You are on page 1of 11

-intro

asas undang2 di Malaysia asal nya undang2 islam bersama2 adat melayu
ketika penjajahan,undang2 inggeris dibawa masuk

-kesan penjajahan terhadap undang2


penggunaan common law inggeris sehingga kini

-cara undang2 inggeris dibawa masuk ke sini

-masalah2 yg timbul

-usaha dan jalan penyelesaian yg telah dilakukan untuk mengatasi

-tentangan terhadap usaha

-kesimpulan
http://www.scribd.com/doc/26156296/Pengenalan-Kepada-Sistem-Perundangan

Undang-Undang Inggeris

Sebagai bekas tanah jajahan Inggeris, prinsip common law dan undang-undang ekuiti Inggeris adalah
merupakan sumber undang-undang tidak bertulis yang di gunapakai secara meluas dalam sistem undang-
undang di Malaysia semasa baru mencapai kemerdekaan dan sehingga kini pengaruh nya masih tetap wujud
walau pun telah banyak berkurangan. Common law Inggeris mula terbentuk di England pada zaman
pertengahan melalui keputusan yang di buat oleh hakim-hakim dalam perbicaraan. Dengan kemunculan raja-
raja yang sangat berkuasa, kerajaan yang kuat, kewujudan sistem kehakiman yang berpusat serta dengan
adanya kumpulan kerani undang-undang yang profesional menyimpan semua rekod-rekod berkaitan keputusan
yang telah di buat oleh hakim-hakim dalam perbicaraan mahkamah telah memungkinkan wujud nya undang-
undang yang seragam dan sama(common) untuk seluruh England. Undang- undang ekuiti pula ialah cabang
undang-undang yang di tadbir oleh Lord Chancellor sebagai wakil raja melalui pejabatnya yang kemudian di
kenali sebagai mahkamah chancery yang berfungsi melihat isu undang-undang dari perspektif ekuiti iaitu
keadilan dan kesaksamaan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian. Ianya berbeza dengan konsep
common law yang lebih terikat kepada peraturan-peraturan atau keputusan kehakiman yang terdahulu tanpa
mengira samada ianya adil atau tidak. Jika terdapat konflik di antara common law dan undang-undang ekuiti,
maka peraturan undang-undang ekuiti akan di guna pakai.

Namun demikian tidak semua undang-undang Inggeris di terima pakai di Malaysia. Pemakaian
undang-undang Inggeris di Malaysia pada hari ini adalah tertakluk kepada seksyen 3(1) Akta Undang-Undang
Sivil 1956 (Di Semak 1972), manakala seksyen 5(1) akta yang sama memberi perhatian khusus berkaitan
pemakaian undang- undang perdagangan Inggeris di Malaysia.

Seksyen 3. Pemakaian Common Law U.K., undang-undang ekuiti dan statut-statut


tertentu.

(1).Kecuali jika ada peruntukan yang telah di buat atau yang bakal di buat oleh mana-
mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia, mahkamah hendaklah –

(a) Di Malaysia Barat atau mana-mana bahagian daripada nya memakaicomm on


law England dan undang-undang ekuiti sebagaimana yang di jalankan di
England pada 7 April 1956.

(b) Di Sabah memakai common law England dan undang-undang ekuiti bersama
dengan statut-statut pemakaian am yang di jalankan atau berkuatkuasa di
England pada 1 Disember 1951.

(c) Di Sarawak memakai common law England dan undang-undang ekuiti,


bersama dengan statut-statut pemakaian am yang di jalankan atau
berkuatkuasa di England pada 12 Disember 1949, … … …

Peruntukan seksyen 3(1) di atas telah membangkitkan banyak percanggahan tafsiran di kalangan
pengamal dan cerdik pandai undang-undang berkaitan dengan ketidak-seragaman tarikh serta ketiadaan
pemakaian statut bagi Malaysia Barat berbanding dengan pemakaian statut di Sabah dan Sarawak. Namun
demikian kita tinggalkan perbincangan berkaitan dengan perkara tersebut kerana ianya di luar skop modul ini.

