You are on page 1of 18

1.

O Pengenalan

Dalam kita mengejar arus kemodenan dunia , internet telah banyak memberi kita input

berguna dan merupakan satu penyalur maklumat yang penting dan terkini serta boleh diibarat

bagai aur dengan tebing iaitu sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan manusia.

Lahirnya internet bermula dengan kajian dalam rangkaian komputer yang dilakukan oleh Jabatan

Pertahanan Amerika yang dikenali sebagai ARPA. Ia terjadi ketika berlakunya perang dingin

antara tentera Amerika Syarikat dengan Kesatuan Soviet Union. Tujuan ARPA membuat kajian

ini adalah untuk membangunkan sistem pertahanan mereka yang dapat menyelamatkan mereka

daripada sebarang ancaman. Pada mulanya, sistem ini berjalan dengan baik tanpa sebarang

kebocoran. Ianya digunakan oleh pihak tentera, universiti dan dikenali sebagai ARPANET. Pada

tahun 1984, perkembangan internet berkembang dengan pesat. Pelajar-pelajar universiti

beberapa kali menceroboh sistem ini. Akhirnya sistem ini terbahagi kepada dua iaitu untuk

kegunaan tentera dan untuk kegunaan pihak universiti. ARPANET berkembang pesat dan mula

dikenali sebagai internet pada masa kini. Secara amnya, internet merupakan jalinan rangkaian

komputer dengan rangkaian komputer lain di seluruh dunia yang menyalurkan data dan

maklumat. Rangkaian-rangkaian ini datangnya daripada berjuta-juta pengguna sama ada

pengguna akademik, perniagaan mahupun rangkaian kepunyaan kerajaan seluruh dunia. Banyak

faedah yang boleh didapati menerusi penggunaan internet. Maklumat seperti mel elektronik,

sembang dalam talian, penghantaran fail serta pelbagai maklumat dan perkhidmatan boleh

dilakukan menggunakan internet. Hal ini membolehkan kita berkomunikasi dan bertukar

maklumat antara individu dan manusia sejagat dalam masa yang singkat. Internet telah memberi

kita suatu dimensi dunia baru yang membawa kita kepada dunia tanpa sempadan.

2.0 Kepentingan Internet


1
Dalam era globalisasi yang sedang melanda arus kemodenan dunia, internet dilihat

sebagai perkara penting dalam usaha untuk meringankan beban tugas masyarakat dan dilihat

sebagai satu inisiatif penting dalam mewujudkan satu ruang himpunan ilmu dan maklumat yang

boleh diguna pakai oleh masyarakat umum dalam usaha membina sebuah negara maju yang

mempunyai masyarakat intelek. Ungkapan “Dunia di Hujung Jari” yang sering diucap dalam

penggunaan internet menunjukkan betapa pentingnya rangkaian ini dalam menyelesikan satu

masalah atau isu yang membelenggu dunia amnya. Kini, daripada kajian dan kemajuan yang

dikecapi, kita dapat melihat betapa keberhasilan yang diperolehi kerajaan dalam usaha untuk

membentuk masyarakat yang celik komputer dalam usaha kita untuk sama-sama berdiri sama

tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara membangun yang lain.

2.1 Penggunaan Mel Elektronik sebagai Komunikasi yang Mudah dan Pantas

Kesan daripada perkembangan pesat teknologi dunia menyebabkan manusia kini semakin

sibuk dalam mengejar dan mencari ilmu yang membuatkan kita semakin kesuntukan masa dalam

melakukan tugas-tugas harian. Dalam erti kata lain, kita seperti tiada masa dalam berkomunikasi

bersama rakan-rakan, bertukar-tukar pendapat dan maklumat dan sebagainya. Akibat daripada

peralihan zaman ini, manusia memerlukan satu alternatif lain atau jalan pintas yang dapat

memendekkan masa penghantaran sesuatu maklumat kepada seseorang. Penghantaran surat

secara biasa atau dipanggil juga sebagai snail mail semakin berkurangan kerana surat-surat yang

dihantar kebiasaannya lambat sampai atau memakan masa. Hal ini berlainan dengan mel

elektronik (email) yang akan tiba kepada penerima dalam masa kurang daripada seminit. E-mel

digunakan secara meluas untuk menghantar maklumat dan juga fail sangkut kepada penerima.

