You are on page 1of 7

Network Marketing

Syarikat network marketing dikenali oleh beberapa istilah yang maksudnya lebih kurang
sama iaitu syarikat direct selling, syarikat Multi-Level, affiiate marketing, tiered Marketing,
referral marketing dan sebagainya.

Model network marketing mirip dengan sistem francais (tetapi ianya bukan francais).
Dalam sistem francais, pemegang franchise di beri hak untuk memasarkan produk
franchisor dan menggunakan nama franchisor. Pada masa yang sama, franchisor akan
membantu pemegang francais dari segi sistem pemasaran, latihan & bimbingan dan
sokongan. Konsep network marketing menggunakan cara yang sama seperti francais.
Setiap ahli dianggap sebagai rakan kongsi dan apabila kita menceburi industry MLM, kita
sebenarnya telah memulakan perniagaan kita sendiri.

Syarikat Multi Level atau MLM merupakan syarikat yang memasarkan produk mereka
menerusi rangkaian ahli. Beza utama syarikat MLM dengan syarikat pemasaran single level
adalah ahli syarikat MLM dibenarkan menaja ahli lain dan membina rangkaian ahli di
bawah mereka. Dalam syarikat single level marketing pula, hanya syarikat dibenarkan
menaja atau mengupah jurujual. Dari segi komisen atau bonus, ahli syarikat MLM di bayar
berdasarkan penjualan peribadi mereka dan penjualan dalam rangkaian mereka. Cara
perkiraan bonus dipanggil marketing plan. Setiap syarikat MLM di Malaysia mesti
mendapat lesen jualan langsung sealiran dengan akta jualan langsung 1993 yang bertujuan
untuk mengawalselia aktivitiaktiviti jualan langsung.
Tarikan utama konsep MLM adalah hak ahli untuk menaja ahli lain dan membina rangkaian
dan mengembangkan perniagaan mereka. Dengan rangkaian yang luas, ianya pasti
membawa pulangan yang jauh lebih baik jika di bandingkan berkerja secara berseorangan.
Yang paling menyeronokkan, sekiranya kita latih leader-leader kita dengan baik maka
mereka akan duplikasikan keputusan kita dan rangkaian akan terus kembang tanpa banyak
usaha. Ahli-ahli di bawah rangkaian kita bukan saja mendapat bimbingan daripada leader
tetapi pihak syarikat juga akan melatih ahli-ahli dalam rangkaian kita. Justeru apabila
perniagaan kita mengembang, kita mempunyai pendapatan dan masa yang banyak.
Tips bermula dengan betul

Ikut sistem upline. Jangan pakai sistem sendiri kerana ini adalah business duplikasi.
Mula dengan warm market dahulu iaitu orang yang kami kenali. Senaraikan ahli keluarga
dan rakan-rakan yang dekat dengan kita. Kumpulan ini lebih mudah untuk kita menaja
kerana mereka mengenali anda dan percaya anda.
Cari mereka dalam senarai anda yang ada pengalaman MLM atau minat mendapat
pendapatan tambahan
Jangan berhenti dari menaja atau terus mengembangkan rangkaian
Latih mereka yang aktif supaya berdikari

Sekiranya anda boleh berbuat demikian, rangkaian anda akan terus berkembang dan
pulangannya adalah berlipat kali ganda.
Tips memilih syarikat MLM

Berikut adalah beberapa tips untuk memilih syarikat MLM yang berjaya:

Pilih syarikat yang berlesen

Di Malaysia, setiap syarikat MLM perlu ada lesen jualan langsung mengikut akta jualan
langsung 1993. Sekiranya pihak syarikat memberi alasan bahawa pendaftaran lesen dalam
proses, maka anda dinasihatkan supaya jangan masuk. Syarikat tersebut telah melanggar
undang-undang kerana menjalankan aktiviti penajaan tanpa lesen. Syarikat MLM yang
betul-betul long term tak akan mula sehingga berjaya dapat lesen AJL.

Syarikat Baru vs Syarikat Lama?

Kekuatan syarikat lama adalah ianya telah terbukti berjaya dan sudah established. Jadi, kita
tidak risau syarikat ada masalah. Akan tetapi peluang untuk berkembang pesat dalam masa
yang singkat telah terlepas kerana leader-leader besar biasanya kurang minat syarikat
lama. Mereka mempunyai impian besar dan ingin menjadi orang terawal (pioneer).
Kekuatan utama syarikat baru adalah anda boleh menjadi ahli yang terawal dan sekiranya
anda dan syarikat berjaya, pendapatan anda tinggi. Akan tetapi, masalahnya banyak
syarikat MLM gagal. Jadi apabila kita memilih syarikat baru, kita kena tanggung risiko.