Apa yang penting untuk kita ketahui di sini ialah kesan seksyen 3(1) di atas terhadap pemakaian
undang-undang Inggeris ialah, di Malaysia Barat undang-undang Inggeris iaitu common law dan ekuiti yang
wujud sebelum 7 April 1956 adalah di pakai. Di Sabah dan Sarawak pula, Undang-undang Inggeris iaitu
common law, ekuiti dan statut yang wujud sebelum 1 Disember 1951 bagi Sabah dan sebelum 1 Disember
1949 bagi Sarawak adalah di pakai.

Walau bagaimana pun pemakaian undang-undang Inggeris di Malaysia adalah


tertakluk kepada dua keadaan iaitu :

1. Ketiadaan undang-undag bertulis tempatan yang boleh di gunapakai dalam menangani masaalah
undang-undang yang berbangkit. Undang-undang Inggeris hanyalah sebagai pengisi
kekosongan(lacuna) yang wujud dalam sistem undang- undang Malaysia.

2. Hanya undang-undang Inggeris yang bersesuaian dengan keadaan dan suasana tempatan sahaja yang
akan di gunapakai. Seksyen 5 (1) Akta Undang-Undang Sivil 1956 (Di Semak 1972) memberi
perhatian khusus terhadap pemakaian undang-undang perdagangan Inggeris di Malaysia. Seksyen 5.
Pemakaian Undang-Undang Inggeris Dalam Hal Ehwal Perdagangan;

(1) Di dalam semua persoalan atau isu-isu yang timbul atau yang perlu di putuskan dalam negeri-negeri di
Malaysia Barat selain negeri-negeri Melaka dan Pulau Pinang yang berkaitan dengan undang-undang
perkongsian, syarikat-syarikat, perbankan, prinsipal dan ejen, pengangkutan udara, darat dan laut, insuran
marin, purata, insuran hayat dan kebakaran dan yang berkaitan dengan undang-undang perdagangan secara
umum, undang-undang yang terpakai adalah sama dengan yang di gunapakai di England dalam kes-kes serupa
pada masa berkuatkuasa nya akta ini, jika persoalan atau isu-isu telah timbul atau telah di putuskan di England
melainkan dalam mana-mana kes, peruntukan lain telah atau akan di buat oleh mana-mana undang-undang
bertulis.

Implikasi daripada seksyen 5(2) ini kepada pengunaan prinsip undang-undang

perdagangan Inggeris di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak ialah prinsip undang-undang
perdagangan Inggeris akan terus terpakai di negeri-negeri tersebut jika tiada undang-undang tempatan yang
dapat di rujuk untuk menyelesaikan masaalah berkaitan dengan undang-undang perdagangan. Namun demikian
dengan ada nya statut- statut tempatan berkaitan urusan perdagangan yang telah banyak di luluskan oleh badan
perundangan seperti Akta Syarikat 1965 (Di semak 1973), Akta Perkongsian 1961 (Di Semak 1974), Akta
Bank dan Institusi Kewangan 1989, Akta Kontrak 1950 (Di Semak 1974), Akta Insurans 1963 (Di Semak
1972) dan lain-lain lagi, maka tidak lagi wujud kebergantungan penuh kepada prinsip undang-undang
perdagangan Inggeris bagi negeri- negeri ini.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/10/20/mstar_berita/20101020160900&sec=mstar_berita

Hanya Undang-Undang Inggeris Sesuai Diguna Pakai Di Malaysia - Nazri

KUALA LUMPUR: Hanya undang-undang Inggeris bersesuaian dengan keadaan dan suasana tempatan dan
diguna pakai di negara ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
memberitahu Dewan Rakyat pada Rabu.

Mohamed Nazri berkata keadaan itu merangkumi sekiranya ada "lakuna" atau ketiadaan peruntukan undang-
undang tempatan mengenai perkara yang dipertikaikan.

"Pemansuhan pemakaian undang-undang lazim England (Common Law England), undang-undang Inggeris
atau kaedah ekuiti melalui Akta Undang-undang Sivil 1956 [Akta 67] tidak menjadi isu atau keperluan yang
mendesak," katanya.

Beliau menjawab soalan Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) yang ingin tahu bila kongkongan undang-undang
lazim England akan dimansuhkan melalui Akta Undang-undang Sivil 1956.

Mohamed Nazri berkata seksyen 6 Akta 67 mengecualikan pemakaian bahagian dua undang-undang Inggeris
di bawah seksyen 3 dan 5 Akta 67 untuk perkara yang berkaitan dengan pemegangan (tenure),
pemindahhakkan (conveyancing), jaminan (assurance of) atau pewarisan (succession) mana-mana harta tak
alih atau mana-mana aset, hak atau faedah.

