You are on page 1of 37

GXEX1414

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Tajuk Kajian : Mengkaji tahap pendidikan dan kesannya terhadap

perkahwinan lewat dalam kalangan wanita di

Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Nama Kumpulan : Unknown

Nama Pensyarah : Puan Zainab Binti Ishak

Kumpulan Pengajaran : 11

Pembentangan : Minggu 10 Tarikh 17 Mac 2011 Giliran 2

Nama No. Matrik


Tan Kian Hin (Ketua) SES100254
Lim Hui Yee SEU090007
Cheng Hooi Swang SEU090029
Kuldeep Kaur A/P Ragbir Singh SEU090005
Ng Yin Sun SEV090011
Loh Wan Ning SEV090009
Farah Atiqah Ag. Ismail SES100261
Nur Aziela Ali SES100271
Thivashinni Subramaniam SES100058
Thavaneswary Selvarajoo SES100040
ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat


1. Pengenalan 1-2
2. Objektif 3
3. Sorotan Literatur 4-7
4. Kaedah Penyelidikan 7-8
5. Penemuan dan Perbincangan 9-18
6. Rumusan dan Cadangan 19-20
7. Rujukan 21
8. Lampiran 22-25

PENGENALAN

Kumpulan ini telah membuat keputusan untuk menjalankan kajian tentang tahap pendidikan

dan kesannya terhadap perkahwinan lewat dalam kalangan wanita di Universiti Malaya,Kuala

Lumpur. Fenomena perkahwinan lewat dalam kalangan wanita pada masa kini sering
dikaitkan dengan tahap pendidikan wanita yang semakin tinggi. Bagi tujuan kajian ini,

seseorang wanita itu dianggap berkahwin lewat apabila dia berkahwin pada usia lebih

daripada 27 tahun. Hal ini dipersetujui ramai kerana wanita yang berumur 27 tahun dan ke

atas dikatakan sukar untuk melahirkan anak.

Wanita pada masa kini telah mendominasi kebanyakan pusat pendidikan berbanding lelaki

dan hal ini turut berlaku dalam sektor sosio-ekonomi, sukan dan pentadbiran negara.

Contohnya, Datuk Robiah Abdul Ghani, 57, wanita pertama dilantik sebagai Pengarah

Jabatan Pengurusan Bukit Aman, malahan beliau juga merupakan wanita pertama memegang

jawatan sebagai Ketua Polis Negeri Pahang. Selain daripada itu, peratusan pelajar wanita

yang melanjutkan pelajaran pada tahap yang tinggi (sarjana dan kedoktoran) juga lebih tinggi

berbanding dengan peratusan pelajar lelaki. Fenomena ini juga dapat dilihat di Universiti

Malaya, di mana pelajar wanita mendominasi kampus dan dalam kalangan pensyarah juga

tidak terkecuali. Kajian kami memfokuskan kepada implikasi tahap pendidikan wanita

terhadap perkahwinannya. Adakah tahap pendidikan seseorang wanita itu menjadi faktor

utama perkahwinan lewat? Mungkinkah terdapat sebab-sebab lain yang mempengaruhi

perkahwinan mereka?

Menurut kertas kerja yang bertajuk ‘Perkahwinan dan Pembentukan Keluarga di Malaysia’

oleh Profesor Madya Tey Nai Peng dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya

yang dibentangkan di Seminar Kebangsaan pada tahun 2006, menyatakan :

“Lebih kurang 13% wanita berumur lebih 30 tahun dan berpendidikan tinggi di negara ini

masih bujang”.
Lebih gemar berdikari merupakan alasan mengapa wanita tidak mahu berkahwin, diikuti

dengan sukar mendapat pasangan yang ideal. Kebanyakan mahasiswi memilih untuk

menamatkan pengajian sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Mereka memberikan

alasan alam perkahwinan akan menjejaskan pelajaran mereka justeru mengakibatkan masa

depan yang malap.

Perbezaan peratusan bujang diantara kaum di Malaysia juga dapat dilihat dengan statistik

yang disertakan dalam kertas kerja tersebut iaitu,

“Peratusan wanita bujang pada umur lebih 30 tahun ialah 29% bagi masyarakat Cina,

disusuli kaum India, 26% dan kaum Melayu sebanyak 16%.”

