You are on page 1of 16

PERLEMBAGAAN

MALAYSIA DALAM
KONTEKS HUBUNGAN
ETNIK DI MALAYSIA
Dibentang oleh:
1. Mac Lester Martin (BK10160335)
2. Ng Chen Bond (BS10110308)
3. Tay Kui Huang (BS10110149)
4. Huong How Hong (BS10110513)
5. Yoga Rani A/P Bala (BS10110554)
6. Nur Shazreena Bt Abdul Aziz (BS10110377)

UW00102 HUBUNGAN ETNIK 1


KONSEP PERLEMBAGAAN
-Sumber undang2 tertinggi sesebuah negara & setiap individu perlu mematuhi
keluhurannya.

-Tidak ada satu institusi pun yg boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia.

-Sebagai panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara.

-Berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang2 sama ada bagi pihak kerajaan
atau rakyat atau sesiapa shj.

-Perlembagaan umumnya dibahagikan kpd 2 jenis iaitu: Perlembagaan bertulis dan tidak
bertulis.

-Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan bertulis dan badan perundangan, kehakiman


dan eksekutif mendapat kuasa drp perlembagaan.

-Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual.

-Secara ringkasnya, perlembagaan Malaysia menyentuh mengenai bidang kuasa eksekutif,


legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan,
kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dan sebagainya.
UW00102 HUBUNGAN ETNIK 2
SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.
-Sejarah penentangan terhadap penjajah dan kemunculan nasionalis Melayu
menyedarkan mereka tentang usaha menuntut kemerdekaan drpd penjajah Barat.

-Perjuangan menuntut kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua dan pengenalan


Perlembagaan Malayan Union serta P.T.M oleh kerajaan British di Tanah Melayu.

-Persiapan ke arah berkerajaan sendiri menerusi pengenalan Sistem Ahli dan Pilihan raya
di Tanah Melayu.

-Penubuhan Parti Perikatan – kerjasama yg lebih erat antara orang Melayu dan bukan
Melayu bagi memenuhi syarat yg ditetapkan oleh British iaitu:“Kemerdekaan hanya
akan diberikan sekiranya rakyat negara ini bersatu padu dan boleh bekerjasama”.

-Rombongan kemerdekaan ke London oleh pemimpin Perikatan (pelbagai kaum).

-Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yg merdeka 1957.

-Perlembagaan Malaysia 1963.


Daripada rentetan sejarah Malaysia dan sejarah penggubalan perlembagaan Malaysia
membuktikan bahawa semangat toleransi, rela berkongsi kuasa, sedia berkorban,
persefahaman dan semangat perpaduan yg tinggi antara pelbagai kaum menjadi
penyumbang utama dalam menjamin kelangsungan negara Malaysia sebagai sebuah
negara yg berbilang kaum dan terpisah-pisah dari segiUW00102
kedudukan wilayah dan negeri. 3
HUBUNGAN ETNIK
UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN DAN KONTRAK
SOSIAL
- Unsur2 ini sangat penting untuk difahami dalam usaha mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk
persefahaman pelbagai kaum ke arah perpaduan.

- Unsur2 ini juga adalah satu “kontrak sosial” yg telah disepakati semasa penggubalan perlembagaan.

- Unsur2 tradisi ini meliputi: bahasa, agama, pemerintahan beraja dan kedudukan istimewa orang Melayu
dan bumiputera Sabah & Sarawak.

- Unsur2 tsbt telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957 dan berperanan
menstabilkan politik negara.

- Unsur2 tradisi ini juga dilindungi di bawah Akta Hasutan & dianggap sbg isu-isu sensitif yg dilarang drp
dijadikan isu perbincangan awam.

- Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 memberi satu lagi dimensi kepada hubungan etnik di Malaysia.

- Kedudukan kaum2 bumiputera di kedua2 negeri ini diberikan status yg sama sebagaimana org2 Melayu,
mereka turut dimasukkan ke dlm Perkara 153. Namun hak istimewa ini dilindungi dgn cara tidak menafikan
kedudukan yg sah kaum2 lain.

- Kedudukan Sabah & Sarawak di dlm perlembagaan dilindungi oleh kuasa Yang Dipertua Negeri masing2 –
Pindaan hanya boleh dibuat sekiranya kedua-duanya memberikan persetujuan.

- Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa Sabah & Sarawak kerana adalah dibwh bidang kuasa
Majlis Raja-raja spt mana bidang kuasa Majlis Raja-raja berhubung kedudukan orang2 Melayu.
UW00102 HUBUNGAN ETNIK 4
Kedudukan Bahasa Melayu

-Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu yg mesti digunakan


untuk maksud2 rasmi spt mana yg diperuntukkan dalam
Perkara 152.

