You are on page 1of 8

The Four Weeks To Freedom Page |1

The Four Weeks To Freedom Page |2

Pendahuluan
Pada masa dokumen ini dihasilkan, buku The Four Weeks To Freedom masih belum
diterjemahkan 100% ke dalam Bahasa Malaysia lagi. Jadi, cuma versi bahasa Inggeris sahaja
yang anda boleh beli dari kedai-kedai buku tempatan.

Anda boleh mendapatkan buku The Four Weeks To Freedom ini di kedai-kedai buku
utama seperti Popular, MPH, Kinokuniya, Borders dan sebagainya.

Terima kasih juga diucapkan kepada anda yang telah memberikan sokongan dengan
memiliki buku ini. Jika anda belum memilikinya, anda boleh pergi ke kedai-kedai buku yang
saya maksudkan atau lawati www.TheFourWeeksToFreedomBook.com untuk arahan pesanan
secara online.

Dan untuk kali ini, anda bertuah kerana saya sempat mengambil satu bahagian
terjemahan buku ini dan sediakan kepada anda dalam bentuk PDF. Walaupun terjemahan belum
siap 100% lagi, diharapkan apa yang saya kongsikan di sini akan menaikkan lagi semangat anda
untuk memiliki buku The Four Weeks To Freedom versi bahasa Malaysia apabila ianya
diterbitkan nanti. 

Semoga bermanfaat!

ikhlas,

www.ZamriNanyan.com
The Four Weeks To Freedom Page |3

Anda Dibenarkan Untuk Menyebarkan


Dokumen Ini Kepada Sesiapa Sahaja!
(Malah, Anda Disyorkan Menyebarkannya
Sebaik Sahaja Anda Habis Membacanya!)

Berikan dokumen ini melalui “mailing list” anda, di blog, di forum,


melalui email dan sebagainya. Anda juga boleh jadikannya sebagai
hadiah bonus pembelian produk anda, produk affiliate yang anda
promosikan dan sebagainya. Ianya mempunyai kandungan yang berguna
dan merupakan sedutan daripada buku yang berbayar. Jadi, adalah
sangat berguna kepada anda, rakan anda dan sesiapa sahaja.
Sebarkannya selepas anda membacanya!

Bersedia untuk melihat ke dalam buku The Four Weeks To Freedom


berbahasa Malaysia? Sila ikuti sebahagian daripada buku ini bermula
daripada mukasurat seterusnya.
The Four Weeks To Freedom Page |4

Di Mana Anda Boleh Belajar Bisnes Internet?

Di Mana Anda Boleh Belajar Bisnes Internet?

"Baiklah, Zamri. Saya faham yang saya mesti mempunyai ilmu sebelum melakukan
bisnes internet ini. Di mana saya boleh belajar?"

Saya pasti ini merupakan soalan anda seterusnya.

Naluri saya mengatakan yang manusia tertarik untuk memperolehi kejayaan. Jika
mempunyai wang yang banyak adalah salah satu cara mengukur kejayaan, maka ramai yang
akan tertarik untuk memperolehi banyak wang.

Saya pun tidak terkecuali.

Jika boleh, saya ingin menjana wang yang banyak di internet pada hari ini tanpa perlu
belajar apa-apa pun tentang bisnes internet. Biar wang mengalir masuk ke dalam akaun bank
saya dahulu. Kemudian, barulah saya belajar bagaimana ianya berlaku.

Malangnya, hukum alam tidak seperti itu.

Walaupun anda boleh menjana wang yang banyak di internet dalam masa yang singkat,
ianya juga perlukan pengalaman dan pengetahuan anda untuk melakukannya terlebih dahulu.

Sebagai contoh, untuk seseorang seperti saya menghasilkan jualan di internet dengan
menghantar email sahaja adalah tidak mustahil.

Saya boleh menjana ratusan ataupun ribuan ringgit dalam masa sehari dengan
menghantar email sahaja, dan saya boleh melakukannya sekarang kerana saya telahpun
mempunyai pengetahuan dan juga pengalaman di dalam bisnes ini.

Tetapi, anda tidak boleh melakukannya lagi sekiranya anda tidak pernah menjana satu
sen pun di internet sebelum ini atau anda tidak tahu langsung tentang perisian yang anda boleh
gunakan untuk menghantar email ke ribuan prospek pembeli produk anda (dan saya tidak
merujuk kepada cara menghantar email yang tidak beretika di sini).

Apabila anda mempunyai pengalaman dan pengetahuan untuk melakukannya, saya pasti
yang suatu hari nanti anda akan setuju bahawa menjana pendapatan di internet dengan
menghantar email sahaja (atau dengan cara lain juga) adalah tidak mustahil.