Berdasarkan statistik diatas, adakah sesuatu kaum itu mempengaruhi perkahwinan atau tahap

pendidikan ialah faktor utama penyebab perkahwinan lewat berlaku? Kajian ini akan

memberikan sedikit sebanyak info tentang fenomena ini dalam kalangan wanita di Universiti

Malaya, Kuala Lumpur.

OBJEKTIF

Kajian kami berdasarkan beberapa objektif:

1. Mengenalpasti faktor-faktor perkahwinan lewat dalam kalangan wanita.


Kajian yang telah kami jalankan ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor

perkahwinan lewat dalam kalangan wanita. Melalui ini, kita dapat mengetahui sebab

dan alasan wanita pada masa kini yang memilih untuk berkahwin lewat. Antara sebab-

sebab yang sering diberikan oleh wanita ialah ingin menamatkan pembelajaran

sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

2. Mengkaji implikasi perkahwinan lewat dalam kalangan wanita terhadap

individu, masyarakat dan negara.

Selain itu, tujuan kajian ini dijalankan juga adalah untuk mengkaji implikasi

perkahwinan lewat dalam kalangan wanita terhadap individu, masyarakat dan negara.

Wanita yang berkarier tinggi pada hari ini mungkin tidak menyedari bahawa

perkahwinan lewat dapat membahayakan kesihatan mereka terutama bagi mereka

yang memilih untuk berkahwin selepas usia 27 tahun.

3. Mengkaji tahap pendidikan dalam kalangan wanita.

Tambahan pula, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pendidikan dalam

kalangan wanita. Seperti yang kita ketahui, kini wanita telah menjadi pemangkin

kepada pembangunan negara dan kini wanita telah mendominasi pusat-pusat

pendidikan.

SOROTAN LITERATURE

1. Kajian yang telah dijalankan oleh Rozila Md Arifin(AEA040427) dari Fakulti Sastera

dan Sains Sosial, Universiti Malaya, sesi 2006/2007 yang bertajuk ‘Wanita &
Pekerjaan, Implikasi terhadap perkahwinan lewat : Kajian kes di lembah pantai’

memfokus dalam fenomena perkahwinan lewat di kalangan wanita di sekitar kawasan

lembah pantai yang disebabkan oleh tiga faktor, iaitu pekerjaan, pendidikan dan

pendapatan, di mana kajian kami hanya menumpu kepada faktor pendidikan. Analisis

kajian tersebut (m/s50) telah menyatakan :

Dalam bab-bab yang lepas, kajian lebih menekankan tentang konsep-konsep yang

berkaitan dengan perkahwinan dengan pekerjaan yang mana dilihat saling

mempengaruhi antara satusama lain. Di dalam bab ini pula, kajian lebih kepada

membuat analisis daripada hasil penemuan kajian yang telah dilakukan ke atas

wanita sekitar kawasan lembah pantai. Terdapat beberapa faktor dilihat membawa

kepada terjadinya fenomena perkahwinan lewat dikalangan wanita ini antaranya

pekerjaan, pendidikan dan pendapatan.

Selain itu, berdasarkan rumusan kajiannya, penglibatan golongan wanita telah

mendapat pengikhtirafan umum, dan masyarakat kini sudah tidak mengambil status

perkahwinan sebagai sesuatu yang penting lagi, serta pandangan wanita untuk

mengejar masa depan yang lebih baik melalui pendidikan, dan itu merupakan salah

satu sebab para wanita mengetepikan perkahwinan mereka. Ini bukan sahaja bersetuju

dengan pandangan umum, malah juga menjelaskan lagi hasil kajian kita, yang juga

menyatakan bahawa tahap pendidkan mempunyai perhubungan rapat dengan umur

perkahwinan. Rumusannya menyatakan :

