You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI TAPANG

TOV 1 TINGKATAN 5
BAHASA MALAYSIA KERTAS 1
[Dua jam lima belas minit]

Kertas soalan ini mempunyai dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B. Jawab soalan Bahagian A dan satu
soalan daripada Bahagian B.

Bahagian A
(30 markah)

[Masa dicadangkan : 45 minit]

Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan pembalakan haram terhadap alam sekitar. Panjang huraian hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Syahmi : Sekarang banyak kes pembalakan haram didedahkan oleh pihak media.

Alisya : Betullah. Pembalakan haram bukan sahaja memusnahkan habitat flora dan fauna malah
turut menjejaskan kawasan tadahan hujan.

Syahmi : Pembalakan haram juga boleh menyebabkan bencana yang lebih buruk lagi seperti banjir
kilat dan tanah runtuh.

Bahagian B
(100 markah)
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Anda berasa bertuah kerana terpilih menyertai program anak angkat di sebuah kampung anjuran Jabatan
Perpaduan Negara. Ceritakan pengalaman anda semasa tinggal bersama-sama dengan keluarga angkat
tersebut.

2. Jasa ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Oleh sebab itu, ibu bapa merupakan insan terpenting
dalam hidup setiap manusia. Sempena sambutan Hari Keluarga, anda diminta untuk menyampaikan ceramah
bertajuk ‘Menghargai Jasa Ibu Bapa’. Tulis teks ceramah itu selengkapnya.

3. Kita harus berbangga menjadi rakyat di sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Tulis sebuah rencana
untuk menjelaskan sebab-sebab kita patut berbangga menjadi rakyat Malaysia.

4. Malaysia sebuah negara yang terlibat secara aktif dalam memberikan sumbangan kemanusiaan dan keamanan
kepada negara-negara di dunia ini.
Bincangkan peranan Malaysia di peringkat antarabangsa dalam memberikan sumbangan dan bantuan ini.

5. Remaja kini kurang berminat membaca bahan-bahan sastera. Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil
untuk menarik minat remaja agar mereka membaca bahan-bahan sastera.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI TAPANG
TOV 1 TINGKATAN 5
BAHASA MALAYSIA KERTAS 2
(Dua jam tiga puluh minit)

Kertas ini mengandungi empat soalan. Jawab semua soalan. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d)
dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Soalan 1 : Rumusan
(30 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian tulis satu rumusan tentang sebab-sebab berleluasanya jenayah
dan implikasinya kepada masyarakat. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Meskipun jenayah merupakan perbuatan yang menakutkan namun sekarang sudah menjadi satu fenomena biasa.
Akhbar tempatan sering menyiarkan berita jenayah, malah kadangkala menjadi tajuk utama pada muka hadapan
akhbar. Kejadian ragut sudah berlaku sekian lama yang kini dianggap jenayah berat yang boleh mengorbankan nyawa.
Akta yang sedia ada perlu dipinda dan hukuman lebih berat akan dikenakan. Banyak pihak mendakwa peruntukan
undang-undang yang sedia ada tidak berupaya membendung jenayah ini. Undang-undang di Malaysia terlalu longgar
untuk mengawal kegiatan jenayah. Penjenayah sekarang bertindak semakin berani merampas, merompak secara
terbuka, seperti kumpulan penarik kereta dan ‘tonto’ (Tolong Orang Tipu Orang).
Penjenayah sekarang lebih bijak dengan mengkaji peruntukan undang-undang dan mencari jalan untuk melepaskan
diri daripada disabitkan dengan kesalahan tersebut. Oleh sebab itu, apabila muncul di mahkamah wajah mereka tenang
dan selamba kerana sudah pasti mereka akan dibebaskan. Penjenayah sekarang semakin licik dan bijak. Mereka akan
mengatur strategi yang sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Apabila mereka melakukan jenayah, dengan mudah mereka
meloloskan diri daripada ditangkap. Perancangan yang teliti dan dibantu oleh kemudahan sains dan teknologi
menyebabkan jenayah itu sukar dibendung. Penjenayah sentiasa melakukan jenayah dan menunggu mangsa yang leka.
Tiada siapa yang dapat menduga jenayah boleh berlaku dalam sekelip mata sehingga boleh mengorbankan orang yang
tersayang.
Sesetengah masyarakat masih beranggapan bahawa persoalan jenayah perlu diuruskan oleh pihak berkuasa dan
bukannya masyarakat. Masyarakat selalu bersikap lepas tangan dan menunding jari kepada pihak polis apabila
perbuatan jenayah semakin menular. Dalam hal ini masyarakat juga perlu memikirkan bahawa agenda pembanterasan
jenayah ini bukan tanggungjawab pihak polis semata-mata, bahkan menjadi agenda masyarakat. Kurangnya kerjasama
dalam komuniti juga menjadi penyumbang kepada masalah jenayah ini. Rata-rata kesibukan dengan tugas dan
tanggungjawab mencari nafkah, perhubungan sesama jiran semakin dialpakan. Tidak hairanlah jika terdapat rumah
jiran yang dimasuki pencuri secara terang-terangan dan menggunakan lori untuk membawa semua perabot dan
perhiasan rumah dengan alasan tuan rumah tersebut akan berpindah.
Timbul pelbagai cadangan bagi mengatasi jenayah serta memasang kamera litar TV (CCTV) di tempat yang disyaki
sering berlaku jenayah. Dalam jangka masa panjang, cadangan ini mungkin mempunyai kelemahan, apabila
penjenayah menggunakan idea memusnahkan alat ini atau menggunakan taktik lain yang lebih licik. Masyarakat perlu
bekerjasama dengan pihak polis bagi mengatasi jenayah daripada terus berleluasa. Sikap mementingkan diri sendiri
dan individualistik akan menyebabkan jenayah akan terus menular dan menyusahkan masyarakat itu sendiri.

