You are on page 1of 5

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh

badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga
kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai
program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud
pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah sikap ini menjadikan pembesaran
manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Tubuh badan menerima semua
keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan
fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu
boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan
seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang
menjaga aspek pemakanannya.

Selain itu, pemakanan yang seimbang menjadikan perkembangan mental seseorang itu
terganggu pula. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental
seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu
perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang
itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding
dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang
menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.
Kemungkinan kepentingan pemakanan seimbang yang mudah difahami ialah makanan
yang seimbang memberikan vitamin yang cukup kepada badan seseorang itu. Keperluan
vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi
sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia
dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya,
manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat
sejahtera sahaja.

Malahan, pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesiti


masyarakat dunia. Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia
perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang
diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu
tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti
terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu
diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

Kesimpulannya, kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua


kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan
seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika
masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit
kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita
semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.
Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan dan
jata negara juga harus dikanali dan dihormarti oleh setiap warganegara
Malaysia. Bendera negara kita, Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan
penuh semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang suci. Kita tidak harus
membenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus
berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi di
dunia. Kita juga harus berdiri tegak semasa menyanyikan lagu negaraku,
menghayati liriknya dan menyanyikannya dengan penuh bersemangat. Kita juga
harus menjaga dan mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Sejarah
negara kita juga turut amat membanggakan kerana kita memperolehi
kemerdekaan tanpa pertempuran atau pertumpahan darah.

Seseorang rakyat haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya. Kita juga
harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Pengkhianatan
terhadap negara merupakan perbuatan
yang tidak dapat dimaafkan. Kita harus menjaga dan mempertahankan maruah
dan bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk
mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Kita juga harus sentiasa
peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta cara
mengatasinya. Malysi merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni, oleh
itu kita haruslah bersyukur sebagai warganegara Malaysia.

Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara.
Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan
bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah snaggup
bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan
perselisihan fahan dami kesejahteraan hidup. Sifat bersatu-padu antara
masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian
dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri.
Kita harus sentiasa hormat-menghormati anta satu sama lain tanpa mengira
kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk
adat resam dan kepercayaan kaum lain. Aktiviti yang melibatkan penglibatan
pelbagai kaum seperti gotong-royong daapt memupuk semangat bermasyarakat
antara kaum.

Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan undang-
undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk
kesenangan semua pihak. Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi
pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang
peramah dan berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan reputasi negara. Kita
haruslah berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap
atau kurang ajar. Seseorang rakyat juga haruslah mempertahankan serta
memjunjung Perlembagaan Negara untuk mewujudkan keamanan dalam negara.
Rakyat yang bersifat amanah dan jujur kan dipercayai oleh orang lain dan ini
kan membawa perpaduan antara rakyat.
Rakyat juga harus berusaha denagn gigih dan bersifat produktif untuk
memajukan negara. Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi
ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam
mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap
masa. Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan
dalam negara tanpa menjejaskan perpaduan negara. Misalnya apabila
berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-padu demi
menghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk memajukan
ekonomi negara semula. Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa jua
cabaran dalam negara dan senantiasa memastikan wujudnya perpaduan di
kalangan rakyat.

Secara kesimpulan, perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara untuk
menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama
mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikkan semua
Fenomena pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan. Keadaan ini
sebenarnya sukar diterima oleh akal manusia yang sempurna. Lebih menyedihkan
kerana angka yang tinggi dikaitkan pula dengan masyarakat Melayu. Terdapat
beberapa faktor-faktor yang menyebabkan berlaku masalah ini.

Faktor utama berlakunya pemasalahan ini ialah kurangnya kefahaman agama di


kalangan masyarakat secara menyeluruh.. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran
agama dan semangat beragama akhir-akhir ini begitu menonjol tetapi ia tidak
menyeluruh, hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongan muda
terutama belia, umumnya masing-masing menjauhkan diri daripada mendalami agama.
Apabila didikan agama tidak ada, dirangsang pula dengan gambar-gambar lucah
dan menggairahkan yang mudah didapati dalam media elektronik dan bahan-bahan
cetakan, dengan sendirinya anak muda akan mudah terjebak dalam melakukan gejala
tidak sihat ini. Selain itu, ada yang mengatakan malu menjadi faktor utama dan
biasanya kerana hasil hubungan yang tidak sah. Jadi mereka malu pada masyarakat.
Sebenarnya malu pada masyarakat ada batasnya tapi malu pada Allah s.w.t tidak ada
batasnya.

Faktor yang menyusahkan perkahwinan juga menjadi faktor masalah pembuangan


bayi. Budaya masyarakat Melayu, umpamanya yang melibatkan hantaran, persiapan
perkahwinan, membuatkan orang merasakan untuk mendirikan rumah tangga itu amat
menyusahkan kerana mereka tidak mampu. Jadi anak muda yang terlalu ghairah, tidak
dapat mengawal shahwatnya terpesong dan melakukan zina, dan menghasilkan anak luar
nikah.Tidak ada pengawasan iaitu jauh daripada ibu bapa, mereka akanmudah
terpengaruh dengan kawan. Pengabaian dalam memberi kasih saying adalah salah satu
jenis penderaan yang meninggalkan risiko lebih besar yang banyak berlaku dalam
masyarakat.Hal ini dapat dilihat dimana, semakin meningkat masalah ini
dikalangan pekerja-pekerja kilang terutama remajayang datang dari kampung. Ibu
bapa mesti sedar dan meluangkan waktu, bagaimana sibuk sekalipun, harus
memperuntukkan waktu bersama anak- anak.

Keruntuhan institusi keluarga islam juga menjadi faktor berlakunya masalah


pembuangan bayi. Pensyarah di Akademik Islam, Universiti Malaya, Prof, Madya
Hashim Yahya, beliau tidak menafikan gejala sosial yang kedengaran hari ini adalah
antara tanda-tanda yang menunjukkan masyarakat Islam sudah mula tidak mengambil
berat tentang betapa pentingnya institusi keluarga.

Umat Islam mungkin pada saat ini sibuk dengan pembangunan, mengejar
kebendaan hingga mereka lupa akan tanggungjawab sebenar dalam membina satu
keluarga yang bahagia. Remaja yang kurang kasih saying ini akan cuba mencari orang
lain dan akhirnya terjebak dengan masalah ini.

Faktor yang terakhir yang menyebabkan berlaku masalah pembuangan bayi ini
ialah faktor masyarakat. Sesetenggah masyarakat memandang kotor orang yang
melakukan dosa seperti zina, pembuangan anak, dan sebagainya. Mereka yang
terjerumus ini menganggap diri mereka tidak diterima ahli masyarakat lagi. Kerana
itu timbul perumpamaan, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal
lengan. Kerana itulah wujudnya kes pembuangan bayi dikalangan orang Islam sendiri.
Ini kerana orang yang telah melakukan kejahatan, walaupun menyesal tetapi tidak
berani untuk mendekati orang dimasjid untuk meminta pertolongan.

You might also like