You are on page 1of 84

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas

71400 Pedas, Negeri Sembilan.


Tel : 06-6857162 Fax : 06-6858160

FAIL KUASA
PUSAT SUMBER SEKOLAH

Website : http://smkapedas.ppict.com
Blog : http://psssmkap.blogspot.com

1
‘FAILKUASA” (AUTHORITY FILE) PUSAT SUMBER SEKOLAH

Adalah merupakan catatan tugas yang dilaksanakan oleh Guru Perpustakaan/Media


difailkan atau dijilidkan dengan tujuan menjadikan panduan, rujukan untuk guru yang
terlibat dengan pengurusan pusat sumber sekolah.

Segala catatan dan peraturan yang dirancang oleh Jawatankuasa Induk Pusat Sumber
Sekolah hendaklah disahkan oleh Pengetua atau Guru Besar sekolah sebelum difailkan.

Semoga fail kuasa ini dapat memberi panduan dan rujukan untuk guru
perpustakaan/media , terutamanya mereka yang baru dilantik.

Sekian, terima kasih.

……………………
RUKIAH BINTI MOHAMED IBRAHIM
Guru Media dan Perpustakaan
SMK Agama Pedas
71400 Pedas, Negeri Sembilan.

FALSAFAH PUSAT SUMBER SEKOLAH

2
Pusat Sumber Sekolah merupakan satu tempat menjalankan aktiviti yang menuju ke
arah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Ia
merupakan satu konsep yang banyak menumpukan kepada pengurusan yang
sistematik, berpusat dan menyeluruh yang dapat memberi faedah dan perkhidmatan
yang maksima kepada guru-guru dan pelajar.

Pusat sumber sekolah berfungsi sebagai pengumpul, penyusun dan penyimpan


maklumat dalam satu sistem yang senang difahami dan mudah dikesan. PSS juga
bertindak sebagai penyebar bahan-bahan maklumat dengan cepat dan segera apabila
diperlukan.

Pusat sumber adalah sebagai satu sistem perkhidmatan yang membolehkan semua
pihak di peringkat sekolah mencapai matlamat-matlamat kurikulum. Fenomena ini akan
menggalakkan perkembangan intelektual, rohani, emosi dan jasmani yang seimbang.

3
BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan agensi yang penting dalam institusi sekolah
yang menyediakan pelbagai bahan, khidmat dan kemudahan pengajaran serta
pembelajaran. Sesebuah pusat sumber memerlukan pengurusan yang cekap dan
sistematik. Pembentukannya adalah dengan tenaga dan daya usaha semua guru dan
tidak seharusnya dipikul oleh guru pusat sumber sekolah sahaja. Setiap guru
seharusnya mempunyai pengetahuan tentang pusat sumber sekolah agar dapat
memberikan sumbangan kepada kemajuan pusat sumber sekolahnya.

1.2 KONSEP PSS

Pusat Sumber Sekolah merupakan tempat yang sesuai untuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Pusat sumber sekolah biasanya dilengkapi dengan pelbagai jenis bahan
yang bertujuan menambahkan maklumat semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Pusat Sumber Sekolah juga merupakan satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan
pihak sekolah mencapai matlamat-matlamat kurikulumnya.

1.3 TUJUAN DAN MATLAMAT


“FAILKUASA” ini diterbitkan dengan tujuan;
1. Membantu dalam pengurusan pusat sumber sekolah
2. Sebagai panduan dan rujukan pengurusan
3. Dasar PSS

Penggunaan “FAILKUASA” PSS, yang telah digariskan bermatlamat;

a) Meningkatkan mutu pengajaran tenaga pengajar sekolah.


b) Meningkatkan prestasi pelajaran serta pencapaian akademik.
c) Menjadikan PSS sebagai satu agensi maklumat di sekolah.

4
1.4 PROSEDUR MEMBUAT PINDAAN

1.4.1 Kaji bahagian yang perlu dipinda


1.4.2 Sediakan draf pindaan berkenaan
1.4.3 Bentangkan dalam mesyuarat AJK Induk untuk kelulusan
1.4.4 Setelah lulus, isikan borang pindaan
1.4.5 Dapatkan tanda tangan pengesahan Pengetua/Guru Besar
1.4.6 Tarikh berkuatkuasa pindaan ialah bermula dari tarikh kelulusan
mesyuarat AJK Induk

(sila lihat lampiran A) – Borang Pindaan Dasar Fail Kuasa

5
Lampiran A

BORANG PINDAAN DASAR FAIL KUASA PSS

Pindaan: Bil ____ /_______

Bab: ____________________________________________

Bil Perkara Tarikh Tarikh


Kuatkuasa Mansuh

Keputusan tersebut di atas telah dicapai dalam mesyuarat AJK Induk PSS
kali ke _______ / __________ yang telah diadakan pada _______________

Disediakan oleh, Di sahkan oleh.

----------------------------- ----------------------------------
( ) ( )
Guru Media Pengetua/Guru Besar

6
BAB 2

MAKLUMAT PSS

2.1 SEJARAH PSS

2.1.1 Berdasarkan sejarah PSS di sekolah masing-masing.


2.1.2 Infrastruktur:
Terbahagi kepada unit-unit yang berikut:
Unit Perpustakaan
Unit Bilik Tayangan
Unit BBM
Unit NILAM/Sal
Unit Makmal Komputer

2.2 PELAN LOKASI


Pelan lokasi pusat sumber sekolah mesti disertakan – berdasarkan
kedudukannya dalam pelan lokasi sekolah.

7
2.3 VISI *
Contoh:
“PSS PENJANA SUMBER MAKLUMAT DAN KECEMERLANGAN SEKOLAH”

2.4 MISI *
Contoh:
Menjana dan membentuk warga sekolah yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif
dan berdisiplin dengan merealisasikan PSS sebagai pusat sumber bermaklumat
seiring dengan matlamat wawasan dan Falsafah Pendidikan Negara.

*Diubahsuai mengikut visi dan misi sekolah

2.5 PIAGAM PELANGGAN PSS


Contoh :
2.5.1 Memastikan pengguna mendapat tempat dan ruang yang selesa dan
mencukupi
2.5.2 Memastikan pengguna mendapat kemudahan bahan bantu yang terkini
dan berkeadaan baik dengan segera
2.5.3 Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bacaan mencukupi untuk
keperluan atau kegunaan pengguna
2.5.4 Menyediakan maklumat relevan dan terkini kepada warga sekolah
2.5.5 Sedia memberi khidmat kepakaran dalam penggunaan teknologi
pendidikan kepada pengguna dari semasa ke semasa
2.5.6 Memberi khdimat, layanan mesra, bersopan dan setiasa peka kepada
masalah pengguna
2.5.7 Menyediakan kemudahan dan menentukan kaedah tempahan
penggunaan PSS kepada pengguna
2.5.8 Membantu memupuk tabiat pembelajaran kendiri, membaca dan
menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat
secara sistematik

8
2.6 MATLAMAT PSS

2.6.1 Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah.


2.6.2 Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif
dan berdisplin untuk membantu membina sahsiah guru-guru supaya
mereka dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan
agama, bangsa dan negara.
2.6.3 Membantu golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin
untuk membantu pembinaan sahsiah pelajar itu sendiri supaya dapat
memainkan peranan yang positif apabila mereka tamat persekolahan.
2.6.4 Merapatkan jurang perbezaan antara kemudahan-kemudahan pendidikan
sekolah-sekolah luar bandar dengan sekolah-sekolah di bandar

2.7 OBJEKTIF

Objektif Pusat Sumber Sekolah ialah:


( Rujuk Bab 1: Panduan)

2.7.1 Menguruskan maklumat


PSS sebagai tempat mengumpul, menyimpan serta mengedarkan
pelbagai maklumat. Maklumat-maklumat ini mencakupi pelbagai bidang
keilmuan seperti kemanusiaan, sains, teknologi, agama dan sebagainya.
Dengan maklumat-maklumat inilah guru-guru dan para pelajar dapat
memperkayakan pengalaman-pengalaman pengajaran dan pembelajaran
mereka.

2.7.2 Kecemerlangan pendidikan


Adalah diharapkan PSS akan dapat mempertingkatkan mutu pengajaran
pembelajaran serta dapat meningkatkan prestasi pencapaian akademik
dikalangan pelajar-pelajarnya.

9
2.7.3 Penggunaan kemudahan
Menggalakkan pelajar-pelajar, guru-guru serta kakitangan sekolah
menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka
mempunyai tahap keilmuan yang tinggi hasilnya dari kajian dan
pembacaan yang tidak ditumpukan kepada buku teks semata-mata.

2.7.4 Memupuk Tabiat Belajar


Adalah diharapkan dengan adanya Pusat Sumber Sekolah akan dapat
membantu memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menjalankan
penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara
sistematik.

2.7.5 Penghasilan Bahan


Pusat Sumber Sekolah juga merupakan tempat untuk menghasil, menilai
dan menggunakan pelbagai alatan/ bahan untuk proses pengajaran dan
pembelajaran.

2.7.6 Perkhidmatan Pembelajaran


Pusat Sumber Sekolah juga harus berupaya memberi pandangan dan
cadangan untuk melaksanakan kurikulum sekolah dengan berkesan.
Oleh yang demikian, kakitangannya bukan sahaja mesti mempunyai
pengetahuan dan kemahiran tentang media pendidikan tetapi juga
bagaimana media dapat disepadukan dalam pengajaran dan
pembelajaran supaya berkesan. Khidmat runding dan nasihat ini
hendaklah ditawarkan bila-bila masa yang diperlukan. Ia boleh diberi
dalam bentuk sesi tunjuk ajar, bengkel, kursus, pameran, temubual,
dialog atau apa sahaja cara yang boleh menghasilkan konteks antara
kakitangan media dengan guru-guru dan para pelajar.

2.7.7 Kemahiran Maklumat


Pusat Sumber Sekolah juga seharusnya berperanan melatih pelajar-
pelajar supaya dapat menggunakan kemahiran maklumat dalam proses
pembelajaran mereka.

10
2.8 FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH ( Rujuk Bab 1 )

2.8.1 Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan


kurikulum dan kokurikulum
2.8.2 Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan
secara individu atau kumpulan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
2.8.3 Merupakan tempat penyimpanan bahan P & P untuk digunakan dalam
bilik darjah mahupun di luar bilik darjah.
2.8.4 Memberi panduan dalam mencari, mengguna, menghasil dan
mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
2.8.5 Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi-agensi lain
bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
2.8.6 Menggalak dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran
maklumat.
2.8.7 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran
belajar secara pembelajaran kendiri.
2.8.8 Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
2.8.9 Membuat perancangan supaya koleksi bahan selaras dengan keperluan
semasa serta terkini dalam bidang pendidkan dan teknologi.
2.8.10 Menyediakan rakam-salin serta memberi perkhidmatan bagi
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

11
BAB 3

JAWATANKUASA PENTADBIRAN PSS

3.1 JAWATANKUASA INDUK PSS

3.1.1 Struktur Organisasi


Pengerusi : Tuan Haji Ismail bin Che Sulong (Pengetua)
N. Pengerusi : Puan Hajah Noorizan bt Abd. Kadir (PK 1)
Setiausaha : Raja Mohd Zaid bin Raja Daud (Guru Media)
AJK : Ketua-ketua Panitia Matapelajaran
Guru Perpustakaan
Guru BBM
Guru SAL
Guru Bilik Tayangan
Guru Komputer
Guru Projek Nilam
PIBG

3.1.2 Tugas-tugas Jawatankuasa Induk


Pusat Sumber Sekolah hendaklah dikawal oleh sebuah badan
yang disebut Jawatankuasa Pentadbir Pusat Sumber Sekolah.
Tugas-tugas jawatankuasa ini ialah:
- Menentukan matlamat, objektif dan polisi Pusat Sumber
Sekolah
- Mengkaji dan meluluskan program-program media yang
dicadangkan
- Meluluskan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi
melaksanakan program-program media
- Mengkaji laporan penggal tentang kemajuan Pusat sumber
Sekolah.