-Namun perkara 152 ini juga melindungi bahasa2 lain dan


memperuntukkan bahawa “tiada sesiapa pun boleh dilarang
atau ditahan drp menggunakan atau mengajar atau belajar apa2
bahasa lain kecuali untuk tujuan rasmi.”

-Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran


bahasa lain dalam persekutuan.

UW00102 HUBUNGAN ETNIK 5


Rasional Perkara 152
- Kedudukan dan peranan bahasa Melayu sbg Lingua franca di alam
Melayu/Nusantara sejak berabad-abad lamanya.

- Persefahaman menjadikan BM sbg bahasa kebangsaan juga tidak


perlu merisaukan kaum lain kerana penggunaan bahasa ibunda
masing2 tidak disekat malah dijamin oleh perlembagaan.

- Sebelum Perang Dunia Kedua lagi, BM telah digunakan secara


meluas bagi tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat-menyurat,
perundangan & kehakiman di negeri2 Melayu tidak bersekutu,
jabatan Polis dsb bagi memudahkan pentadbiran yg terdiri drp
pelbagai kaum.

- BM diterima sbg bahasa rasmi walaupun pd zaman pentadbiran


British. Pegawai2 Eropah yg memegang lebih 90% jawatan
kumpulan 1(Satu) perlu mempelajari BM, mengambil ujian BM
dan dikehendaki lulus, barulah boleh berkhidmat di Tanah Melayu.
UW00102 HUBUNGAN ETNIK 6
Kedudukan Agama Islam
- Agama Islam adalah agama persekutuan tetapi agama lain boleh
diamalkan dgn aman dan damai di mana2 bahagian persekutuan.

- Kebebasan beragama ini dijamin dlm perlembagaan terhadap semua


agama iaitu setiap orang mempunyai hak untuk menganut &
mengamalkan agamanya dan setiap agama mempunyai hak untuk:
1. Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.
2. Menubuh & menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat.
3. Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang &
mentadbirnya mengikut undang2.

- Oleh sebab Islam diterima sbg agama bagi Persekutuan, pihak kerajaan
sama ada kerajaan Persekutuan atau negeri mempunyai kebebasan, kuasa
dan keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggara atau
membantu penubuhan institusi Islam dan melaksanakan ajaran dlm agama
Islam serta mengeluarkan perbelanjaan yg diperlukan untuk tujuan itu.

UW00102 HUBUNGAN ETNIK 7


- Rasional dalam perkara ini ialah:

1. Islam telah diterima sebagai agama utama penduduk Tanah


Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah
zaman penjajahan British.

2. Islam dipilih sebagai agama rasmi krn telah bertapak lebih 600
tahun lampau & banyak mempengaruhi cara hidup & pemikran
orang Melayu sehingga sekarang berbanding agama lain.

3. Semasa penjajahan British kedudukan agama Islam langsung tidak


diganggu dan British menyerahkan urusan agama kpd Raja-raja
Melayu.

4. Penggunaan undang-undang Islam telah dilaksanakan di negeri2


Melayu, sebelum zaman penjajahan, dan selepas itu terus diktiraf
oleh penjajah British.

UW00102 HUBUNGAN ETNIK 8


Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera
Sabah & Sarawak.
- Hak istimewa ini meliputi jawatan dlm perkhidmatan awam, biasiswa,
pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yg diberikan.

- Namun perkara ini dilaksanakan dgn cara tidak menindas kaum2 lain. Cthnya:
mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yg dipegang oleh sesiapa
atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yg dinikmati oleh kaum
lain atau perlucutan/penamatan permit lesen yg dipegang olehnya.

- Jusifikasi antara orang Melayu dan Bumiputera Sabah & Sarawak.


Melayu Bumiputera Sabah & Sarawak
1. Lazimnya bertutur dalam Semua suku kaum asli peribumi
Bahasa Melayu Sabah dan Sarawak
2. Menganut agama Islam
3. Mengamalkan adat istiadat
Melayu

UW00102 HUBUNGAN ETNIK 9


Rasional Perkara 153 Kedudukan Istimewa Orang
Melayu dan Bumiputera Sabah & Sarawak

-Mengambil kira semangat persefahaman, toleransi,


berkongsi kuasa & sedia berkorban di kalangan orang
Melayu & bukan Melayu ketika penggubalan
perlembagaan.

-Intipati daripada kontrak sosial yang melibatkan


penawaran dan permintaan antara penduduk Melayu dan
bukan Melayu sebelum merdeka.

UW00102 HUBUNGAN ETNIK 10


- Hak keistimewaan Melayu, bumiputera Sabah & Sarawak yang
terkandung dlm Perkara 153 khususnya menyentuh tiga perkara
iaitu:

i.Perkhidmatan Awam.
- Dlm perlembagaan dinyatakan bahawa adalah menjadi
tanggungjawab Yang Dipertuan Agung untuk menentukan rezab bagi
orang Melayu & bumiputera Sabah & Sarawak dgn
memperuntukkan kadar bilangan jawatan dlm perkhidmatan awam
persekutuan yg baginda fikirkan perlu. Namun layanan yg adil mesti
diberikan kpd setiap kaum dari segi kenaikan pangkat, gaji &
kebajikan yg lain.