Berhubung dengan tatacara jenayah di Malaysia, beliau berkata kedudukannya adalah berbeza kerana undang-
undang Inggeris tidak terpakai sekiranya terdapat lakuna sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah
Agung.

Mengenai pemakaian undang-undang Inggeris dalam hal komersil dan perdagangan di Malaysia, Mohamed
Nazri berkata kebergantungan terhadap undang-undang itu adalah terhad meskipun sekysen 5 Akta 67
memperuntukkan pemakaian undang-undang perdagangan Inggeris di negara ini.

"Selain itu, usaha untuk mengadakan atau memperbaharui undang-undang perdagangan di Malaysia sentiasa
berterusan melalui penggubalan undang-undang perdagangan seperti Akta Perbadanan Insurans Deposit
Malaysia 2005 [Akta 642], Akta Perdagangan Elektronik 2006 [Akta 658], Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007 [Akta 671] dan Akta Persaingan 2010 [Akta 712]," katanya.

Menurutnya berdasarkan rangka perundangan pada masa kini serta undang-undang kes Malaysia yang
mewujudkan prinsip perundangan setaraf dengan undang-undang Inggeris, Malaysia tidak lagi bergantung
kepada undang-undang lazim England dalam menangani sesuatu isu undang-undang.

"Tiada keburukan sekiranya peruntukan sedemikian dikekalkan memandangkan pada masa depan
berkemungkinan terdapat keperluan untuk memakai peruntukan tersebut sekiranya terdapat lakuna dalam
undang-undang berkaitan apabila mahkamah hendak memutuskan sesuatu kes," katanya.

Menjawab soalan tambahan Nasharudin sama ada kerajaan berhasrat mempunyai Malaysia Common Law,
Mohamed Nazri berkata ia tidak boleh dilaksanakan kerana tiada budaya penyimpanan rekod sebelum negara
mencapai kemerdekaan.

"Kita tidak boleh memakai Malaysian Common Law kerana tiada rekod menunjukkan 100 tahun dulu kalau
berlaku perkara ini, maka inilah penyelesaiannya," katanya.

Nazri berkata Singapura, India dan Australia adalah negara komanwel lain yang menggunakan undang-undang
lazim England. – BERNAMA
http://www.jksnpp.gov.my/app_jksn/index.php?option=com_content&task=view&id=131&lang=en

Mengecapi negara Malaysia yang merdeka mencapai usia 51 tahun, adalah satu perkara yang patut kita raikan
dan banggakan kerana pelbagai kemajuan telah dapat kita capai dan nikmati bersama. Kini, Malaysia
merupakan sebuah negara yang disegani di dunia. Namun, melihat institusi kehakiman kita yang masih di
dalam paradigma lapuk kerana merujuk Common Law Inggeris menggambarkan kita seolah-olah masih lagi
terjajah walaupun kita sebenarnya sudah lama bebas daripada cengkaman mereka.

Benarlah seperti apa yang dinyatakan oleh seorang bekas Ketua Hakim negara kita iaitu untuk kita
memansuhkan rujukan kepada Common Law Inggeris daripada undang-undang sivil kerana ia menggambarkan
minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah. Begitu juga kita melihat semua penganut
agama lain di Malaysia dapat melaksanakan ajaran agama mereka dengan sepenuhnya, berbanding dengan
umat Islam di Malaysia yang belum boleh melaksanakan sepenuhnya ajaran Islam kerana salah satu yang
menjadi lompong adalah Undang-undang Syariah yang masih lagi berada di taraf yang rendah.

Alternatif terbaik bagi mendapat keadilan adalah dengan kembali merujuk kepada undang-undang syariah yang
telah lama bertapak di negara kita semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Hukum Kanun Melaka
dan Undang-undang Laut Melaka adalah dua dokumen bertulis yang menunjukkan bahawa Undang-undang
syariah termaktub dalam sistem perundangan Melaka dan jajahan takluknya serta dikuatkuasakan berdasarkan
kepada fakta sejarah.

