You are on page 1of 12

KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-38

PERINGKAT KEBANGSAAN 2011


Tel : 06-7625351 Faks : 06-7619906 Emel : hksbp2011@gmail.com Web : www.hksbp.tkc.edu.my

PERATURAN-PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA KERANJANG


PIALA TUN HAJI HAMDAN SHEIKH TAHIR &
PIALA TOH PUAN HAJJAH SITI ZAINAB

1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang terbaru


permainan bola keranjang Persekutuan Bola Keranjang
Antarabangsa (International Basketball Federation atau Federation
Internationale de Basketball-FIBA).

2.0 KELAYAKAN PEMAIN

2.1 Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang


masih menuntut di Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian
Pelajaran Malaysia.

2.2 Bagi SBP yang mempunyai pelajar Tingkatan 6, hanya 2 orang


sahaja yang dibenarkan bagi setiap pasukan. Hanya seorang
sahaja yang dibenarkan bermain pada satu-satu masa.

3.0 PENDAFTARAN PASUKAN

3.1 Setiap pasukan boleh mendaftar seramai 12 orang pemain.

3.2 Pegawai yang dibenarkan ialah 1 orang Pengurus dan 1 orang


Jurulatih.

3.3 Pasukan perempuan mesti mempunyai seorang pegawai wanita.

3.4 Nama pemain TIDAK boleh ditukar selepas perlawanan pertama


pasukan tersebut.

4.0 PEGAWAI PASUKAN


4.1 Semua pegawai pasukan (Ketua Rombongan, Pengurus Pasukan
dan Penolong, Jurulatih dan pegawai-pegawai lain) hendaklah
sentiasa memelihara dan mematuhi etika sebagai seorang
pegawai perkhidmatan pelajaran bersesuaian dengan penjawat
awam, berimej bersih dan menunjukkan tindak-tanduk serta
tauladan yang baik semasa menjalankan tugas.

4.2 Semua Pengurus / Pegawai Pasukan hendaklah hadir dan


memberikan kerjasama kepada Jawatankuasa Pengelola terutama
dalam majlis rasmi kejohanan seperti Pembukaan Rasmi, Taklimat
Kejohanan, Jamuan Rasmi, mesyuarat-mesyuarat dan Majlis
Penyampaian Hadiah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pengelola.

4.3 Pengurus / Pegawai Pasukan adalah bertanggungjawab dengan


tidak meninggalkan kejohanan sebelum tamat dan menjaga
keselamatan harta benda serta mengelakkan kerosakan semasa
menginap di tempat penginapan yang disediakan oleh pihak
pengelola.

5.0 SISTEM PERTANDINGAN

5.1 KELAYAKAN KE PERINGKAT KEBANGSAAN

5.1.1 Johan dan Naib Johan di peringkat zon akan layak ke


peringkat kebangsaan.

5.1.2 Zon SQL akan diwakili oleh johan sahaja.

5.2 FORMAT PERTANDINGAN DI PERINGKAT ZON

5.2.1 Cara Liga Empat Kumpulan ( A, B, C dan D )

5.2.1.1 Pusingan Pertama

5.2.1.1.1 Sekiranya 12 atau lebih pasukan


mengambil bahagian, mereka hendaklah
dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B,
C dan D. Pertandingan akan dijalankan
secara liga.
5.2.1.1.2 Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan
Keempat dalam pertandingan tahun lalu
akan ditempatkan dalam kumpulan seperti
berikut :

Johan -Kumpulan A
Naib Johan -Kumpulan B
Ketiga -Kumpulan C
Keempat -Kumpulan D

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan


dalam empat kumpulan tersebut
dengan cabutan undi.
Pasukan Tuan Rumah tidak akan
membuat cabutan undi dan berhak
memilih untuk berada di mana-mana
kumpulan.

5.2.1.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan


(seeded) tidak mengambil bahagian, maka
pasukan terbaik berikutnya hendaklah
dipertimbangkan kedudukannya.

5.2.1.1.4 Pusingan Kedua (Suku Akhir/Separuh


Akhir/Akhir)

5.2.1.1.5 Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam


setiap kumpulan akan mara ke pusingan
suku akhir dan pertandingan akan
dijalankan secara kalah mati.