(Dipetik dan disesuaikan daripada ‘Jenayah : Isu Lama yang Dibaharui’,


Dewan Masyarakat, 2004.

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) : Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan frasa ‘meloloskan diri daripada ditangkap’ dalam petikan
di atas? (2 markah)

(ii) Mengapakah penjenayah sekarang ini dianggap semakin berani melakukan jenayah? (3 markah)

(iii) Pelbagai pihak harus bekerjasama dalam menangani masalah ini daripada terus
berleluasa. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang wajar dilakukan. (4 markah)

Soalan 2(b) : Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

SAFIAH : (Tak sabar) You ni nasionalis sangat….


UMAR : (Memandang penuh pada Safiah) Ya, nasionalis tak nasionalis, cuba you tengok. Tiap tahun beribu-
ribu
murid masuk sekolah, tapi berapa orang guru yang bertambah? Berapa orang mahasiswa-mahasiswa
yang mahu menjadi guru ?
SAFIAH : (Cepat geram) You terlalu statis!
UMAR : (Berpaling dari Safiah, perlahan tapi pahit) You terlalu ingin nak main salji sahaja, mahu duduk-
duduk
di London atau Amerika (membisu beberapa lama)
SAFIAH : (Terdiam, memandang Umar, kemudian membongkok ke hadapan, menyentuh sedikit tangan Umar,
dan
berkata dengan nada baru, logic dan lembut) I tahu you nak berkhidmat dalam negeri, I tahu you
bercita-
cita nak berjasa kepada bangsa. I hargai. Tapi I bercakap sebagai tunang you, yang ikut sama
memikirkan
masa depan kita… Dan di luar negeri pun you dapat berkhidmat dengan bangsa, you boleh
memperkenalkan negeri kita di luar negeri …
UMAR : (Berpaling memandang Safiah, mukanya tersenyum) Yalah? Boleh kita bahaskan, tapi semenjak tadi
I belum minum. You sibuk ajak bertengkar sahaja.
SAFIAH : (Ketawa) Sorrylah…(memanggil) Jaah! (Tiada jawapan, Safiah memanggil lagi dengan menguatkan
suaranya lagi)
Jaaaaah!
(Umar memandang Safiah dengan kening sedikit berkedut. Safiah tiba-tiba sedar pandangan itu,
mata
mereka bertemu. Safiah mengerti dan bangkit berdiri).
SAFIAH : (Senyum mengalah) Yalah, I pergi buatkan sendiri! You suka kopi pekat, kan? Sikit sahaja gula, kan?
(Umar tersenyum. Sesaat mata mereka bertaut mesra, kemudian Safiah berjalan keluar. Umar masih
senyum sendirian. Lagu “Serumai Malam” mendayu. Umar tenggelam dalam menungan. Tak lama
kemudian Safiah masuk menatang dulang).