Jadi sama ada nak pilih syarikat baru atau syarikat lama terpulang kepada matlamat anda
dan personaliti anda. Sekiranya anda minat pendapatan yang stabil walaupun lambat pilih
MLM yang dah stabil dan berjaya. Sekiranya anda nak cepat, pilihlah yang baru.

 Perniagaan dan Produk Syarikat MLM

MLM adalah sejenis perniagaan. Maka, faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan atau
kegagalan sesebuah perniagaan konvensional sama juga akan mempengaruhi syarikat
MLM. Anda perlu kaji tawaran produk, harga dan marketing plan. Adakah syarikat tersebut
mempunyai daya saing yang kuat. Sekiranya tidak, sudah pasti perniagaan tersebut akan
lingkup dalam masa terdekat.

Latarbelakang Syarikat

Anda perlu kenali juga pengurusan syarikat MLM. Adakah pihak pengurusan
berpengalaman dalam industri MLM? Mengurus syarikat MLM bukannya senang. Banyak
syarikat MLM gagal kerana pihak pengurusan kurang berpengalaman. Pada masa yang
sama, anda juga perlu kaji adalah pengurusan sesuatu syarikat MLM terdiri daripada
mereka yang minat money game. Sekiranya ya, besar kemungkinan syarikat yang akan
ceburi pun berkonsepkan permainan wang dan jangkahayatnya tidak berpanjangan.
Tips Kaji Marketing Plan

1. Adakah seorang yang baru masuk dan dengan usaha yang sederhana, dapat menjana
pendapatan yang munasabah. Sekiranya tidak, ramai ahli akan hilang motivasi
apabila tak nampak duit.
2. Adakah marketing plan syarikat mempunyai faktor motivasi yang tinggi?
3. Adakah marketing plan syarikat overpay? Sekiranya overpay syarikat pasti akan
tukar plan dalam masa depan menyebabkan ramai ahli hilang minat.
4. Apakah modal yang diperlukan? Sekiranya modal diperlukan terlalu tinggi, ramai
tidak akan masuk. Sebaliknya sekiranya modal yang diperlukan rendah, komisen
anda pun sedikit dan tidak setimpal dengan usaha anda.

Teknologi Internet

Adakah syarikat MLM menggunakan teknologi internet dan membenarkan pengedar atau
ahli menaja, menjual dan melakukan perniagaan tersebut secara online. Internet semakin
penting dalam perniagaan lebih-lebih lagi perniagaan MLM. Teknologi internet
membolehkan anda menaja orang yang tinggal jauh atau luar negara. Harga petrol semakin
naik, maka kurang praktikal untuk melakukan semua penajaan dan jualan secara
bersemuka.

Affiliate Marketing

Secara ringkasnya, konsep affiliate marketing adalah menggunakan orang tengah untuk
mempromosi produk orang lain. Dalam konteks pemasaran internet, contoh affiliate
marketing adalah apabila seseorang memiliki laman web atau blog dan ia menggunakan
laman web atau blog tersebut untuk memasarkan produk atau perkhidmatan orang lain.
Apabila pengunjung laman web mereka melakukan pembelian, maka dia akan mendapat
komisen daripada pembelian tersebut.

Potensi pendapatan affiliate marketing besar kerana komisennya tinggi (boleh sampai 80%
daripada harga produk) khasnya kalau kita memasarkan produk digital.
Potensi untung daripada affiliate marketing banyak bergantung kepada trafik iaitu
bilangan pengunjung yang lawat laman web atau blog anda. Lebih ramai pengunjung, maka
kemungkinan untuk seorang pengunjung membeli adalah lebih tinggi. Ianya juga
bergantung kepada kualiti pengunjung. Di sini kualiti bermaksud adakah pengunjung
laman web anda minat produk yang anda promosikan melalui affiliate marketing?
Sekiranya tema atau topik laman web anda mempunyai kaitan dengan produk yang anda
jual, maka lebih tinggilah kemungkinan berlakunya pembelian.
Ini dilakukan dengan memaparkan gambar produk yang kita nak promote dan keterangan
tentang produk dalam blog atau laman web kita. Sekiranya seseorang pelawat laman web
kita klik produk, terdapat link ke laman web penjual produk tersebut. Sekiranya pelawat
tersebut membeli produk penjual maka kita dapat komisen. Pembelian oleh pelawat dapat
dikesan kerana penerbit menggunakan link yang mempunyai kod yang hanya digunakan
oleh mereka (dipanggil cookies).Selain daripada pembelian, ganjaran atau komisen juga
boleh berdasarkan pay-per-click iaitu setiap kali pelawat klik link ke laman web penjual,
anda akan dapat komisen atau apabila pelawat isi maklumat peribadi seperti nama dan
email di laman web penjual (pay-per-lead).