5.2.1.1.6 Perlawanan adalah ditetapkan


sebagaimana berikut :

5.2.1.1.6.1 Undian bagi 4 pasukan pemenang


pertama Kumpulan akan
didahulukan untuk ditempatkan di
Kedudukan 1,3,5 dan 7.

5.2.1.1.6.2 Undian bagi 2 pasukan pemenang


kedua kumpulan untuk
ditempatkan di kedudukan 2 atau
4, jika pasukan pemenang
pertama kumpulannya telah
diundi dan ditempatkan di
kedudukan 5 atau 7. Manakala 2
pasukan pemenang kedua yang
lain akan diundi juga untuk
ditempatkan di kedudukan 6 atau
8.

1
2

3
4

5
6

7
8

5.2.1.1.6.3 Pasukan-pasukan yang menang


pada perlawanan Suku Akhir akan
memasuki peringkat Separuh Akhir.

5.2.1.2.2.4 Pemenang di peringkat Separuh


Akhir akan bertemu di perlawanan
Akhir. Kedua-dua pasukan layak
ke peringkat kebangsaan.
Pasukan-pasukan yang kalah di
peringkat Separuh Akhir akan
bertemu untuk menentukan
pemenang tempat ketiga dan
keempat.

5.2.2 Cara Liga Tiga Kumpulan ( A, B dan C)

5.2.2.1 Pusingan Pertama

5.2.2.1.1.1 Sekiranya 9 hingga 11 pasukan


mengambil bahagian, maka
mereka hendaklah dibahagikan
kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan
C. Pertandingan akan dijalankan
secara liga.

5.2.2.1.2 Johan, Naib Johan dan tempat ketiga


dalam pertandingan tahun lalu akan
ditempatkan dalam kumpulan seperti
berikut:
Kumpulan A – Johan Tahun Lalu
Kumpulan B – Naib Johan tahun lalu
Kumpulan C – Tempat ketiga tahun lalu

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan


dalam tiga kumpulan tersebut dengan
cabutan undi.
Pasukan Tuan Rumah tidak akan
membuat cabutan undi dan berhak
memilih untuk berada di mana-mana
kumpulan.

5.2.2.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan


(seeded) tidak mengambil bahagian
maka pasukan terbaik berikutnya
hendaklah dipertimbangkan
kedudukannya.

5.2.2.2 Pusingan Kedua

5.2.2.2.1 Johan dan Naib Johan dalam setiap


kumpulan akan ditempatkan kedalam
kumpulan X dan Y dengan mengadakan
undian.

5.2.2.2.2 Undian akan dibuat selepasa sahaja


tamat pusingan pertama.

5.2.2.2.3 Dari 3 johan, 1 akan ditempatkan ke


kumpulan X dan 2 ditempatkan ke
kumpulan Y.

5.2.2.2.4 Naib Johan setiap kumpulan akan


ditempatkan di kumpulan lain dari Johan
Kumpulannya.

5.2.2.3 Separuh Akhir

5.2.2.3.1 Johan kumpulan X akan melawan Naib


Johan kumpulan Y manakala Johan
kumpulan Y akan melawan Naib Johan
kumpulan X.
5.2.2.4 Pusingan Akhir dan Penentuan tempat Ketiga
dan Keempat

5.2.2.4.1 Pemenang di peringkat Separuh Akhir


akan bertemu di perlawanan Akhir.
5.2.2.4.2 Pasukan yang kalah di peringkat
Separuh Akhir akan bertemu dalam
penentuan tempat Ketiga dan
Keempat.

5.2.3 Cara Liga Dua Kumpulan

5.2.3.1 Pusingan Pertama

5.2.3.1.1 Sekiranya enam hingga lapan pasukan


mengambil bahagian, pasukan
hendaklah dibahagikan kepada dua
kumpulan, iaitu A dan B.

5.2.3.1.2 Johan dan tempat keempat dalam


pertandingan tahun lalu akan
ditempatkan dalam kumpulan A dan
Naib Johan serta tempat ketiga
ditempatkan dalam kumpulan B.

5.2.3.1.3 Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan


dalam dua kumpulan dengan cabutan
undi.

