You are on page 1of 3

FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN SEJARAH MULAI SPM 2004

1.0 PENGENALAN
Penyemakan semula sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Sejarah Sekolah Menengah
telah dilakukan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum pada tahun 2000. Sukatan pelajaran
tersebut telah diluluskan oleh Jawatan Kuasa Kurikulum Pusat pada Jun 2001.
Mata pelajaran Sejarah ditawarkan sebagai mata pelajaran teras kepada calon peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia. (SPM).
Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk instrument pentaksiran adalah
berdasarkan jadual spesifikasi ujian yang piawai untuk menjamin mutu, kesetaraan dan
kebolehpercayaan skor ujian.
2.0 KELULUSAN
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan format
pentaksiran bagi Sejarah SPM mulai 2004. Format tersebut telah diluluskan oleh Mesyuarat
Kurikulum Pusat, Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.0 ARAS KESUKARAN ITEM
Item-item yang dikemukakan mempunyai tiga aras iaitu:
3.1 Aras R – Item yang mempunyai aras kesukaran rendah
3.2 Aras S – Item yang mempunyai aras kesukaran sederhana
3.3 Aras T – Item yang mempunyai aras kesukaran tinggi
4.0 FORMAT PENTAKSIRAN
Pentaksiran Sejarah SPM 2004 menggunakan dua instrument:
4.1 Kertas 1 (1249/1) – Kertas 1 berbentuk ujian objektif
4.2 Kertas 2 (1249/2) – Kertas 2 berbentuk ujian subjektif
4.3
FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN
SEJARAH PERINGKAT SPM (MULAI 2004)
Bil Perkara Kertas 1 (1249/1) Kertas 2 (1249/2)
1 Jenis Instrumen Ujian Objektif Ujian Subjektif
2 Jenis Item Objektif Bahagian A
Struktur
Bahagian B
Esei
3 Bilangan Soalan 40 soalan (Jawab semua) Bahagian A
4 soalan (Jawab Semua)
Bahagian B
5 Soalan (pilih 3)
4 Jumlah markah 40 100
5 Tempoh Ujian 1 jam 2 jam 30 minit
6 Wajaran 40% 100%
7 Cakupan Konteks Mencakupi semua bidang Mencakupi semua bidang
pembelajaran pembelajaran dari
dari Tingkatan 4 hingga Tingkartan 4 hingga
Tingkaran 5 Tingkatan 5
8 Aras kesukaran R:S:T=5:3:2 R : S : T = 5: 3 : 2
Rendah - R Keseluruhan
Sederhana - S R:S:T=5:3:2
Tingggi - T
1. Calon wajib menjawab i) Kertas 1 – Objektif
ii) Kertas 2 – Struktur / esei
2. Masa Kertas 1 – 1jam
Kertas 2 – 2 jam
3. Mulai SPM 2004 Kertas 1 mengandungi 40 soalan meliputi Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
(40 markah)
4. Kertas 2 mengandungi 4 soalan struktur ( 40 markah) dan 5 soalan esei pilih 3
(60 markah) meliputi sukatan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

5. Bab 1 dan Bab 2 Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 sangat penting untuk soalan objektif / struktur /
esei.
Kertas 2
1. Bahagian A (soalan struktur)
- 2 soalan daripada Tingkatan 4 dan 2 soalan daripada Tingkatan 5
- soalan pecahan a / b / c / d
- meliputi konsep, sebab
- memerlukan jawapan pendek
- markah satu soalan antara 1 / 2 / 3 / 4
- pelajar lemah menjawab soalan struktur
2. Bahagian B (soalan esei)
- soalan tahun 2005 dikeluarkan semula (6c)
- banyak soalan KBKK
- markah sedikit – 1 isi = 1 markah
- pemarkahan berubah – perlukan fakta / huraian / contoh
- fokus memahami kehendak / maksud soalan
- ada soalan mengelirukan (6a)
- skop soalan luas tetapi markah sedikit
- soalan banyak pecahan
- penting memahami kata kunci soalan – Apa / Terangkan / Bagaimana / Mengapa /
Huraikan / Jelaskan
- penting rujuk Tingkatan 4 / Tingkatan 5 dan bahasa
- Skema berubah iaitu 1 tema = 1 markah

CADANGAN KEPADA CALON / GURU


- Guna buku teks sebagai rujukan utama
- Kuasai sukatan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dengan baik
- Kuasai teknik / tajuk / sub tajuk untuk menjawab soalan
- Hadiri taklimat / ceramah peningkatan prestasi
- Perbanyak ulangkaji, latih tubi dan kumpulan perbincangan
- Rujuk soalan SPM lepas dan tahu analisis soalan
- Penerangan bentuk soalan dan pemahaman kata kunci soalan
- Buat persediaan awal
- Pendedahan soalan KBKK
- Mengadakan bank soalan
- Memahami kehendak soalan dan skema pemarkahan LPM
- Guna ayat yang betul dan tepat
- Jawapan mesti ada fakta, huraian dan contoh.
TOPIK PENTING SPM
1. Tingkatan 4 - Bab 1 / 2 – Tamadun awal
- Bab 4 / 5 / 6 / 7 / 8 - Semua Bab Islam
- Bab 9 – Perubahan di Eropah
2. Tingkatan 5 - Bab 1 / 2 - Nasionalisme
- Bab 3 / 6 / 7 – Konsep pembinaan bangsa dan negara
- Bab 9 – Malaysia dalam kerjasama antarabangsa

You might also like