Sistem pelajaran masa kini yang jauh berbeza dari masa lalu merupakan faktor

penting yang mempengaruhi gejala perkahwinan lewat. Keadaan ini menyebabkan

golongan wanita ini mengenepikan soal perkahwinan demi memburu masa depan

yang baik…
…Dalam konteks sekarang,semakin tinggi kedudukan kerjanya maka semakin lewat

ia berkahwin. Komitmen terhadap pekerjaan mereka juga memyebabkan mereka

memandang isu perkahwinan sebagai sesuatu yang tidak penting. (Utusan Malaysia,

5 Julai 2003)

2. Satu lagi kajian yang didapati bertajuk Fenomena ‘Wanita Melayu Berkahwin Lewat :

Satu Tinjauan’ oleh Kalthom Binti Samiain (A195687), Jabatan Pengajian Melayu,

Universiti Malaya, sesi 1997/98 pula menumpukan kajiannya kepada golongan wanita

Melayu sahaja, manakala kajian kami tidak mengambil kaum sebagai elemen penting

terhadap kajian perkahwinan lewat, iaitu kami merangkumi pelbagai kaum sebagai

responden dalam kajian kami, termasuklah kaum minoriti. Dalam kajian kami, usia 27

diambil sebagai garis panduan untuk menentukan sama ada seseorang wanita tersebut

berkahwin lewat, walaupun kajian tersebut menganggap 25 tahun ke atas sebagai

lewat.

Perkahwinan dalam usia yang muda memang digalakkan. Lazimnya, seorang wanita

yang elah mencapai umur 25 tahun dan masih membujang akan dipandang serong

oleh masyarakat sekitarnya.

Malah, kepelbagaian agama juga menyumbang kepada kepelbagaian penentuan usia

perkahwinan sebagai lewat. Dalam kajian tersebut juga dinyatakana :

Mengikut pandangan islam, biasanya apabila seseorang gadis itu mencapai umur 9

hingga 12 tahun dan sudah dianggap akhil baligh. Jika seorang wanita atau gadis itu

masih belum berkahwin walaupun telah lewat usianya, misalnya melebihi 30 tahun,

maka gadis itu diiktirafkan sebagai anak dara tua atau andartu.
Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa perkahwinan lewat dalam

golongan wanita merupakan gejala yang tidak dapat diterima dengan baik oleh

masyarakat awam, dan sebab itulah kami turut mengkaji sebab-sebab buruk yang

munkin berlaku sekiranya berkahwin lewat, walaupun kami lebih berminat dalam

sebab-sebab selain daripada tekanan daripada pandangan serong masyarakat.

…Golongan kedua ialah, masyarakat yang memandang sinis terhadap wanita yang

lewat kahwin. Dari sinilah timbulnya panggilan andartu atau anak dara tua. Mereka

melemparkan pelbagai tohmahan kepada golongan ini. Wanita ini dituduh terlalu

memilih dan kadang-kala mereka dituduh bahawa tinkah-laku mereka tidak baik dah

sebab itulah mereka tidak laku.

3. Artikel akhbar daripada Berita Harian yang dipaparkan dalam web ini menegaskan

bahawa bilangan siswi terus menguasai tempat di IPTA. Ini juga menunjukkan

bahawa tahap pendidikan golongan wanita semakin meningkat, dan secara tidak

langsung mengubah pandangan dan cara hidup mereka. Salah satu impak yang

berkemungkinan terjadi ialah gejala perkahwinan lewat.

Bilangan pelajar perempuan yang mejejak kaki ke manara gading lebih tinggi

daripada pelajar lelaki. Peratus kemasukan pelajar perempuan sekitar 65 peratus

berbanding 35 peratus lelaki . Ini jelas mengambarkan bahawa sistem peperiksaan

dan penilaian dalam Malaysia lebih memihak kepada pelajar perempuan. Pelajar

perempuan lebih tekun menelaah dan menghafal pelajaran.

Keadaan yang berlarutan sejak sekian lama itu dikhuatiri mewujudkan

ketidakseimbangan tahap pendidikan di kalangan lelaki dan wanita secara

menyeluruh yang mana perempuan pastinya bakal menjawat jawatan lebih tinggi
dengan gaji lumayan berbanding rakan lelaki mereka.

Adakah keadaan yang berlarutan itu dapat menyeimbangkan status sosial di

kalangan kedua-dua gender berkenaan. Ini akan mewujudkan keadaan dimana lebih

ramai wanita akan berpelajaran tahap tinggi kalau dibandingkan dengan wanita.

