You are on page 1of 5

NILAI-NILAI DARIPADA TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

YANG MENCORAKKAN KEHIDUPAN MASYARAKAT MAJMUK


DI MALAYSIA

Masyarakat majmuk di Malaysia adalah terdiri daripada gabungan


pelbagai kaum. Tiga kaum utama yang menjadi teras masyarakat Malaysia
ialah kaum Melayu, Cina , dan India. Ketiga-tiga kaum ini berkongsi identiti
dan kebudayaan yang sama. Pengaruh dari tamadun yang wujud beribu
tahun dahulu lah yang mencorakkan kehidupan masyarakat di Malaysia pada
masa kini. Banyak nilai yang dilihat dari segi positif telah diserap ke dalam
budaya Melayu. Sumber-sumber dari tamadun ini telah berjaya menyatukan
penduduk berbilang kaum di Malaysia.

Antara tamadun yang memberi banyak pengaruh dalam kehidupan


masyarakat Malaysia ialah tamadun Islam, tamadun India, tamadun China
dan tamadun Jepun. Tamadun-tamadun ini telah mengalami zaman
kegemilangannya dan merosot kerana kelalaian pemerintah kecuali tamadun
Islam kerana pengaruhnya masih jelas dirasai di seluruh dunia. Dalam
konteks masyarakat Malaysia, kami lebih berpegang kepada ajaran agama
Islam dan menerima budaya luar yang seiring dengan arus kehidupan Islam.
Oleh itu, walaupun penduduk di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang
mempunyai tamadun tersendiri, namun tamadun Islam adalah sumber
terpenting dalam pembentukan nilai hidup masyarakat Malaysia di samping
tamadun-tamadun lain.

Masyarakat Malaysia hidup dengan aman dan harmoni. Tidak seperti


di beberapa negara yang penduduknya hidup dalam ketakutan kerana
penindasan dan peperangan. Malah di Malaysia sumber untuk kehidupan
seperti makan minum, pakaian, tempat berteduh adalah mencukupi. Nasib
bagi mereka yang malang juga terbela dengan adanya kesedaran daripada
orang disekeliling. Inilah norma kehidupan yang dapat dilihat di Malaysia.
Nilai-nilai yang baik sentiasa diserap daripada tamadun dunia. Antara nilai
yang menjadi asas kepada masyakat Malaysia ialah:
1. Nilai kekeluargaan

Dalam tamadun Islam, institusi kekeluargaan amat penting dalam


sesebuah masyarakat. Ini kerana kelurga merupakan unit kecil yang menjadi
asas dalam pembentukan masyarakat. Keluaraga memainkan peranan
penting dalam membentuk peribadi individu yang baik. Dari peribadi yang
baik akan terbina keluarga yang baik dan lahirlah masyarakat yang berdisiplin
dan mantap. Maka akan tertegaklah negara yang cemerlang dan diredhai
Allah s.w.t.

Pembentukan keluarga juga penting untuk mengekalkan


kesinambungan generasi manusia kerana pengabaian pembentukan institusi
keluarga akan membawa kepada kehancuran sesebuah masyarakat. Ia juga
dapat memelihara akhlak, tatasusila dan kemuliaan manusia melalui ikatan
perkahwinan. Manusia dapat mencapai kebahagiaan, keharmonian, kebaikan,
kasih sayang sesama manusia, dan kepuasan rohani serta jasmani.kelurga
juga dapat membentuk umat yang kuat dan mantap kerana individu yang
kukuh dan kuat dibentuk oleh ibubapa.

Keluarga merupakan komponen penting dalam proses pembentukan


masyarakat dan seterusnya negara. Tanpa institusi keluarga, kewujudan
masyarakat dan negara tidak akan sempurna. Oleh itu, Islam memandang
keluarga sebagai institusi pencorak masyarakat yang bakal dibina. Ibubapa
dan anak-anak pula merupakan komponen keluarga yang bertanggungjawab
memastikan setiap anggota menjalankan hak dan tugas masing-masing.

2. Nilai kemasyarakatan

Masyarakat di Malaysia di dominasikan oleh orang Melayu/Islam yang


hidup bersama-sama golongan bukan Islam dalam satu kelompok
masyarakat. Masyarakat itu terlaksana melalui kehidupan yang berlandaskan
nilai-nilai Islam. Mendirikan sebuah masyarakat yang melaksanakan nilai-nilai
keislaman merupakan suatu kewajipan yang dibebankan keatas bahu semua
orang Islam.
Sesebuah masyarakat Islam yang beriman mampu menghadapi dan
bersama-sama masyarakat agama lain untuk membentuk sebuah negara
yang aman, makmur, maju dan berakhlak. Ini dapat dibuktikan oleh
Rasulullah s.a.w sewaktu Baginda membina masyarakat Islam pertama di
Madinah pada tahun 622 Masihi.

