You are on page 1of 1

Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita.

Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.

Semua individu perlu menjaga kesihatan diri sendiri supaya kita hidup dalam
keadaan yang sihat sejahtera. Ada beberapa cara untuk memastikan kesihatan
seseorang itu dalam keadaan baik.

Cara yang utama ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Contoh
menjaga kebersihan diri ialah seperti mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari,
memakai pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah
bersih.

Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang
berzat. Kita mestilah makan makanan yang mempunyai vitamin dan mineral
yang tinggi. Kita tidak perlu mengambil makanan ringan atau makanan segera
kerana makanan ini tidak menjamin kesihatan yang sempurna.

Malah, aktiviti bersenam juga boleh menjamin kesihatan yang baik. Senaman
boleh mengeluarkan peluh. Oleh itu toksik di dalam badan dapat dikluarkan.Ini
dapat mengelakkan jangkitan penyakit.

Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor sekurang-kurangnya dua kali
dalam setahun. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit
ketika di peringkat awal. Segala nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus


dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja
menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan
yang sejahtera kepada diri dan keluarga.

You might also like