You are on page 1of 5

Kertas 2

Bahagian A
Bahagian ini mengandungi lima soalan. Jawab mana-mana TIGA soalan.

1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan usahawan?


- Seorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan dan perusahaan (1m)
- Usahawan menggabungkan faktor-faktor pengeluaran seperti tanah, buruh, dan
modal dengan cekap dan berkesan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
(1m)
- Barang dan perkhidmatan ini dapat memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
(1m)
- Sebagai ganjaran daripada usaha ini usahawan memperolehi keuntungan (1m)
- Usahawan mempunyai sifat kreatif, inovatif, rajin, bijak mengenal peluang dan
berani menanggung risiko (1m)

[5 markah]
b) Usahawan dikatakan ialah penggerak kepada ekonomi negara. Jelaskan.
- Memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat (1m) – mewujudkan pelbagai barang
baru untuk memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat (1m)
- Mewujudkan peluang pekerjaan (1m) – mewujudkan beribu-ribu pekerjaan akibat
daripada pembukaan industri perniagaan yang baru (1m)
- Penemuan dan ciptaan baru (1m) – usahawan yang dinamis, kreatif, dan inovatif
sentiasa melahirkan ciptaan baru untuk dinikmati oleh orang ramai (1m)
- Meningkatkan taraf hidup (1m) – dengan adanya pendapatan, pelbagai barang dan
perkhidmatan dapat dinikmati dan meningkatkan taraf hidup masyarakat (1m)
- Menyumbang terhadap pembangunan ekonomi (1m) – pembukaan industri baru
mengembangkan industri lama dengan menggunakan sumber semulajadi tempatan
(1m)
[10 markah]
c) Huraikan kesan pengkhususan dalam pengeluaran.
i) Kelebihan pengkhususan
- Membolehkan pengeluaran secara besar-besaran (1m)
- Meningkatkan kemahiran pekerja (1m)
- Menjimatkan masa (1m)
- Kebolehan menggunakan mesin (1m)
- Menikmati ekonomi bidangan (1m)

ii) Kelemahan pengkhususan


- Membosankan (1m)
- Hasil yang seragam, pilihan terhad (1m)
- Kehilangan daya cipta (1m)
- Saling pergantungan kuat (1m)
- Hanya mahir dalam satu proses sahaja (1m)

[10 markah]

1
2. a) Jelaskan kelebihan e-dagang kepada pembeli dan pengeluar.
i) Kepada pembeli
- Banyak pilihan (1m) – terdapat ribuan laman web di mana pembeli boleh jelajahi
sebelum membuat keputusan untuk membeli (1m)
- Harga lebih murah (1m) – tidak perlu perkhidmatan jurujual dan ini
membolehkan penjimatan kos (1m)
- Membeli dengan selesa di rumah (1m) – tidak bimbang atau diganggu oleh
kesesakan lalu lintas dan perubahan cuasa (1m)

ii) Kepada penjual

- Kos operasi rendah (1m) – ini kerana barang jualan dipergakan di laman web
tanpa perlu penyediaan premis (1m)

- Pasaran luas (1m) – penambahan jualan dan keuntungan keranan pasaran


merangkumi seluruh dunia (1)

[10 markah]
b) Terangkan mengapa peruncit besar-besaran tidak memerlukan perkhidmatan
pemborong.
- Membeli secara pukal (1m) – peruncit membeli secara pukal kerana kadar jualannya
adalah cepat (1)
- Mempunyai modal yang besar (1m) – peruncit mampu membayar secara tunai dan
menikmati diskaun tunai (1m)
- Mempunyai gudang sendiri (1) – untuk melakukan kerja-kerja memecah pukal dan
kerja-kerja akhir (1m)
- Mempunyai pengangkutan sendiri (1m)
[7 markah]
c) Nyatakan perbezaan antara perniagaan runcit dengan perniagaan borong.

Perniagaan runcit Perniagaan borong


- Orang tengah antara pemborong - Orang tengah antara pengeluar
dengan pengguna (1m) dengan peruncit (1m)
- Membeli barang dalam kuantiti - Membeli secara pukal (1m)
kecil (1m) - Mempunyai modal yang besar
- Mempunyai modal yang kecil kerana membeli secara pukal (1m)
kerana mendapat kredit - Premisnya terletak di pinggir
daripada pemborong (1m) bandar (1m)
- Premis berhampiran dengan
pelanggan dan di bandar (1m)

[8 markah]

2
3. a) Tulis nota ringkas tentang:
i) Francais [5 markah]
ii) Kedai sejaras [5 markah]
iii) Mesin peruncitan automatik [5 markah]

b) Mengapakah peruncit cenderung membeli barang-barang mereka daripada pemborong?