2
Biasanya emel merupakan maklumat ringkas sahaja, tetapi format Sambungan Emel Internet

Berbagai tujuan boleh digunakan untuk menghantar unsur fail ataupun multimedia kepada

penerima. Protokol Pemindahan Mel Asas digunakan pada internet untuk menghantar e-mel

antara sistem berlainan. X400 merupakan contoh protokol yang digunakan di Eropah dan

Kanada untuk penghantaran e-mel. Pencapaian kepada e-mel pada sistem jauh dilakukan melalui

Protokol Pejabat Pos versi yang dapat memuat turun e-mel daripada pelayan kepada komputer.

Protokol Pencapaian Mesej Internet adalah protokol yang lebih baru, untuk pengurusan e-mel

pada pelayan sebelum ia dimuat turun kepada komputer. E-mel mungkin sulit untuk dijamin

keselamatannya. Penceroboh yang tidak mempunyai kunci penyulitan atau penyahsulitan tidak

dapat mencapai kandungan e-mel tersebut. Mesej elektronik boleh dihantar dan diterima kepada

atau daripada sesiapa sahaja dan setiap individu mempunyai alamat e-melnya yang tersendiri.

Hal ini bertujuan untuk memudahkan pengagihan mesej di kalangan mereka seperti mana

penggunaan surat-menyurat. E-mel juga hampir sama dengan surat biasa yang mengandungi

alamat, nama dan isi kandungan. Yang membezakannya ialah dari segi penghantaran e-mel

tersebut adalah jauh lebih pantas dan ekonomi berbanding yang lain dan proses tersebut berlaku

dalam setengah saat sahaja. E-mel ini juga boleh digunakan untuk menghantar lampiran secara

bersama. Antara domain yang ditawarkan di internet adalah seperti Yahoo, Hotmail dan

sebagainya. Dalam nada yang serupa, mel elekronik atau e-mel merupakan satu penghubung dari

sebuah rangkaian kepada rangkaian yang lain. Ini menunjukkan betapa pentingya internet yang

mewujudkan penggunaan e-mel dalam kalangan masyarakat yang dapat menjimatkan

penggunaan masa dan kos individu sekaligus dapat mencerminkan dan menjadi kayu ukur

kemajuan yang dicapai masyarakat masa kini.

3
2.2 Internet dalam pendidikan

Penggunaan teknologi komputer dalam kehidupan bukanlah sesuatu yang baru, malah

telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun

60- an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan

komputer ini.

“Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu


tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi
sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan
pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan
mikro komputer pada awal tahun 70-an telah memberi kesan yang
mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang
pendidikan di Malaysia.”

(Sumber: NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996)

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke

arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi.

Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada

yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi

terkini. Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk

mewujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan

pelaksanaan Koridor Raya Multimedia. Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang

seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan

kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

4
Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan

komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan. Secara realitinya,

penggunaan internet telah membolehkan seseorang itu mengakses maklumat secarat tepat dan

mudah. Sebagai seorang pelajar, kemudahan dan peluang ini haruslah digunakan sebaik mungkin

untuk membantu meningkatkan lagi mutu pembelajaran. Peranan dan penggunaan internet telah

mula dikenal pasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya

dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara

langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.

Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan

maklumat dalam kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada

semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra

dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka “alam yang baru ditemui”

(virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat menarik

perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru

seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar.

Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau

bagaimanapun, jurang perbezaan sosial ekonomi dalam kalangan pelajar harus diambil kira

semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan.

Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap

pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada

internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya boleh sampai dalam masa beberapa

minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati-hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat

5
kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh si penerima dengan mudah. Amalan ini

akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya bahasa Inggeris.

“Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel eletronik akan


dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-
akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan
telekomunikasi yang canggih.”

(Sumber: Everett and Ahern, 1994 )

Internet telah pun menjadi sebahagian dari sekolah bestari sejak Januari 1999 yang lalu.