Melaka menjadi tumpuan dan masyhur kerana ia adalah pusat penyebaran Islam, pusat pengembangan
intelektual umat Islam serantau dan sistem pentadbiran yang diasaskan di atas peraturan dan perundangan
Islam. Inilah yang menjadikan Melaka tumpuan pedagang,misi- misi diplomatik negara lain dan para ulama.

Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka adalah ‘legacy’ peninggalan Kerajaan Melaka yang
tak ternilai dan boleh dijadikan asas dalam perlaksanaan syariat Islam di Malaysia masa kini. Ia adalah asas
yang kukuh untuk menyemak semula undang-undang barat yang kini dilaksanakan sebagai undang-undang
utama di Malaysia. Oleh kerana undang undang syariat telah dikanunkan dalam Hukum Kanun Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka, maka syariat Islamlah yang menjadi landasan kepada sistem perundangan yang
pertama jauh sebelum Inggeris mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu pada akhir kurun ke 19M.

Ini juga bermakna Perlembagaan Malaysia yang dibentuk pada tahun 1957 harus dilihat semula kerana
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mana-mana Undang-undang yang bertulis yang bertentangan
yang digubal sebelum hari kemerdekaan dengan sendirinya terbatal. Hukum Kanun Melaka dan Undang-
undang Laut Melaka adalah undang-undang bertulis yang wujud lima kurun dahulu, sekaligus memberi
justifikasi yang cukup untuk menyemak Perlembagaan Malaysia dengan mengambilkira peruntukan-
peruntukan syariat yang pernah dikanun dan digunapakai di zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Hukum Kanun Melaka memperuntukan undang-undang yang berkaitan dengan tanggungjawab pemerintah
dan pegawai kerajaan,larangan ke atas orang ramai,hukuman keatas kesalahan sivil dan jenayah, undang-
undang keluarga, isu-isu berkaitan ibadat dan muamalat yang dijelaskan dengan terperinci dan peraturan yang
berkaitan dengan pertanian. Undang-undang Laut Melaka pula memperuntukkan perkara-perkara yang
berkaitan dengan urusan perlayaran dan perkapalan serta tanggungjawab Laksamana, peraturan pelayaran dan
perdagangan, hukuman ke atas kesalahan jenyah atau pelanggaran undang-undang Islam dan juga perkara-
perkara berkaitan dengan tindak tanduk ketua-ketua perkapalan.

Dari sudut lain pula peruntukan undang-undang setempat memberi ruang kepada hakim berdasarkan budi
bicara untuk memutuskan samada mengikut hukum syara’ atau hukum adat. Dengan ini, hakim akan
mengambil kira kesan-kesan sosial yang mungkin timbul jika hukum syariat dilaksanakan sepenuhnya.
Penggubal Hukum Kanun Melaka mengambil pendirian berkecuali dengan harapan para hakim menjatuhkan
hukuman setimpal berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan.

Apabila Islam datang ke Nusantara, tradisi dan adat mengalami satu proses rasionalisasi dan turut diguna pakai
dalam perlaksanaan hukum dan undang-undang. Ungkapan ini jelas tergambar kepada perbilangan di bawah:

Adat bersendi hukum,


Hukum bersendi syarak,
Syarak bersendi Kitabullah.

Jika Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka ditulis pada zaman Sultan Muzaffar Shah (1424-
1444) dan terdapat dalam bentuk manuskrip, ada satu lagi teks undang-undang yang lebih tua iaitu Batu
Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303M. Ia wujud sebagai bukti tunggal tanpa sokongan manuskrip.

Bukti sejarah dari Melaka dan Kuala Berang,Terengganu membawa kepada beberapa kesimpulan. Pertama,
pemerintahan Islam berdiri bersama dengan Undang-undang Syariah. Samada Undang-undang itu
dilaksanakan sebahagian atau bercampur-campur dengan Undang-undang adat, ia tetap membuktikan bahawa
hukum-hakam syara’ merupakan aspek perundangan negeri yang penting.

