You are on page 1of 13

Soft Ring

MUHAMAD ASYRAF FAHMI BIN MUSTAFA


MOHD ADHA BIN ISMAIL
MUHAMED YUZAIMIE BIN YUSOFF
Pengenalan
Gabungan permainan antara bola jaring, bola baling
dan sofbol.
sesuai dilakukan untuk tahap dua kerana mereka lebih
mahir dengan kemahiran-kemahiran asas permainan
yang selaras dengan kemampuan fizikal dan bentuk
badan mereka.
dirancang untuk menguji kecergasan, kemahiran dan
kecerdasan psikomotor
Peralatan

Glove sofbol
Pundi kacang
Gelung rotan
Cara Bermain
Permainan ini menggunakan pundi kacang dan tangan
di mana tangan kiri akan memakai glove sofbol
Terdapat 7 orang pemain bagi setiap pasukan di mana
seorang menjadi penjaga gol manakala 6 orang yang
lain menjadi pemain.
6 orang pemain diletakkan di posisi masing-masing
iaitu 2 orang pemain pertahanan, 2 orang pemain
tengah dan 2 orang lagi pemain penyerang
Cara Bermain
Permainan akan dimulakan di kawasan tengah padang dengan
membuat lambungan duit syiling.

Pemain hanya dibenarkan berada dalam kawasan masing-


masing. Pemain tengah dibenarkan memasuki kawasan
serangan hanya apabila melakukan serangan untuk membantu
pemain penyerang mendapatkan gol
Cara Bermain
Pundi kacang hanya boleh ditangkap dengan
menggunakan tangan kiri iaitu tangan yang memakai
sarung tangan dan menghantar serta menjaringkan
pundi kacang tersebut dengan menggunakan tangan
kanan.
Hantaran pundi kacang tersebut hanya boleh dibuat
kepada pemain yang berada di kawasan berhampiran
sahaja.
Cara Bermain
Sekiranya salah satu pasukan menghantar pundi
kacang keluar daripada kawasan permainan, pihak
lawan akan mendapat lontaran ke dalam.
Markah atau gol akan dikira sekiranya pundi kacang
berjaya dijaringkan ke dalam gol lawan.
 Sekiranya salah satu pasukan berjaya menjaringkan
gol, permainan akan dimulakan semula di bahagian
tengah padang oleh pihak lawan.
Peraturan Permainan
Masa permainan ialah selama 5 minit iaitu 2 minit
untuk separuh masa pertama 1 minit untuk masa rehat
dan 2 minit lagi untuk separuh masa kedua.
Hanya 7 orang pemain dibenarkan masuk ke dalam
padang bagi setiap pasukan.
Permainan hanya akan dimulakan selepas pengadil
meniupkan wisel permulaan.
Permainan akan bermula di kawasan tengah padang.
Peraturan Permainan
Pemain perlulah berada di kawasan masing-masing.
Jika ada pemain yang masuk ke dalam kawasan yang
tidak boleh dimasuki, balingan percuma akan
diberikan kepada pihak lawan.
Pemain mesti menghantar pundi kacang kepada
pemain yang berada di kawasan berhampiran sahaja,
jika pemain menghantar pundi kacang terlalu jauh iaitu
‘ over court’ balingan percuma akan diberikan kepada
pihak lawan
Peraturan Permainan
Pemain hanya dibenarkan menangkap pundi kacang
menggunakan tangan kiri sahaja. Jika pemain
menangkap pundi kacang dengan menggunakan
tangan kanan atau kedua-dua belah tangan, balingan
percuma akan diberikan kepada pihak lawan.
Jika pemain melakukan ‘body contact’ atau kekasaran
terhadap pihak lawan, pihak lawan akan mendapat
balingan percuma
Peraturan Permainan
Balingan ke dalam hanya boleh dilakukan daripada luar
kawasan permainan dan pemain tidak boleh memijak
garisan padang. Jika ada pemain memijak garisan padang
sewaktu hendak melakukan balingan ke dalam, balingan
ke dalam tersebut akan diberikan kepada pihak lawan.
Pemain hanya boleh menjaringkan gol daripada luar
kawasan ‘D’ sahaja. Jika pemain menjaringkan gol
daripada dalam kawasan ‘D’, gol tidak akan dikira dan
balingan percuma akan diberikan kepada pihak lawan
Permainan akan tamat apabila pengadil meniupkan wisel
penamat.
Aspek Keselamatan
Pemain perlulah berada di kawasan masing-masing
supaya tidak berlaku perebutan yang boleh
mengakibatkan kecederaan.
Pemain perlulah memakai sarung tangan bola lisut
untuk mengelakkan kecederaan semasa menangkap
pundi kacang.
Pemain perlulah menangkap pundi kacang dengan
menggunakan tangan kiri iaitu tangan yang memakai
sarung tangan bagi mengelakkan kecederaan.
Pemain mestilah menghantar pundi kacang kepada
rakan yang berada berhampiran kawasan permainan
supaya pundi kacang tidak terkena pemain lain jika
pemain menghantar pundi kacang terlalu jauh.
Pemain tidak dibenarkan melakukan kekasaran atau
‘body contact’ atau melakukan kekasaran terhadap
pemain lain.
Pemain perlulah menjaringkan gol daripada luar
kawasan ‘D’ bagi mengelakkan kecederaan penjaga
gol pihak lawan.

You might also like