Wanita ini akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pasangan lelaki yang

seimbang dengan mereka. Kesuakran ini akan sekaligus melambatkan proses

perkahwinan.

Mengupas persoalan itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr

Radin Umar Radin Sohadi, berkata sistem pendidikan negara berorientasikan

peperiksaan memang memihak kepada perempuan yang lebih tekun dan teliti.

KAEDAH PENYELIDIKAN

Dalam menjalankan kajian ini, beberapa kaedah telah digunakan, seperti kajian perpustakaan,

kajian online dan kajian lapangan. Keadah-kaedah yang digunakan akan membolehkan
kumpulan kami meneroka lebih banyak maklumat dan input yang berguna untuk

mendapatkan hasil kajian yang bermutu.

1. Kajian Perpustakaan dan online

Kajian perpustakaan adalah langkah pertama dalam kajian ini. Dengan melakukan kajian

perpustakaan, kami memperoleh maklumat am mengenai topik kajian kami iaitu

mengkaji tahap pendidikan dan kesannya terhadap perkahwinan lewat di kalangan wanita

di Universiti Malaya. Melalui keadah ini, kumpulan kami juga dapat memperolehi

maklumat yang berkaitan daripada sumber primer dan sekunder seperti journal,

suratkhabar, kertas persidangan dan buku.

Kajian online pula dilakukan untuk memperolehi bahan yang tidak boleh ditemui di

perpustakaan. Dalam kaedah ini, kami dapat melakukan perbandingan dengan umur

perkahwinan wanita di kalangan masyarakat Malaysia untuk mengetahui umur

perkahwinan wanita yang boleh dianggap sebagai lewat. Maklumat yang diperolehi adalah

untuk memudahkan kumpulan kami untuk menentukan had usia perkahwinan lewat di

kalangan wanita di Universiti Malaya, iaitu 27 tahun ke atas.

2. Kaedah Lapangan

Dalam kaedah ini, kumpulan kami telah menjalankan kajian di lapangan Universiti

Malaya untuk mencapai objektif kajian. Kaedah lapangan yang dipilih membolehkan

kumpulan kami memperoleh maklumat langsung daripada interaksi dengan warga

Universiti Malaya. Secara tidak lansung kaedah ini memaparkan ketulenan kajian yang

dijalankan. Ini kerana kajian lapangan adalah sumbangan dan usaha kumpulan kami

untuk menyumbangkan maklumat yang tidak pernah dikaji sebelum ini. Dalam kajian ini

kumpulan kami telah memilih kaedah pengedaran borang soal selidik di bawah kajian

lapangan.
Soal Selidik

Dalam kaedah ini, kumpulan kami telah mengedarkan boring soal selidik kepada 50

responden yang semuanya terdiri daripada warga wanita di Universiti Malaya.

Golongan responden dalam kajian soal selidik ini terdiri daripada pensyarah, staf,

pelajar dan juga pekerja am. Borang soal selidik diedarkan kepada golongan tersebut

untuk memastikan bahawa semua warga Universiti Malaya yang terdiri daripada

pelbagai tahap pendidikan dapat diliputi.

Jumlah soalan yang dikemukan kepada respondent adalah sebanyak 15 soalan.

Objektif yang ingin dicapai adalah untuk menentukan sama ada responden telah

berkahwin atau ingin berkawin pada usia lewat dan sebab-sebabnya, serta sama ada

terdapat perubahan umur perkahwinan responden dengan generasi lepas, iaitu ibu

mereka.

Walau bagaimanapun, para penyelidik sedar bahawa bilangan responden yang telah

dipilih tidak akan menunjukkan pandangan majoriti warga wanita di Universiti

Malaya. Namun demikian, para penyelidik tidak dapat mengedarkan soal selidik

kepada majoriti warga wanita di atas sebab kekurangan masa dalam menjalankan

kajian ini. Secara kesimpulannya, kaedah ini akan memberikan pandangan yang lebih

jelas dan mendalam tentang tanggapan warga wanita di Universiti Malaya mengenai

isu perkahwinan lewat.


ANALISIS PENEMUAN

1. Umur

Rajah 1

Daripada semua responden, lebih kurang satu perempat berusia dalam lingkungan 20-

25, dan selebihnya merupakan tumpuan kajian ini, atau mereka yang berusia lebih

tinggi, iaitu 27 dan ke atas bagi tujuan kajian ini.


