Professional Documents
Culture Documents
2
Proses pengacuan suntikan
Bahan plastik (resin) dimasukkan melalui hopper (alat suapan) ke dalam satu hujung
silinder (alat pemanasan).
Kemudian, dipanaskan sehingga lebur dan akan ditolak oleh silinder melalui muncung
(suntikan) ke dalam acuan sejuk dan ditutup dengan mekanisma pengapit.
Plastik lebur akan dibiar sejuk dan keras sepenuhnya.
Selepas itu acuan akan dibuka dan ditolak keluar dari bahagian acuan.
3
Extrusion molding
Pengacuan Penyemperitan (extrusion) ialah proses yang membentuk plastik secara terus
dengan mengenakan daya untuk membentuk plastik berongga tanpa mengenakan suhu.
Resin yang dikenakan daya akan membentuk produk yang mempunyai ketebalan
(thickness) yang konsisten.
Proses ekstrusi boleh digunakan untuk kebanyakkan jenis plastik thermo dan sesetengah
plastik thermoset.
Bahan yang biasanya digunakan untuk membuat peralatan perubatan termasuk
‘polyethylene’, ‘polypropylene’, ‘polyurethane’, ‘polystyrene’, ‘fluoropolymers’,
‘polyamide’, ‘polyester’ dan ‘flexible polyvinyl chloride’.
Ciri – ciri yang membezakan antara proses ektrusi dari proses pengacuan suntikan adalah
kelikatan plastik semasa diproses pada suhu biasa.
Proses ektrusi menggunakan plastik yang mempunyai kelikatan yang tinggi dimana
semasa proses ektrusi dijalankan, plastik tersebut tidak akan berubah bentuk walaupun
semasa perubahan daya dikenakan.
Hasil kombinasi daripada pelbagai jenis bahan (resin) membentuk satu campuran yang
istimewa dari segi fizikal, biological dan sifat kimianya.
Banyak bahan yang boleh dicampurkan semasa proses ektrusi termasuk bahan pelincir,
antioksida, agen radioaktif, warna dan ‘thermal stabilizers’.
4
Jenis – jenis proses penyemperitan
Sheet extrusion
Profile extrusion
Pipe extrusion
Co – extrusion
Blown film extrusion
Pultrusion
Calendering
Sheet extrusion
‘Sheet extrusion’ adalah salah satu teknik membuat satu kepingan plastik dalam pelbagai bentuk
resin. Bagi resin ketebalan yang nipis akan ditukar kepada bentuk seperti cawan, dulang plastic
dan tiub marjerin. Selain itu, penggunaan bagi sektor perkilangan pula seperti ‘truck bed liner’,
‘pallets’, peralatan taman permainan dan bot. Penggunaan yang ketiga ialah ia digunakan untuk
membuat ‘geomembranes’ dimana plastik rata dikimpal keatas satu sistem pengasingan yang
besar (containment system) untuk kegunaaan bahan terbuang.
5
Profile extrusion
‘Rubber profile extrusion’ diproses dengan menggunakan getah asli ‘uncured rubber’ terus
kepada acuan dibawah tekanan dan haba. Getah asli ini akan digerakkan melalui haba untuk
membuat proses rawatan kimia bagi merawat getah tersebut.
Pipe extrusion
‘Pipe extrusion’ adalah proses yang mengenakan daya terhadap polimer cair terus kepada acuan
biasanya berbentuk bulat. Proses ini bergantung pada saiz acuan, bahan penyejuk (cooled) dan
paip yang digunakan untuk menyalurkan plastik cair.
Co – extrusion
Proses yang dijalankan dengan memasukkan dua atau lebih bahan dalam satu acuan dengan
menggunakan dua atau lebih rongga (orifice) untuk proses penyemperitan bagi mencantum dan
dikimpal bersama keatas bahan yang struktur berlamina (lamina structure) sebelum disejukkan.
Dalam proses pengacuan jenis ini biasanya bahan akan menjalani proses penyemperitan
menggunakan acuan berbentuk cincin (annular die) biasanya ‘spiral die’. Bahan akan direndam
dan dikembangkan sehingga takat beku bahan tersebut. Proses ini akan siap apabila ia melepasi
proses penyejukkan menggunakan ‘air rings’.
Pultrusion
Sama seperti proses ekstrusi tetapi lebih tinggi kekuatannya sehingga boleh digunakan untuk
membuat jambatan. Kaca atau jenis fibre yang lain dicampurkan dalam proses ini dan boleh
6
mencapai 60% kaca yang mempunyai komposisi fibre yang baik. Bahan yang biasanya
digunakan adalah dari jenis plastik thermosetting seperti epoxy.
Calendering
Ia merupakan proses yang biasanya menggunakan empat jenis pemanasan haba yang berputar
pada kelajuan yang berlainan. Bahan tersebut disalurkan pada acuan akan diputar, dikenakan
haba sehingga cair dan dibentuk kepada kepingan – kepingan plastik. PVC merupakan bahan
yang biasanya digunakan dalam proses ini.
Disebabkan kandungan bahan bagi proses ini tidak mengandungi 100% besi (metal tooling), had
terima bagi proses ini pada amnya lebih terbuka berbanding proses pengacuan lain. Pada amnya
had terima yang berada dibawah ini diguna dalam proses pembuatan jenis ektrusi:
Contoh mesin
7
Pengacuan ekstrusi merupakan proses pembuatan yang digunakan untuk membuat
paip, tiub, dawai, kabel, kepingan, rod, kerangka timgkap dan lain-lain.