Kerajaan juga telah mengumumkan bahawa, semua sekolah menengah akan mendapat akses ke

internet menjelang tahun 2000 . Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama serta

bantuan kepakaran MIMOS, telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan. Melalui projek ini,

Kementerian Pendidikan telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada

para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada

guru-guru. Program ini, walaupun kurang berjaya, tetapi sekurang-kurangnya telah dapat

memberi pendedahan awal kepada guru-guru dan pelajar tentang penggunaan dan peranan

internet kepada dunia pendidikan. Dalam perkembangan terbaru, Kementerian Pendidikan

Malaysia , melalui Bahagian Pendidikan Guru, sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan

(14 Minggu ) Bestari kepada guru-guru di seluruh negara bertempat di beberapa buah maktab

perguruan. Guru-guru ini dipilih daripada 90 buah sekolah yang telah melaksanakan kurikulum

baru bestari mulai tahun 1999. Dalam kursus ini, guru-guru didedahkan dengan pelbagai

kemahiran generik termasuklah kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan menjadi

asas dan keperluan utama dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari. Para peserta akan

berpeluang menjadikan internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan

berkesan.
6
Internet atau ‘Internasional Network of Networks’ yang dikenali sebagai sebuah

rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa dan merupakan cara komputer

berkomunikasi antara satu sama lain.

“Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di


seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih
daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara.”

(Sumber: Zoraini, 1995)

Dalam rangkaian internet, terdapat berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa

bertambah dari sehari ke sehari. Bahan-bahan ini termasuklah artikel, imej grafik, perisian

komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan, projek dan sebagainya. Di

dalam internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin

terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang

perkara yang sama, termasuklah bahan–bahan akademik. Walaupun internet penting dalam

menjadi nadi atau tunjang kepada peningkatan pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan,

namun begitu internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu pengajaran dan

pembelajaran. Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya, guru

akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya

dalam bidang intelek. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan

ikutan utama. Dengan adanya penggunaan komputer dan internet ia dapat mengurangkan beban

tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan

sistematik. Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam

menghadapi cabaran intelek dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan

7
mencorakkan kehidupan pada masa hadapan, perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli

masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibu bapa.

Selain itu, melalui internet juga seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan

memeriksa hasil tugasan pelajarnya melalui kemudahan e-mel. Antara aktiviti yang boleh

dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mel ialah berkomunikasi secara dalaman dan luaran

sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan serta kementerian. Mendapatkan khidmat

nasihat pakar dan bantuan teknikal, berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses

pengajaran dan pembelajaran ; teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan

penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya serta menghubungi agensi pusat dan swasta

serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang digunakan khususnya

dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Pelajar juga dapat berkongsi menjalankan

sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain, berbincang dengan rakan dari kalangan

berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa, mengalakkan

perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar

negara dan memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran

secara "on-line". Secara tidak langsung ia akan memberi banyak faedah kepada para pelajar.

Pelajar akan lebih peka terhadap isu semasa dunia dan dapat membiasakan diri dengan aplikasi

komputer dan berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan yang bakal meningkatkan kemahiran

berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran berkomunikasi. Berbagai-bagai laman web dibina

untuk menyalurkan maklumat dan menyampaikan ilmu atau pendidikan. Banyak laman-laman

web berbentuk pendidikan, contohnya http://myschoolnet.ppk.kpm.my/ dan

http://www.tuitionstudio.com/. Dengan adanya laman-laman web sedemikian, pengguna internet

terutamanya pelajar-pelajar sama ada di peringkat rendah, menengah rendah dan di peringkat

8
universiti berpeluang mendapatkan bahan-bahan pendidikan sama ada secara percuma atau

berbayar. Kebanyakan bahan-bahan seperti jurnal-jurnal, makalah-makalah dapat diperolehi

secara percuma. Terdapat juga laman-laman web yang menyediakan tutorial tentang sesuatu

perkara atau subjek secara percuma. Bukankah berkongsi pengetahuan dan memberi ilmu

pengetahuan itu suatu perkara yang baik. Hal ini memaparkan betapa pentingya internet dalam

aspek pendidikan yang merupakan teras kepada kemajuan sesebuah negara.