Affiliate marketing dapat membantu pemilik produk atau penerbit yang ada produk yang
bagus tetapi tidak tahu cara memasarkan produk tersebut untuk dapatkan jualan. Ianya
juga bantu pemilik laman web atau blog yang tidak ada produk mencari keuntungan
dengan bantu jual produk orang lain. Cara untuk berjaya dalam affiliate marketing adalah
dengan menarik trafik ke laman web anda. Ini dapat dilakukan sekiranya anda ada banyak
artikel yang menarik.

Peluang pendapatan sambilan

Atasi masalah kegawatan ekonomi. Peluang kerja dari rumah dan perniagaan internet
menanti anda. Kami ada tips rahsia jutawan internet mendapat pendapatan lumayan.

Laman web kami merupakan tempat anda boleh mendapat maklumat mengenai cara
tambah pendapatan yang lumayan. Peluang mendapat wang tambahan boleh dilakukan
secara sepenuh masa atau secara sambilan. Kami ada tawarkan perniagaan online dan juga
off-line. Anda boleh jana wang lebih dengan menjadi usahawan yang bekerja dari rumah,
sebagai wakil jualan atau pengedar, sebagai pemilik perniagaan atau melalui pelaburan
yang mendatangkan pendapatan pasif.

Di cariduitlebih.com, kami akan tiga cara untuk mendapat duit tambahan:

1. Agen, pengedar atau wakil


2. Peluang perniagaan
3. Bisnes online
4. Pelaburan pasif

Peluang Cari Duit terkini

Kami memaparkan peluang cari duit yang sangat berpotensi dan baru. Sebagai orang
terawal akan memberi peluang yang cerah untuk anda menjana pendapatan lumayan dan
bonus yang tinggi.
PERNIAGAAN MLM

Perniagaan MLM atau network marketing merupakan satu cara yang baik untuk mencari
pendapatan tambahan dengan modal yang sedikit. Kebaikan network marketing adalah
seperti berikut:

 boleh buat part time dulu


 modal kurang kalau banding dengan perniagaan lain
 pengalaman tidak diperlukan
 boleh membantu orang melalui produk
 boleh kenal ramai kenalan baru
 pendapatan tidak ada had

Namun ramai tertipu dengan syarikat MLM yang tidak jujur atau tidak berlesen. Bagaimana
anda kenal syarikat yang tidak jujur? Berikut adalah sedikit tips yang berguna apabila
memilih syarikat network marketing:

 tidak ada lesen AJL


 tidak ada produk
 terlalu menekankan pelaburan dan rekruting
 tidak pentingkan jualan
 harga produk tidak setimpal dengan kualiti produk

Ingin kenal syarikat network marketing baru atau yang akan bermula?

Kami ingin mengajak leader-leader yang ingin jadi pioneer dalam syarikat MLM untuk
melawat laman web kami – www.networkmarketing.my. Kami akan memperkenalkan
perniagaan MLM yang terbaru supaya anda boleh jadi orang terawal.
DUDUK HOTEL – MELANCONG – DUIT MASUK

( Konsep QWI lebih kurang sama dengan TVI Express, cuma lebih murah untuk jadi ahli )

 Hanya dengan modal RM108, anda dapat ribuan USD berulang kali.
 Peluang bersama QWI Sebagai Pioneer dalam Travel Business.

PERNIAGAAN global dalam bidang perlancungan (Travel & Tour) secara e-commerce.
Konsep QWI menggabungkan INTERNET dan NETWORKING. Marketing Plan yang
TERBARU – REVOLVING MATRIKS. Ianya akan dilancarkan ke seluruh dunia pada bulan
Ogos 2010.

* Kerja anda mudah, hanya bawa 2 orang seumur hidup.

* Dalam bisnes ni bukan dapat duit sahaja, dapat lagi voucher hotel. Gabung dengan cash,
boleh jalan-jalan ke tempat yang anda dan anak-anak anda impikan, FREE!

* Tiada maintainance, tak perlu keluar duit bulan-bulan. Tak perlu jaga stok, hantar stok.

GANJARAN LUMAYAN MENANTI ANDA

Voucher hotel di seluruh dunia bernilai USD80 dan sentiasa bertambah dari masa ke
semasa

* Bonus pusingan pertama USD200

* Bonus pusingan kedua USD3000

* Bonus berterusan USD100 berulang kali

* Bonus berterusan USD2000 berulang kali

* Insentif USD100 sebulan selama 12 bulan

* Bonus profit sharing bulanan dari seluruh dunia!

Maklumat lanjut tentang Marketing Plan QWI

Pra-Pendaftaran

Daftar dan menjadi ahli VVIP sebelum pelancaran. Pra-pendaftaran adalah PERCUMA!
Jangan sia-sia kan peluang yang menarik ini!
Untuk mendaftar, sila klik quest win international

You might also like