You are on page 1of 2

AKHBAR / : MINGGUAN MALAYSIA SEKSYEN / :

NEWSPAPER SECTION
TARIKH / DATE : 16-Apr-2006 HARI / DAY : AHAD (SUN)
ISU / ISSUE : LAIN-LAIN MUKA : 48
SURAT /
PAGE
TAJUK / TITLE : Kaji sistem ombudsman di pelbagai negara

Teks Keratan Keratan Akhbar


UNTUK pertimbangan semua pihak nanti, termasuk kerajaan ialah cadangan
mengadakan sistem ombudsman bagi yang mahu mengadu hal terhadap
polis, jabatan- jabatan kastam, imigresen, pengangkutan, pejabat tanah dan
lain-lain agensi serta wakil rakyat. Bahkan juga menteri-menteri.

Perkara itu disuarakan pada minggu lalu oleh Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohd. Nazri Abdul Aziz. Menurutnya penubuhan badan
itu timbul berikutan rancangan mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan
Salah Laku (IPCMC) yang kemudian ditentang oleh pelbagai pihak, termasuk
beberapa ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat.

Katanya lagi, tidaklah adil untuk menghukum seluruh pihak polis kerana
hanya sebilangan kecil terlibat dalam salah guna kuasa atau rasuah.
Nazri memberitahu bahawa Peguam Negara dan pejabatnya sedang meneliti
penubuhan badan itu, termasuk memberi nasihat kepada kerajaan kerana ia
melibatkan pelbagai aspek dan juga undang-undang. Ia akan mengambil
masa kerana tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.

Contoh

Sistem ombudsman bermula di Sweden pada tahun 1809-10 dan kemudian


dicontohi di Britain, Jerman, New Zealand dan Norway, antara lainnya. Ia
berasal daripada perkataan ombud, bererti suruhanjaya, penyiasat atau
orang tengah yang bebas. Tujuan utama ialah untuk membolehkan rakyat
biasa mengadu mengenai pelbagai hal, termasuk salah laku atau salah guna
kuasa.

Perjalanannya tidak sama seperti dijelaskan daripada bahan-bahan rujukan


dunia Barat. Antara lain disebut bahawa kuat kuasa ombudsman meliputi
semua agensi, kecuali keputusan-keputusan Kabinet (Sweden, Norway, New
Zealand, Britain) dan juga keputusan-keputusan mahkamah. Kuasa
ombudsman hanya untuk mencadangkan tindakan wajar selanjutnya.

Pada tahun 1971 Sweden mengadakan pejabat ombudsman untuk


melindungi kepentingan para pengguna. Parlimen Eropah pula mengadakan
pejabat ombudsman bagi mendedahkan penyelewengan dalam urusan
pejabat-pejabat kerajaan Kesatuan Eropah (European Union).

Pada bulan Mei 2001, Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


mengalu-alukan cadangan setiausaha agung untuk mengadakan sistem
ombudsman di Sekretariat Bangsa-Bangsa Bersatu.

Menarik perhatian ialah catatan daripada ensiklopedia Wikipedia mengenai


sistem ombudsman pada zaman silam. Lalu disebut mengenai pelbagai
masalah yang berbangkit dalam pemerintahan empayar Rom. Pihak
berkenaan kemudian mengambil iktibar daripada langkah khalifah kedua
Islam, Sayidina Umar (634-644) dengan konsep Qadi al-Qadat untuk
negara-negara Islam yang kemudian “mempengaruhi Raja Charles XII di
Sweden yang kembali dari pembuangan di Turki pada tahun 1713,
mengadakan pejabat Tertinggi Ombudsman.”

Peranan

Selanjutnya dijelaskan peranan pejabat ombudsman di Sweden:


Ombudsman untuk kanak-kanak yang meliputi hak-hak dan segala
kepentingan mereka, ombudsman untuk orang-orang cacat yang mengawasi
segala hak dan kebajikan mereka dan satu lagi untuk mengatasi diskriminasi
antara kaum.

Di Finland pula, ombudsman dilantik oleh Parlimen dan bertanggungjawab


memastikan bahawa semua pejabat dan pegawai kerajaan bertindak
menurut undang-undang. Ia berkuasa memeriksa segala kemudahan
kerajaan, termasuk segala dokumen dan boleh meminta polis menyiasat jika
perlu.

Juga diadakan pejabat ombudsman mengenai hak-hak sama bagi kaum


lelaki dan wanita, hak kanak-kanak dan hak golongan minoriti.

Di Ireland pula ombudsman terletak di bawah kuasa presiden setelah


dicalonkan oleh Parlimen. Ia boleh menerima aduanaduan terhadap jabatan-
jabatan kerajaan, pejabat kesihatan dan juga pejabat pos. Manakala di
Britain jawatan ombudsman juga terletak di Parlimen.

Banyak kerja bagi pejabat Peguam Negara jika mahu mewujudkan sistem
ombudsman di Malaysia kerana perlu mengkaji sistem di pelbagai negara.

Seperti disebut di beberapa buah negara, keputusan-keputusan kabinet dan


mahkamah tidak tertakluk kepada kuat kuasa ombudsman. Semoga berjaya.

You might also like