2.3 Perdagangan Elektronik

Ketika ini perdagangan dan perniagaan semakin berkembang maju dan rancak. Semua ini

kerana adanya internet yang banyak memberikan kemudahan untuk para peniaga berhubung dan

menjalankan urusniaga dengan cepat dan pantas. Bahan-bahan dan produk-produk yang hendak

diniagakan dapat ditunjukkan kepada pembeli secara terus dan cepat. Peniaga dapat menghantar

brosur produk, mempamerkan hasil-hasil perkilangan di dalam laman web. Dari situ, pengguna

dan pembeli dapat membuat pemilihan dan membuat pembelian. Antara laman web yang

disediakan ialah http://www.amazon.com. Banyak syarikat menggunakan web sebagai

komunikasi ‘on-line’ yang cepat dan selamat untuk berhubung dengan para rakan niaga dan para

pembekal, dan juga membolehkan pelanggan-pelanggan memesan produk-produk dan

perkhidmatan mereka melalui internet. Pengusaha-pengusaha juga boleh memudahkan kerja

mereka dengan memesan melalui internet. Dengan ini, ia secara tidak langsung bakal memberi

pendapatan sampingan yang membawa keuntungan lumayan kepada para peniaga dan

memudahkan pembeli kerana ianya lebih menjimatkan masa dan kos. Sistem perdagangan

berasaskan rangkaian internet membenarkan pengguna untuk berkomunikasi dengan yang lain

9
dan berkongsi data dan sumber sistem yang lain. Dengan kata lain, rangkaian dapat

mengurangkan kos organisasi dan meningkatkan prestasi. Oleh itu rangkaian dan komunikasi

data adalah jantung kepada kebanyakan perniagaan kompetari Sistem Maklumat (IS). Sistem

maklumat berasaskan komputer disokong oleh rangkaian internet yang telah pun diautomasikan

kerja-kerja perkeranian di dalam perniagaan. Sistem ini juga memajukan sumber data yang mana

boleh mengeluarkan maklumat yang dikehendaki dengan segera dalam membuat keputusan

pengurusan. Ianya juga meningkatkan kecekapan operasi dan memberi lebih sokongan kepada

membuat keputusan pengurusan, rangkaian juga digunakan oleh organisasi untuk menghasilkan

produk dan perkhidmatan baru yang lebih berdaya saing yang memberikan mereka kelebihan di

dalam pasaran global. Perkhidmatan rangkaian merupakan komponen utama untuk produk dan

perkhidmatan untuk industri berat seperti perbankan, pengangkutan udara dan penyiaran berita.

Internet menyediakan kos yang murah untuk menyambungkan kedua-dua rakan perniagaan dan

pengguna. Dalam arena informasi barangan dan perkhidmatan pengguna, perdagangan

berasaskan web menyediakan cara baru pengiklanan, memesan dan membayar produk

konvensional pengguna. Ianya juga menyediakan kaedah penghantaran sebarang produk atau

perkhidmatan yang dihantar melalui penghantaran elektronik. Dalam pandangan yang berbeza,

perdagangan melalui internet banyak mendatangkan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak

dan kini dianggap sebagai satu alternatif lain dalam usaha meningkatkan pendapatan individu.

2.4 Perbincangan Sesama manusia

Dalam sudut lain, internet juga dilihat sebagai satu perhubungan komunikasi penting bagi

perbincangan sesama manusia. IRC atau Internet Relay Chat adalah suatu yang cukup digemari

10
dalam internet sejak kebelakangan ini. Pengguna boleh berinteraksi sesama mereka dalam talian

tersebut dengan hanya menggunakan papan kekunci bagaikan bercakap di dalam telefon. Hal ini

adalah jauh lebih ekonomi daripada penggunaan telefon. Ketika ber’IRC’ ini, anda akan berada

di dalam sebuah bilik sembang (chatroom). Terdapat pelbagai bilik-bilik sembang yang

mempunyai nama-nama yang unik. Di sinilah anda akan dapat berkomunikasi secara ‘on-line’

mengenai topik yang diwar-warkan. Antaranya ‘Small Business’, ‘Business Law’, ‘Rule And

Accounting’ dan banyak lagi. Bilik-bilik tersebut membolehkan anda berhubung secara terus

dengan pakar-pakar dalam bidang-bidang tertentu dari serata dunia dengan hanya kos satu

penggilan telefon tempatan. Perkembangan ini memaparkan betapa pentingya internet dalam

kehidupan seharian khususnya dalam meringankan beban masyarakat disamping dapat

merapatkan jurang ekonomi dan silaturrahim antara ssetiap bangsa dan kaum di dunia ini.