2. Kaum/Etnik

Rajah 2

Jelas dilihat bahawa kebanyakan daripada responden kajian ini merupakan Kaum

Melayu, iaitu sebanyak 62% (31 orang).


3. Pekerjaan

Rajah 3

Kebanyakan responden merupakan gologan yang telah bekerja. Walau bagaimanapun,

kita juga mengambil kira pandangan sesetengah pelajar, oleh sebab itulah 12 orang

daripada responden kajian ini merupakan golongan pelajar.


4. Tahap pendidikan tertinggi

Rajah 4

Rajah ini menunjukkan melebihi 55% responden kajian ini mempunyai tahap

pendidikan yang tinggi (STPM ke atas), iaitu sebanyak 31 daripada 50 orang.


5. Status perkahwinan

Rajah 5

Hanya 16 orang yang tidak berkahwin menyertai soal selidik ini, dan satu daripadanya

telah bercerai, manakala yang selebihnya telah berkahwin.

Umur ingin berkahwin(bujang) dan umur perkahwinan(berkahwin)


Rajah 6

Dalam kalangan responden yang masih bujang, kebanyakan ingin berkahwin pada

usia 27 dan ke atas, manakala kebanyakan responden yang telah berkahwin

menunjukkan bahawa umur perkahwinan mereka ialah sebelum 27.


6. Sekiranya anda masih bujang, apakah sebab-sebab anda belum berkahwin? (Pilih satu

atau lebih)

Rajah 7

Jelas dilihat bahawa kebanyakan responden memilih masih belajar sebagai sebab

utama masih bujang, diikuti oleh belum menemui jodoh dan terlalu mudah.
7. Pada usia berapakah ibu anda berkahwin?

Rajah 8

Kebanyakan ibu responden berkahwin awal, dengan kebanyakan (64%) berkahwin

pada usia 21-25, dan categori terakhir, iaitu 36 dan keatas pula mendapat 0%.
8. Apakah tahap pendidikan tertinggi ibu anda?

Rajah 9

Tahap pendidikan ibu responden kita secara amnya tidak tinggi, iaitu sebanyak 4%

tidak bersekolah, dan 80% hanya mendapat pendidikan hingga SPM sahaja.
9. Adakah anda menyokong perkahwinan selepas usia 27?

Rajah 10

Keputusan bagi soalan ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara bagi

pendapat wanita di UM tentang perkahwinan lewat, iaitu sebanyak 48% tidak

menyokong dan 52% menyokong, perbezaan dua orang sahaja.


10. Mengapakah anda menyokong perkahwinan wanita selepas usia 27? (Pilih satu

sahaja)

Rajah 11

Majoriti responden, iaitu 22 orang memilih lebih matang sebagai sebab sokongan

perkahwinan lewat.
11. Mengapakah anda tidak menyokong perkahwinan wanita selepas usia 27? (Pilih satu

sahaja)

Rajah 12

Sebanyak 17 responden memilih masalah kesuburan sebagai sebab tidak menyokong,

dan hanya satu yang memilih peluang mendapat jodoh nipis.


12. Jika anda menyokong perkahwinan wanita selepas usia 27, apakah kesan baiknya?

(Pilih satu sahaja)

Rajah 13

Paling ramai responden yang berpendapat bahawa keluarga yang lebih stabil

merupakan kesan baik perkahwinan wanita selepas usia 27, iaitu sebanyak 15.
13. Jika anda tidak menyokong perkahwinan wanita selepas usia 27, apakah kesan

buruknya? (Pilih satu sahaja)

Rajah 14

Paling ramai responden bersetuju bahawa peluang mendapat anak nipis merupakan

kesan buruk perkahwinan selepas usia 27.


14. Pada pendapat anda, adakah tahap pendidikan mempengaruhi umur berkahwin

wanita?

