You are on page 1of 6

KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN

Kaedah 1 : Pembayaran di Kaunter Bank Islam

1. Lengkapkan Slip Pembayaran Bil yang boleh didapati di kaunter BIMB dengan maklumat seperti di bawah.
Pada bahagian Jenis Bayaran, sila nyatakan jenis pembayaran sama ada yuran
pengajian/asrama/konvo/pinjaman tabung HEP. Baki tunggakan yuran boleh disemak di MyUPSI portal.

Yuran pengajian

xxxx

2. Serahkan Slip Pembayaran yang lengkap diisi kepada Teller Bank Islam bersama dengan bayaran. Simpan
salinan slip tersebut sebagai bukti pembayaran.

Kaedah 2 : Pembayaran Melalui ATM Bank Islam

Pada Skrin ATM Pilih Menu

 LAIN-LAIN
 PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT
 YURAN IPT
 Pilih AKAUN PEMBAYAR
 Masukkan NO KAD PENGENALAN PELAJAR
 Pilih Bil
 Masukkan amaun atau sahkan amaun yang ingin dibayar
 Transaksi selesai dan ambil Resit
 Simpan resit sebagai bukti pembayaran.

-1-
Kaedah 3 : Pembayaran Melalui Perbankan Internet Bank Islam

1. Layari laman web Bank Islam www.bankislam.com.my. Klik logo “Internet Banking Login” dan tekan butang
“ok” pada “Security Alerts”

2. Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank Islam.

-2-
3. Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”.

4. Pilih Universiti Pendidikan Sultan Idris. Masukkan No Kad Pengenalan dan klik “Next”. Sila pastikan No
Kad Pengenalan yang diisi adalah No Kad Pengenalan pelajar.

-3-
6. Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak di bayar dan klik “Pay”. Jika bilangan bil melebihi satu,
pilih salah satu daripada bil tersebut.

7. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “source account” yang hendak di debitkan and
sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar dan klik “pay”

-4-
8. Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan. Klik "Confirm" untuk
meneruskan pembayaran atau sebaliknya.

9. Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Cetak salinan makluman bayaran
yang dilakukan sebagai rujukan.

-5-

You might also like