You are on page 1of 2

Sorotan Penulisan

Cadangan Kerajaan untuk memansuhkan Peperiksaan Awam iaitu PMR bagi

membolehkan pelajar menduduki satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun sesi

persekolahan.

Cadangan ini telah mendapat respons pelbagai pihak. Pihak yang menolak cadangan

ini seperti Konsensus bebas Parlimen berpendapatan peperiksaan awam perlu dikekalkan

kerana ia merupakan kayu pengukur bagi tahap pencapaian persekolahan pelajar. Alasan

pihak lain yang menolak cadangan ini seperti mengurangkan pencapaian sekolah, pelajar

akan mula acuh tak acuh terhadap pelajaran, guru menjadi kurang efisien serta meningkatkan

sikap culas ibu bapa yang tidak mengendahkan pelajaran anak mereka. Pemansuhan

peperiksaan bukan penyelesaian terbaik kerana tiada piawaian menyeluruh di peringkat

kebangsaan jika peperiksaan tersebut dijadikan penilaian pelajar di peringkat sekolah sahaja.

Walau bagaimanapun, ada pihak yang menyokong cadangan ini dengan alasan

mengurangkan tekanan guru mengajar berikutan persepsi umum hanya memberi tumpuan

kepada pencapaian cemerlang tanpa memikirkan pertumbuhan individu secara holistik.

Seterusnya, cadangan ini dapat mengurangkan proses penilaian pelajar berorientasikan

peperiksaan kerana pelajar hari ini terlalu fokus kepada peperiksaan sehingga mengabaikan

aspek lain seperti kokurikulum dan kreativiti pelajar. Pemansuhan peperiksaan awam boleh

mencetus kepada peperiksaan yang kurang efektif dan berkesan. Implikasi kos bagi kerajaan

melaksanakan pembaharuan atau projek adalah berkurangan berbanding sekarang. Oleh itu,

bidang-bidang lain seperti sukan dan seni mula berkembang maju.

Cadangan lain dari pihak mereka seperti kaedah latihan pelajar dan silibus pelajaran
perlu dikaji semula. Satu peperiksaan awan sahaja bagi menilai pencapaian pelajar iaitu SPM.

Walau bagaimanapun, peperiksaan awam PMR mungkin akan diteruskan, tetapi hanya

sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja.

Kesimpulannya, cadangan pemansuhan peperiksaan awam telah menyemarakkan

amalan demokrasi dalam menyediakan pendidikan terbaik kepada rakyat. Ada pihak yang

menolak dan juga ada mereka yang menyokong terhadap cadangan ini. Walau bagaimanapun,

sebagai seorang pelajar yang telah menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM,

berpendapatan, jika tiada peperiksaan awam tersebut apakah maksud belajar bersungguh-

sungguh sepanjang 11 tahun sesi persekolahan kalau tiada piawaian menyeluruh?

You might also like