurang penting. Hanya sedikit perkataan
sahaja yang penting dan kita memberi fokus kepada perkataan tersebut sahaja.

Persoalannya mahukah kita membazirkan masa kita semata-mata mahu memberikan fokus

kepada perkataan-perkataan yang kurang penting ini? Sudah tentu tidak. Kita juga

membazir masa dan tenaga menulis yang tidak perlu serta meggunakan bayak ruang dan

kertas untuk menyalinnya.

Kaedah mencatat nota linear juga, meyebabkan kita membuang masa membaca

perkara-perkara yang tidak penting, dan kadang kala kita tidak ada masa untuk

membacanya kerana terlalu bayak perkataan dan maklumat di dalamnya, tambahan lagi

nota linear yang kurang tersusun isi –isi pentingnya. Kita perlu banyak masa untuk

memehami isi kandungan nota linear kerana nota yang banyak dan kelihatan sama serta

mencari kata kunci di dalam ayat-ayat yang kurang penting. Menjelang ujian ataupun

peperiksaan, kadangkala kita merasa tekanan melihat nota yang sedemikian kerana kita

harus membazirkan masa mengulangkaji helai demi helai kertas kertas yang mengandungi

banyak perkataan yang tidak penting. Hal ini menunjukkan, masa banyak di bazirkan

dengan menggunakan kaedah nota linear.

You might also like