(Dipetik daripada “Serunai Malam” oleh Usman Awang


Dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan di atas, apakah yang dimaksudkan dengan You terlalu statis? (2
markah)

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah Safiah ingin sangat ke luar negeri? (3
markah)

(iii) Jelaskan dua mesej yang terdapat dalam petikan dan dua mesej lagi yang
Terdapat dalam keseluruhan drama ini. (4
markah)

Soalan 2(c) : Petikan Prosa Tradisional

Sebermula, maka tersebutlah perkataan Saidah datang meniarap di hadapan Jibor seraya menyembah kaki Jibor
dengan tangisnya. Maka kata Jibor, “Mengapa maka pekerti tuan hamba demikian ini?”
Maka kata Saidah dengan tangisnya, “Sebab pun hamba demikian ini daripada tiada hamba mahu memalingkan
muka hamba daripada tuan hamba, yang niat hamba kepada Allah subhanahu wataala kepada siang dan malam hendak
mati di bawah kadam tuan hamba juga. Daripada sangat belas hati hamba, maka hamba katakana rahsia ini kepada
tuan hamba. Inilah hal saudara tuan hamba yang diharap itu, hamba dapati afalnya itu selama ia diam pada kita di
sini. Maka hari pun malamlah sudah, maka pada ketika awal dinihari tuan hamba pun tatkala tidur tiada sedarkan diri,
tatkala itu hamba sakit perut hendak qada hajat, maka hamba pun pergi pada tempat buang air seni itu. Setelah hamba
buang air seni, maka hamba pun keluar hendak kembali. Maka dipegang oleh Sabor tangan hamba. Maka hamba pun
hendak berteriak, maka dihunusnya jambiahnya hendak menikam; daripada hamba takutkan mati, maka hamba pun
diamlah. Maka hendak dicabulinya hamba, maka hamba pun tiada mahu pula, baiklah hamba mati dibunuhnya
sekalipun, kabullah hamba, daripada derhaka akan tuan hamba.”

(Dipetik daripada Sabor, Antologi Kerusi, halaman 29)

(i) Apakah maksud rangkai kata afalnya itu selama ia diam pada kita di sini? (2 markah)

(ii) Berdasarkan prosa klasik tersebut, jelaskan tindakan yang dilakukan oleh
Jibor kepada Sabor ? (2 markah)

(iii) Huraikan pandangan anda tentang keburukan fitnah yang akan berlaku dalam
Sesebuah masyarakat. (4 markah)

Soalan 2(d): Puisi Tradisional

Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

SELOKA PAK KADUK

Aduhai malang Pak Kaduk


Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang;
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk.

Antologi Anak Laut,


Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Apakah perbuatan buruk/tindakan negatif/pekerjaan sia-sia yang dilakukan oleh
Pak Kaduk ? (3 markah)

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah Pak Kaduk menerima nasib malang seperti
dalam seloka tersebut ? (3 markah)

(iii) Nyatakan mesej yang hendak disampaikan dalam seloka di atas. (3 markah)

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]
Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan serta menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama
khas.
(i) Merestui
(ii) Menyirami
(iii) Pendapatan
(iv) Penghormatan
(v) Ketersampaian
(vi) Kesinambungan (6markah)

(b) Tukarkan ayat-ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah dengan mengekalkan susunan asalnya.
Gunakan bahasa yang gramatis.

(i) “Andainya syarikat bertambah maju dan mendapat keuntungan, saya berjanji akan memberikan
imbuhan kepada anda semua,” kata pengurus syarikat Berjaya kepada pekerja-pekerjanya.

(ii) “Sudahlah Zainal. Perkara kecil jangan dibesar-besarkan. Saya yakin Zaidi tiada niat untuk menyakiti
hati kamu,” pujuk Rahim.

(iii) “Bukan saya yang mengambil buku Seng Lee, tetapi Bee Suen yang meminjamnya semalam,” kata
Chong Beng Ho kepada Cikgu Harun.
(6 markah)

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dansatu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal
pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.

(i) Sekim cepat kaya yang mengambil kutipan daripada orang ramai didapati menyalahkan undang-undang.
(ii) Keunikan yang dapatan di dalam manuskrip lama itu telah dirujuk kepada cendikiawan dalam bidang
sejarah.
(iii) Semua pemilikan tempat letak kenderaan bertingkat akan diwajibkan memasang system kamera litar
tertutup (CCTV).
(6 markah)
(d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah
struktur dan naksud asalnya.

(i) Kasihan saya meneliti pengemis yang berpakaian sangat compang-camping di kaki lima itu.
(ii) Kami telah adukan pelanggaran kereta saya dengan van itu kepada polis yang bekerja dib alai polis itu.
(iii) Tingkah perbuatan pekerja itu yang baru tidak disenangi bukan sahaja rakan-rakannya malahan
majikannya.
(6 markah)

(e) Berikan maksud peribahasa di bawah.

(i) Bagai gunting dalam lipatan


(ii) Air dicincang tidak akan putus
(iii) Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
(6 markah)

Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh


(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf
(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii) Julia karya Abu Hassan Morad
(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, ceritakan kesudahan novel berkaitan.
(7 markah)
(b) Berdasarkan dua novel yang anda kaji, nyatakan satu peristiwa yang memberikan
pengajaran dalam setiap novel.
(8 markah)

- KERTAS SOALAN TAMAT -

You might also like