You are on page 1of 4

Perbincangan 1-2-4

Pendahuluan

Rencana ringkas ini cuba menjelaskan suatu variasi kaedah perbincangan berstruktur
yang melibatkan pendekatan individu, pasangan, kumpulan kecil serta kelas.
Perbincangan kita akan berkisar di sekitar rasional variasi ini wujud dan teknik-teknik
perlaksanaannya. Variasi perbincangan ini diutarakan oleh Northedge (1975) dan
diubahusaikan oleh Gibbs (1981).

Rasional

Kaedah perbincangan merupakan suatu kaedah yang penting dalam proses pengajaran
pembelajaran bilik darjah, terutamanya di peringkat maktab. Ia merupakan suatu
kaedah yang mana pelajar-pelajar dikehendaki memainan peranan yang aktif dalam
mengulas, menyelesaikan seerta membuat kesimpulan mengenai masalah atau isu-isu
kontroversial. Justeru itu kaedah ini dikatakan sehaluan dengan pendekatan pengajaran
yang memusatkan pelajar serta pendekatan induktif.

Meskipun demikian, biasanya perlaksanaan perbincangan secara bebas dan tradisional


dalam kelas tidak begitu berkesan kerana didapati terdapat pelajar-pelajar yang pasif
dan tidak begitu mahir dalam mengeluarkan pendapat masing-masing. Keadaan ini
adalah lebih ketara jika terdapat pelajar-pelajar yang bersifat ekstrovert yang selalunya
menguasai suasana perbincangan. Selain daripada itu, prbincangan yang dilakukan
secara bebas adalah sukar untuk dikawal dan biasanya guru dikehendaki memainkan
peranan yang lebih utama daripada yang sepatutnya. Lantaran itu, suatu teknik
perbincangan berstruktur difikirkan boleh mengatasi masalah-masalah yang wujud
dalam perbincangan bebas serta menimbulkan interaksi yang menyeluruh dalam kelas.

Pelaksanaan

Perlaksanaan perbincangan 1-2-4 ini melibatkan 4 tahap; bermua dengan bekerja


secara perseorangan, berbincang secara pasangan, berbincang dalam kumpulan kecil
(4 atau 6 ahli) dan sesi pleno.

Tajuk

Seperti apa jua variasi perbincangan, guru harus menyediakan tajuk-tajuk atau masalah
yang sesuai dengan pelajar-pelajarnya. Lantaran itu, tajuk atau masalah yang dipilih itu
seharusnya mempunyai kaitan dengan pengalaman atau pengetahuan sdia ada pada
pelajar.

Tajuk-tajuk yang sesuai dengan perbincangan 1-2-4 ini adalah seperti masalah atau
tajuk-tajuk yang berhubungan dengan proses pengajaran dan pembelajaran Contohnya
ialah ciri-ciri pengajaran yang baik, faktor-faktor yang mempengaruhi proses
pembelajaran, masalah disiplin serta masalah-masalah moral.

Satu

Untuk memulakan variasi perbincangan in, guru seharusnya menerangkan masalah


atau tajuk yang harus dibincangkan oleh pelajar terlebih dahulu. Selepas tajuk atau
masalah dijelaskan, pelajar-pelajar diminta memikirkan isi atau penyelesaian yang
dikehendaki berdasarkan pengalaman atau pengetahuan mereka. Mereka diminta
menggunakan teknik refleksi dan seterusnya mencatatkan pendapat masing-masing
pada sekeping kertas. Pada tahap ini, semua pelajar diminta membuat kerja masing-
masing dan mreka adalah dilarang berbincang di antara satu sama lain. Masa yang
diberi untuk aktiviti ini adalah 5 minit sahaja.

Tujuan tahap ini diadakan ialah supaya semua pelajar diberi peluang untuk berfikir
secara individu tanpa diganggu oleh perasaan, pengalaman atau pendapat orang lain.
Di samping itu, mreka juga dapat mengaitkan tajuk atau masalah perbincangan dengan
pengalaman dan pengetahuan yang lalu. Oleh sebab mereka diminta menuliskan
pendapat mereka, maka proses pemikiran serta aliran pendapat mereka akan menjadi
lebih konkrit dan nyata. Ini akan juga melatih mereka supaya berfikir secara lebh
sistematik. Selain daripada itu, apa juga pengalaman atau pendapat yang ada pada
mereka dapat dijelmakan tanpa searang ancaman atau kritikan yang mungkin
memutuskan pengaliran pemikiran mereka.