12
3.2 JAWATANKUASA KERJA

3.2.1 Struktur Organisasi


Pengerusi : Raja Mohd Zaid bin Raja Daud
N. Pengerusi : Puan Hayati bt Yusuf
Guru Penyelaras Perpustakaan
Setiausaha : Pn. Farha bt Abdul Khanan
AJK : Guru Perpustakaan
Guru Nilam
Guru Bank Soalan
Guru Audio-Visual/ Multimedia
Guru BBM
Guru Komputer
Guru SAL
Pengawas Pusat Sumber

3.2.2 Tugas Jawatankuasa Kerja


- Menguruskan perkhidmatan-perkhidmatan di Pusat
Sumber Sekolah
- Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan
- Mengemukakan laporan kemajuan Pusat Sumber Sekolah
kepada Jawatankuasa Tadbir (Induk)

3.2.3 Tugas Penyelaras Pusat Sumber Sekolah


- Menyelaras semua program media yang dirancang dan
dilaksanakan
- Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan Pusat
Sumber Sekolah
- Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak
yang memerlukan
- Menggalakkan guru-guru dan pelajar-pelajar
menggunakan Pusat Sumber Sekolah
- Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan
pembangunan Pusat Sumber Sekolah

13
- Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah
dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta berhubung
dengan urusan Pusat Sumber Sekolah
- Menyediakan laporan

3.2.4 Tugas-Tugas Guru Perpustakaan


- Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan
pengurusan perpustakaan.
- Melatih dan menyelia kerani dan pengawas Pusat Sumber.
- Menjamin perjalanan perpustakaan berjalan dengan baik.
- Merancang aktiviti perpustakaan
- Merancang anggaran belanjawan tahunan perpustakaan
- Menyimpan rekod perbelanjaan bahan-bahan
perpustakaan
- Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak
yang memerlukannya
- Memperolehi dan menyemak maklumat-maklumat
mengenai bahan-bahan baru dan terkini untuk koleksi
perpustakaan
- Menyemak stok pada akhir tahun

3.2.5 Tugas Guru Bilik Audio-Visual/Multimedia


- Merancang anggaran belanjawan tahunan unit tayangan
- Mempamer serta mengedarkan bahan-bahan sokongan
perkhidmatan tayangan seperti jadual waktu siaran dan
jadual tajuk rancangan
- Menyediakan jadual penggunaan Bilik Audio-Visual
- Membina koleksi pita-pita video rancangan TV Pendidikan
- Menyediakan buku-buku Rekod Penggunaan Bilik Audio-
Visual
- Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan
perkakasan tayangan kepada sekolah dengan segera

14
- Memastikan kebersihan dan keceriaan Bilik Audio-Visual
sepanjang masa

3.2.6 Tugas Guru Alat Pandang Dengar/Bahan Bantu Mengajar


- Merancang anggaran belanjawan tahunan perkhidmatan
alat pandang dengar/alat bantu mengajar untuk pusat
sumber sekolah
- Mencatatkan semua bekalan atau hardware dan software
yang dibeli ke dalam buku stok alat pandang dengar
- Mengelas dan mengkatalog semua bahan untuk
pengetahuan guru-guru.
- Mengadakan perkembangan staf dalam pembinaan media
kos rendah dan penggunaan alat pandang dengar/alat
bantu mengajar untuk guru-guru dan pelajar-pelajar.
- Mewujudkan sistem pinjaman alat dan bahan secara
berkesan.
- Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan bahan
hardware dan software kepada penyelaras PSS supaya
dapat dibaikpulih atau diganti dengan segera.

3.2.7 Tugas Kerani/Pembantu PSS(Not Avalaible)


- Bertanggungjawab kepada Penyelaras dan guru-guru PSS
- Membantu guru PSS mengurus perkhidmatan pinjaman
dan menyimpan rekod-rekod yang bersabit dengan PSS
- Membantu guru-guru dalam urusan memesan dan
menerima buku-buku dan bahan - bahan lain.
- Membantu mengkelas dan mengkatalog buku-buku/bukan
buku.
- Membantu memproses buku/bukan buku untuk pinjaman
dan penggunaan PSS.
- Menyusun, menyemak dan membaikpulih buku-buku yang
rosak.
- Mengawal disiplin pelajar-pelajar semasa berada dalam
PSS.

15
3.2.8 Tugas-tugas Pengawas Pusat Sumber
- Membantu membuat kerja-kerja pengkelasan, katalog dan
susunan alat/bahan
- Membantu dalam menerbitkan bahan-bahan pengajaran.
- Membantu guru dalam membaiki dan mengubahsuai
alat/perabot.
- Membantu guru PSS dalam kerja-kerja memproses buku-
buku.
- Membantu guru PSS mengemaskinikan stok bahan cetak
dan bukan cetak.
- Membantu guru mengurus pinjaman/pemulangan buku.
- Menggunting akhbar/majalah yang telah dipilih oleh guru
PSS untuk tujuan fail tegak.
- Membantu guru PSS mengendalikan aktiviti PSS.

16
BAB 4

PENGAWAS PSS

4.1 BADAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH


4.1 Struktur Organisasi Badan Pengawas PSS terdiri daripada:
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
Naib Bendahari
AJK: Unit kecerian
Unit Kebersihan
Unit Pembaikpulihan

4.2 KRITERIA PEMILIHAN DAN PERLANTIKAN PENGAWAS

4.2.1 Lantikan Pengawas PSS berdasarkan kepada dasar atau


polisi sekolah.
[contoh]:
- mengeluarkan iklan mengenai kekosongan jawatan
Pengawas PSS
- mengedarkan borang
- memanggil temuduga bagi pemohon yang layak
- pemberitahuan keputusan temuduga
- persediaan pakaian seragam pengawas
- menghadiri kursus/taklimat yang berkaitan dengan tugas-
tugas di PSS

4.2.2 Contoh Borang Kebenaran Dan Surat Lantikan

4.3 PAKAIAN SERAGAM PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH


Tertakluk kepada polisi sekolah.

17
4.4 TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
4.4.2 Membantu membuat kerja-kerja pengkelasan, katalog dan
menyusun bahan/alatan dalam pusat sumber.
4.4.3 Membantu guru-guru PSS menerbitkan bahan-bahan pengajaran.
4.4.4 Membantu guru membaiki dan mengubahsuai alatan/perabot.
4.4.5 Membantu memproses buku-buku baru.
4.4.6 Membantu mengemaskini stok bahan dan bahan cetak.
4.4.7 Membersih dan mengemas bilik PSS.
4.4.8 Membantu guru mengurus pinjaman/pemulangan buku/alatan.
4.4.9 Menggunting akhbar/majalah untuk membina fail tegak/keratan
akhbar.
4.4.10 Membantu guru PSS mengendalikan aktiviti-aktiviti PSS.

4.5 JADUAL TUGAS

Tertakluk kepada pentadbiran dan pengurusan sekolah. Contoh


bagi sekolah yang mempunyai dua sesi pembelajaran.

4.5.1 Sesi Pagi


TINGKATAN MENENGAH MENENGAH
HARI BAWAH/TAHAP 1 ATAS/TAHAP 2
MASA MASA
AHAD 9.50 – 10.10 11.00 – 11.20
ISNIN-KHAMIS 10.20 – 10.40 11.20 – 11.40

4.5.2 Sesi Petang


HARI MASA
AHAD 3.00 – 4.00
ISNIN-KHAMIS 2.40 – 4.00

18
BAB 5

PERATURAN PSS

5.1 PERATURAN AM
Ia merupakan rancangan pengoperasian Pusat Sumber dan Jawatankuasa
Induk.

5.1.1 Untuk Pengguna:


 Masa PSS dibuka
 Kemudahan yang disediakan
 Pinjaman
 Keselamatan bahan dan alatan
 Disiplin dan lain-lain
 Bahan yang boleh diguna dan dipinjam
 Jadual dan masa penggunaan serta sistem meminjam bahan
 Perkhidmatan khas

5.1.2 Untuk Bahan:


- Menentukan sistem dan peraturan pinjaman bahan
a) Bahan buku:
Biasanya menggunakan sistem Brown, iaitu dengan
menggunakan kad untuk tujuan peminjam dan pemulangan
b) Bahan bukan buku:
Perlu ada sistem pinjaman yang mudah tetapi sistematik untuk
pinjaman alatan dan bahan-bahan lain.

19
5.2 PERATURAN KHUSUS
[nyatakan peraturan berdasarkan polisi dan dasar sekolah]

5.2.1 PERATURAN PERPUSTAKAAN


5.2.2 PERATURAN BILIK BBM
5.2.3 PERATURAN BLIK AUDIO-VISUAL

5.3 PERATURAN PENGGUNAAN ALAT/RUANG (BILIK)

5.3.1 Perpustakaan
A) Semasa Berada Dalam Perpustakaan
B) Semasa Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran
C) Peraturan Pinjaman

5.3.2 BBM

5.3.3 Bilik Audio-Visual


A) Peraturan Penggunaan Bilik
B) Peraturan Penggunaan Alatan

5.4 PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN/ALATAN


[nyatakan peraturan mengikut dasar dan polisi sekolah]

20
BAB 6

PENGURUSAN PENTADBIRAN PSS

6.1 Pengurusan sistem fail


Pengurusan sistem fail di PSS adalah berdasarkan pengurusan sistem fail di
sekolah. Di antara sistem fail yang digunakan ialah :-
01 / 04 - Sumber Pelajaran
01 / 04 / 001 - Surat Pekeliling
01 / 04 /002 - Pekeliling Kewangan
01 / 04 / 003 - Anggaran Perbelanjaan
01 / 04 / 004 - Penyata Kewangan
01 / 04 / 005 - Sijil Akuan Penerima / Invois / Bil
01 / 04 / 006 - Penyelaras PSS
01 / 04 / 007 - Profil AJK PSS
01 / 04 / 008 - Kerani PSS
01 / 04 / 009 - Pengawas PSS
01 / 04 / 010 - Perancangan Dan Laporan Aktiviti
01 / 04 / 011 - Mesyuarat
01 / 04 / 012 - Program Bacaan Sekolah
01 / 04 / 013 - Kursus / Bengkel
01 / 04 / 014 - Projek Khas
01 / 04 / 015 - Fail timbul
01 / 04 / 016 - Manual
01 / 04 / 017 - Inventori
01 / 04 / 018 - Harta Modal

6.2 TEKNIK MENGELAS DAN MEMBERIKAN KOD UNTUK SISTEM FAIL

Setiap fail mestilah diberikan tajuk dan kod yang sesuai . Sistem fail itu mestilah
mempunyai 3 level.

21
6.2.1 Level 1 ialah Tajuk.
- Tajuk-tajuk dalam system fail dikelaskan kepada :
a) Kurikulum
b) Kokurikulum
c) Hal ehwal pelajar
d) Perjawatan perkhidmatan kakitangan
e) Kewangan dan akaun
f) Pentadbiran Am Sekolah
g) Perhubungan masyarakat
h) Kemudahan fizikal
i) Asrama
j) Audit

6.2.2 Level 2 ialah Perkara.

- Setiap tajuk fail akan dikelaskan mengikut perkara [ Level 2 ].


- Kurikulum
01 / 01 - Pekeliling dan surat siaran kurikulum
01 / 02 - Sukatan pelajaran
01 / 03 - Jadual waktu
01 / 04 - Sumber pelajaran
01 /05 - Panitia mata pelajaran
01/ 06 - Peperiksaan
01 / 07 - Laporan lawatan
01 / 08 - …………………..

6.2.3 Level 3 ialah Aktiviti.[ Lihat 6.1 ]


6.2.4 Setiap level ini dihadkan nombornya. Level 1 bernombor 01 hingga 99.
Level 2 bernombor 01 hingga 99 dan Level 3 bernombor 001 hingga 999.
6.2.5 Tekniknya ialah :
i) Tentukan tajuk fail
ii) Tentuakan perkara
iii) Tentukan aktiviti
iv) Tetapkan kod untuk satu-satu fail

22
CONTOH ;
Level 1. Tajuk - Kurikulum - 01
Level 2. Perkara - Sumber pelajaran - 04
Level 3. Aktiviti - Pekeliling - 001

Oleh itu kod fail ialah ;


01 / 04 / 001

6.3 PENGELASAN DAN KOD FAIL PSS

Item kod
Singkatan Nama Sekolah SMKBB
Singkatan Pusat Sumber Sekolah PSS
Tajuk : Kurikulum 01
Perkara : Sumber pelajaran 04
Aktiviti : Pekeliling 001
Jilid 1 / 2….. Jilid 1 & seterusnya
Bilangan surat ( 01) & seterusnya

Oleh itu, cara untuk menulis Sistem Fail PSS dan Rujukan Kami ( surat )
ialah :

Contoh :

SMKBB-PSS 01 / 04 / 001/ Jil. 1 ( 01 )

6.4 FAIL-FAIL YANG PERLU ADA DI PSS

Sekurang-kurangnya mestilah ada 15 buah fail dalam pusat sumber. Sumber


fail ini dikelaskan dalam tajuk KURIKULUM kerana pusat sumber adalah di
bawah kurikulum. Nombor dan kod fail telah ditetapkan sebagaimana dalam
pecahan 6.2.