Sekarang, mari kita lihat beberapa cara untuk belajar memulakan bisnes internet.
The Four Weeks To Freedom Page |5

1. Baca blog, website dan email berkaitan bisnes internet

Anda sebenarnya boleh belajar tentang bisnes internet secara percuma dengan melawati
laman web orang lain yang membincangkan tentang bisnes internet. Laman web atau blog
sebegini tidaklah sukar untuk dicari. Cuma gunakan fungsi carian di Google.com dan anda akan
temui banyak laman web yang membincangkan tentang bisnes internet. Kadang-kadang, blog
atau laman web ini juga menyediakan kursus email percuma di mana anda boleh belajar dengan
lebih mendalam lagi tentang sesuatu topik yang anda ingin pelajari.

Untuk pengetahuan anda, saya sendiri pun mempunyai blog yang membincangkan
perniagaan internet secara khusus dan anda boleh melawatinya di http://rahsia.bisnesdigital.com

Walaubagaimanapun, masalah utama dengan cara pembelajaran sebegini ialah maklumat


yang diberikan mungkin tidak lengkap untuk anda terus membina bisnes internet anda. Kadang-
kadang, informasi yang diberikan adalah sangat umum dan tidak disusun dengan baik.

2. Beli e-Book, kursus audio video dan sertai laman web keahlian

Mempelajari bisnes internet melalui e-book, kursus audio video atau laman web keahlian
boleh dijadikan jalan alternatif, dan anda bakal mendapat informasi yang lebih mendalam
tentang sesuatu topik. Sebagai contoh, jika anda ingin mempelajari bagaimana untuk menjual
produk orang lain dan menjana komisyen jualan daripadanya, anda boleh dapatkan e-book
mengenai "pemasaran affiliate" (affiliate marketing) dan dalam beberapa jam sahaja, anda boleh
terus aplikasikan apa yang diajar di dalam e-book tersebut.

Bercakap tentang pemasaran affiliate, anda juga boleh lawati www.PakarAffiliate.com di


mana saya juga ada menawarkan kursus mengenai topik pemasaran affiliate.

E-book dan kursus audio video sepatutnya memberikan informasi yang lebih mendalam
daripada pembacaan di laman web dan blog. Dan disebabkan informasi disusun dengan teratur,
seperti pecahan modul dan susunan bab mengikut topik kecil, proses pembelajaran menjadi lebih
mudah.

Laman web keahlian juga adalah satu cara yang boleh anda gunakan untuk belajar bisnes
internet dan bergantung kepada laman web keahlian yang anda langgan, anda mungkin akan
mendapat informasi terkini daripada pemilik laman web keahlian tersebut. Ini akan membantu
anda mengikuti perkembangan terbaru di dalam industri yang anda sertai ini.

3. Sertai perbincangan di dalam forum online

Forum online adalah juga cara yang mudah untuk anda belajar bisnes internet. Perkara
yang menarik tentang forum ialah anda boleh berinteraksi dengan ahli forum yang lain secara
langsung dan ini menjadikan pembelajaran anda interaktif. Anda boleh ajukan soalan anda
The Four Weeks To Freedom Page |6

tentang bisnes internet dan akan ada sahaja ahli forum yang akan cuba membantu menjawab
soalan anda tersebut. Dan jika forum yang anda sertai tersebut sangat aktif, anda akan mendapat
jawapan kepada soalan anda dalam masa yang singkat sahaja.

Walaubagaimanapun, kelemahan pembelajaran melalui forum online ini ialah anda


mungkin akan mendapat jawapan atau nasihat daripada orang yang cuma berlagak pakar tetapi
mereka sebaliknya bukannya mahir di dalam menjawab masalah yang anda hadapi. Jadi, anda
mungkin akan mendapat jawapan daripada orang yang tak sepatutnya memberikan jawapan
kepada soalan anda.

4. Sertai seminar dan bengkel

Jika anda perasan, ramai yang sanggup menghabiskan ratusan dan ribuan ringgit untuk
menghadiri seminar dan bengkel. Pasti ada sebab di sebalik fenomena ini.

Cuma dengan menghadiri seminar dan bengkel/workshop, anda juga akan berjumpa
dengan mereka yang sama pemikiran dengan anda dan mempunyai matlamat yang sama untuk
dicapai. Kadang-kadang, anda juga akan berjumpa dengan pakar-pakar bisnes internet yang lain
yang turut serta menghadiri seminar atau bengkel tersebut.

Jadi, inilah masanya untuk anda membina "network" dengan mereka, yang mungkin anda
boleh sama-sama mempelajari di antara satu sama lain. Siapa tahu? Anda mungkin temui rakan
niaga anda daripada seminar atau bengkel sebegini.

Tetapi yang lebih penting lagi ialah anda boleh belajar terus daripada pakar yang
memberikan seminar atau bengkel tersebut. Secara tidak langsung, ianya meningkatkan lagi
kepercayaan anda bahawa bisnes internet adalah tulen dan memang ada yang telah menjana
pendapatan lumayan daripadanya.