Rajah 15

Hampir tiga perempat responden bersetuju bahawa tahap pendidikan mempengaruhi

umur berkahwin wanita, dan hanya 24% daripada 50 orang responden tidak bersetuju.
15. Pada pendapat anda, apakah sebab utama tahap pendidikan seseorang memberikan

kesan terhadap perkahwinan lewatnya? (Pilih satu atau lebih)

Rajah 16

Sebab-sebab utama atas pendapat responden adalah untuk menumpukan perhatian

sepenuhnya dalam bidang akademik atau perkerjaan (43%) dan untuk mencari

pasangan yang mempunyai tahap pendidikan yang sama taraf atau lebih tinggi.

PERBINCANGAN

Kami telah mengedarkan borang soal selidik kepada 50 responden di Universiti Malaya untuk

mengkaji tahap pendidikan dan kesannya terhadap perkahwinan lewat dalam kalangan
wanita. Selain itu, kami juga dapat mengenal pasti faktor-faktor dan implikasi perkahwinan

lewat dalam kalangan wanita.

Berdasarkan hasil kajian kita, kebanyakan responden berumur 26 dan ke atas. Oleh itu,

kebanyakan responden merupakan golongan yang telah bekerja, antara pekerjaan mereka

ialah pensyarah, staf dan pekerja am di Universiti Malaya. Lanjutan daripada itu, sebahagian

besar responden mempunyai tahap pendidikan tinggi yang setaraf dengan STPM dan ke atas,

iaitu 56% daripada 50 orang responden. Oleh disebabkan kebanyakan responden berumur 26

dan ke atas, maka melebihi separuh daripada mereka telah berkahwin.

Daripada analisis kajian kami, ibu para responden mempunyai tahap pendidikan yang agak

rendah, iaitu 62% daripada 50 hanya memegang sijil PMR dan ke bawah. 74% daripada

golongan tersebut juga berkahwin awal, iaitu pada umur 25 dan ke bawah. Justeru, tahap

pendidikan dalam kalangan wanita pada zaman dahulu adalah rendah dan hal ini

menyebabkan mereka berkahwin awal.

Berdasarkan bilangan responden yang telah berkahwin, kami mendapati 22 orang responden

berkahwin sebelum umur 27, manakala 12 orang responden berkahwin pada umur 27 dan ke

atas. Keputusan ini menunjukkan bahawa tahap pendidikan tidak mempengaruhi umur

berkahwin mereka. Hal ini disebabkan mereka dilahirkan pada tahun 70-an, jika seorang

wanita masih bujang pada lewat usia, misalnya melebihi 27 tahun, maka wanita itu akan

diiktirafkan sebagai anak dara tua atau andartu. Hal ini menyebabkan mereka bimbang dan

risau akan pandangan negatif masyarakat seperti dipandang serong. Oleh itu, mereka akan

melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi selepas berkahwin.

Daripada 15 orang responden yang bujang, kami turut mendapati 12 orang responden ingin

berkahwin pada umur 27 dan ke atas, manakala 3 orang responden sahaja ingin berkahwin

sebelum umur 27. Berdasarkan hasil kajian Rozila Md Arifin (2007), golongan wanita pada
zaman kini lebih mementingkan tahap pendidikan mereka, maka mereka sanggup

mengetepikan soal perkahwinan demi memburu masa depan yang lebih baik. Kepesatan

pembangunan, khususnya dalam bidang sosioekonomi dan pendidikan juga mempengaruhi

golongan wanita pada zaman ini ingin berkahwin lewat. Buktinya, daripada keputusan soalan

selidik kami menunjukkan kebanyakan responden yang bujang masih belajar. Oleh itu, tahap

pendidikan mempengaruhi perkahwinan lewat dalam kalangan wanita pada zaman kini.

Keputusan bagi soalan selidik kami menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara bagi

pendapat wanita di Universiti Malaya tentang perkahwinan lewat, iaitu sebanyak 48%

daripada 50 orang responden tidak menyokong perkahwinan selepas usia 27, manakala yang

selainnya menyokong kenyataan tersebut. Antara mereka yang menyokong perkahwinan

lewat, kebanyakannya berpendapat bahawa seseorang akan lebih matang selepas usia 27.

Sebaliknya, terdapat 17 orang responden daripada jumlah 24 orang responden berpendapat

masalah kesuburan merupakan sebab utama mereka tidak menyokong perkahwinan lewat.