23
6.4.1 Pada akhirnya, fail-fail ini akan diserahkan kepada Penyelaras PSS.
Penyelaras PSS kemudiannya akan menyerahkan fail-fail ini kepada
Pengetua/GuruBesar.

6.5 Cara menulis nombor fail

Fail berkulit nipis


( Bahagian depan)
Fail berkulit keras
( ditulang fail )

24
6.6 REKOD-REKOD PUSAT SUMBER SEKOLAH

6.6.1 Pengertian
Rekod-rekod merupakan bahan bertulis ( catatan ) yang dibuat untuk
dijadikan bahan rujukan atau ingatan pada masa hadapan.

6.6.2 Prinsip Asas Rekod


Sebarang rekod yang disediakan mestilah memudahkan urusan untuk
menganalisa data. Maklumat dapat diperolehi dengan mudah dan tidak
membebankan Penyelaras ataupun orang yang bertanggungjawab.

6.6.3 Jenis-jenis rekod dalam Pusat Sumber Sekolah


(a) Rekod Penggunaan
- Rekod penggunaan bilik
- Rekod penggunaan bahan bantu mengajar
- Rekod penggunaan peralatan
(b) Rekod Peminjaman
- Rekod peminjaman BBM
- Rekod peminjaman Peralatan
- Rekod peminjaman buku
(c) Rekod Perolehan
- Rekod perolehan buku
- Rekod perolehan bahan bukan buku
- Rekod perolehan bahan luak (bekalan buku)
- Rekod perolehan peralatan
(d) Rekod laporan pengawas
(e) Rekod-rekod lain yang difikirkan sesuai
- Rekod pelawat
- Rekod tempahan bilik
- Rekod tempahan peralatan
- Rekod tempahan BBM
-
6.6.4 Contoh-contoh format rekod
( Lihat lampiran B, C, D, E , F, G )

25
Lampiran B

Rekod Penggunaan

REKOD PENGGUNAAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH

6.7 Format Rekod Penggunaan, Pinjaman, dan Pemulangan


Tarikh : ……………………………. Hari: …………… Masa: …………..
Nama Guru Semua bentuk pinjaman dan pemulangan mesti direkodkan ke dalam buku yang
: ……………………………………….
tela ditetapkan.
Nama Ketua Kelas Dari rekod inilah pihak pengurusan
: ………………………………………... Kelas : PSS akan dapat mengesan
………….
Subjek keluar masuk bahan-bahan di Pusat Sumber di samping menjaga keselamatan
: ………………………
bahan supaytidak hilang atau rosak.
Kemahiran / Aktiviti yang dijalankan
6.7.1 Rekod Pinjaman buku :
1. …………………………………………………………………………………
(a) Pinjaman oleh pelajar
2. …………………………………………………………………………………
(b) Pinjaman oleh guru
3. …………………………………………………………………………………

6.7.2 Butiran di dalam buku rekod tersebut adalah seperti berikut :


Komen
(a) Guru
Tarikh pinjaman dibuat

1. (b) Tarikh dipulangkan


……………………………………………………………………………….
2. (c) Nama peminjam
……………………………………………………………………………….
3. (d) Tingkatan / darjah
……………………………………………………………………………….
(e) Judul buku
Komen / Tindakan Penyelaras
6.7.3 Rekod pinjaman alatan bahan bantu mengajar
(a) Tarikh pinjam
(b) Tarikh dipulangkan
Tandatangan Guru: Disemak oleh:
(c) Nama peminjam
(d) Jenis bahan
………………………………………………….
(e) Bilangan
(Nama Guru : …………………………………..)
(f) Tandatangan

6.7.4 Selain rekod pinjaman, perlulah juga ada buku penggunaan bahan-bahan Pusat
Sumber. Antara buku-buku rekod yang perlu disediakan untuk tujuan ini ialah :
(a) Buku rekod penggunaan bagi bilik tayang

26
Lampiran C

Rekod Pinjaman

REKOD PENGGUNAAN /PINJAMAN


(b) Buku rekod penggunaan
BAHAN BANTU TV / VIDEO
MENGAJAR
(BBM)
(c) Buku rekod penggunaan perpustakaan
(d) Lain-lain yang difikirkan perlu
Tarikh : ……………………………. Hari: …………… Masa: …………..
Nama Guru : ……………………………………….
Subjek6.7.5 Antara butir-butir yang(Tahap
: ……………………… seharusnya disediakan
1 / 2 / Men. ; Bawah)
Atas / Men.
(a)
Bahan yang dipinjam Tarikh guna
: ………………………………..
(b)
Nombor perolehan Masa
:
(c) Tingkatan / darjah
Tujuan
(d)Pinjaman/Penggunaan
Tujuan atau ulasan
(e) Tandatangan guru
1. …………………………………………………………………………………
2. …………………………………………………………………………………
6.7.6 Analisa pinjaman
3. …………………………………………………………………………………
Analisa ini dibuat adalah bertujuan untuk mengesan penggunaan bahan-bahan
Komen Guru
di PSS dan juga untuk mendapatkan maklum balas bagi merancang
pembangunan PSS.Analisa pinjaman bahan PSS terbahagi kepada tiga iaitu :
1. ……………………………………………………………………………….
2. (a) Analisa pinjaman harian
……………………………………………………………………………….
3. ……………………………………………………………………………….
(b) Analisa pinjaman bulanan
Komen / Tindakan Penyelaras
(c) Analisa pinjaman tahunan

Bagi kemudahan membuat analisa , borang-borang tertentu perlu disediakan.


Namunbegitu , ia bergantung kepada pengurusan PSS disebuah sekolah.Bagi
analisapinjamaharian, setiap hari pengawas perlu mengisi sehelai borang di
Tandatangan Guru: Disemak oleh:
mana mereka hanya perlu menanda pada jenis buku yang di baca. Borang ini
difailkan oleh guru P
………………………………………………….
(Nama Guru : …………………………………..)
Berdasarkan analisa harian, bulanan dan tahunan ini barulah dipindahkan pula
ke dalambentuk graf / carta. Contoh-contoh judul graf / carta yang boleh di
hasilkan:

27
Lampiran D
REKOD PENGGUNAAN
BILIK TAYANG APD

BILIK TAYANG APD

Tarikh : ……………………………. Hari: …………… Masa: …………..


Nama Guru : ……………………………………….
Nama Ketua Kelas : ………………………………. Kelas : ………….
Subjek : ……………………… Rancangan / Siaran : ……………………….

Kemahiran / Aktiviti yang dijalankan

1. …………………………………………………………………………………
2. …………………………………………………………………………………
3. …………………………………………………………………………………

Komen Guru

1. ……………………………………………………………………………….
2. ……………………………………………………………………………….
3. ……………………………………………………………………………….

K o m e n / T in da ka n P e n y e la r a s

Tandatangan Guru: Disemak oleh:

…………………………………………………. Lampiran E
REKOD PINJAMAN BUKU
(Nama Guru : …………………………………..)
PUSAT SUMBER SEKOLAH

28
Lampiran E

REKOD PINJAMAN BUKU


PUSAT SUMBER SEKOLAH

REKOD PINJAMAN BUKU


PUSAT SUMBER SEKOLAH

Tarikh : ……………………………. Hari: ……………


Nama Guru/ Pengawas Bertugas : ……………………………………….
1. : ……………………………………… (Kaunter Pinjaman 1)
2. : ……………………………………… (Kaunter Pinjaman 2)

Bil Nama Pelajar & Kelas Tajuk Buku Tarikh Pinjam Tarikh Pulang
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18 - Graf pinjaman kelas
19
- Graf pinjaman buku fiksyen/ buku bukan fiksyen
- Graf pinjaman ABM
- Graf penggunaan bahan PSS

29
Analisa atau garaf yang telah dihasilkan hendaklah dipamerkan kepada pelajar-
Bil Nama Pelajar & Kelas Tajuk Buku Tarikh Pinjam Tarikh Pulang
pelaj serta guru-guru bagi menimbulkan motivasi kepada m
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38

JUMLAH BUKU YANG DIPINJAM HARI INI IALAH :

Pengawas yang bertugas, Disemak oleh:


Lampira

…………………………………. …………………………….n F
REKOD BERTUGAS
(Nama Pengawas : …………………………………) PENGAWAS PSS
(Penyelaras : ………………………)

ereka.

30
REKOD BERTUGAS PENGAWAS

REKOD BERTUGAS PENGAWAS


PUSAT SUMBER SEKOLAH
SESI PAGI/PETANG

Tarikh : …………………………………. Hari : ………………


Nama Kumpulan : …………………………
Nama Ketua Kumpulan : ………………………………. Kelas : ……………..

Ahli Kumpulan: Tempat Bertugas:


1. ……………………………………….. (Kaunter Pinjaman Buku)
2. ………………………………………. (Kaunter Pinjaman Buku)
3. ……………………………………….. (Kaunter Pulangan Buku)
4. ………………………………………. (Proses Buku Rosak)
5. ……………………………………….. (Menyusun Buku)
6. ………………………………………. (Menyusun Buku)
7. ……………………………………….. (Merekod Buku Lewat Pulang)
8. ………………………………………. (Keceriaan Dan Kebersihan)
9. ……………………………………….. (Keceriaan Dan Kebersihan)
10. ………………………………………. (Keceriaan Dan Kebersihan)

Komen Tugasan Hari Ini:

Ulasan Guru PSS/Perpustakaan:

Saya yang menjalankan tugas: Disemak oleh:

………………………………. …………………………
(Nama Ketua Pustakawan:……………………………….) (Nama Guru: ……………….)

31
Lampiran G
Analisis Rekod Pinjaman Buku Bulanan
Bulan : ………………. Tahun :
………
Buku Buku
Hari Fiksyen Fiksyen 100 200 300 400 500 600 700 800 900 Catatan
(BM) (BI)
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26

32
27
28
29
30
31

Jumlah Buku Yang Dipinjam

Bil Kategori Jumlah


1 Fiksyen BM
2 Fiksyen BI
3 100
4 200
5 300
6 400
7 500
8 600
9 700
10 800
11 900
Jumlah

Disediakan oleh:

……………………………

Disahkan oleh:

……………………………

33
6.7 Format Rekod Penggunaan, Pinjaman, dan Pemulangan
Semua bentuk pinjaman dan pemulangan mesti direkodkan ke dalam buku yang
telah ditetapkan. Dari rekod inilah pihak pengurusan PSS akan dapat mengesan
keluar masuk bahan-bahan di Pusat Sumber di samping menjaga keselamatan
bahan supaya tidak hilang atau rosak.

6.7.1 Rekod Pinjaman buku :


(a) Pinjaman oleh pelajar
(b) Pinjaman oleh guru

6.7.2 Butiran di dalam buku rekod tersebut adalah seperti berikut :


(a) Tarikh pinjaman dibuat
(b) Tarikh dipulangkan
(c) Nama peminjam
(d) Tingkatan / darjah
(e) Judul buku

6.7.3 Rekod pinjaman alatan bahan bantu mengajar


(a) Tarikh pinjam
(b) Tarikh dipulangkan
(c) Nama peminjam
(d) Jenis bahan
(e) Bilangan
(f) Tandatangan

6.7.4 Selain rekod pinjaman, perlulah juga ada buku penggunaan bahan-bahan
Pusat Sumber. Antara buku-buku rekod yang perlu disediakan untuk tujuan ini
ialah :
(a) Buku rekod penggunaan bagi bilik tayang
(b) Buku rekod penggunaan TV / VIDEO
(c) Buku rekod penggunaan perpustakaan
(d) Lain-lain yang difikirkan perlu

34
6.7.5 Antara butir-butir yang seharusnya disediakan ;
(a) Tarikh guna
(b) Masa
(c) Tingkatan / darjah
(d) Tujuan atau ulasan
(e) Tandatangan guru

6.7.6 Analisa pinjaman


Analisa ini dibuat adalah bertujuan untuk mengesan penggunaan bahan-
bahan di PSS dan juga untuk mendapatkan maklum balas bagi
merancang pembangunan PSS. Analisa pinjaman bahan PSS terbahagi
kepada tiga iaitu :

(a) Analisa pinjaman harian


(b) Analisa pinjaman bulanan
(c) Analisa pinjaman tahunan

Bagi kemudahan membuat analisa , borang-borang tertentu perlu


disediakan. Namun begitu , ia bergantung kepada pengurusan PSS di
sekolah berkenaan. Bagi analisa pinjaman harian, setiap hari pengawas
perlu mengisi sehelai borang di mana mereka hanya perlu menanda pada
jenis buku yang dibaca. Borang ini difailkan oleh guru PSS.