Disebabkan anda juga berjumpa dengan penceramah seminar secara berdepan,


pembelajaran anda juga boleh berlaku secara dua hala. Anda boleh tanya sebarang soalan kepada
penceramah tersebut dan anda mungkin akan mendapat jawapan anda pada masa itu juga. Dan
jika penceramah ada menyediakan bantuan tambahan selepas seminar, ianya lebih baik untuk
anda mengikuti tawaran tersebut.

5. Dapatkan "Coach" atau "Mentor"

Bimbingan daripada "coach" dan "mentor" boleh berlaku secara atas talian 100%, secara
konvensional atau kombinasi kedua-duanya. Ianya boleh juga dalam bentuk bimbingan secara
peribadi (personal 1-on-1 coaching) atau bimbingan secara berkumpulan (group coaching).
The Four Weeks To Freedom Page |7

Orang yang berjaya mempunyai mentor mereka sendiri pada setiap masa dan semakin
mereka lebih berjaya, semakin banyak mentor yang mereka cari untuk menerima nasihat.

Mempunyai coach atau mentor anda sendiri mempunyai kelebihan yang amat besar
kerana anda akan mendapat perhatian daripada orang yang akan membimbing anda. Bayangkan
anda mengambil tuisyen matematik di rumah di mana guru tuisyen peribadi anda menunjukkan
segala arahan untuk anda menyelesaikan masalah matematik anda di depan mata anda. Bukan
setakat guru tersebut akan menunjukkan anda jalan terbaik untuk menyelesaikan soalan
matematik anda, malah beliau juga akan pastikan anda berjaya dengan cemerlang kerana
kejayaan anda juga adalah kejayaan beliau mengajar anda. Dalam ertikata lain, tiada orang akan
mencari seorang pembimbing jika tiada kejayaan diperolehi.

Situasi yang sama juga berlaku di dalam bisnes internet.

Anda boleh cari coach atau mentor untuk menunjukkan kepada anda cara yang betul
untuk memulakan bisnes internet anda. Dengan cara ini, peratusan kejayaan anda untuk berjaya
meningkat dengan lebih tinggi jika dibandingkan dengan cara pembelajaran yang lain.

Jadi, jika anda mampu untuk mendapatkan khidmat seorang pembimbing, saya amat
menyarankan anda untuk mengambilnya.

Malangnya, bukan semua orang mampu mendapatkan khidmat pembimbing pada


permulaannya atau kadang-kadang, coach atau mentor tersebut juga amat memilih untuk
membimbing seseorang.

Berita baiknya ialah buku ini akan menunjukkan kepada anda contoh bagaimana
kejayaan sesi bimbingan sebegini dapat merealisasikan impian saya. Dengan cara ini, anda tahu
bahawa ini adalah salah satu cara terbaik untuk memulakan atau memperkembangkan bisnes
internet anda.

Oleh itu, saya sarankan anda membaca setiap helaian daripada buku ini satu per satu
dengan teliti. Ianya berdasarkan rakaman audio selama 5 jam di antara saya dan Patric Chan.
Dengan tambahan kandungan dan komen yang saya berikan di antara transkrip audio ini, ianya
menjadikan buku ini sangat berharga untuk anda miliki dan juga mendapatkan satu naskah lagi
untuk diberikan sebagai hadiah kepada rakan bisnes internet anda.
The Four Weeks To Freedom Page |8

Masa Untuk Bertindak…

Suka dengan apa yang anda baca?

Ini Cuma sebahagian sahaja daripada buku The Four Weeks To Freedom. Jadi, jangan
tunggu lama. Ambil tindakan dan aplikasikan apa yang anda pelajari.

Berikut pula ialah 3 perkara yang perlu anda lakukan…

1. Sebarkan fail PDF ini kepada seramai rakan anda yang mungkin supaya mereka boleh
lihat sendiri potensi menjana pendapatan di internet. Ya, anda mempunyai kebenaran
daripada saya untuk menjadikan dokumen ini sebagai bonus kepada produk anda,
hadiah pembelian affiliate atau letakkannya di blog, website anda ataupun di
Facebook. Rakan anda akan berterima kasih kepada anda. Untuk memudahkan anda
menyebarkan dokumen ini, berikan link ini terus kepada sesiapa sahaja untuk
muatturun  www.TheFourWeeksToFreedomBook.com/mulabisnesinternet.zip

2. Dapatkan buku The Four Weeks To Freedom ini untuk rujukan anda sekarang dan
masa akan dating, sekiranya anda belum memilikinya. Saya percaya yang buku ini
juga amat penting untuk anda yang telah pun menjana pendapatan di internet juga.
Anda boleh pesan buku ini dengan melawati
www.TheFourWeeksToFreedomBook.com/order.html

3. Langgan newsletter percuma saya di www.TheFourWeeksToFreedomBook.com

Ribuan terima kasih! 

www.TheFourWeeksToFreedomBook.com

You might also like