2.5 Pembekal Maklumat

Internet juga boleh dianggap sebagai satu perpustakaan ilmu kerana berperanan

membekalkan maklumat-maklumat sama ada dalam bentuk akademik dan sebagainya. Pelbagai

maklumat akan dapat diakses di mana-mana sahaja di serata dunia. Pengguna internet dapat pergi

ke lokasi yang diinginkan maklumatnya sama ada dalam bidang pendidikan, perdagangan,

perubatan dan lain-lain. Pengguna boleh menggunakan enjin pencari yang banyak terdapat di

internet untuk mendapatkannya. Yang penting, rentetan yang hendak dicari ditentukan, manakala

enjin pencari tersebut akan menentukan mana-mana pelayan yang disambung. Keputusan carian

akan memaparkan nama fail, saiz, tarikh data dicipta, lokasi dan hos komputer di mana data

tersebut berada. Setelah pengguna ini mengetahuinya, FTP (File Transfer Protocol) digunakan

11
untuk memindahkan fail tersebut. Protokol ini membenarkan sambungan rangkaian ke komputer

lain dan seterusnya memindahkan fail, sekelompok fail atau keseluruhannya juga boleh

memindah pelbagai jenis fail termasuk aplikasi, teks, grafik, audio, video, multimedia dan lain-

lain. Dalam arena dunia yang serba mencabar ini, internet dilihat sebagai satu bentuk gedung

ilmu yang penting dalam melahirkan bakal manusia yang bukan sahaja celik komputer, malah

dapat membantu dalam sama-sama membangunkan negara dalam mencipta dimensi baru ke arah

mencapai ‘Wawasan 2020’.

2.6 Memajukan Perniagaan

Internet juga dilihat begitu penting dalam membantu menubuhkan syarikat-syarikat

global. Internet memberi satu alat yang sempurna untuk membantu syarikat-syarikat ini

mengendalikan perniagaan tanpa mendirikan syarikat mereka di sesebuah negara itu. Laman web

syarikat dibina dan digunakan untuk menyampaikan maklumat syarikat kepada umum. Ia boleh

menjadi punca untuk maklumat asas mengenai produk-produk mereka, menjelaskan matlamat-

matlamat, visi-visi, strategi sesuatu korporat. Pembeli dapat memilih produk atau perkhidmatan

yang ditawarkan pada web tersebut. Kesan daripada pEnggunaan internet dalam membangun

atau memajukan perniagaan ialah ia bakal membuka peluang baru dalam usaha mengembangkan

sayap untuk melebarkan lagi rangkaian perniagaan dan tidak terhad dalam satu linkungan tempat

sahaja di samping dapat menjana keuntungan berlipat kali ganda hasil daripada pengeluaran

modal yang kecil. Hal Ini sekaligus dapat memperbaiki mutu kehidupan seseorang individu dan

mengurankan kadar kemiskinan sesebuah negara. Jika dahulunya kita lihat sesebuah syarika itu

terpaksa berhempas pulas dalam menaikkan syarikatnya di mata dunia tanpa pengunaan internet,

12
kini hasil daripada wujudnya internet maka ia telah menjadi satu alat dan nadi penting bagi

memajukan sesebuah syarikat agar lebih dikenali di seantero dunia.

2.7 Melabur dan Menanam Modal

Melabur dan menanam modal menggunakan internet dilihat satu perkara yang cukup

sinonim bagi para broker saham dan pelabur- pelabur. Para broker saham dan pelabur-pelabur

boleh mengakses maklumat sesuatu perniagaan untuk bursa-bursa saham melalui internet. Dari

lokasi tersebut, para pelabur akan mendapat prospektus yang cukup jelas mengenai sesuatu

syarikat sebelum melakukan pelaburan. Bagi mereka, internet ini dianggap sebagai nyawa

mereka kerana di sinila tempatnya mereka menyelidik dan mengkaji sedalam-dalamnya sesebuah

syarikat sebelum melakukan satu pelaburan bagi menjana pendapatan mereka. Jika tiadanya

rangkaian internet, situasi ini dilihat begitu sukar bagi mereka khususnya dalam melakukan

pelaburan kerana risikonya adalah terlalu besar sekiranya mereka meletakkan pelaburan di

syarikat yang salah. Dalam erti kata lain, ia bakal membawa seseorang pelabur itu menjadi

muflis. Arena pelaburan dan menanam modal yang dilihat begitu rancak kini membuatkan

rangkaian internet wajib atau penting bagi mereka dalam melihat situasi keadaan pelaburan yang

telah diletakkan ke atas sesebuah syarikat.