Berdasarkan analisa harian, bulanan dan tahunan ini barulah dipindahkan


pula ke dalam bentuk graf / carta. Contoh-contoh judul graf / carta yang
boleh dihasilkan:
i. Graf jenis-jenis buku yang dibaca
ii. Graf pinjaman kelas
iii. Graf pinjaman buku fiksyen/ buku bukan fiksyen
iv. Graf pinjaman ABM
v. Graf penggunaan bahan PSS

35
Analisa atau garaf yang telah dihasilkan hendaklah dipamerkan kepada
pelajar-pelajar serta guru-guru bagi menimbulkan motivasi kepada
mereka.

6.8 RANCANGAN TAHUNAN PSS


PSS merupakan nadi sesebuah sekolah dan merupakan penggerak bagi semua
aktiviti pengajaran pembelajaran ke arah peningkatan dan keberkesanannya.
Keperluan menjalankan aktiviti PSS tidak terhad kepada mata pelajaran tertentu
sahaja dan juga tidak terbatas kepada waktu di PSS sahaja. Penggunaan PSS
seharusnya berterusan sepanjang tahun sesuai dengan masa dan
perlaksanaannya.

6.8.1 Matlamat aktiviti


Ia bergantung kepada pengurusan sesebuah sekolah.
Contoh matlamat :
- Sedar dan tahu menggunakan PSS
- Memahami dan menikmati bahan visual
- Mengenali dan menghargai pengarang
- Menghayati hasil karya yang bernilai

6.8.2 Aktiviti Tahunan PSS


Ia boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:
(a) yang wajib *
Contoh :
 Program Nilam
 Program SAL
 Promosi
 Mesyuarat
 Program galakan membaca
 Program kewangan
 Perkembangan Staf
 Lawatan PSS
 Taklimat pengawas
 Kursus kepimpinan pengawas

36
(b) yang bermusim*
Contoh :
 Pertandingan kuiz
 Pertandingan pidato kemerdekaan
 Pertandingan buku skrap
 Bergantung kepada pengurusan PSS

6.9 Laporan Tahunan


Laporan tahunan perlu dilakukan bagi meninjau perlaksanaan yang berlaku di
dalam tahun yang berkenaan sama ada dalam bentuk carta ataupun laporan
bertulis. Hasil laporan tersebut adalah untuk dibuat penyemakan stok dan
penilaian.

6.9.1 Penyemakan stok


- dijalankan bagi mengesan bahan yang hilang, rosak, tidak sesuai,
tidak digunakan lansung dan kemaskini.

6.9.2 Penilaian
- Ia adalah penting untuk mengetahui :
(a) Kemajuan keseluruhan rancangan PSS
(b) Kekurangan / masalah yang dihadapi / mungkin dihadapi
(c) Dijadikan panduan atau asas perancangan
(d) Membuat perancangan secara keseluruhan
(e) Mengubahsuai atau memperbaiki rancangan yang sedang
dijalankan

6.10 Fail Meja


Setiap unit dalam PSS mempunyai Fail Meja yang tertentu. Ia adalah bertujuan
untuk memudahkan pengendalian segala pengurusan dan pentadbiran yang
berkaitan dengannya.

37
6.11 Rancangan Pembangunan PSS*

Rancangan Pembangunan PSS oleh guru PSS adalah meliputi perkara-perkara


berikut :
6.11.1 Perkembangan fizikal Pusat Sumber
6.11.2 Perkembangan koleksi
6.11.3 Perancangan promosi dan serata
6.11.4 Perancangan aktiviti
6.11.5 Latihan dan bengkel kemahiran
6.11.6 Penyimpanan rekod penggunaan alatan, bahan dan kemudahan
6.11.7 Penilaian pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber
*Antara contoh rancangan pembangunan PSS yang dijalankan di
sekolah-sekolah.

6.12 Dokumentasi
6.12.1 Semua kegiatan PSS dan yang berkaitan akan didokumentasikan dalam
bentuk tertentu. Antaranya:
a) Gambar foto
b) Rakaman audio-visual
c) Himpunan kertas cadangan / kertas kerja mahupun
laporan sesuatu kegiatan / projek
d) Himpunan majalah sekolah
e) Sudut dokumentasi PSS
f) Brosur
6.12.2 Keperluan dokumentasi:
Setiap hasil dokumentasi itu mestilah mengandungi:
a) kertas kerja awal
b) pelaksanaan
c) laporan pelaksanaan

38
BAB 7
KOLEKSI BAHAN PSS

7.1 DASAR PEMILIHAN BUKU DAN BUKAN BUKU

7.1.1 MATLAMAT
Dasar pemilihan dan pemerolehan bahan-bahan adalah berpandukan
prinsip-prinsip Sains Perpustakaan. Ini adalah bertujuan untuk
menjadikan Pusat sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang
bermutu, sesuai dan kemaskini supaya Pusat Sumber dapat memainkan
peranannya sebagai pembekal sumber ilmu serta maklumat dalam
semua bidang ilmu.

7.1.2 OBJEKTIF
- Menentukan pihak yang akan bertanggungjawab melaksanakan
dasar.
- Menggariskan peranan dan tugas yang bertanggungjawab dalam
proses pemilihan dan pembinaan bahan bacaan Pusat sumber.
- Menggariskan panduan pembinaan koleksi bahan pusat sumber
supaya sentiasa kemaskini.

7.1.3 ALATAN PEMILIHAN BAHAN


Antara alat-alat yang boleh digunakan untuk pemilihan bahan ialah:
- Dasar Pelajaran Kebangsaan
- Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai pelaksanaan Dasar
Pelajaran Kebangsaan
- Risalah, katalog dan edaran dari penerbit, pembekal swasta serta
agensi pendidikan
- Sukatan pelajaran
- Buku-buku panduan KBSR dan KBSM
- Berita Perpustakaan
- Bibliografi Negara Malaysia
- Indeks Majalah Malaysia
- Senarai Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah

39
- British National Bibliography (luar negara)
- British Book News (luar negara)
- UNESCO Publication (luar negara)
- The Booklist (luar negara)

7.2 PROSEDUR PEMILIHAN DAN PEMBINAAN KOLEKSI BAHAN


PUSAT SUMBER SEKOLAH

7.2.1 Dasar pemilihan dan pembinaan koleksi bahan ini dibuat adalah untuk
diselaraskan dengan keperluan Falsafah Pendidikan Negara.
7.2.2 Koleksi PSS akan mempengaruhi penggunaan dan impaknya. Oleh itu,
koleksi yang dipilih hendaklah:
a) Memperkaya dan menyokong proses pendidikan dengan
mengambilkira perbezaan minat, kebolehan dari peringkat
kebolehan pelajar
b) Memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum di sekolah
c) Memupuk minat membaca di kalangan pelajar ke arah melahirkan
masyarakat berfikir, berbudaya ilmu dalam konteks pendidikan
sepanjang hayat.
d) Menambah dan meluaskan pengetahuan pelajar-pelajar.
e) Meningkatkan penguasaan bahasa dan memberi aspirasi sastera.
f) Memperkukuhkah semangat kesefahaman dan harmoni.
g) Memupuk dan membina sikap bertanggungjawab kepada agama,
bangsa dan negara.
7.2.3 Pembinaan koleksi bahan juga perlulah mempunyai unsur-unsur berikut:
a) Ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
b) Kekemaskinian khasnya dalam bidang sains dan teknologi.
c) Kepelbagaian jenis dan seimbang dari segi bahan cetak, bahan
bukan cetak dan bahan elektronik.
d) Kecukupan bahan dan keseimbangan dari segi pengagihan
mengikut peringkat
e) Keseimbangan dari segi aliran bahasa

40
f) Dipilih dan dikembangkan secara terancang bagi menggalakkan
pengunaan, pemikiran kreatif dan inovatif.
g) Pembinaan koleksi hendaklah mengenepikan semua bahan yang
mengandungi perkara-perkara yang dilarang/ bios.
h) Pengurusan pemilihan dan pembinaan koleksi hendaklah
dilaksanakan dengan menubuhkan jawatankuasa pemilihan dan
pembinaan koleksi bahan.
i) Ia dikelolakan secara ikhtisas dan menyenangkan penggunaan.
j) Koleksi yang dicadangkan ilaha koleksi buku mempunyai kadar
minima 1:12

7.2.4 Koleksi bahan bacaan terdiri daripada buku fiksyen dan bukan fiksyen.
- Buku Bergambar:
a) Fiksyen
b) Bukan Fiksyen
- Buku fiksyen
a) Cerpen
b) Cerita ajaib, binatang, dongeng, fantasi, jenaka, metos,
pari-pari, pengalaman, penceritaan, rakyat dan sukan.
c) Fiksyen Sains Sejarah
d) Novel

- Buku Bukan Fiksyen


a) Almanak, ensiklopedia, buku panduan, buku tahunan,
buku pengetahuan, kamus, atlas, agama, sains
kemasyarakatan, bahasa, sains tulen, teknologi,
kesusasteraan, geografi dan sejarah.

- Terbitan Berkala
a) Akhbar
b) Jurnal
c) Majalah
d) Risalah

41
- Bahan Khusus
a) Brosur
b) Buku skrap
c) Fail Tegak
d) Karya Pelajar

- Keratan akhbar

7.3 PROSES PEMILIHAN DAN PEMEROLEHAN BAHAN


7.3.1 FIZIKAL
- Rekabentuk termasuk saiz dan komponen
- Rencana kulit dan kualiti kulit
- Saiz huruf (font) cetakan
- Kualiti kertas
- Kualiti cetakan
- Kualiti jilidan
- Keterampilan bahan

7.3.2 ISI KANDUNGAN


a) Fiksyen
- Kesesuaian tema
- Plot/ jalan cerita
- Mesej / kekuatan cerita (isi)
- Watak dan perwatakan
- Nilai-nilai murni
- Sudut pandangan dan rangsangan pemikiran
- Kewibawaan isi kandungan

b) Bukan fiksyen
- Kandungan relevan dan menepati keperluan sasaran
- Fakta kemaskini dan betul
- Kandungan isinya komprehensif
- Penyusunan dan persembahan isi menarik, logik, dan mudah
diikuti

42
- Penerangan dan huraian jelas, menarik dan berkesan
- Merangsang kesedaran dan daya pemikiran yang kritis
- Kewibawaan isi kandungan
7.3.3 BAHASA
- Kesesuaian perbendaharaan kata
- Rangkaikata, ungkapan dan frasa
- Struktur ayat dan tatabahasa
- Laras bahasa
- Gaya Bahasa
- Nilai estetika
- Ejaan dan tanda baca
- Lain-lain ciri keistimewaan bahasa

7.3.4 ILUSTRASI
- Sesuai dan menarik
- Relevan dan bermakna
- Gabungan warna-warni
- Nilai estetik
- Jelas dan tepat

7.3.5 CIRI KHAS


- Harga yang munasabah
- Kemudahan untuk penggunaan seperti glosari, indeks, bibliografi
dan lain-lain.
- Anugerah dan perakuan.