Kedua, peruntukan-peruntukan Undang-undang Islam yang turut meliputi kesalhan jenyah menunjukkan
Negeri-negeri di Tanah Melayu telah mencapai tahap kemajuan yang membanggakan apabila syariat di
daulatkan lebih dari 500 tahun lalu. Kini setelah Tanah Melayu melepasi fasa penjajahan, Undang-undang
Syariah dipinggirkan dan diganti dengan Undang-undang Sivil yang diwarisi dari penjajah British. Ketiga,
perlaksanaan Undang-undang Islam berlaku dalam sebuah negeri kosmopolitan. Melaka adalah Pelabuhan
Utama dan Pusat Perdagangan Antarabangsa yang dikunjungi oleh pelbagai bangsa dan agama. Namun, hanya
satu Undang-undang yang digunapakai untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan pedagang asing. Kuala
Berang juga dikenalpasti sebagai pelabuhan penting yang dikunjungi oleh pedagang asing dari China dan
Barat.

Ini adalah hujah yang penting bagi menyokong perlaksanaan Undang-undang Syariah di Malaysia. Masyarakat
majmuk dan kepelbagaian kaum sama sekali bukan alasan untuk tidak melaksanakan Undang-undang
Islam,bahkan ia menjadi sebab yang cukup baik untuk melaksanakannya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=0822&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Mansuh Common Law — Ketua Hakim Negara mahu perundangan lapuk Inggeris diganti
Oleh Zabry Mohamad

PETALING JAYA 21 Ogos — Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim hari ini
mencadangkan rujukan kepada Common Law Inggeris dimansuhkan daripada undang-undang sivil negara ini
kerana ia menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah.

Beliau juga menegur sesetengah pengamal undang-undang yang terus mengguna pakai Common Law Inggeris
dalam kes-kes perbicaraan tertentu.

Sambil menyifatkan mereka sebagai ‘katak di bawah tempurung penjajah’, Ahmad Fairuz menegaskan, gejala
tersebut tidak seharusnya berlaku selepas 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.

Menurut beliau, setelah negara merdeka selama lima dekad, pakar-pakar perundangan tempatan seharusnya
sudah mampu mewujudkan undang-undang yang lebih bermutu dan sesuai dengan keadaan semasa.

”Sudah 50 tahun kita merdeka, sudah 50 tahun kita terlepas daripada cengkaman penjajah, tetapi Seksyen 3
dan 5 Undang-Undang Sivil 1956 masih kekal dalam perundangan kita.

”Apakah ini petanda bahawa Common Law Inggeris itu adalah undang-undang yang paling baik di dunia?
Apakah ini petanda bahawa pakar undang-undang kita masih di bawah tempurung penjajah?” soalnya.

Ahmad Fairuz berkata demikian ketika berucap merasmikan seminar mengenai pemikiran ilmiah dan
sumbangan Allahyarham Profesor Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim anjuran Institut Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM) di sini.

Turut hadir ialah Pengerusi IKIM, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Ketua Pengarah institut itu, Dr.
Syed Ali Tawfik Al-Attas.

Menurut Ketua Hakim Negara, kegagalan memartabatkan perundangan sendiri seolah-olah memperlihatkan
Malaysia sudah ketandusan kepakaran sehingga terpaksa meminjam daripada Common Law Inggeris sejak
tahun 1957.

Katanya, di Malaysia, Common Law Inggeris masih dirujuk dalam kes-kes mahkamah jika tiada akta undang-
undang tempatan yang boleh dipakai sebagaimana terkandung dalam Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-Undang
Sivil 1956.

Seksyen 3 akta berkenaan memberi laluan kepada mahkamah negara ini untuk mengetepikan Common Law
Inggeris, mengutamakannya atau mengambil kira keadaan setempat dalam membuat penghakiman.

Seksyen 5 akta yang sama membenarkan pemakaian seluruh undang-undang perdagangan yang ditadbir di
England melainkan jika terdapat undang-undang tempatan.

Ahmad Fairuz memberitahu, sudah tiba masanya kedua-dua seksyen tersebut dipinda dengan memansuhkan
semua rujukan kepada Common Law Inggeris dan undang-undang serta kaedah-kaedah ekuiti yang ditadbirkan
di England.
Sebagai ganti, menurut beliau, pengamal undang-undang mungkin boleh merujuk kepada keputusan-keputusan
mahkamah di negara ini yang mengikut undang-undang tempatan dan memberi keutamaan kepada keadaan di
negeri-negeri di Malaysia.

Dalam hubungan ini, beliau mahu pakar undang-undang di Malaysia bersepakat sama ada mahu meneruskan
amalan merujuk kepada Common Law.

