You are on page 1of 32

PROSES REKABENTUK

Lukisan projek

Pembinaan projek
- Mengukur dan
menanda bahan
- Memotong bahan
- Membentuk dan
mencantum

Kemasan
Lukisan projek
• Tujuan:
▫ memberi gambaran dari segi saiz dan rupa bentuk produk
yang hendak dihasilkan
▫ Membantu guru dan pelajar menyediakan bahan yang
akan digunakan
▫ Membuat beberapa lakaran awalmemilih lakaran
terbaikmelukis dimensi lakaran
• Lakaran yang berdimensi adalah lakaran yang
menunjukkan ukuran sebenar produk yang dibina.
• Lakaran dimensi;
▫ 2D: dua atau tiga pandangan (contoh; lukisan ortografik)
▫ 3D: memberi gambaran sebenar tentang projek yang
dibina
• Lukisan ortografik
Pembinaan projek

1. Proses mengukur dan menanda permukaan


rata bahan
▫ Mesti dibuat dengan tepat dan betul
▫ Perlu melakukan proses ini berdasarkan
lukisan/ lakaran projek
▫ Alatan yang digunakan untuk mengukur ialah
sesiku L, pembaris keluli dan pengukur keluli
▫ Alatan yang digunakan untuk menanda ialah
pensel, penggarit, jangka lukis (garisan
lengkung), pen water-soluble, pisau penanda
2. Proses memotong bahan
▫ Proses ini dilakukan selepas proses menanda
▫ Alatan yang digunakan untuk memotong ialah
gergaji puting, gergaji logam, gergaji besi,
gergaji lengkung halus (memotong bahagian
yang berbentuk, pisau pemotong perspek,
gunting besi
3. Proses membentuk dan mencantum
▫ Proses ini dilakukan sebelum memasang
bahagian projek
▫ Selepas bahan kayu papan lapis dibentuk,
digerudi, bahan perlu dicantum (suatu proses
pemasangan projek)
▫ Antara aktiviti yang dilakukan ialah meribet,
merekat, menskru dan memaku
▫ Alatan yang diperlukan ialah gandin kayu/ getah,
stapler gun, mesin pemutar skru dan hot glu gun
Jenis-jenis cantuman kayu (tanggam kayu)

• Tanggam ialah titik pertemuan antara dua kayu.


• Terdapat beberapa jenis tanggam, iaitu;
▫ Tanggam temu (menggunakan dawai kokot)
▫ Tanggam rencong (menggunakan dawai kokot)
▫ Tanggam berpenetap (menggunakan penetap)
Kaedah membina dan mencantum
• Engsel
▫ Digunakan untuk memasang pintu, tingkap dan
almari
▫ Diperbuat dari keluli lembut, aluminium atau
loyang
• Breket
▫ Digunakan untuk memasang tetingkat di dalam
almari atau dinding
▫ Diperbuat dari keluli lembut yang dicat
• Penyangkut
▫ Dipasang pada belakang bingkai gambar atau
kotak kecil
▫ Digunakan untuk digantungkan pada dinding
Kemasan

• Kemasan bertujuan untuk;


▫ Mencantikkan permukaan bahan
▫ Melindungi permukaan bahan
▫ Menambah mutu dan kualiti penggunaan bahan
▫ Projek tahan lebih lama
▫ Projek akan lebih mudah dibersihkan
Bahan kemasan
Jenis kemasan Bahan pelarut Bahan yang
sesuai
digunakan
Cat licau, cat Turpetin •Kayu
sembur •Logam
•Memberikan •Plastik
warna
•Mencegah
lembapan
•Digunakan
sebagai kemasan
dalaman dan luar
kediaman
Jenis kemasan Bahan pelarut Bahan yang
sesuai
digunakan
Syelek Spirit metil •Kayu
•Digunakan pada
perabot kayu
(hiasan dalaman)
Varnis Thinner •kayu
•Sesuai
digunakan untuk
kemasan dalaman
dan luaran
kediaman
Jenis kemasan Bahan pelarut Bahan yang
sesuai
digunakan
Tona kayu Turpentin •Kayu
(timber tone)
•Memberikan
warna asli kayu
yang dipilih
Semburan Thinner •Kayu
lekar jernih •Logam
(clear lacquer
spray)
•Digunakan untuk
melindungi
permukaan bahan
daripada
lembapan
Jenis kemasan Bahan pelarut Bahan yang
sesuai
digunakan
Pelekat Tiada bahan •Kayu
(sticker) pelarut •Logam
•Digunakan pada •Plastik
hiasan dalaman
Alat kemasan
• Pengikis
▫ Digunakan untuk mengikir permukaan
▫ Dibuat dari logam
▫ Saiz ditentukan oleh lebar matanya
• Berus cat
▫ Digunakan untuk menyapu cat
▫ Saiz ditentukan oleh lebar berusnya
• Berus syelek
▫ Digunakan untuk menyapu syelek, lekar, varnis
dan tona kayu
▫ Saiz ditentukan oleh lebar berus
• Kertas las
▫ Digunakan untuk melicinkan permukaan bahan
▫ Mempunyai gred tertentu. Gred yang paling halus
ialah gred 00, manakala gred yang paling kasar
ialah gred 3
• Tepung penyumbat
▫ Digunakan untuk menutup liang-liang atau
lubang serta celahan pada kayu supaya projek
kelihatan kemas
1. Penyataan
masalah atau
keperluan