7.4 KRITERIA PEMILIHAN DAN PEMEROLEHAN BAHAN


Antara ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan adalah seperti berikut:
7.4.1 Kesesuaian
a) Tajuk hendaklah menepati kandungan pelajaran
b) Bahasa dan perbendaharaan kata boleh difahami
c) Boleh digunakan oleh individu atau kumpulan
d) Ada perkaitan dengan pengalaman pelajar
e) Kandungan isi pelajaran adalah tepat dan tidak diragukan

43
f) Kandungan isi adalah menarik dan tidak membosankan
g) Sesuatu konsep adalah jelas dan mudah difahami
h) Kandungan adalah sesuai dan tidak menyinggung mana-mana
pihak
7.4.2 Kredibiliti dan Kemaskini
a) Fakta-fakta yang dikemukakan adalah dari sumber-sumber yang
tepat
b) Fakta-fakta yang tidak berat sebelah
c) Kandungan isi adalah lojik

7.4.3 Aspek Teknikal


a) Bagi audio, bunyinya hendaklah jelas
b) Visual mestilah jelas dan tidak kabur
c) Saiz penglihatan ke atas visual hendaklah mengikut formula jarak
dan saiz visual
d) Warna jika digunakan hendaklah berkesan

7.4.4 Berkaitan
a) Isi kandungan boleh dijalin dengan mata pelajaran lain
b) Merupakan cara yang paling baik untuk menjelaskan sesuatu
konsep

7.4.5 Ciri-ciri fizikal


a) Penggunaannya adalah selamat terutamanya bagi alat-alat yang
menggunakan kuasa elektrik
b) Mudah digunakan, tidak melibatkan kemahiran teknikal yang
tinggi
c) Mudah disimpan
d) Tahan lasak
e) Tidak memerlukan alat tambahan yang banyak apabila digunakan
f) Tidak mudah ketinggalan zaman

44
7.5 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
7.5.1 Bahan cetak
Bahan cetak merupakan koleksi yang penting. Tanpa bahan ini,
perpustakaan khasnya tidak dapat berfungsi. Jadi adalah menjadi
tanggungjawab untuk menjaga dan memeliharanya agar ia tahan lama
dan dapat digunakan. Antara cara-cara ialah:
- Menggunakan racun serangga untuk menghapuskan serangga
prosak buku-buku
- Menjaga kebersihan rak-rak buku dan persekitaran dalaman di
perpustakaan daripada habuk / debu
- Mempunyai alat penghawa dingin
- Dilarang membawa masuk barang makanan dan lain-lain bahan
yang boleh menarik minat serangga dan tikus
- Memastikan buku-buku tidak diletakkan di atas lantai dan
disimpan di atas rak yang terlalu ketat serta kecil dari ukuran buku
tersebut. Semasa menyusun buku di atas rak, pastikan kulitnya
tidak berlipat.
- Pastikan perpustakaan tidak dimasuki air dan pancaran matahari
yang terus menerus.
- Bagi buku-buku yang lama dan rosak, ia akan dibaikpuluh dengan
melakukan penjilidan semula. Manakala proses hapuskira akan
dilakukan ke atas buku-buku yang mengalami kerosakan yang
teruk.
- Sentiasa melakukan proses kemaskini dari masa ke semasa.

7.5.2 Bahan bukan cetak


- Koleksi ini disusun di atas rak-rak yang telah dikhaskan.
- Lutsinar (transperasi) dimasukkan ke dalam plastik / bekas khas
dan disusun di dalam kabinet.
- Carta-carta diletak dan disusun dengan kemas di para yang khas
agar tidak menganggu laluan para pengguna.
- Pemantauan terhadap penggunaan alat-alat tersebut akan
dilakukan bagi mengenalpasti kerosakan yang berlaku.

45
7.6 PENILAIAN
Penilaian media dibuat berpandukan kepada sudut penggunaan dan juga
pembelajaran yang diperolehi. Penilaian ini termasuklah Penilaian Formatif
(ketika menyediakan bahan itu). Keberkesanan media dapat dilihat dari aspek-
aspek berikut:
a) Kurikulum
Bahan sumber yang digunakan haruslah sesuai dengan objektif
pengajaran. Ia perlu membantu usaha guru dalam menyampaikan isi
pelajaran. Selain itu, sumber yang digunakan haruslah sesuai dengan
tahap pemahaman dan perkembangan kongnitif pelajar.
b) Proses
Pengalaman berinteraksi secara langsung dengan sumber pembelajaran
dapat menggalakkan proses pembelajaran. Pembelajaran dapat
ditingkatkan lagi sekiranya sumber itu memerlukan gerak balas pelajar
secara lisan atau secara tindakan. Terdapat sumber yang digunakan
secara berperingkat selaras dengan perkembangan konsep yang
berturutan. Terdapat juga sumber yang sesuai digunakan dalam proses
pembelajaran kendiri seperti program komputer aneka media.

c) Sikap
Penggunaan sumber yang bersesuaian dapat menarik perhatian pelajar
terhadap pelajaran yang diajar. Sumber yang memberansangkan juga
dapat meningkatkan motivasi pelajar. Selain itu, sumber tertentu dapat
menerapkan nilai-nilai murni melalui interaksi pelajar dengan sumber itu.

d) Penggunaan
Sumber pengajaran pembelajaran haruslah mudah digunakan, dibawa
dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan mudah disimpan.
Pengalaman menunjukkanbahawa guru jarang menggunakan bahan
sumber yang sukar digunakan atau sukar dipilih.

46
e) Kualiti
Kualiti sumber yang digunakan haruslah memuaskan supaya mesej yang
hendak disampaikan dapat diterima oleh pelajar dengan berkesan.
Bahan cetak harus senang dibaca dan mempunyai perbendaharaan kata
yang digunakan sesuai dengan tahap penguasaan bahasa pembaca.
Bahan audio yang digunakan mestilah jelas didengar manakala bahan
visual seperti senang dilihat dan juga mesti tahan lasak sekiranya
digunakan oleh pelajar-pelajar.

f) Kos
Kebanyakan sumber pengajaran pembelajaran hanya digunakan
beberapa kali sahaja dalam setahun. Oleh itu kos penghasilan sesuatu
bahan haruslah rendah. Untuk tujuan itu, sumber yang boleh direka ganti
lebih berkesan dari segi kos.

7.6.1 PERKARA-PERKARA YANG DINILAI


a) Sesuai dengan objektif
b) Sesuai dengan peristiwa pengajaran
c) Boleh menjelaskan konsep/ prosedur
d) Mengalakkan interaksi pelajar
e) Menggalakkan perbincangan / aktiviti susulan
f) Ketetapan matlamat
g) Boleh difahami
h) Kadar kecepatan pembelajaran (bahan audio)
i) Dapat menarik minat pelajar
j) Kesederhanaan bahan
k) Kesesuaian warna
l) Penghurufan
m) Peraturan sepertiga segi dari kiri ke kanan visual
n) Imbangan visual secara formal atau tidak formal
o) Panduan guru / dokumnetasi cara menggunakan bahan atau alat
dalam pengajaran dan persembahan
p) Garisan
q) Penyatuan yang menunjukkan sesuatu proses atau kitaran

47
r) Bebas dari diskriminasi
s) Kreativiti / inovatif
t) Bukti keberkesanan
u) Arahan yang jelas, teratur dan konsisten
v) Aktiviti pemulihan

48
BAB 8

KEWANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

8.1 SUMBER KEWANGAN

Setiap PSS mempunyai sumber kewangan untuk menjalankan rancangan


dan aktiviti. Antara sumber kewangan yang diperolehi oleh PSS:

8.1.1 Peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia


8.1.2 Wang Suwa: Yuran pelajar
8.1.3 Derma atau sumbangan daripada PIBG, Yayasan, Institusi dan
sebagainya
8.1.4 Sumber tambahan – antaranya;
a) jualan majalah, surat khabar dan kad pinjaman
b) mengadakan Minggu PSS, Hari Kantin,
c) mengadakan jogathon
d) aktiviti daripada siaran Radio Sekolah
e) aktiviti menyewa bahan atau peralatan.

49
8.2 ANGGARAN PENDAPATAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

BIL PERKARA JUMLAH CATATAN


(RM)
1 Bantuan Perpustakaan + baki
tahun………
2 Bantuan Pusat Sumber Pendidikan
+ baki tahun…………….
3 Wang Suwa
4 Sumber lain:
4.1 Sumbangan PIBG
4.2 Sumbangan syarikat/ agensi /
individu/ Panitia
Matapelajaran
4.3 Jualan kad keahlian
4.4 Jualan majalah/ akhbar/ buku
4.5 Aktiviti kewangan
Contoh: Hari Kantin,
pertandingan, dll.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

---------------------- --------------------
(NAMA ) (NAMA )
Penyelaras PSS GPK

Disahkan oleh:

_________________
( NAMA )
Pengetua/ Guru Besar

Tarikh: ______________________

50
8.3 ANGGARAN PERBELANJAAN
8.3.1 Berdasarkan sumber kewangan yang ada, anggaran belanjawan
tahunan mestilah disediakan. Terdapat beberapa cara
menyediakan anggaran belanjawan tersebut.
a) Anggaran perbelanjaan mengikut satu-satu tahun.
b) Anggaran perbelanjaan mengikut peringkat pelaksanaan.
Ini biasanya merupakan rancangan jangka panjang untuk
tempoh masa berkenaan.
 Anggaran ini boleh berubah mengikut keperluan pelajar-
pelajar dan guru-guru serta keperluan pusat sumber.

 rujuk kepada lampiran H .

8.4 CARTA ALIRAN PEMBELIAN

MULA

Mesyuarat AJK Kewangan Sekolah

Pastikan Baki Peruntukan mencukupi dalam buku tunai


SM > 2,000
SR > 1,000
Pastikan jenis/kaedah/nilai pembelian
PTJ
Tidak
Ya Senarai pembelian melalui Borang Pesanan
sementara

Sediakan Borang Pesanan Tempatan

Terimaan/semakan borang

Rekod Daftar stok dan cop terima bil/invois

Merekod Dalam Daftar Bil.

TAMAT

51
Lampiran H

ANGGARAN BELANJAWAN PUSAT SUMBER SEKOLAH


(NAMA SEKOLAH DAN TAHUN)
BIL BUTIRAN HURAIAN JUMLAH
(RM)
01 Buku Nisbah bilangan pelajar dengan buku
Contoh : 1 orang pelajar = 10 judul buku
Pertambahan buku tahun ……….
1:5 = RM …………
Pembahagian buku:
a. Fiksyen : 30%
b. Bukan Fiksyen : 70%
Bahasa : 15% = RM
Sains : 20% = RM
Vok & Teknologi : 15% = RM
Kemanusiaan : 20% = RM
JUMLAH
02 Majalah Langganan selama setahun
(1naskah) a. Dewan Masyarakat 12 x RM
b. Dewan Siswa 12 x RM
c. Dewan Kosmik 12 x RM
d. Pelita Bahasa 12 x RM
e. Majalah PC 12 x RM
JUMLAH
03 Bahan-bahan a. Kocek buku 30 peket x RM
proses teknik b. Kad buku 30 peket x RM
c. Slip buku 30 peket x RM
d. Label buku 20 peket x RM
e. Scoth tape 05 unit x RM
f. Stamp pad ink 02 kotak x RM
g. Gam 05 botol x RM
JUMLAH
04 Alatulis dan a. Marker pen 02 kotak x RM
peralatan pejabat b. Fail kertas 03 dozen x RM

52
c. Fail Kertas (3 in) 12 unit x RM
d. Stapler 02 unit x RM
e. Binding tape (1 in) 06 unit x RM
JUMLAH
05 Bahan APD dan a. Pita audio
BBM b. Pita video
c. Filem transperensi A4
d. Radio kaset
e. Filem foto
f. Pen transperensi
g. Cekera padat

JUMLAH

06 Aktiviti Pusat a. Minggu Pusat Sumber


Sumber b. Perkembangan Staf
c. Penghasilan Bahan
d. Bengkel
e. Kursus Dalaman
f. Lawatan Sambil Belajar
g. Sijil dan hadiah pengawas PSS
h. Pameran bertema
JUMLAH

07 Penyenggaraan a. Televisyen
alatan/servis/ baik b. Radio
pulih c. Perakam video
d. Komputer
e. Projektor overhead
f. Pendawaian

53
h. Alat hawa dingin
JUMLAH

08 Projek Khas a. Pondok Bacaan


b. Laluan Ilmu
c. Keceriaan
d. Laman informasi
e. Program Khas
JUMLAH

Disediaka oleh :

………………………..
(Nama Bendahari)

Disemak oleh:

………………………. …………………………
(Nama Penyelaras PSS) (Nama GPK 1)

Disahkan oleh:

………………………
(Nama Pengetua/Guru Besar)

54
8.5 LAPORAN KEWANGAN
( sila rujuk lampiran I di bawah)

Lampiran I

PERBELANJAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH TAHUN ……..