2.8 Persidangan Video

Internet juga penting dalam mewujudkan satu medium bagi persidangan video.

Persidangan video ialah suatu aktiviti di mana pengguna boleh berhubung dengan sesiapa sahaja

di serata dunia melalui kamera video digital dan mikrofon yang disambung kepada komputer

peribadi melalui talian internet. Ia lebih ekonomi dan penjimatan untuk ke sesuatu tempat. Dari
13
segi perniagaan pula, ia secara tidak langsung dapat mengelakkan pembaziran masa dan kos oleh

pengurus atau eksekutif. Dari segi pendidikan pula, ia amat bermanfaat khususnya bagi pelajar-

pelajar kawasan luar bandar. Persidngan video yang diwujudkan juga mampu memberi impak

positif kepada pembangunan pendidikan kerana melalui persidangan video kita mampu

menyumbang idea dan memberi tunjuk ajar dalam bentuk audio. Hal ini secara tidak langsung

mampu menarik minat pelajar untuk lebih fokus pada satu-satu topik pelajaran itu.

2.9 Berita

Melalui Internet juga kita mampu mengetahui satu berita atau hebahan tanpa perlu

membeli surat khabar. Terdapat laman web yang menyediakan bahan berbentuk berita. Pengguna

boleh membaca atau melihat rakaman video tentang sesuatu peristiwa. Kita tidak hanya

berpeluang membaca berita berkisarkan peristiwa tempatan, malah peristiwa yang berlaku di

seluruh dunia dapat kita ketahui. Antara laman web berbentuk berita ialah

http://www.thestar.com.my/,http://www.muslimguardian.com/,http://www.allied-

media.com/aljazeera/,http://news.bbc.co.uk/. Sesungguhnya internet menyediakan pelbagai

perkara, maklumat, bahan-bahan sama ada ianya berguna ataupun tidak. Banyak kegunaan

internet sehinggakan kita seharusnya bijak memilih bahan yang ingin kita lihat dan pelajari.

2.10 Perhubungan dan Kemasyarakatan

Internet juga menyediakan satu kaedah kepada pengguna untuk menyatakan pandangan

atau pendapat. Dari sini wujudlah "blog" yang berupa catatan peribadi seseorang. Masyarakat

boleh memperoleh idea berkenaan sesuatu perkara. Bagaimanapun, sebagai pengguna, kita

seharusnya menilai pendapat seseorang sebelum menggunakannya. Ruang-ruang forum juga

14
semakin digemari dan menjadi tumpuan peminatnya. Di sini kita dapat berbincang pelbagai

topik, berbincang dan memberikan pendapat. Sebagai contoh, http://www.bincang.net. Melalui

laman web ini, kita dapat berkonsi pandangan atau cadangan mengenai sesuatu perkara dengan

masyarakat umum di samping dapat memberi inspirasi kepada seseorang individu dalam usaha

mencari jalan penyelesaian ke atas sesuatu masalah yang dihadapi. Kadang kala, pendapat yang

diberikan juga mampu menarik minat dan boleh dijadikan satu fakta yang menarik untuk

diketengahkan.

3.0 KESIMPULAN

Konklusinya, internet merupakan satu benda yang amat penting dalam kehidupan

seharian kita dan ianya boleh dilihat dalam pengunaan mel elektronik di mana melalui internet

kita dapat menghantar sesuatu maklumat dalam masa yang singkat dan lebih ekonomi

berbanding penggunaan surat menyurat yang dilihat mengambil masa yang lama dan
15
memerlukan kos yang lebih tinggi. Selain itu, internet juga penting dalam aspek pendidikan

kerana ia merupakan gedung ilmu bagi para guru dan pelajar disamping dapat mengurangkan

beban guru. Ianya juga bakal melahirkan para pelajar dan graduan yang celik komputer dan

mampu bersaing dalam dunia yang penuh mencabar ini. Dalam sudut lain, internet juga dilihat

begitu penting dalam perdagangan elektronik. Hal ini kerana, melalui rangkaian internet

perdagangan elektronik dapat dijalankan dengan lebih meluas yang membawa keuntungan