3. Nilai kepentingan ilmu pengetahuan

Sejak tamadun sebelum ini lagi manusia telah menggunakan akal


fikiran dalam menyelesaikan masalah untuk meneruskan dan memenuhi
tuntutan kehidupan. Semasa zaman Pemerintahan Bani Umaiyah lagi
masyarakat telah mempunyai sistem pendidikan yang sederhana. Mereka
menjalankan proses pembelajaran di masjid, madrasah, pondok, istana dan
rumah. Sudah terdapat proses pemindahan ilmu dari negara luar melalui
usaha penterjemahan. Kemudian pendidikan terus berkembang ssehingga
kurikulum bukan sekadar akidah dan syariah lagi. Ilmu matematik, fizik, kimia,
astronomi, mantiq, falsafah, kesusasteraan, sejarah, seni muzik dan seni
bina. Akhirnya wujudlah institusi pendidikan yang sempurna di merata dunia
seperti di Eropah (Barlmo, Itali dan Cordova).

Terdapat juga bukti yang menunjukkan masyarakat Tamil dalam


tamadun India mengutamakan pelajaran dalam kehidupan mereka. Puisi-puisi
Sangam menegaskan kepentingan dengan menyatakan bahawa kewajipan
sesorang bapa adalah menjadikan anaknya seorang yang terpelajar dan
berbudi. Kesusasteraan Sangam itu sendiri menjadi bukti bagi pencapaian
ilmu pengetahuan yang tinggi yang telah dicapai oleh masyarakat tamadun
India. Kaum wanita juga mendapat pendidikan dan ini terbukti daripada
rujukan kepada 36 penyair wanita yang dikaitkan dengan kesusasteraan
Sangam.

Jadi bagi masyarakat di Malaysia, kita telah banyak mengaplikasikan


ilmu pengetahuan yang telah diperolehi daripada tamadun sebelum ini.
Kemajuan yang dkecapi adalah hasil pemikiran cendekiawan terdahulu.
4. Nilai kebudayaan dan kesenian.

Kaum-kaum di Malaysia mempunyai ciri-ciri kebudayaan dan kesenian


yang unik. Namun mereka boleh mengamalkan ia secara bersama-sama.
Contohnya, perayaan bagi golongan Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri merupakan
hari kemenangan setelah menahan nafsu selama sebulan bukan sahaja
diraikan oleh orang Islam, malah kaum lain turut meraikan bersama walaupun
mereka tidak menjalankan ibadah puasa. Begitu juga apabila tiba perayaan
kaum lain, orang Islam akan mengunjungi rumah rakan mereka yang
meerayakan hari kebesaran sebagai tanda permuafakatan. Oleh itu,
kebudayaan dan kesenian ini melambangkan masyarakat Malaysia sebagai
satu golongan yang sama dan tanda perpaduan rakyat.

Banyak pengaruh kesenian yang diterima daripada tamadun lain


seperti seni bina yang berunsurkan Islam. Misalnya, ciri-ciri penting dalam
seni bina masjid iaitu bentuk bulan, kubah, mimbar, mihrab, menara azan,
tiang dan relung adalah menyerupai seni bina masjid bagi tamadun terdahulu.
Ini untuk melahirkan keserasian agama Islam dahulu dan sekarang. Seni
tulisan juga banyak mempengaruhi kesenian dan kebudayaan di Malaysia.
Bentuk tulisan bagi tamadun India dan China adalah sangat unik. Ia
berbentuk simbol dan sukar untuk diterjemahkan.

5. Nilai nasionalisme

Semangat nasionalisme ialah sikap cintakan negara yang tinggi. Setiap


masyarakat di Malaysia telah dididik supaya taat dan setia kepada negara
sejak kecil lagi oleh ibubapa atau semasa alam persekolahan. Dalam
tamadun-tamadun terdahulu juga nilai nasionalisme telah banyak
diperlihatkan. Antaranya ialah tokoh daripada tamadun India, Mahatma
Gandhi. Beliau berkeras menuntut hak orang India dan melancarkan
pergerakan kemerdekaan menentang penjajahan British.
Sistem pemerintahan semasa tamadun China yang kukuh telah
melahirkan masyarakat yang setia kepada pucuk pimpinannya. Rakyat amat
patuh kepada kehendak dan perintah Maharaja. Sebagai buktinya, hasil yang
kita dapat lihat sehingga kini iaitu Tembok Besar China. Pembinaan tembok
ini adalah untuk menghalang serangan Monggol di sempadan negara China.
Ia merupakan lambang kecemerlangan dan kecanggihan sains serta
teknologi malah kesetiaan dan kepatuhan rakyat yang tinggi.

You might also like