2. Mengumpul
maklumat dan data

Reka bentuk projek


3. Perancangan,
pembinaan dan
pengubahsuaian
projek

4.
Pendokumentasian
1) Penyataan masalah atau keperluan

• Produk yang dihasilkan dapat menyelesaikan


masalah
• Contoh;
▫ Pelajar menghadapi masalah untuk menyimpan
buku  keperluan dan cadangan rekabentuk ialah
sebuah rak buku  pelajar mengumpul maklumat
dan data
2) Mengumpul maklumat dan data

• Cara mengumpul maklumat/ data


▫ Melayari internet
▫ Merujuk katalog perabot
▫ Bimbingan guru
• Maklumat dan data projek direkod untuk tujuan
pendokumentasian
• Kriteria rekabentuk
▫ Saiz? berapa jumlah? bahan apa yang sesuai?
• Menyenaraikan pelbagai alternatif penyelesaian
masalah dalam bentuk lakaran bebas
▫ Lukisan oblik, lukisan isometrik, lukisan perspektif
• Menilai dan memilih lakaran yang paling sesuai
▫ Lukisan kerja yang lengkap mempunyai;
 Dimensi
 Jenis bahan
 Proses pembinaan
 Lengkapan
 Jenis kemasan
3. Perancangan, pembinaan dan pengubahsuaian projek

• Tujuan perancangan;
▫ Menyediakan jadual kerja
▫ Menyenaraikan bahan dan alatan tangan yang diperlukan
• Menentukan jenis dan kualiti bahan yang akan digunakan
▫ Mengumpul, menyemak dan menyediakan bahan sebelum
memulakan kerja
▫ Mengelakkan pembaziran kos/ bahan
• Mengenalpasti dan menyenaraikan alatan tangan dan
mesin yang hendak digunakan
▫ Menjimatkan masa
• Menyediakan jadual kerja
▫ Bekerja secara terancang
▫ Kerja dapat diselesaikan mengikut waktu yang
diperuntukan
• Membina projek berdasarkan lukisan kerja yang
dipilih
▫ Selepas semua aktiviti perancangan selesai, aktiviti
pembinaan projek dimulakan
▫ Semasa aktiviti pembinaan projek, pelajar rujuk
kepada lukisan kerja
• Menguji dan menilai projek
▫ Memastikan produk yang dihasilkan berkualiti
dan menepati kehendak pengguna
• Mengubah suai projek
▫ Membaiki kualiti produk
4. Pendokumentasian

• Mengumpul dan merekod maklumat projek


▫ Isi kandungan folio;
 Tema
 Masalah
 Lakaran bebas
 Lakaran yang terbaik
 Senarai bahan dan alatan tangan
 Kemasan
 Jadual kerja
 Menguji dan menilai
 Mengubah suai projek
 Pengiraan kos
• Mengira kos pengeluaran

Kos pengeluaran = kos bahan + kos upah + kos overhed

▫ Kos bahan - perbelanjaan membeli bahan mentah


seperti kayu, besi dan perspek
▫ Kos upah - kos membayar upah pekerja
▫ Kos overhed - perbelanjaan membayar bil elektrik,
bil air, sewa kedai dan pengangkutan
• Membuat persembahan projek
▫ Penerangan mengenai hasil projek, fungsi, jenis
bahan, kos dan keistimewaan projek
▫ Semasa persembahan, pelajar perlu membawa
folio dokumentasi sebagai sokongan

Kerja: ms …… (buku teks)

You might also like