5.2.3.1.4 Pasukan Tuan Rumah tidak akan


membuat cabutan undi dan berhak
memilih untuk berada di mana-mana
kumpulan.

5.2.3.1.5 Sekiranya pasukan diutamakan (seeded)


tidak mengambil bahagian, maka
pasukan terbaik berikutnya hendaklah
dipertimbangkan kedudukannya.
5.2.3.2 Pusingan Kedua (Separuh Akhir)

5.2.3.2.1 Johan kumpulan A akan melawan Naib


Johan kumpulan B

5.2.3.2.2 Johan Kumpulan B akan melawan Naib


Johan kumpulan A

5.2.3.2.3 Pertandingan akan dijalankan secara


kalah mati.

5.2.3.3 Pusingan Akhir dan Penentuan tempat Ketiga


dan Keempat

5.2.3.3.1 Pemenang di peringkat Separuh Akhir


akan bertemu di perlawanan Akhir

5.2.3.3.2 Pasukan yang kalah di peringkat


Separuh Akhir akan bertemu dalam
penentuan tempat Ketiga dan
Keempat.

5.2.4 Cara Liga Satu Kumpulan

5.2.4.1 Sekiranya empat hingga lima pasukan


mengambil bahagian, pertandingan akan
dijalankan secara liga satu pusingan. Pasukan
yang mendapat mata tertinggi akan
diisytiharkan sebagai pemenang.

5.3 PERINGKAT KEBANGSAAN

5.3.1 Menggunakan format seperti di Peringkat Zon.

5.3.2 Tuan Rumah Peringkat Kebangsaan pada tahun semasa


TIDAK dibenarkan untuk menyertai pertandingan Peringkat
Zon pada tahun tersebut.
5.4 MASA PERLAWANAN

SUKUAN TEMPOH MASA (MINIT)


Pusingan Awal/ Pusingan Separuh Akhir /
Kedua / Suku Akhir Akhir
PERTAMA 7 10
REHAT 2 2
KEDUA 7 10
REHAT SEPARUH
5 5
MASA
KETIGA 7 10
REHAT 2 2
KEEMPAT 7 10
REHAT* 2 2
MASA
3 5
TAMBAHAN**

NOTA :
* Jika perlu.
** Masa Tambahan dijalankan sehingga keputusan seri dapat diatasi.

6.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN PERLAWANAN

6.1 Secara liga.


6.1.1 Cara memberi mata:
Menang 2 mata
Kalah 1 mata
Kalah Tanpa Bertanding 0 mata

6.1.2 Sekiranya terdapat 2 atau lebih pasukan yang mendapat


mata yang sama, maka penentuan pasukan yang layak
ialah mengikut undang-undang antarabangsa (FIBA) di
bawah seksyen Classification of Teams
Contoh: -

Pasukan A mengalahkan Pasukan B: 85 – 70, Pasukan B


mengalahkan Pasukan C: 72 – 66, Pasukan C
mengalahkan Pasukan A: 50 – 45.
CONTOH KEPUTUSAN
Keputusan Perlawanan Perbezaan Mata
A B C A B C
85 70 +15 -15
72 66 +6 -6
45 50 -5 +5
Jumlah Perbezaan Mata +10 -9 -1

Pasukan A menjadi Johan Kumpulan (Jumlah Perbezaan


Mata +10)
Pasukan C menjadi Naib Johan Kumpulan(Jumlah
Perbezaan Mata -1)
Pasukan B mendapat Tempat Ketiga(Jumlah Perbezaan
Mata -9)

7.0 UNDIAN DAN JADUAL PERTANDINGAN

7.1 Undian Pertandingan di Peringkat Zon akan diadakan pada tarikh


yang ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

7.2 Undian Pertandingan Peringkat Kebangsaan akan ditentukan oleh


pihak BPSBPSK. Jadual Pertandingan akan disediakan oleh
Jawatankuasa Pengelola pertandingan.

8.0 JERSI PASUKAN

8.1 Setiap pasukan mestilah menyediakan sekurang-kurangnya 2 set


jersi.

8.2 1 set jersi mesti berwarna PUTIH/CERAH dan 1 set WARNA GELAP.