(NAMA SEKOLAH)

Pendapatan Perbelanjaan
Perkara Jumlah Perkara Jumlah

01. Bantuan
Perpustakaan

Bil Pelajar x RM 4.00


Baki Tahun ………..

02. Bantuan PSP

Bil Pelajar x RM 0.20


Baki Tahun ……….

03. Wang Suwa

Bil. Pelajar x RM 3.00

04.

05.

06.

JUMLAH JUMLAH

55
8.6 PROSEDUR KEWANGAN
8.6.1 Melalui Sebutharga
Bagi tujuan pembelian bahan-bahan dan perkakas Pusat Sumber
Sekolah menggunakan wang kerajaan, perlulah berpandukan
kepada peraturan-peraturan yang terdapat dalam buku Arahan
Perbendaharaan Kerajaan Malaysia, tumpuan khas pada para
169.

a) Untuk pembelian buku-buku luar negeri, perlulah melalui


agensi-agensi yang telah dilantik khas oleh pihak
perbendaharaan dari semasa ke semasa.
b) Alatan-alatan lain dan bahan-bahan boleh dibeli melalui
kontrak pusat atau secara sebutharga dengan
berpandukan Arahan Perbendaharaan bil. 170, 172, 173,
174(a), (b), 175 (a), (b), (c), 174A(i) dan yang terbaru
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7/1987.

8.6.2 Kontrak Pusat


Untuk pembelian barang-barang yang boleh didapati dalam
senarai Kontrak Pusat, Arahan Perbendaharaan bil. 178(a),
178(b) perlulah dirujuk. Senarai kontrak pusat ini dikeluarkan dari
semasa ke semasa.

(sila rujuk lampiran J dan K)

56
Lampiran J
BORANG PESANAN PEJABAT
(NAMA SEKOLAH)

Pengetua / Guru Besar


……………………………………. Tarikh : …………….
…………………………………….
(Peruntukan …………………….)

HARGA
BIL NAMA BAHAN / BARANGAN SEUNIT UNIT HARGA
(RM) (RM)
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

Nama guru yang memesan Tandatangan

……………………………… …………………………………

Permohonan di atas diluluskan / tidak diluluskan daripada peruntukan ……………………

………………………………
(Pengetua / Guru Besar)

57
BAB 9

ORGANISASI BAHAN PSS

9.1 PENGKELASAN

Bahan-bahan koleksi pusat sumber sekolah hendaklah diuruskan dengan


sempurna supaya setiap koleksi dapat dimanfaatkan oleh pengguna
dengan penuh tanggungjawab. Sewajarnya pengurusan koleksi ini diurus
berpandukan sistem Sains Perpustakaan yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk diamalkan di sekolah-sekolah.

9.1.1 Tujuan
Mengkelaskan buku bermakna meletakkan buku-buku itu secara
berkumpulan supaya tiap-tiap kumpulan mengandungi, seberapa
boleh;
a) Semua buku mengenai satu perkara tertentu.
b) Semua buku, tidak kira perkaranya, yang ditulis dalam
sesuatu bentuk tertentu
c) Semua buku ada kena mengena dengan sesuatu masa
tertentu.
Tujuan utama pengkelasan buku atau bahan bukan buku di PSS
dibuat untuk membolehkan pengguna mencari buku atau bahan
yang diperlukan dengan mudah. Proses pengkelasan ini juga
membolehkan para pengguna mengetahui pelbagai jenis bahan
yang ada di PSS.

9.1.2 Sistem Pengkelasan


Kebiasaannya Pusat Sumber Sekolah menggunakan Sistem
Pengkelasan Perpuluhan Dewey (Dewey Decimal Classification
System – DCC)

a) Sistem DDC
Sistem Perpuluhan Dewey membahagikan semua ilmu
pengetahuan kepada sepuluh bahagian utama; sembilan
bahagian mewakili sembilan bidang ilmu pengetahuan umum,

58
dan satu bahan untuk bahan-bahan yang terlalu umum seperti
ensiklopedia, surat khabaar dan terbitan berkala. Setiap kelas
dikenali dengan penggunaan nombor bersiru keseratus seperti
berikut:

000 - Karya Am
100 - Falsafah
200 - Agama
300 - Sains Kemasyarakatan
400 - Bahasa
500 - Sains Tulin
600 - Teknologi
700 - Kesenian
800 - Kesusasteraan
900 - Geografi, Pengembaraan, Sejarah dan Biografi
Biasanya buku-buku fiksyen tidak diberi nombor pengkelasan.
Jenis buku ini dikenali dengan huruf “F” sahaja.

b) Pembahagian Kecil Dari Bahagian Utama

Setiap sepuluh bahagian utama dibahagikan lagi kepada


pembahagian yang lebih kecil untuk mewujudkan perkara
yang lebihg khusus; (contohnya 500 – Sains Tulin)

500 - Sains Tulin


510 - Matematik
520 - Astronomi
530 - Fizik
540 - Kimia
550 - Sains Bumi
560 - Kajifosil
570 - Sains hayat
580 - Sains tumbuhan
590 - Sains haiwan

59
Setiap bahagian kecil ini dapat dibahagikan lagi kepada
pembahagian yang lebih kecil untuk menentukan perkara yang
lebih khusus, misalnya;

510 - Matematik (AM)


511 - Kira-kira
512 - Algebra
513 - Geometri
514 - Trigonometri
515 - Kalkulus
516 - Matematik perangkaan

Pembahagian kecil yang selanjutnya boleh dibuat dengan


menggunakan angka perpuluhan. Contohnya;

599 - Mamalia (binatang)


.02 Marsupaial (seperti Kanggaroo)
.72 Kuda, dan sebagainya
.74 Kucing, anjing dan sebagainya

(Untuk Pusat Sumber Sekolah Rendah, penggunaan angka


perpuluhan ini boleh dihadkan kepada satu perpuluhan
sahaja, tanpa mengira pembahagian yang halus itu)

c) Pembahagian Mengikut Bentuk

Pembahagian yang halus dibawah sesuatu nombor itu boleh


dilakukan juga mengikut bentuk buku/bahan itu ditulis;
misalnya kamus, ensiklopedia dan buku panduan mengenai
sesuatu topik. Nombor-nombor yang menunjukkan
pembahagian bentuk itu adalah seperti berikut:-

60
02 - Buku Panduan
03 - Kamus dan Ensiklopedia
04 - Esei dan Syarahan
05 - Terbitan Berkala
06 - Organisasi dan Persatuan
07 - Mengajar dan belajar sesuatu perkara
08 - Koleksi karya oleh beberapa orang
pengarang
09 - Sejarah bagi sesuatu perkara

Contoh:

500 - Sains Tulin


590 - Sains haiwan
598 - Burung
598.03 - Ensiklopedia mengenai burung

621 - Kejuruteraan
621.09 - Sejarah Kejuruteraan

821 - Buku Puisi oleh penyair


821.08 - Koleksi puisi oleh beberapa orang penyair

d) Pembahagian Mengikut Geografi

900 - Sejarah
950 - Asia (Benua)
959 - Asia Tenggara
959.5 - Malaysia (negara tertentu di Asia Tenggara)
959.51 - Singapura

61
e) Biografi

Pembahagian utama 920 ialah untuk biografi. Pembahagian


yang lebih kecil boleh dilakukan mengikut profesyen orang
yang menulis. Bagi perpustakaan sekolah 92 adalah untuk
biografi perseorangan dan 920 untuk berkumpulan.

9.1.3 Cara mengkelas

Untuk mengkelas buku atau bahan bukan buku, perkara-perkara


berikut perlu di beri perhatian;
- tentukan perkara buku yang hendak dikelas sama ada
karya itu sendiri atau maklumat dari punca lain
- pilih nombor pengkelasan DDC mengikut langkah-
langkah yang ditetapkan
- tentukan nombor pengkelasan yang dapat merangkum
semua aspek, perkara yang ditegaskan sekiranya buku
tersebut mempunyai lebih dari 1 perkara aspek.

9.1.4 Mengkelaskan Bahan-bahan Khas

a) Fiksyen, Buku-buku Mudah dan Cerita-cerita Pendek

Tiada nombor bagi buku-buku fiksyen, termasuk cerita-cerita


pendek dan buku-buku gambar mudah untuk murid-murid
sekolah rendah. Adalah lebih praktikal melabelkan buku-buku
ini dengaan “F” sahaja dan ditambah dengan huruf awalan
pengarang. Buku-buku mudah boleh diberi tanda “BP”
(Bacaan Permulaan) dan ditambah dengan huruf awalan
pengarang. Buku-buku ini eloklah diasingkan dari buku-buku
fiksyen dewasa bagi memudahkan kanak-kanak/murid-murid
mencarinya.

62
b) Buku-buku Rujukan
Biasanya buku-buku rujukan diletakkan di atas rak-rak
tertentu. Buku-buku ini memerlukan simbol seperti “R”
(bermakna rujukan) di atas nombor pengkelasannya seperti
ensiklopedia, kamus dan sebagainya.

Contoh; R
030
COM

c) Buku-buku Bersiri
Buku-buku bersiri patut diasingkan dan diletakkan di bawah
nombor pengkelasan masing-masing mengikut isinya.

d) Risalah
Bahan-bahan risalah boleh dikumpul dan diletakkan dalam
kotak risalah mengikut tajuk perkara masing-masing.

e) Ensiklopedia Am
Ensiklopedia terdiri daripada beberapa jilid dan tiap-tiap jilid itu
mempunyai judul yang tertentu, boleh dikelaskan di bawah
satu nombor pengkelasan umum, iaitu “030” supaya semua
jilid itu tidak diasingkan.
Contoh; Oxford Junior Ecyclopedia

Volume 1 Mankind
Volume 2 Natural History
Volume 3 The Universe
Volume 4 Communication
Volume 5 Great Lives
Volume 6 Farming and Fisheries

(Tiap-tiap jilid diberikan nombor yang sama – “030” iaitu


nombor untuk ensiklopedia am)

63
9.1.5 Pemilihan Tajuk Perkara
- tajuk perkara yang dipilih itu hendaklah;

a) merupakan istilah yang biasa digunakan atau yang mungkin


akan dicari oleh ramai pengguna.
b) kerapkali digunakan untuk katalog pusat sumber
c) tepat, mudah difahami dan tidak mempunyai pengertian yang
berlapis-lapis.

- bentuk

Tajuk-tajuk perkara boleh didapati dalam beberapa bentuk; ada


bentuk tunggal, ada bentuk yang kait-mengait dan sebagainya.

9.2 PROSES TEKNIK

9.2.1 Semasa penerimaan bahan:


- Buka bungkusan yang telah dipesan dari pembeli atau
kedai buku.
- Tentukan bekala bahan yang diterima berada dalam
keadaan baik. Bagi yang rosak, pulangkan segera
kepada pembekal.
- Semak bahan yang baru diterima dan tentukan supaya
ianya sama dengan butiran di dalam fail pesanan dan
invois.
- Bandingkan harga invois dengan slip pesanan adalah
sama. Jika terdapat perbezaan harga, sila hubungi
pembekal dengan segera supaya dapat diperbetulkan.

64
9.2.2 Cop hak milik
- Copkan tanda hak milik pada halaman judul buku dan
juga bahagian dalam kulit depan dan kulit belakang.
- Copkan juga nombor perolehan buku dan nombor
panggilan pada halaman muka surat judul
- Tentukan tanda cop hak milik di muka surat bagi
sesebuah buku [muka surat sulit bagi sekolah]
- Bagi bahan bukan buku [rujuk kepada proses teknik
bahan bilik BBM & Bilik Audio-Visual]

9.2.3 Slip kerja pengkatalogan


Ia merupakan sekeping borang bagi menyenangkan kerja
pengkatalogan. Slip ini mengandungi segala butiran yang ada
kaitan dengan bahan buku dan bukan buku [rujuk kepada contoh
pada bahagian perpustakaan]. Dari slip kerja ini barulah kad
katalog dapat dibuat.

9.2.4 Kad Pinjaman


Kad pinjaman hendaklah dilengkapkan dengan butiran seperti
nombor panggilan, nombor perolehan, nama pengarang dan judul.
Selain dari kad pinjaman, kocek dan slip tarikh pulang juga perlu
disempurnakan juga.