Dua

Selepas masa telah tamat, maka tiap-tiap individu diarah memilih seorang pelajar yang
lain untuk membentuk satu pasangan. Perkara ini agak mudah dibuat jika pelajar-
pelajar duduk berdua-duaan. Apabila pasangan telah dibentuk, kertas catatan ditukar di
antara satu sama lain. Tiap-tiap ahli dalam pasangan dikehendaki membaca kertas
catatan ahli yang lain. Di sini setiap orang terpaksa membincangkan sama ada pay
yang tercatat itu adalah sama atau tidak. Dengan kata-kata lain, perbincangan
berbentuk dialog yang informal. Setiap pasangan diminta membuat rumusan tentang
persamaan dan perbezaan pendapat serta mengumpulkan isi-isi perbualan pasangan
masing-masing.

Dengan adanya perbincangan secara pasangan, maka kita boleh menjaminkan bahawa
semua pelajar akan aktif berbincang. adalah mustahil jika dialog atau perbualan berlaku
secara prseorangan. Ini akanMenolong pelajar yang mempunyai sifat yang pasif,
introvert dan kurang keyakinan diri dalam aktiviti perbincangan untuk mengeluarkan
suatu sesi soal jawab yag agak informal tanpa apa-apa tekanan luar.

Selain daripada itu, setiap pasangan akan berasa lebih bertanggungjawab untuk
mempertahankan kedudukan mereka kerana mereka terpaksa bergabung dengan
pasangan yang lain kelak. Masa untuk tahap ini adalah lebih kurang 10 minit sahaja.
Empat

Seterusnya, setiap pasangan diminta bergabung dengan satu lagi pasangan untuk
membentuk kumpulan yag terdiri daripada empat orang. Rumusan yang dibuat oleh
setiap pasangan tadi ditukar dan perbincangan akan berlangsung dengan meneliti
persamaan dan perbezaan rumusan-rumusan itu. Kumpulan itu dikehendaki membuat
kesimpulan perbincangan kumpulan. Masa yag diperuntukkan untuk perbincangan
kumpulan adalah 25 minit.

Tahap ini merupakan tahap yang paling penting kerana di samping mengembangkan
dan menambahkan idea-idea dalam kumpulan, setiap ahli masih diberi peluang untuk
memainkan prananyang aktif. Oleh sebab setiap kumpulan biasanya terdiri daripada
dua pasangan, maka idea-idea tidak mungkin di-'outnumbered'. Ini akan memberi
peluang kepada setiap pasangan untuk menjelaskan idea-idea masing-masing.

Sesi Pleno

Bila masa telah tamat, tiap-tiap kumpulan diminta menghantar seorng pelapor untuk
melaporkan rumusan kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan diminta
menyampaikan satu isi diikuti oleh kumpulan yang lain. Ini boleh berlangsung sehingga
masa tamat atau semua isi telah dilaporkan. Rumusan kumpulan itu boleh dicatatkan
pada papan tulis atau disinarkan dengan menggunakan transparensi. Untuk
menjimatkan masa, pendapat atau isi yang sama tidak perlu dicatatkan. Sebaik-baiknya
semua kumpulan diberi peluang untuk membuat laporan jika masa mengizinkan.
Pelajar-pelajar lain digalakkan untuk menyoal pelapor-pelapor jika didapati sebarang
keraguan. Akhir sekali, guru boleh membuat kesimpulan atau menambahkan isi jika
perlu.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, perbincangan 1-2-4 mewarisi kelebihan serta kelemahan umum


kaedah perbincangan. Bagaimanapun oleh kerana perbincangan ni adalah berstruktur
dari segi pelaksanaannya maka didapati kelemah perbincangan bebas dapat
dikurangkan. Peranan guru dalam variasi perbincangan ini adalah minimal. Guru cuma
merupakan fasilator dan bebas bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang
lain untuk membantu proses perbincangan. Viriasi ini juga boleh digunakan sebagai
suatu aktiviti belajar sendiri di kalagan pelajar. Bilangan ahli dalam sesuatu kumpulan
kecil boleh diubahsuai mengikut bilangan pelajar dalam kelas dan tidak semestinya 4
orang sekumpulan. Begitu juga masa yang diperuntukkan untuk setiap tahap
perbincangan.

Rujukan

Entwistle, H (1970) "Child-centred Education", Methuen & Co. Ltd, London.

Gibbs, G (1977) "Teaching Students to Learn", The Open University, London.


Northedge, A. (1975) "Learning Through Discussion in the Open University", The Open
University, London.

Stones, E. & Morris, S. (1972) "Teaching Practice". Methuen & Co. Ltd., London.

Wragg, E.C. (1974) "Teaching Teaching", Douglas David & Charles Ltd. West
Vancouver.

You might also like