You are on page 1of 4

PANDUAN DOA DI MAJLIS-MAJLIS RASMI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

1. Tujuan

Panduan ini disediakan untuk membantu warga pendidikan


menggunakan doa di majlis-majlis rasmi Kementerian Pendidikan.

2. Objektif

2.1 Memberi peluang kepada warga pendidikan untuk berdoa dan


bermunajat menggunakan contoh-contoh doa yang disediakan.

2.2 Menyelaraskan pembacaan doa di majlis-majlis rasmi


Kementerian Pendidikan.

2.3 Membantu warga pendidikan berdoa mengikut peraturan dan


kesesuaian majlis.

3. Perihal doa dan berdoa

3.1 Kepentingan doa

3.1.1 Setiap muslim perlu berdoa (memohon) kepada Allah


s.w.t akan segala sesuatu yang dihajati. Doa boleh
dilakukan secara individu atau kumpulan. Allah
menyatakan dalam firmanNya yang bermaksud “
Berdoalah (memohonlah) kepada Aku (Allah) nescaya
Aku (Allah) perkenankan”. Berdoa mempunyai adab dan
peraturan yang tersendiri.

3.1.2 Doa amat disukai dan dituntut oleh Islam. Ia merupakan


ibadah apabila dilakukan mengikut adab dan peraturan
kerana ia merupakan hubungan terus antara hamba
dengan Allah.

3.2 Adab Berdoa

Doa boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam semua keadaan


kecuali sedang berhadas kecil (membuang air kecil dan air
besar). Walau bagaimanapun terdapat beberapa adab dan
peraturan berdoa yang dihimpun oleh para ulama:

3.2.1 Menghadap kiblat (yang lebih afdal).

3.2.2 Hendaklah berwuduk.

1
3.2.3 Beristighfar/ mohon keampunan kepada Allah sebelum
berdoa.

3.2.4 Membaca basmalah.

3.2.5 Membaca al-hamdulillah (Tahmid).

3.2.6 Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad


s.a.w.

3.2.7 Membuka kedua tapak tangan dan menadah ke langit.

3.2.8 Berdoa penuh khusyuk, merendah diri serta yakin


bahawa doanya diperkenankan oleh Allah.

3.2.9 Memohon dengan penuh perasaan dan bersungguh-


sungguh tanpa putus asa.

3.2.10 Ucapkan dengan jelas dan mengulang tiga kali di tempat-


tempat yang dianggap penting/dipohon.

3.2.11 Di akhiri dengan selawat ke atas Nabi dan pujian


(Tahmid) kepada Allah s.w.t.

3.2.12 Sebaik-baiknya membaca basmalah, hamdalah dan


selawat hendaklah dalam bahasa Arab.

3.3 Berdoa yang makbul

3.3.1 Memohon dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.

3.3.2 Memakan dan memakai barang yang halal.

3.3.3 Sentiasa mentaati ibu bapa.

3.3.4 Sentiasa menjauhi maksiat dan perkara-perkara syubhat.

3.3.5 Memelihara silaturrahim.

3.4 Tempat dan masa berdoa

3.4.1 Berdoa dibolehkan pada bila-bila masa dan dimana-


mana tempat yang sesuai, yang tidak dicampur-adukkan
antara perkara yang baik dengan perkara mungkar dan
maksiat.

2
3.4.2 Sesuatu perkara/peristiwa ada doa yang telah diajarkan
oleh Rasulullah s.a.w. Doa-doa tersebut perlulah
bersesuaian dengan situasi yang ada.

3.5 Berdoa yang sangat mustajab

3.5.1 Di tengah malam ketika manusia lain sedang tidur.

3.5.2 Ketika hujan sedang turun dengan lebat.

3.5.3 Masa antara dua khutbah Jumaat.

3.5.4 Masa antara azan dan iqamah.

3.5.5 Orang yang dizalimi.

3.5.6 Pada bulan ramadan.

3.5.7 Ketika sahur.

3.5.8 Selepas menunaikan solat.

3.5.9 Dalam masjid terutama di Masjidil Haram dan Masjidil


Nabawi.

3.5.10 Di Padang Arafah

3.6 Doa yang tertolak

3.6.1 Terlibat dengan makanan yang haram atau syubhat


(makanan dari sumber yang tidak jelas halal haramnya).

3.6.2 Di majlis yang bercampur-gaur dengan perkara yang


dilarang oleh Allah seperti berdoa kemudian diiringi
dengan majlis tarian.

3.6.3 Sambil lewa.

3.6.4 Meragui rahmat dan kekuasaan Allah.

3.6.5 Mempercayai adanya Allah tetapi tidak laksanakan


hukumNya.

3.6.6 Mendakwa cintakan Rasul tetapi kita tinggalkan


sunnahnya.

3.6.7 Mendakwa syaitan itu musuh tetapi kita mematuhi.

3
3.6.8 Berdoa supaya dihindarkan api neraka tetapi perilaku kita
seolah-olah mencampakkan diri ke dalamnya.

3.6.9 Berdoa agar dimasukkan dalam syurga tetapi tidak


beramal ibadah.

3.6.10 Percaya mati pasti datang tetapi tidak mempersiapkan


diri menghadapinya.

3.6.11 Selalu melihat kejahatan orang lain tetapi tidak nampak


kejahatan sendiri.

3.6.12 Selalu menikmati kurniaan Allah tetapi tidak pernah


mensyukurinya.

4. Panduan berdoa di majlis rasmi Kementerian Pendidikan.

4.1 Masa tidak melebihi tiga minit


4.2 Pembaca doa hendaklah memakai pakaian Kebangsaan.
4.3 Doa yang dibaca hendaklah ringkas, padat dan sesuai dengan
majlis yang diadakan.
4.4 Mengandungi unsur-unsur kesyukuran, keamanan dan
kemakmuran negara.
4.5 Menjauhi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti agama dan
kaum lain.
4.6 Mematuhi adab dan peraturan berdoa seperti yang dilampirkan.
4.7 Contoh-contoh doa seperti dalam lampiran.

5. Adalah diharapkan panduan ini dapat membantu warga pendidikan


melaksanakan doa dalam majlis rasmi dengan sempurna dan
berkesan.

You might also like