Merujuk hasil kajian kami, 76% daripada 50 orang responden bersetuju bahawa tahap

pendidikan mempunyai pengaruh terhadap umur berkahwin wanita. Pada pendapat mereka,

sebab utama tahap pendidikan seseorang wanita memberikan kesan terhadap perkahwinan

lewat ialah kerana mereka ingin menumpukan perhatian sepenuhnya dalam bidang akademik

atau pekerjaan. Selain itu, sebab yang lain ialah kerana mereka ingin mencari pasangan yang

mempunyai tahap pendidikan yang sama taraf atau lebih tinggi. Kesimpulannya, kami

mendapati bahawa kebanyakan responden berpendapat tahap pendidikan tinggi

mempengaruhi perkahwinan lewat dalam kalangan wanita.

RUMUSAN DAN CADANGAN


Berdasarkan kajian ini, kami telah mendapati satu tren yang menunjukkan bahawa semakin

banyak wanita yang berpendidikan tinggi, terutamanya dalam lingkungan umur 30-an masih

belum mengakhiri zaman bujang mereka.

Perubahan yang dihuraikan di atas dipercayai kesan daripada perubahan sosioekonomi

masyarakat. Kesan yang paling ketara dijangka disebabkan oleh pemerataan pendidikan

dalam masyarakat. Pendidikan telah mengubah umur terendah perkahwinan dan purata umur

memasuki alam perkahwinan selepas mencapai umur perkahwinan. Peningkatan tahap

pendidikan juga telah memberikan kesan secara tidak langsung melalui anjakan pandangan

hidup dan peluasan penglibatan wanita dalam sektor kegiatan formal. Peningkatan

pengetahuan tentang kewanitaan akan membantu masyarakat meluaskan peranan wanita

dalam pelbagai bidang masyarakat dan perluasan peranan ini telah meningkatkan umur

perkahwinan dalam kalangan wanita. Peningkatan umur ini diperlukan untuk membolehkan

wanita membuat persediaan yang mencukupi sebelum memasuki alam rumah tangga.

Tidak dapat dinafikan bahawa budaya perkahwinan pada usia lewat telah mula mencorak

perubahan dalam institusi kekeluarga di Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Fenomena

kahwin lewat ini akan seterusnya menyumbang kepada kelewatan jangka masa mendapat

anak sekaligus menyebabkan penurunan kadar kesuburan di negara ini.

Bagi mereka yang sudah berkahwin pula, kebanyakan dapat hidup dengan lebih gembira,

sihat, panjang umur dan menikmati kesihatan mental yang lebih baik dan bermakna serta

kurang menghadapi risiko untuk didera secara fizikal. Kajian yang dilakukan berdasarkan

latar belakang seseorang wanita seperti umur perkahwinan, tahap pendidikan, latar belakang

latihan kemahiran, status pekerjaaan akan membantu menyingkap perubahan proses

demografi yang berlaku. Kajian ini juga membolehkan kita menelah impaknya terhadap

populasi umum.
Justerunya, pihak kerajaan perlulah mengambil fenomena kahwin lewat ini sebagai panduan

dalam menetapkan dasar dan polisi pada masa hadapan. Panduan bagi agensi-agensi kerajaan

yang berkaitan untuk melaksanakan atau inisiatif bagi mengalakkan wanita kahwin awal agar

dapat mengelakkan penularan budaya barat yang menolak konsep perkahwinan dan

seterusnya menghalalkan seks bebas yang akan menyebabkan keruntuhan institusi kekeluarga

di Malaysia. Contohnya, kementerian pendidikan boleh memfokus dalam Pendidikan Moral

atau Sivil Pendidikan supaya membolehkan generasi muda mengutamakan moraliti seseorang

daripada kecantikan fizikal atau status kedudukan dalam memilih calon suami atau isteri pada

usia yang sesuai bagi perkahwinan nanti. Pelbagai kempen atau kursus perkahwinan juga

boleh diadakan bagi menerap nilai-nilai kekeluargaan dan harmoni dalam kalangan wanita.

RUJUKAN

1. Rozila md arifin.(2007).wanita & pekerjaan, implikasi terhadap perkahwinan lewat:

kajian kes di lembah pantai.universiti malaya.kuala Lumpur.