Jika sebaliknya, tegas beliau, pendekatan baru perlu diambil bagi menggantikan Common Law Inggeris yang
dilihat sudah sebati dalam perundangan negara.

Beliau menambah, mungkin juga sudah tiba masanya untuk memartabatkan undang-undang Islam bukan
sahaja dalam perundangan negara tetapi juga perundangan antarabangsa.

Sekiranya idea itu diterima, jelas beliau, sudah pasti keharmonian undang-undang sivil dan undang-undang
syariah dapat dicetuskan sehingga memberi impak maksimum kepada masyarakat.

Pada majlis itu, Ahmad Fairuz turut melancarkan buku berjudul Permata Pengislahan Perundangan Islam yang
merupakan biografi Allahyarham Ahmad Ibrahim.

Ahmad Ibrahim ialah tokoh perundangan yang banyak menyumbang kepada pembangunan perundangan di
negara ini khususnya undang-undang Islam.

Beliau merupakan salah seorang peguam dalam perbicaraan kes Natrah, wanita keturunan Belanda yang dibela
oleh keluarga Islam dan kemudian dituntut semula oleh keluarga asalnya. Perbicaraan kes Natrah mencetuskan
rusuhan di Singapura pada tahun 1950.

Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 82 tahun pada 17 April 1999 merupakan profesor undang-
undang di Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
http://tayibah.com/eIslam/Artikel/halanganislam.htm

Prof. Ahmad Ibrahim

Di negeri-negeri Melayu sebelum masuknya pengaruh Kerajaan British undang-undang asas atau undang-
undang negeri ialah undang-undang Islam bersama dengan Adat Melayu. Dalam kes Ramah lwn Laton ([1927]
6 FMSLR 128; 2JH 213) Mahkamah Rayuan di Selangor telah memutuskan bahawa undang-undang Islam
ialah undang-undang negeri dan Mahkamah hendaklah mengiktirafkan dan menggunakan undang-undang itu.

Undang-undang Islam yang diikuti itu ialah dalam semua bidang dan meliputi undang-undang keluarga,
undang-undang jenayah, undang-undang Tanah, dan undang-undang Mal, termasuk undang-undang Acara dan
Keterangan. Kumpulan undang-undang Melayu lama seperti Undang-undang Melaka atau undang-undang
yang dikumpulkan untuk Sultan Pahang mempunyai peruntukan bagi undang-undang Mal, undang-undang
Keterangan dan undang-undang Acara. Majallat al-Ahkam, suatu kumpulan undang-undang Mal Islam, yang
diperundangkan di Turki telah diterjemahkan ke hahasa Melayu dan diiktiraf sebagai undang-undang yang
harus diikuti di mahkamah-mahkamah diJohor pada tahun 1914.

Walau bagaimanapun keadaan itu telah berubah selepas masuknya pengaruh British ke negeri-negeri Melayu.
Raja-raja Melayu telah membuat triti dengan pihak berkuasa British dan bersetuju menerima nasihat British
dalam semua bidang kecuali agama Islam dan adat Melayu. Perkataan "agama Islam telah diberi tafsiran yang
sempit dan "agama itu dianggap sama seperti agama Kristian. Dengan tafsiran ini pihak British telah dapat
mempengaruhi bidang undang-undang di Malaysia, yang dianggap olehnya tidak berhubungan dengan agama.
Undang-undang Inggeris telah dimasukkan dan diterima di negeri-negeri Melayu dengan dua cara.

Pertama melalui perundangan. Pihak berkuasa British telah menasihat raja-raja Melayu agar membuat
beberapa undang-undang bertulis dan undang-undang ini mengikut contoh undang-undang Inggeris secara
langsung atau tidak. Dengan cara ini diadakan Kanun Jenayah (Penal Code), Enakmen Keterangan (Evidence
Enactment), Enakmen Kontrak (Contract Enactment), Kanun Acara Sivil, (Civil Procedure Code) Kanun
Acara Jenayah dan Enakmen Tanah (Land Enactment). Akibatnya bidang-bidang seperti bidang jenayah,
kontrak, acara jenayah, acam sivil, keterangan dan tanah, undang-undang Islam dan undang-undang Melayu
yang lama telah diketepikan dan undang-undang baharu yang mengikut prinsip-prinsip undang-undang
Inggeris telah dikuatkuasakan.