9.2.5 Label
- [rujuk kepada proses teknik bahan perpustakaan,bilik BBM &
Bilik Audio-Visual]

65
9.2.6 Carta Aliran Proses Teknik

Setiap bahan PSS yang termasuk di dalam koleksi hendaklah

Diterima dan direkodkan Diberi nombor perolehan

Dikelaskan mengikut
Sistem Pengkelasan

Diproses mengikut kaedah


yang ditetapkan

Diberi promosi kepada pelajar Disusun di rak mengikut sistem


dan guru
Sains Perpustakaan

9.3 REKOD-REKOD PEROLEHAN

Rekod ini adalah penting. Setiap buku yang dibeli/diterima mestilah


direkodkan ke dalam buku rekof perolehan. Buku rekod perolehan ini
perlu dikemaskini pada setiap masa. Pada akhir tahun, buku ini akan
diperiksa oleh pihak audit dan pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan
Negeri.

9.4 PENGKATALOGAN BAHAN

9.5 PENYUSUNAN BAHAN/RAK

[rujuk kepada bahagian pengkatalogan Perpustakaan,Bilik Audio-Visual


dan Bilik BBM]

66
BAB 10

AKTIVITI PUSAT SUMBER SEKOLAH

10.1 Pengenalan.

Dalam mewujudkan Pusat Sumber Sekolah yang cemerlang, perancangan


aktiviti merupakan satu elemen yang amat penting dan ianya perlu diberi
keutamaan. PSS yang ceria dan baik fizikalnya tidak akan memberi manfaat
kepada pengguna sekiranya tidak ada aktiviti yang dibuat.

Pelaksanaan aktiviti perlu kepada perancangan yang baik dan jitu supaya dapat
berjalan dengan licin dan memberi impak yang semaksimanya.

10.1.1 Contoh-contoh aktiviti yang boleh dilaksana oleh PSS:

- Pameran buku baru.


- Pameran bertema.
 Alat pertanian tradisional
 Pakaian pengantin
 Kraftangan
 Alatan sukan
- Minggu bahasa
- Kuiz buku baru
- Kursus penggunaan perpustakaan untuk guru dan murid.
- Pertandingan buku skrap
- Mari bercerita
- Mari mengarang
- Minggu puisi
- Minggu PSS
- Uji minda
- Lawatan
- Pertandingan melukis / mewarna

67
10.2 Dokumentasi
Setiap aktiviti yang telah dilaksanakan mesti direkodkan untuk tujuan rujukan.
Rekod-rekod segala aktiviti ini boleh dihasilkan sama ada dalam bentuk
bercetak, video, atau vcd. Mendokumentasikan segala aktiviti adalah penting
bagi mempastikan perancangan aktiviti PSS yang seterusnya dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Dalam penyediaan dokumentasi ini, beberapa perkara mesti dinyata atau


dimasukkan iaitu:-

 Tajuk.
Nyatakan tajuk sesuatu aktiviti yang telah dilaksanakan.
Contoh. Kuiz buku baru.

 Maklumat aktiviti.
- Tarikh
- Hari
- masa
- Bilangan peserta
- Jemputan yang hadir/ VIP

 Kertas kerja.
Kertas kerja yang telah dibuat semasa merancang sesuatu aktiviti
tersebut.

 Surat menyurat.
Segala surat menyurat yang telah dikeluarkan sehingga aktiviti itu
dapat dilaksanakan. Termasuk surat panggilan mesyuarat,
jemputan penceramah, surat pohon bantuan/derma, minit
mesyuarat.

68
 Keputusan
Segala keputusan yang diumumkan sekiranya aktiviiti itu
berbentuk pertandingan atau kuiz hendaklah dimasukkan.

 Gambar foto.
Semua gambar foto yang ada berkaitan aktiviti tersebut hendaklah
dimasukkan sama.

10.3 Pelaporan.

Setiap aktiviti yang telah dilaksanakan hendaklah dibuat laporan. Kebiasaannya


laporan ini dibuat dua kali setahun iaitu bulan Jun dan Bulan November.

Format laporan.

Bil Perkara Sinopsis

1. Tajuk Kursus Pengurusan Pusat Sumber Sekolah.

2. Rasional

3. Objektif

4. Tarikh

5. Tempat

6. Sasaran peserta

7. Kehadiran peserta

8. Peruntukan kewangan

9. Pelaksanaan

10. Penilaian

69
11. Cadangan

10.4 Minit mesyuarat.

Setiap kali AJK bermesyuarat, catatan minit hendaklah dibuat.

Format minit mesyuarat.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PSS.

Tarikh:

Masa :

Tempat :

Kehadiran :

Tidak hadir :

Mesyuarat dipengerusikan oleh …………………….

Agenda Perkara Tindakan

Agenda I Ucapan aluan pengerusi.

1.1 Makluman

1.2

1.3

Agenda 2 Mengesahkan minit mesyuarat yang


lalu.
Dicadang oleh Puan Rohani
Mohamad.
Disokong oleh Puan Bibie

Agenda 3. Perkara berbangkit.

3.1 Penyelaras

70
Perpustakaan.

3.2 Penyelaras RTVP.

Agenda 4 Perancangan aktiviti tahun 2003.

Majlis bersetuju untuk melaksanakan


aktiviti berikut untuk tahun hadapan.
Penyelaras TVP
4.1 Kursus penggunaan TV ASTRO

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.6

Penutup Pengerusi mengucapkan terima


kasih kepada semua yang hadir.
Beliau berharap supaya PSS dapat
berjalan dengan baik.

Disediakan oleh Disahkan oleh

……………………………. ……………………………

BAB 11
STOK DAN INVENTORI

71
11.0 PENGENALAN

- Stok dan inventori adalah satu proses bagi mengemaskinikan


pengurusan harta modal- inventori dan bekalan pejabat melalui
penggunaan beberapa jenis barang
- Daftar Harta modal ( KEW 312, 312 A)
- Daftar inventori ( KEW 313 )

11.1 KEPENTINGAN MEREKOD

11.11 Merekod lokasi harta modal, inventori dan bekalan pejabat akan
memudahkan pihak pengurusan untuk mengawas dan mengesan
pergerakan sesuatu bahan.
11.12 Merekodkan butir-butir asas mengenai harta modal – inventori dan
bekalan pejabat memudahkan mana-mana pihak mengawasi
penggunaannya.
11.13 Mewujudkan sistem maklumat yang kemaskini dan berkesan bagi
meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan.

11.2 DAFTAR HARTA MODAL ( KEW 312, 312 A)*

11.2.1 Harta modal adalah barang-barang yang tak luak yang bernilai RM500.00
atau lebih setiap satu pada masa perolehan. Barang-barang ini tidak
termasuk perabot, permaidani, langsir dan seumpamanya yang diperolehi
tanpa mengira kos.
11.2.2 Daftar harta modal dalam bentuk kad diperkenalkan untuk merekod
semua jenis harta modal yang diperolehi. Mengandungi dua bahagian :-

BAHAGIAN A - Merekodkan semua maklumat berhubung


dengan pembelian , penempatan ,
pemeriksaan dan pelupusan.
BAHAGIAN B - Merekodkan semua jenis penyenggaraan
seperti pembaikan dan pembelian segala

72
alat ganti.
11.2.3 Sistem kad ini bagi memudahkan proses merekod segala pembelian dan
penyenggaraan di dalam ruang yang disediakan dan memudahkan
penyusunan rekod mengikut abjad. Dengan sistem ini segala rekod yang
disimpan akan diseragamkan . Ini akan memudahkan kerja-kerja
pengawalan dan penyenggaraan.
11.2.4 Satu daftar hendaklah disimpan untuk merekodkan penggunaan barang
ini.

* Daftar inventori harta modal bahagian ini jarang ada dalam PSS.
Walaubagaimanapun, sekiranya ada maka Penyelaras PSS perlu
mengisi borang KEW 312, 312 A.

11.3 DAFTAR INVENTORI ( KEW 313 )

11.3.1 Inventori ialah barang-barang yang tak luak yang bernilai kurang dari
RM500.00 setiap satu pada masa perolehan. Walaubagaimanapun,
barang-barang seperti perabot, permaidani dan langsir adalah termasuk
kategori inventori tanpa mengira kos.
11.3.2 Ianya adalah untuk merekodkan perolehan dan penempatan inventori.
Daftar ini adalah dalam bentuk kad adalah untuk memudahkan
penyusunan dan juga semasa membuat rujukan. Kad-kad ini disusun
mengikut jenis inventori dan abjad.
11.3.3 Satu daftar hendaklah disimpan untuk merekod penggunaan borang ini.
11.3.4 Butir-butir yang perlu direkodkan di dalam bahagian ini adalah seperti
berikut :

(a) Kategori
Kategori inventori misalnya :-
 Peralatan dan kelengkapan pejabat
 Perabot, permaidani dan langsir dan sebagainya
(b) Jenis
(c) Bilangan
(d) Butiran

73
(e) Kuantiti
(f) No. pesanan kerajaan
(g) Tarikh dibeli
(h) Kos seunit
(i) No. siri pendaftaran
(j) Lokasi
(k) Pelupusan
(l) Catatan
(m) Tandatangan

BAB 12
SIRKULASI

74
12.1 SISTEM EDARAN BAHAN-BAHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

12.1.1 Pinjaman Jangka Pendek

Pinjaman buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen serta bahan-bahan


pengajaran ringan. Pinjaman ini terbahagi kepada 2 jenis:

a) PINJAMAN INDIVIDU
Iaitu dengan menggunakan kad pinjaman individu. Pinjaman ini
dibolehkan dalam masa satu minggu ( tidak termasuk cuti
sekolah). Pengguna boleh meminjam sesuatu bahan setelah
diperbaharui tarikh pinjaman selepas seminggu.

b) PINJAMAN BERKELOMPOK
Pemilihan buku-buku yang sesuai di perpustakaan akan dibuat
mengikut bilangan pelajar di kelasnya dengan menggunakan
bekas/kotak khas. Guru-guru kelas akan melakukan pinjaman
secara kelompok. Guru kelas ini adalah bertanggungjawab ke
atas buku-buku tersebut.

12.1.2 Pinjaman Terhad


Pinjaman terhad adalah pinjaman buku-buku atau bahan-bahan bukan
buku yang boleh dibuat hanya di dalam Pusat Sumber sahaja. Tidak ada
kelulusan untuk pinjaman jangka pendek. Ia adalah untuk pinjaman
buku-buku rujukan, buku rak tertutup dan bahan-bahan media teknologi.

12.1.3 Pinjaman BBM


Kemudahan ini adalah dikhususkan kepada guru-guru sahaja untuk
tujuan pengajaran. Pinjaman barangan ini terhad untuk jangkamasa satu
hari sahaja dan perlulah direkodkan ke dalam buku rekod yang
disediakan di bilik BBM.

75
12.1.4 Penggunaan alatan AUDIO-VISUAL
Kemudahan ini adalah untuk pengguna secara berkelompok atau
individu. Seseorang pengguna atau sekumpulan pengguna boleh
memperolehi apa sahaja bahan audio dan video untuk diikuti. Guru-guru
misalnya boleh membawa pelajar-pelajar untuk menonton tayangan
video, slaid, filem, mendengar rakaman kaset dan seumpamanya.
Individu juga boleh berbuat demikian. Pihak Pusat Sumber Sekolah perlu
menyediakan satu bilik khas iaitu bilik tayangan khusus untuk pengajaran
dan pembelajaran menggunakan alatan audio-visual.

12.1.5 Salinan rakaman AUDIO-VIDEO


Kemudahan ini disediakan kepada semua pengguna Pusat Sumber
Sekolah untuk mendapatkan bahan-bahan audio-video seperti rakaman
kaset, rakaman video dan Astro.

BAB 13

76
PERKHIDMATAN

13.1 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Jenis-jenis perkhidmatan yang perlu ditawarkan oleh sesebuah Pusat Sumber


Sekolah bergantung kepada keperluan guru-guru dan pelajar-pelajar sebagai
pengguna, kemampuan kewangan dan juga bilangan kakitangan terlatih, yang
ada di sekolah. Dalam merancang perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah,
keutamaan hendaklah diberikan kepada empat asas, iaitu Perkhidmatan
Perpustakaan, Perkhidmatan TV Pendidikan (ASTRO), Perkhidmatan Radio dan
Perkhidmatan Alat Pandang Dengar.