- Adalah rasional merezabkan bilangan orang Melayu dan


bumiputera Sabah & Sarawak kerana pd masa penjajahan dan awal
merdeka sangat sedikit yg berpeluang menganggotai perkhidmatan
awam.

UW00102 HUBUNGAN ETNIK 11


ii. Ekonomi
- Perkara 153 wajar digunakan utk mencapai tujuan memperbetulkan
ketidakseimbangan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu yg wujud
kerana dasar ekonomi penjajah.

- Faktor pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan yg tidak adil dan


seimbang menjadi faktor utama yg mempengaruhi hubungan etnik.

iii. Pendidikan
- Sistem pendidikan tinggalan penjajah telah mengekalkan org Melayu dan
bumiputera Sabah & Sarawak dlm kemiskinan dan tercicir dalam kemajuan
pendidikan.

- Walaupun kedudukan istimewa mengenai pendidikan Melayu dan bumiputera


diwujudkan namun pelbagai toleransi antara kaum telah diwujudkan dengan
tidak menghapuskan sekolah Cina dan Tamil.

- Toleransi kaum juga menyebabkan pemberian pinjaman pendidikan diberikan


kpd smua kaum menerusi PTPTN utk membiayai kos pendidikan mereka.

UW00102 HUBUNGAN ETNIK 12


Institusi Beraja
 Institusi pemerintahan beraja dikekalkan selepas kemerdekaan sbg drpd
ciri kerperibadian Melayu dlm sesebuah negara yang baru.

 Beberapa pengubahsuaian telah dilakukan dalam institusi beraja utk


diselaraskan dgn amalan demokrasi berparlimen.

 Sistem beraja mutlak – dimansuhkan – digantikan – sistem beraja


berperlembagaan untuk memperutukkan batas kuasa raja dgn
perlembagaan dan raja dikehendaki menjalankan kuasa pemerintahan
berpandukan peruntukkan yg terkandung dalam perlembagaan &
undang2 negara.

 Raja berkuasa ke atas agama Islam dan adat resam Melayu dan
bumiputera Sabah & Sarawak.

UW00102 HUBUNGAN ETNIK 13


PERKARA-PERKARA YG MENYENTUH HUBUNGAN ETNIK
DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERKARA KETERANGAN
Perkara 8 Persamaan & hak sama rata, kecuali dlm soal agama,
kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya.
Perkara 10 (4) Batasan hak kebebasan bersuara drp menyentuh kedudukan
Raja2, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan
seumpamanya.
Perkara 38 Kuasa Majlis Raja2 menghalang Parlimen membuat undang2
yg menyentuh kedudukan Raja2 Melayu, orang Melayu &
bahasa Melayu.
Perkara 150 (6a) Kedudukan Agama Islam, Adat istiadat Melayu &
Bumiputera Sabah & Sarawak, kewarganegaraan meskipun
dlm keadaan darurat.
Perkara 152 Kedudukan bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan tanpa
menafikan hak2 bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
Perkara 153 Kedudukan istimewa orang2 Melayu tanpa menafikan
kedudukan yg sah kaum2 lain.

UW00102 HUBUNGAN ETNIK 14


Kesimpulan
 Bermula drpd sejarah penggubalan Perlembagaan Malaysia – penduduk2 Tanah
Melayu mencapai kesedaran untuk memeperjuangkan kemerdekaan sehingga
wujudnya kerjasama antara kaum dan pakatan murni yang akhirnya berjaya
dilaksanakan sesuai dgn pembentukkan Persektuan Tanah Melayu 1957
sehinggalah pembentukkan Malaysia 1963, yang mana perlembagaan juga dikenali
sbg “kontrak sosial” drpd perjanjian masyarakat pelbagai kaum sebelum merdeka.

 Struktur perlembagaan Malaysia yg meliputi 183 perkara, 15 bahagian dan 13


jadual menyentuh seluruh aspek perhubungan masyarakat sama ada dari segi
ekonomi, politik dan sosial.

 Pemahaman tentang perlembagaan adalah penting kerana, apabila kita memahami,


itu sudah mengambil makna yg kita memahami dan menghormati kepelbagian yg
wujud dikalangan kita sebagai rakyat Malaysia.

 Untuk memastikan keadaan yg harmonis dalam negara, perlembagaan yang juga


berperanan sebagai undang2, harus dipelihara dan dikekalkan sambil
mengharapkan situasi yg lebih baik pada masa hadapan.
UW00102 HUBUNGAN ETNIK 15
SEKIAN,
TERIMA KASIH.

UW00102 HUBUNGAN ETNIK 16

You might also like