8.3 Nombor jersi mestilah mengikut saiz yang telah ditetapkan dalam
Peraturan FIBA.

8.4 Sekiranya berlaku warna jersi yang sama bagi kedua-dua pasukan,
pasukan yang disebut dahulu perlu menukar jersi mereka.
Jika kedua-dua pasukan memakai jersi berwarna putih, pasukan
yang disebut kemudian perlu menukar jersi mereka.
9.0 BOLA PERTANDINGAN

9.1 Bola Pertandingan yang akan digunakan ialah MOLTEN GM6 bagi
kategori perempuan dan MOLTEN GM7 bagi kategori lelaki.

9.2 Bola Pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.

10.0 PENGADIL KEJOHANAN

10.1 Jawatankuasa Pengelola perlu melantik Pengadil-Pengadil yang


mempunyai sekurang-kurangnya Lesen “C” Persatuan Bola
Keranjang Malaysia (MABA).

10.2 Jawatankuasa Pengelola boleh berhubung dengan Pengerusi


Teknik Bola Keranjang MSS Negeri bagi membantu
mendapatkan pengadil.

10.3 Jawatankuasa Pengelola di Peringkat Kebangsaan boleh


berhubung dengan Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran
Malaysia (MSSM) melalui Bahagian Sekolah Berarama Penuh &
Sekolah Kecemerlangan untuk mendapatkan khidmat pengadil
perlawanan.

11.0 GELANGGANG PERTANDINGAN

11.1 Jawatankuasa Pengelola akan menentukan gelanggang yang


akan digunakan untuk pertandingan.

11.2 Gelanggang pertandingan mestilah mengikut spesifikasi terkini


FIBA.

11.3 Gelanggang berbumbung, dewan atau stadium adalah


diutamakan.

12.0 TEMPAT DUDUK PASUKAN

12.1 Hanya 12 orang pemain, 1 orang Jurulatih dan 1 orang Pengurus


Pasukan sahaja dibenarkan berada di tempat duduk pasukan.

12.2 Penonton dan penyokong perlu berada sekurang-kurangnya 5


meter daripada gelanggang pertandingan.
13.0 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

13.1 Taklimat Pengurus Pasukan diadakan sehari sebelum


pertandingan bermula. (Pada Hari Pendaftaran)

13.2 Semua persoalan atau bantahan perlu diputuskan dalam


Taklimat Pengurus Pasukan.

14.0 BANTAHAN PERLAWANAN

14.1 Sekiranya ada pasukan yang ingin membuat bantahan


terhadap sesuatu keputusan perlawanan, Ketua Pasukan
hendaklah menulis “INGIN BANTAH” pada ruangan catatan
“Scoresheet” dan ditandatangani supaya bantahan
dipertimbangkan.

14.2 Bantahan yang dikemukakan secara bertulis yang


ditangantangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan
kepada Setiausaha Juri Rayuan dalam tempoh 1 JAM selepas
perlawanan tersebut tamat.

14.3 Bantahan yang dikemukakan secara bertulis mesti disertakan


bersama wang tunai sebanyak RM 200.00

14.4 Sebarang bantahan yang tidak mengikut prosedur tidak akan


dilayan dan wang bantahan TIDAK akan dikembalikan.

14.5 Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta


dimaklumkan kepada yang berkenaan dan keputusan juri
rayuan adalah muktamad.

15.0 JURI RAYUAN

15.1 Keanggotaan Juri Rayuan terdiri daripada lima orang iaitu :-


15.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
15.1.2 Pegawai BPSBPSK
15.1.3 Ketua Pengadil Pertandingan
15.1.4 Pengerusi Teknik Bola Keranjang Zon SBP
15.1.5 Seorang pegawai dari pasukan yang mengambil
bahagian dan TIDAK terlibat dalam bantahan tersebut.
15.2 Penyelaras Jawatankuasa Pertandingan akan bertindak selaku
Setiausaha Juri Rayuan.

16.0 HAL-HAL LAIN

16.1 Jawatankuasa Pengelola berhak membuat keputusan terhadap


perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan-
Peraturan Am ini.

16.2 Pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Dan


Sekolah Kecemerlangan berhak untuk meminda keputusan yang
telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola sekiranya perlu.

You might also like