kepada pihak peniaga dan pembeli. Ia juga bakal meningkatkan prestasi dan mengurangkan kos

operasi. Akibat daripada perkembangan pesat negara, kesuntukan masa dilihat sebagai satu

penyebab kepada kurangya komunikasi sesama manusia yang membawa kepada perbincangan

sesama manusia melalui penggunaan internet. IRC atau Internet Relay Chat yang diperkenalkan

dilihat sebagai satu usaha penting dan cukup digemari kini bagi merapatkan jurang komunikasi

sesama manusia. Dalam aspek lain, pentingnya penggunaan internet ini ialah dalam usaha

memajukan sesebuah perniagaan. Syarikat-syaarikat besar khususnya mengaplikasikan

sepenuhnya penggunaan internet dalam pengurusan mereka bagi memajukan perniagan mereka

agar lebih dikenali di seantero dunia. Ini secara tidak langsung bakal meningkatkan lagi

pengeluaran dan keuntungan syarikat tersebut sekaligus meningkatkan lagi ekonomi sebuah

negara. Internet juga dianggap begitu penting bagi para broker saham dan pelabur kerana ia

merupakan satu tempat bagi mereka mengkaji dengan mendalam sesebuah syarikat itu sebelum

mereka meletakkan pelaburan. Jika tiadanya rangkaian internet, maka risiko yang ditanggung

oleh mereka adalah lebih besar. Selain itu. internet juga telah mewujudkan persidangan video

yang mampu memberi impak positif dalam banyak aspek seperti aspek pendidikan dan

perniagaan. Kesan daripada kewujudan persidangan video ini pembangunan pendidikan negara

dapat terus digiatkan dan para peniga juga dapat menguranagkan kos dalam banyak aspek.

16
Natijahnya, jurang antara penduduk luar bandar dengan penduduk kawasan luar bandar dapat

dikurangkan dan para peniaga mampu untuk mendapat keuntungan perniagaan yang lebih besar.

Selain itu, internet juga mampu menyediakan berita dan hebahan mengenai kejadian yang sedang

berlaku di seluruh dunia selain masyarakat dapat berkongsi pandangan dan cadangan mengenai

sesuatu perkara melalui laman web blog yang diwujudkan melalui penggunaan internet. Hasil

daripada senarai yang telah dipaparkan, internet dilihat sebagai satu bentuk medium yang

dianggap begitu penting bukan sahaja kepada sesebuah negara tetapi masyarakat dan seseorang

individu itu sendiri amnya. Segala kemudahan yang telah disediakan hasil daripada kepesatan

pembangunan teknologi ini hasruslah digunakan sebaiknya oleh manusia. ‘Janganlah kerana susu

setitik, rosak susu sebelanga’ yang boleh disama ertikan dengan janganlah kerana seseorang

inividu itu menyalahgunakan internet maka kewujudan medium perhubungan ini lebih

dipandang negatif. Gunakan ia sebaik mungkin kerana ia adalah gedung ilmu yang mampu

membawa kemajuan kepada negara dan melahirkan individu yang intelek.

4.0 Rujukan

Internet . Diperolehi pada Julai 24, 2008 daripada

http://en.wikipedia.org/wiki/Internet

Internet dan peranannya. Diperolehi pada Ogos 22, 2008 daripada

http://liquid-sharky39.tripod.com/Internet_Dalam_Pembelajaran.html

17
Budi Rahardjo,(2001).Internet untuk pendidikan. Diperoleh daripada Ogos 22, 2008 daripada

http://www.cert.or.id/~budi/articles/internet-pendidikan.doc

Kebaikan Internet. Diperolehi pada Julai 7, 2008 daripada

http://www.angelfire.com/bug/rangkaian0/kelebihan_internet.html

Kebaikan Internet. Diperolehi pada Julai 14, 2008 daripada

http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?
y=2008&dt=0506&pub=DuniaPendidikan&sec=Motivasi&pg=mo_01.html

Membina laman web. Diperolehi pada Ogos 1, 2008 daripada

http://tutorialtutor.com/tutorialsatu.html

Ibrahim Saad, (1990). Perubahan Pendidikan Di Malaysia : Satu Cabaran. DBP, Kuala Lumpur.

Wan Mohd. Zahid Wan Mohd Nordin, (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia, Hala Tuju Ke Masa
Depan. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia

18

You might also like