You are on page 1of 24

SET INDUKSI

1.Apa Khabar Murid-murid?

Khabar baik cikgu.

2.Bolehkah kamu memberitahu cikgu makanan kegemaran kamu?

Pelajar memberitahu makanan kegemaran mereka…..

Contoh:-
Coklat,Nasi lemak,Nasi ayam,Aiskrim,Gula-gula,KFC,Pizza,Nasi
goreng,Ketam
Burger dan lain-lain.

3.Kenapa kamu suka makan makanan tersebut?

Respon Pelajar :-
Sedap, manis, ranggup, enak, seronok, ibu masak, ayah selalu belikan

Baik. Marilah kita sama-sama meneliti paparan ini….


Piramid Makanan
Apakah yang anda lihat dalam paparan ini?

Piramid makanan cikgu….

Pandai anak murid cikgu. Hari ini kita akan


mengenali makanan-makanan yang baik
untuk kesihatan kita……

Mari kita sama-sama meneliti secara lebih


mendalam tentang piramid di langkah
seterusnya……
LANGKAH SATU
Murid-murid pernahkah anda melihat piramid makanan sebelum ini? Kalau ya.
Dimana anda telah melihatnya?

Respon pelajar :-
Di klinik, hospital, buku, televisyen, kempen, pusat sumber

Apakah anda faham tentang piramid makanan?

Respon pelajar :-
Mengambil makanan mengikut kuantiti yang betul, makanan seimbang

Bagus. Sebenarnya, piramid makanan membantu kita menguruskan makanan


harian dengan seimbang bagi menjamin kesihatan tubuh badan. Segala
makanan yang ditunjukkan dalam piramid itu perlulah diambil oleh kita semua
tetapi ia haruslah berdasarkan kepada kuantiti yang seimbang.

Baiklah. Apakah yang akan terjadi sekiranya kita tidak mengamalkan amalan
pemakanan seimbang?

Respon pelajar:-
Mengalami kekurangan zat, obesiti, darah tinggi, kencing manis dan pelbagai
penyakit lagi.
Murid-murid sila teliti
setiap aras dalam
piramid makanan dan
senaraikan nama
makanan yang terdapat
dalamnya di papan
hitam…
Contoh respon pelajar
Aras 1
Roti, ubi, mi, nasi, bijirin, jagung, biskut.

Aras 2
Terung, sawi, kubis, lobak merah, tomato, betik, belimbing, pisang,
oren.

Aras 3
Yogurt, susu, keju, ayam, ikan, daging, kekacang

Aras 4
Planta, kek, kentang goreng, gula-gula.
Pelajar-pelajar cuba nyatakan makanan lain yang sama zatnya mengikut
aras.....
Aras 1
Ban, bihun, kueh tiaw, paw

Aras 2
Kacang bendi, kacang panjang, epal, tembikai, jambu

Aras 3
Susu masin, vitagen, ketam, sotong, dhall, kacang kuda

Aras 4
Minyak masak, kuih-muih, coklat, pisang goreng

Bagus. Murid-murid tahukah anda apakah kepentingan mengambil


makanan seimbang mengikut piramid makanan?

-tak sakit, tak gemuk, sihat, bertenaga, aktif dalam sukan

Ya! Betul kata kamu semua. Piramid makanan membantu kita


mengamalkan tabiat makanan yang sihat. ( penekanan )
LANGKAH 2
Jenis-jenis makanan
Murid-murid dibahagikan kepada enam kumpulan dan diedarkan
jadual pengkelasa seperti berikut:-

Makanan Berzat Makanan Tidak Berzat

Contoh:- Contoh:-

Roti Kek
Ikan Kentang goreng
Nasi Sate

Murid membincang dan mengkelaskan makanan dalam kumpulan.

Wakil kumpulan membentangkan hasil kumpulan mereka di


hadapan kelas.

Guru bersama murid membincangkan hasil pembentangan.


LANGKAH 3
Klik di sini
Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan kecil

Guru menyediakan empat sampul surat yang mengandungi kad tajuk.

-Sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.

Ketua kumpulan sila tampil ke hadapan dan mengambil sekeping sampul surat

Sila sediakan satu menu makanan bagi waktu sajian yang kumpulan anda dapat.

Murid menyediakan menu makanan dalam kumpulan dan menulisnya di kertas


mahjung dengan pen marker.

Wakil kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan di hadapan kelas dengan


melekatkan kertas mahjung itu di papan hitam menggunakan pita selefon.

Bagus persembahan anda semua. Dengan ini cikgu berharap kamu semua telah
faham akan kepentingan mengambil makanan seimbang demi menjamin
kesihatan yubuh badan. Cikgu harap kamu akan mengamalkan pengambilan
makanan seimbang selepas ini.
LANGKAH 4
Lembaran kerja
Nama : _____________________
Kelas : _____________________
Subjek : Pendidikan Moral
A) Padankan gambar dengan teka-teki yang betul dan
tuliskan namanya.
Saya adalah sejenis hasil
pokok dan bertempat di
aras 2 dalam piramid
makanan. Siapakah saya?
………………………………….

Saya adalah hasil daripada


lembu. Saya berada di aras
ketiga dalam piramid makanan.
Siapakah saya?
……………………………………..

Saya sejenis hidupan air.


Saya bersisik dan bertempat
di aras tiga pada piramid
makanan. Siapakah saya?
……………………………………..
B) Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.

1.Kita perlu makan makanan __________________ setiap hari.

2.Makanan seimbang menjamin ________________ tubuh badan.

3._________, ___________ dan ___________ adalah makanan yang


terkandung dalam aras tiga piramid makanan.

4.Sayur-sayuran merupakan makanan yang ___________ dan bertempat


di aras _____________ pada piramid makanan.

5.Pengambilan makanan yang banyak di ____________ boleh


menyebabkan penyakit diabetis.

Jawapan:-
1. seimbang 2. kesihatan 3. jawapan yang sesuai 4. berzat, dua
5. aras 4

Guru mengedarkan lembaran kerja ini kepada murid dan


menerangkan cara menjawab soalan.
PENUTUP
Makanan Berzat
Dan Seimbang
Menjamin
Kesihatan
TERIMA KASIH !!!

JUMPA LAGI !!!

You might also like