2. Kalthom Samiain.(1998).fenomena wanita melayu berkahwin lewat: satu tinjauan.

Universiti malaya. Kuala Lumpur.


3. Othman Yunus.(2003). Wanita berpendidikan tinggi dan bekerja; kesan terhadap

kesuburan: satu kajian di wilayah persekutuan kuala lumpur. Universiti Malaya.

Kuala Lumpur.

4. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/...7103714/Article

LAMPIRAN
BORANG KAJIAN SOAL SELIDIK

GXEX 1414 : TITAS

Tajuk Kajian : Mengkaji tahap pendidikan dan kesannya terhadap perkahwinan lewat di kalangan
wanita di Universiti Malaya.

Maklumat responden:

1. Umur
( )20 – 25 ( )26-30 ( )31-35 ( )36-40
( )40 dan ke atas

2. Kaum/etnik
( )Melayu ( )Cina ( )India ( )Lain-lain

3. Pekerjaan
( )Pensyarah ( )Pelajar ( )Staf ( )Pekerja am

4. Tahap pendidikan tertinggi


( )UPSR ( )PMR/SRP ( )SPM ( )STPM
( )IJAZAH PERTAMA/SARJANA MUDA
( )SARJANA
( )SARJANA TINGGI
5. Status perkahwinan:
( )Bujang, umur ingin berkahwin:______
( )Berkahwin, umur berkahwin:_____
( )Bercerai

Arahan: Sila menandakan ∕ dalam kurungan yang disediakan.

6. Sekiranya anda masih bujang, apakah sebab-sebab anda belum berkahwin? (Pilih satu atau
lebih)
( )Masih belajar
( )Belum menemui jodoh
( )Tidak berminat
( )Ingin membina kerjaya
( )Terlalu muda
( )Masalah peribadi
( )Lain-lain
( )Tidak berkaitan

7. Pada usia berapakah ibu anda berkahwin?


( )15 dan ke bawah ( )36 dan ke atas
( )16-20
( )21-26
( )27-30
( )31-35
8. Apakah tahap pendidikan tertinggi ibu anda?
( )Tidak bersekolah
( )Sekolah rendah
( )PMR/SRP
( )SPM atau setarafnya
( )STPM atau setarafnya
( )IJAZAH PERTAMA/SARJANA MUDA
( )SARJANA
( )SARJANA TINGGI

9. Adakah anda menyokong perkahwinan selepas usia 27?


( )Ya ( )Tidak

10. Mengapakah anda menyokong perkahwinan wanita selepas usia 27? (Pilih satu sahaja)
( )Lebih matang ( )Berfikiran terbuka ( )Kurang salah faham
( )Tidak berkaitan

11. Mengapakah anda tidak menyokong perkahwinan wanita selepas usia 27? (Pilih satu sahaja)
( )Masalah kesuburan ( )Peluang dapat jodoh nipis
( )Tidak dapat menikmati masa bersama cucu-cucu
( )Tidak berkaitan

12. Jika anda menyokong perkahwinan wanita selepas usia 27, apakah kesan baiknya? (Pilih satu
sahaja)
( )Keluarga yang lebih stabil
( )Kadar penceraian rendah
( )Dapat mendidik anak dengan sempurna
( )Tidak berkaitan

13. Jika anda tidak menyokong perkahwinan wanita selepas usia 27, apakah kesan buruknya?
(Pilih satu sahaja)
( )Peluang mendapat anak nipis
( )Kadar penceraian tinggi
( )Mempunyai tanggungjawab pada usia yang tua
( )Tidak berkaitan

14. Pada pendapat anda, adakah tahap pendidikan mempengaruhi umur perkahwinan wanita?
( )Ya ( )Tidak

15. Pada pendapat anda, apakah sebab utama tahap pendidikan seseorang wanita menberikan
kesan terhadap perkahwinan lewatnya? (Pilih satu atau lebih)
( )Menumpukan perhatian sepenuhnya dalam bidang akademik atau pekerjaan
( ) Mencari pasangan yang mempunyai tahap pendidikan yang sama taraf atau lebih
tinggi
( ) Keluarga akan menjadi beban
( ) Mengelakkan penghamilan sepanjang masa belajar
( ) Lain-lain,sila nyatakan :

You might also like