[10 markah]

3
4. a) Bezakan antara diskaun tunai dengan diskaun niaga.

Diskaun niaga Diskaun tunai


- Potongan drpd senarai harga - Potongan darp harga bersih invois
(1m) (1m)
- Menggalakkan pembeli membeli - Bertujuan menggalakkan
dalam kuantiti yang banyak (1m) pembayaran hutang dengan lebih
- Diberi semasa barang diterima cepat (1m)
(1m) - Diberi semasa bayaran diterima
- Kadar bergantung kepada (1m)
kuantiti yang dibeli (1m) - Kadar bergantung kepada tempoh
masa (1m)

[8 markah]
b)
 Pada 1 Februari 2004, Yazid telah menghantar surat kepada Saiful untuk
mendapatkan maklumat tentang kain batik.
 Pada 4 Februari 2004, saiful membalas surat Yazid dan menghantar dokumen
yang berkaitan.
 Pada 8 Februari 2004, Saiful menjual kain batik kepada Yazid yang berjumlah
RM600 dan diskaun niaga 20% diberikan. Walau bagaimanapun, pada 12
1
Februari 2004, Yazid telah memulangkan daripada kain batik kepada
10
saiful atas sebab kerosakan.
 Pada 15 Februari 2004, Saiful menerima bayaran daripda Yazid dengan
diskaun tunai 5%.

Berdasarkan maklumat di atas, jawab soalan berikut:


i) Jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh Yazid.

Harga senarai RM600 (1m)


Diskaun niaga 20% - RM120 (2m)
RM480 (1m)
Pulangan - RM60
(1/10 X 600) (2m) RM420
Tolak:
Diskaun tunai 5% RM21 (2m)
Jumlah perlu dibayar RM399 (1m)
[10 markah]
ii) Namakan dokumen-dokumen yang digunakan oleh setiap urusniaga berikut;
 Yazid kepada Saiful 1 Februari 2004
- Surat jawapan (1m)
 Saiful kepada Yazid 4 Februari 2004
- Surat jawapan, senarai harga, sebut harga dan katalog (4m)
 Saiful kepada Yazid 8 Februari 2004
- Invois (1m)
 Saiful kepada Yazid 12 Februari 2004
- Nota Kredit (1m)
 Saiful kepada Yazid 15 Februari 2004
- Resit (1m)

4
[7 markah]

5. a) Bagaimanakah sistem jualan langsung dijalankan?


[5 markah]

b) Mengapakah semakin ramai pengguna membeli barang melalui pesanan mel?


[8 markah]

c) Peruncit dan pemborong memerlukan modal untuk menjalankan perniagaan tetapi


pemborong memerlukan modal yang lebih besar. Mengapa?
[12 markah]

Bahagian B (Soalan Wajib)

Encik Din ialah seorang pemborong ikan. Pada setiap awal pagi, beliau membawa lorinya
untuk membeli ikan-ikan secara pukal daripada nelayan-nelayan di pantai Hawaii. Selepas
itu, beliau akan membawa ikan-ikan tersebut ke gudangnya untuk melakukan kerja-kerja
akhir seperti mengasingkan ikan mengikut saiz yang ditetapkan.
Encik Din bersama dengan anaknya akan menghantar ikan-ikan tersebut dengan
lori kecilnya kepada penjaja-penjaja di pasar Bandar Miri. Beliau adalah seorang yang
rajin dan sentiasa berjimat-cermat kerana beliau memerlukan modal yang banyak untuk
menampung hutang daripada penjaja-penjaja ikan. Namun, nelayan di pantai Hawaii
sentiasa merungut bahawa Encik Din seumpama ‘lintah darat’ yang sentiasa membeli
daripada mereka dengan harga yang lebih rendah, kemudian menjual kepada penjaja
dengan harga yang lebih tinggi.

6. Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemborong?


[ 4 markah ]
b) Terangkan kepentingan pemborong kepada pengeluar.
[ 8 markah ]
c) Terangkan kepentingan pemborong kepada penjaja (peruncit).
[ 8 markah ]
c) Apakah kritikan tentang peranan yang dimainkan oleh pemborong seperti Encik Din?
Senaraikan keadaan-keadaan yang membolehkan peranan pemborong diambilalih.
[ 5 markah]

You might also like