You are on page 1of 2

Kertas 2

Bahagian A
Bahagian ini mengandungi lima soalan. Jawab mana-mana TIGA soalan.

1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan usahawan?


[5 markah]
b) Usahawan dikatakan ialah penggerak kepada ekonomi negara. Jelaskan.
[10 markah]
c) Huraikan kesan pengkhususan dalam pengeluaran.
[10 markah]

2. a) Jelaskan kelebihan e-dagang kepada pembeli dan pengeluar.


[10 markah]
b) Terangkan mengapa peruncit besar-besaran tidak memerlukan perkhidmatan
pemborong.
[7 markah]
c) Nyatakan perbezaan antara perniagaan runcit dengan perniagaan borong.
[8 markah]

3. a) Tulis nota ringkas tentang:


i) Francais [5 markah]
ii) Kedai sejaras [5 markah]
iii) Mesin peruncitan automatik [5 markah]

b) Mengapakah peruncit cenderung membeli barang-barang mereka daripada pemborong?


[10 markah]

4. a) Bezakan antara diskaun tunai dengan diskaun niaga.


[8 markah]
b)
 Pada 1 Februari 2004, Yazid telah menghantar surat kepada
Saiful untuk mendapatkan maklumat tentang kain batik.
 Pada 4 Februari 2004, saiful membalas surat Yazid dan
menghantar dokumen yang berkaitan.
 Pada 8 Februari 2004, Saiful menjual kain batik kepada Yazid
yang berjumlah RM600 dan diskaun niaga 20% diberikan. Walau
bagaimanapun, pada 12 Februari 2004, Yazid telah memulangkan
1
daripada kain batik kepada saiful atas sebab kerosakan.
10
 Pada 15 Februari 2004, Saiful menerima bayaran daripda Yazid
dengan diskaun tunai 5%.

Berdasarkan maklumat di atas, jawab soalan berikut:

1
i) Jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh Yazid.
[10 markah]
ii) Namakan dokumen-dokumen yang digunakan oleh setiap urusniaga berikut;

 Yazid kepada Saiful 1 Februari 2004


 Saiful kepada Yazid 4 Februari 2004
 Saiful kepada Yazid 8 Februari 2004
 Saiful kepada Yazid 12 Februari 2004
 Saiful kepada Yazid 15 Februari 2004
[7 markah]

5. a) Bagaimanakah sistem jualan langsung dijalankan?


[5 markah]

b) Mengapakah semakin ramai pengguna membeli barang melalui pesanan mel?


[8 markah]

c) Peruncit dan pemborong memerlukan modal untuk menjalankan perniagaan tetapi


pemborong memerlukan modal yang lebih besar. Mengapa?
[12 markah]

Bahagian B (Soalan Wajib)

Encik Din ialah seorang pemborong ikan. Pada setiap awal pagi, beliau membawa lorinya
untuk membeli ikan-ikan secara pukal daripada nelayan-nelayan di pantai Hawaii. Selepas
itu, beliau akan membawa ikan-ikan tersebut ke gudangnya untuk melakukan kerja-kerja
akhir seperti mengasingkan ikan mengikut saiz yang ditetapkan.
Encik Din bersama dengan anaknya akan menghantar ikan-ikan tersebut dengan
lori kecilnya kepada penjaja-penjaja di pasar Bandar Miri. Beliau adalah seorang yang
rajin dan sentiasa berjimat-cermat kerana beliau memerlukan modal yang banyak untuk
menampung hutang daripada penjaja-penjaja ikan. Namun, nelayan di pantai Hawaii
sentiasa merungut bahawa Encik Din seumpama ‘lintah darat’ yang sentiasa membeli
daripada mereka dengan harga yang lebih rendah, kemudian menjual kepada penjaja
dengan harga yang lebih tinggi.

6. Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemborong?


[ 4 markah ]
b) Terangkan kepentingan pemborong kepada pengeluar.
[ 8 markah ]
c) Terangkan kepentingan pemborong kepada penjaja (peruncit).
[ 8 markah ]
c) Apakah kritikan tentang peranan yang dimainkan oleh pemborong seperti Encik Din?
Senaraikan keadaan-keadaan yang membolehkan peranan pemborong diambilalih.
[ 5 markah]

You might also like