13.1.1 PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

Perkhidmatan ini bertujuan untuk membolehkan guru-guru dan pelajar-


pelajar mendapatkan maklumat-maklumat tambahan supaya pengajaran
dan pembelajaran dapat diperkukuhkan dan diperkayakan. Ia juga
bertujuan mengadakan kemudahan pembelajaran secara individu dengan
mengambil kira kebolehan dan keupayaan pelajar yang berbeza-beza.
Semua maklumat yang diperolehi terutamanya buku-buku hendaklah
diproses dan diklasifikasikan mengiku Sistem Perpuluhan Dewey dan
dikatalog supaya mudah dikesan oleh pengguna. Rak-rak buku
hendaklah dilabel mengikut bidang ilmu tertentu supaya dapat dilihat
dengan jelas.

Sistem pinjaman yang adil dan saksama patut diwujudkan. Buku-buku


biasa bolehlah dipinjam dan dibawa balik oleh pengguna untuk tempoh
yang telah ditetapkan. Perkhidmatan perpustakaan juga boleh
mengadakah pelbagai aktiviti untuk menghidupkan suasana di Pusat
Sumber Sekolah. Tiap-tiap kelas diberi peluang menggunakan
perkhidmatan ini sekurang-kurangnya dua kali seminggu pada waktu
persekolahan.

77
13.1.2 PERKHIDMATAN TV PENDIDIKAN (ASTRO)
Sebagai media pendidikan, TV turut memberi kesan dalam proses
pembelajaran. Perkhidmatan TV Pendidikan (ASTRO) boleh diadalah
secara langsung atau secara “off-air”. Penggunaan secara langsung ini
biasanya digunakan di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai alat
perakam video. Perkhidmatan secara “off-air” boleh digunakan bila-bila
masa yang difikirkan sesuai kerana rancangannya telah dirakamkan
terlebih dahulu.

Setiap rancangan yang digunakan oleh guru-guru dan para pelajar sama
ada secara langsung atau secara “off-air” mesti dicatatkan di dalam Buku
Rekod Penggunaan TV Pendidikan. Rekod ini dapat membantu pihak
pengurusan Pusat Sumber Sekolah mengetahui tahap penggunaan
program media ini.

13.1.3 PERKHIDMATAN ALAT PANDANG DENGAR


Perkhidmatan ini ditawarkan bagi memberi pinjaman alat-alat pandang
dengar kepada para guru dan pelajar. Koleksi alat-alat pandang dengar
ini perlu juga dikatalogkan. Guru BBM hendaklah menyediakan katalog-
katalog alat dan mengedarkannya supaya berada dalam pengetahuan
guru-guru mengenai kemudahan-kemudahan yang boleh didapati dan
digunakan.

Setiap penggunaannya hendaklah direkodkan di dalam Buku Rekod


Penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Rekod ini adalah sangat penting
bagi mengesan alat-alat yang telah dipinjam. Bengkel pembinaan alat
atau media kos rendah perlulah diadakan bagi menambahkan koleksi
bahan. Antara bahan/ media kos rendah yang boleh dibuat ialah seperti
peta, carta, transparensi OPH, pita slaid dan sebagainya.

Bagi menjamin perkhidmatan yang berterusan, guru BBM perlu


menentukan semua alatan di “service” dari masa ke semasa. Stok alat-

78
alat ganti seperti mentol, bateri dan sebagainya hendaklah sentiasa ada
untuk digunakan apabila perlu.

13.1.4 PERKHIDMATAN KHAS


Perkhidmatan ini sama pentingnya dengan perkhidmatan-perkhidmatan
lain di Pusat Sumber Sekolah. Guru Perkhidmatan Khas boleh
mengumpul sebanyak mungkin maklumat-maklumat dalam pelbagai
bidang ilmu. Maklumat-maklumat ini boleh didokumentasikan, dicetak
dalam bentuk risalah, dikatalog dan diletakkan dalam Pusat Sumber
Sekolah. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh diadakan oleh perkhidmatan
ini ialah menganjurkan majlis ceramah dan juga demonstrasi seperti
tokoh-tokoh sejarah dan pakar-pakar dalam bidang tertentu.

13.1.5 KHIDMAT NASIHAT


Perkhidmatan ini diwujudkan adalah semata-mata untuk memberi nasihat
kepada semua pengguna mengenai hal yang berkaitan dengan Pusat
Sumber Sekolah. Unit ini akan memberi panduan dan tunjuk ajar
mengenai proses pinjaman, pencarian bahan, lokasi bahan, merekod dan
sebagai.

13.2 WAKTU PERKHIDMATAN


Pusat Sumber Sekolah sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan yang
diperlukan terutama pada waktu-waktu yang telah ditetapkan sama ada melalui
tempahan, jadual penggunaan yang diatur dan sebagainya.

BAB 14
SISTEM AUTOMASI PSS

79
14.0 PENDAHULUAN
Nyatakan sistem yang digunakan di sekolah.

14.1 PENGENALAN
Rasional menggunakan sistem automasi.
14.1.1 Masalah pinjaman dan pemulanganbuku.
14.1.2 Masalah yang timbul dikaunter ketika proses pinjaman dan
pemulangan
- mengambil masa yang lama untuk mencari kad keahlian
semasa proses pemulangan. Ini menyebabkan keadaan di
kaunter menjadi sesak.
- Kad keahlian kerap kali tidak berada pada ruangan
simpanan yang betul. Ini menyebabkan pengawas PSS
tidak dapat mencari kad tersebut dan terpaksa memeriksa
kad ahli tersebut di ruangan kelas lain.
- Kad pulangan ‘ due date’ yang tidak dimasukkan dengan
betul oleh pengawas bertugas akan menimbulkan
kekeliruan ketika buku tersebut hendak dipulangkan.
- Kad ahli sentiasa hilang di kaunter dan pihak
perpustakaan terpaksa menggantikan kad tersebut.
- Kad pulangan yang sentiasa hilang atau tidak dimasukkan
dengan betul ke dalam poket buku yang sepatutnya.

14.2 Berikut adalah contoh Sistem Automasi yang digunakan di PSS Sekolah
Kebangsaan Padang Mengkuang, Kuala Terengganu.
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang menggunakan Aplikasi
Sistem Peminjaman dan Pengkatalogan Buku Berkomputer atau nama
ringkasnya SIPKOM mulai pada tahun 2001.

14.2.1 Satu perisian yang dinamakan ‘Athenaeum Light 5’ digunakan.


ATHENAEUM ( Ath-en-ay-um ) n.

80
Athenaeum ialah satu perisian untuk kegunaan perpustakaan. Ia
mempunyai 3 siri yang mempunyai fungsi yang berlainan setiap
satu. Kesemua siri ini mempunyai keupayaan untuk menguruskan
pinjaman dan pemulangan serta pengkatalogan buku.

Athenaeum Pro Mempunyai berbagai pilihan , dan tidak mudah


dicerobohi dan rangkaian setempat ( networking)

Athenaeum Express Mempunyai tahap keselamatan yang tinggi tetapi


tidak menyokong langkah yang setempat
( networking ).

Athenaeum Light Ia sama seperti siri Athaenaeum yang lain tetapi


beberapa fungsi tidak terdapat di dalam siri ini. Ia
disediakan secara percuma.

14.2.2 Sebab-sebab mengapa perisian Athenaeum Light dipilih


 Ia diberikan hak penggunaan secara percuma
 Mempunyai berbagai fungsi yang memudahkan
pustakawan menguruskan soal-soal pinjaman
seperti mengetahui peminjam yang lewat
menghantar buku.
 Ia mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dan
selamat dari dicerobohi.Ia mempunyai 3 kata laluan
yang berbeza untuk 3 puhak yang berbeza.
(a) kata laluanuntuk tetamu hanya dapat
melihat pinjaman dan pemulangan sahaja.
Fungsi-fungsi lain tidak akan berfungsi.
(b) Kata laluan untuk pustakawan –
pustakawan boleh mengakses bahagian
pinjaman dan pemulangan, buku, ahli,
bahagian pinjaman tetapi tidak boleh
mengubah bahagian penyeliaan.

81
(c) Kata laluan penyelaras – boleh mengakses
semua bahagian termasuk bahagian
penyeliaan yang menetapkan bahagian
berapa hari tempoh pinjaman buku dan lain-
lain lagi.
 memberikan kemudahan mencari senarai
pengguna yang lewat menghantar buku pinjaman.
 Memberikan penggunaan ‘ bar code ‘ yang
sememangnya jarang digunakan di perpustakaan
sekolah rendah.
 Menyediakan bahagian analisis seperti bilangan
peminjaman buku daripada setiap kelas.
 Berkeupayaan mencari tajuk buku yang diingini dan
boleh mengetahui status buku tersebut ( samada
buku tersebut telah dipinjam atau masih berada
diperpustakaan )
 Mengetahui maklumat ahli daripada bahagian ahli
 Perisian Athenaeum Light bebas daripada
sebarang pepijat atau daripada sebarang
kerosakan sistem.

14.2.3 Proses Alih Bahasa


Athenaeum Light merupakan perisian berbahasa inggeris sepenuhnya .
Pihak perpustakaan berpendapat adalah lebih baik jika perisian tersebut
boleh ditukar kepada Bahasa Melayu. Ini adalah kerana kebanyakan
pustakawan daripada tahun 3 dan 4 masih lagi mempunyai masalah
untuk menguasai bahasa Inggeris.
Proses menukarkan Athenaeum Light kepada bahasa melayu mengambil
masa yang agak lama iaitu kira-kira 4 bulan. Ia adalah kerana ia
merupakan perisian berasaskan Filemaker Pro. Kebanyakan guru tidak
biasa menggunakan perisian tersebut kecuali jika terdapat pendedahan.

14.2.4 Sebab-sebab mengapa SIPKOM tidak ditukarkan kepada bahasa melayu


sepenuhnya.

82
# SIPKOM akan digunakan oleh pengawas perpustakaan yang
terdiri daripada murid. Disamping mereka menggunakannya,
mereka secara tidak langsung akan mempelajari bahasa Inggeris.
Ini akan meningkatkan tahap vocabulary mereka. Contoh-contoh
perkataan yang masih dikekalkan ialah :
Issue – pinjaman
Return – pemulangan
# Athenaeum adalah satu perisian yang berasaskan Filemaker.
Tidak ramai guru berpengetahuan yang memakainya. Ia adalah
satu perisian untuk membina pangkalan data.
# Athenaeum Light adalah perisian komputer yang telah dibina oleh
pihak sumware iaitu mereka yang berkepakaran tinggi dalam
bidang komputer. Oleh yang demikian adalah sesuatu yang sukar
untuk mengubah secara keseluruhan perisian tersebut lebih-lebih
lagi dengan bantuan teknikal yang terhad.
14.2.5 Perancangan masa depan
- pengkatalogan buku
Pada tahun 2001, SIPKOM telah menyimpan data buku lebih
kurang 2000 buah buku Fiksyen Remaja, Fiksyen kanak-kanak ,
dan lain-lain.Pihak perpustakaan bercadang untuk menambahkan
lagi pengkalan data dengan menambahkan lagi pengkatalogan
buku daripada buku rujukan, majalah, jurnal dan bahan-bahan
bukan buku seperti Cd-Rom.

14.2.6 Penggunaan Komputer


Setakat ini kaunter pinjaman hanya mempunyai hanya sebuah komputer
sahaja. Perpustakaan bercadang untuk menggunakan dua buah
komputer yang mempunyai sambungan networking antara satu sama
lain. Sebuah komputer untuk proses pinjaman manakala sebuah lagi
untuk proses pulangan.

14.2.7 Kursus peringkat dalaman

83
Kursus SIPKOM akan diadakan pada setiap masa untuk memberikan
maklumat penggunaan terkini kepada pustakawan seperti penggunaan
(bar-code), penukaran kata laluan (password) dan lain-lain lagi.

14.2.8 Perpustakawan Online


Penggunaan Internet akan dipertingkatkan. SIPKOM akan dimasukkan ke
dalam internet. Dengan ini murid S.K Padang Mengkuang akan dapat
mengakses tajuk buku, lokasi buku dan mengetahui status buku
berkenaan dariapda rumah atau di mana sahaja.

84

You might also like