Keduanya melalui keputusan para hakim. Dengan nasihat pihak berkuasa British raja-raja Melayu telah
mengadakan mahkamah dan hakim yang dilantik mengetuai mahkamah terdin daripada hakim-hakim British
yang berpengalaman dalam undang-undang Inggeris. Apabila hakim-hakim itu menghadapi sesuatu masalah
yang tidak boleh diselesaikan melalui undang-undang bertulis, mereka kerapkali memjuk kepada undang-
undang Inggeris, kerana undang-undang itulah yang mereka ketahui dan fahami. Akibatnya kaedah undang-
undang Inggeris tentang Tort dan Ekuiti diterima dan digunakan di negeri-negeri Melayu. Melalui cara
perundangan dan keputusan para hakim - undang-undang Inggeris telah dimasukkan secara menyeluruh ke
dalam undang undang di negen-negeri Melayu. Akhimya bolehlah dikatakan undang-undang Inggeris telah
hampir mengambil tempat undang-undang Islam sebagai undang-undang negeri.

Keadaan seperti itu telah disahkan dan diperkukuhkan pula oleh undang-undang bertulis di negeri-negeri
Melayu. Pada mulanya Enakmen Undang-undang Sivil 1937 telah dibuat di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Mengikut enakmen itu manakala tidak terdapat undang-undang di negeri-negeri Melayu yang boleh
dikemukakan dalam mana-mana perkara, hendaklah mahkamah merujuk kepada undang-undang Inggeris yang
berkuatkuasa di England pada tahun 1937. Enakmen itu telah diperluas ke Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu pada tahun 1951, dan pada tahun 1956 pula ordinan yang baharu telah dibuat untuk menggantikan
Enakmen Undang-undang Sivil 1937 itu.
Ordinan Undang-undang Sivil ini dikenakan ke seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Seksyen 3 dalam ordinan
itu memperuntukkan:

Kecuali ada peruntukan yang telah dibuat atau akan dibuat oleh undang-undang bertulis yang berkuatkuasa
di Malaya, Mahkamah akan (a) di Malaysia Barat atau di sebarang bahagian daripadanya menguatkuasakan
Common Law England dan peraturan-peraturan Ekuiti seperti yang ditadbirkan di England pada 7 April
1956.

Ordinan Undang-undang Sivil 1956 telah disemak semula pada tahun 1971 dan diperluas ke Sabah dan
Sarawak dengan nama yang baru iaitu Akta Undang-undang Sivil, dan akta ini masih berkuatkuasa di
Malaysia. Akibatnya, undang-undang yang kita terpaksa ikuti di Malaysia, kecuali jika ada undang-undang
bertulis yang lain, ialah undang-undang Inggeris dan undang-undang Inggerislah yang menjadi undang-undang
asas dan undang-undang negeri di Malaysia. Undang-undang Islam pada masa sekarang hanya dikenakan
kepada orang-orang Islam sahaja dan dalam perkara-perkara yang terhad sahaja iaitu perkara-perkara
bcrhubung dengan keluarga dan agama Islam dengan pengertian yang sempit.

Undang-undang Islam di Malaysia bukan sahaja ditadbirkan di mahkamah-mahkamah kadi tetapi juga
adakalanya ditadbirkan di Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi apabila memutuskan sesuatu perkara bukan
memandang kepada hukum Islam sahaja tetapi memberatkan undang-undang awam negeri.

Oleh sebab itu boleh terjadi pertentangan di antara undang-undang di Malaysia dan hukum Islam, dan juga di
antara keputusan kadi dan pendapat mufti dengan keputusan mahkamah awam. Mengikut undang-undang yang
berlaku di Malaysia pada masa dahulu apabila pertentangan itu terjadi keutamaan diberi kepada undang-
undang di Malaysia dan keputusan mahkamah awam untuk mengelakkan kejadian seperti itu dan
mengagungkan semula hukum Islam, beberapa langkah harus diambil.

Pertama ialah memansuhkan seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil, 1956 iaitu Akta Undang-undang
Sivil 1956 (Akta 67). Dengan memansuhkan peruntukan Akta itu, bermakna kita pada masa ini dikehendaki
merujuk kepada undang-undang Inggeris. Kita tidak harus terikat sedemikian, dan harus bebas mencari
panduan daripada undang-undang lain, khasnya daripada undang-undang Islam.