Produk
8
Proses pengacuan pindahan (transfer molding) adalah lebih kurang sama dengan proses
pengacuan tekanan (compression molding) kerana ia menggunakan jenis polimer yang
sama iaitu termoset dan elastomer.
Selain daripada itu,proses ini juga boleh dikaitkan dengan proses pengacuan suntikan
(injection molding) kerana cara plastik cair tersebut dipanaskan didalam ruang (chamber)
yang berasingan sebelum disuntik ke dalam acuan.
Proses ini mampu membuat produk yang lebih rumit berbanding proses pengacuan
tekanan (pressure molding).
Proses pengacuan pindahan juga boleh dijalankan dengan memasukkan bahan lain
kedalamnya seperti besi dan seramik untuk tujuan penyuntikan semasa plastik dipanaskan
dalam acuan.
Ia merupakan salah satu cara untuk menukar bahan plastik dengan meleburkan bahan
tersebut yang dimasukkan melalui satu ruang (chamber) dan diberikan tekanan keseluruh
permukaan (mass) ke dalam acuan (mold) yang panas sehingga ia mengeras.
Pengacuan pindahan resin (RTM) menggunakan resin sebagai pemangkin yang di pam kedalam
dua bahagian kebuk yang berasingan dan kemudian dipindahkan dibawah tekanan melalui pelari
ke acuan sepadan (match mold) untuk dibentuk. Acuan atau resin tersebut berkemungkinan tidak
dipanaskan. Proses ini menjadikan keupayaan struktur sesuatu bahan menjadi lebih kukuh.
Proses ini memerlukan kos yang tinggi kerana ia menggunakan dua acuan.
9
Vakum- pengacuan pindahan resin terbantu (vacuum-assisted resin transfer
molding)
Ia merupakan satu alternatif bagi (RTM) yang memerlukan kos yang lebih rendah. Peralatan
yang digunakan lebih rendah kosnya, menggunakan bilik pemanas dan kelegaan produk dapat
diukur.
Produk
10
Pengacuan tiupan untuk plastik menggunakan pembangunan sistem logik yang sebelum
ini menggunakan cara tradisi membuat botol kaca dengan meniupkan udara ke dalam
kaca yang cair ke dalam acuan.
Pengacuan tiupan atau pembentuk tiupan (blow forming) adalah salah satu proses
pembuatan yang menggunakan plastik berongga dalam proses pembuatannya.
Proses pengacuan tiupan suntikan digunakan oleh bahagian produksi untuk membuat botol kaca
dan plastik dalam kuantiti yang banyak. Dalam proses ini polimer disuntik kedalam acuan
menggunakan pin teras (core pin), selepas itu pin teras tersebut berputar ke bahagian acuan
suntikan untuk proses pembentukan dan penyejukan. Proses ini dibahagikan kepada tiga langkah
iaitu penyuntikan, tiupan dan penyutikan.
Dalam proses ini, plastik dimasukkan kedalam acuan dahulu dan dibentuk menjadi “preform”
menggunakan proses pengacuan suntikan. “Preform” digunakan untuk membuat bahagian leleher
botol. “Preform” ini dibungkus,disejukkan dan dimasukkan kedalam mesin pengacuan tiupan
penyemperitan. Bagi proses pengacuan tiupan penyemperitan, “perform” ini dipanaskan
menggunakan pemanas infrared diatas takat cair kaca, kemudian kaca tersebut ditiup
11
menggunakan angin bertekanan tinggi menjadi botol menggunakan acuan. Biasanya
penyemperitan dibuat menggunakan pin teras sebagai salah satu prosesnya.
Dalam proses pengacuan ini, plastik dicairkan dan diekstrusikan menjadi tiub berongga (a
parison). “Parison” ini diambil dan diletakkan didalam acuan besi untuk disejukkan. Kemudian
udara dialirkan untuk membentuk “parison” menjadi botol kosong, penyimpan barang dan
sebagainya. Selepas plastik tersebut sejuk, acuan dibuka dan produk dikeluarkan daripada acuan.
Contoh mesin
12
Produk
Pengacuan Thermoforming
13
Kemudian ditolak ke bentuk acuan samada menggunakan kaedah perbezaan tekanan atau
kaedah mekanikal.
Pembentukan vacuum
Vakum adalah terdiri daripada rongga cetakan dan lembaran termoplastik.
Tekanan vakum (biasanya 14 psi) untuk disesuaikan dengan bentuk
cetakan dan bentuk bahagian.
Penarikan Vacuum
Tekanan udara (biasanya 50 psi sehingga 100 psi)
14
Menghasilkan butiran yang lebih bagus, memotong dan menghasilkan sudut tajam.
Pembentukan Acuan
15
Mekanikal membentuk - Lembar termoplastik secara mekanik dipaksa atau
disekitar cetakan melalui kenalan langsung.
Biasanya, sebuah plug teras akan menolak lembaran ke
dalam rongga cetakan dan memaksa ke dalam bentuk yangdikehendaki.
Pengacuan Mampatan
Proses acuan mampatan adalah satu proses dimana dua acuan dicantumkan dibawah satu
tekanan mampatan.
16
Percantuman ini akan memberikan bentuk ronggan (cavity) berdasarkan bentuk
komponen.
Sebelum dicantumkan, bahan plastic diletakkan pada bahagian bawah acuan, selepas itu
acuan bahagian atas akan ditolak / dimampat dan pada masa yang sama acuan akan
dipanaskan.
Bahan plastic akan melembut dan membentuk kepada komponen yang dikehendaki
dalam acuan rongga.
Cetakan juga boleh dipanaskan untuk menjaga material dari pemanasan
yang terlalu cepat.
17