Kedua hendklah diadakan suatu perkara dalam Perlembagaan Malaysia yang berbunyi:

Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan undang-undang Islam hendaklah terbatal dan
dianggap tidak sah setakat mana ia bertentangan itu.

Dengan syarat seperti ini yang telah pun terdapat dalam Perlembagaan Pakistan, Perkara 227, kita boleh
menentukan bahawa semua undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia tidak bertentangan dan sesuai
dengan undang-undang Islam.

Dengan dua cara mi bolehlah kita mengesahkan bahawa undang-undang di Malaysia sekurang-kurangnya tidak
bertentangan dengan undang-undang Islam.

Selepas dan itu hendaklah kita menghormati dan menerima undang-undang Islam dalam semua bidang.
Langkah ini tidaklah boleh diambil tergesa-gesa tetapi hendaklah orang Islam sendiri mempelajari dan
meyakinkan ketinggian taraf dan keindahan undang-undang Islam itu. Kita harus meyakinkan diri kita sendiri
dan orang-orang lain di Malaysia bahawa undang-undang Islam itu adil dan saksama.

Ketiga, bolehlah kita anjurkan mengadakan syarat di semua kanun dan akta bahawa jika tidak ada peruntukan
dalam kanun atau akta itu mahkamah hendaklah merujuk kepada undang-undang Islam.
Satu langkah yang sangat berkesan telah diambil dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, Perkara
121, yang memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Bawahan tidak boleh mempunyai
bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah.

Dalam kes-kes yang disebutkan di atas dengan pindaan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan, Akta
Perlembagaan (Pindaan) 1988 (Akta A 704) percanggahan di antara Mahkamah Tinggi dengan Mahkamah
Syariah tidak akan timbul kerana kes-kes itu hanya boleh dibawa ke Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi
tidak lagi mempunyai bidang kuasa dalam perkara-perkara itu.

Sayangnya kita dapati di Malaysia apa yang didukung dan dimajukan oleh orang-orang bukan Islam ialah
undang-undang Inggeris yang kita terima daripada penjajah. Orang-orang Islam sebaliknya ingin
mengembalikan undang-undang Islam kepada tempatnya yang asal sebagai undang-undang asas dan undang-
undang negeri. Ini yang menimbulkan masalah di Malaysia. Satu harapan ialah undang-undang Inggeris sendiri
telah mengalami beberapa pembaharuan yang membawanya lebih dekat kepada undang-undang Islam dan
dengan kejadian itu perbezaan antara undang-undang Inggeris dan undang-undang Islam dapat dikurangkan.
Usaha boleh dibuat untuk menyelaraskan undang-undang sivil di Malaysia dengan undang-undang Islam yang
dengan cara itu akan diterima oleh semua rakyat di negara kita.

Sungguhpun Mahkamah Syariah boleh dikatakan telah dibebaskan daripada percanggahan dengan Mahkamah
Sivil apabila pihak-pihak kes ialah orang-orang Islam dan perkara itu dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah
(oleh kerana Mahkamah Sivil tidak lagi mempunyai bidang kuasa) satu masalah timbul apabila satu pihak
orang Islam dan pihak yang lagi satu bukan Islam. Dalam percanggahan undang-undang seperti mi sayangnya
Mahkamah Sivil selalu merujuk kepada undang-undang sivil iaitu undang-undang pihak yang bukan Islam
sebagai contoh Che Omar bin Che Soh lwn Public Prosecutor [1984] 2 MU 55; Eeswari Visuvalingam lwn
Kerajaan Malaysia. [1990] 1 MU 86. Pedley lwn Majlis Agama lslam Pulau Pinang [1990] 1 MU 307 dan
Teoh Eng Huat lwn Kadi Pasir Mas [1990] 2 MU 300; Lihat juga Akta Membaharui Undang-undang
(Perkahwinan dan Perceraian) 1976, s. 51.

Adalah diharapkan Mahkamah Sivil akan juga merujuk kepada undang-undang Islam, iaitu undang-undang
pihak yang satu lagi, dan memutuskan perkara itu mengikut prinsip-prinsip yang dikenakan apabila terjadi
percanggahan undang-undang, iaitu memilih mana-mana undang-undang yang munasabah dan membawa
kepada keadilan:

You might also like