You are on page 1of 46

UNIT 1 KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

SINOPSIS

Unit ini mengandungi lima tajuk:

Tajuk 1.1: Pengertian Tamadun Islam .


Tajuk 1.2: Ciri-ciri tamadun Islam
Tajuk 1.3: Matlamat tamadun Islam
Tajuk 1.4: Prinsip-prinsip tamadun Islam
Tajuk 1.5 : Sumber-sumber tamadun Islam

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini peserta dapat:

1. Menerangkan konsep tamadun Islam serta perbezaannya dengan


tamadun barat.

2. Menyatakan ciri-ciri tamadun Islam

3. Menerangkan Matlamat tamadun Islam.

4. Menyenaraikan prinsip-prinsip tamadun Islam.

5. Menjelaskan sumber tamadun Islam yang terdiri daripada wahyu dan akal.

Tajuk 1.1: Pengertian Tamadun Islam .

Tamadun dari segi bahasa:

Tamadun berasal dari perkataan Arab “maddana, yamuddunu, madinatan”


Madani adalah sifat nama yang membawa yang membawa erti sifat pembangunaan,
atau perbandaran serta keadaan budi bahasa yang terpuji. Ini bererti pembangunan
sifat kekotaan dan insaniah di dalam diri. Lawan kepada sifat tersebut ialah “Badw”
yang bererti kehidupan badwi. Nama Kota Madinah kepada suatu tempat yang
dahulunya dinamakan Yathrib. Perkataan-perkataan lain yang biasa digunakan
dalam bahasa Arab ialah thaqafah, madaniyat, umran dan hadharah.

1
thaqafah

hadharah Pengertian madaniyat


Tamadun

umran

Thaqafah dalam Bahasa Arab bermaksud kebudayaan. Menurut Kart Wittfogel


dalam bukunya Approaches to Asian Civilization, iaitu ciri kebudayaan secara
keseluruhan daripada sesuatu negara berdasarkan pemikiran dan kepercayaan. Dan
Arnold Toynbee menerusi bukunya, A Study of History menjelaskan bahawa
tamadun sebagai sejenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota.

Madaniyat dalam Bahasa Arab bermaksud kota-kota. Profesor Madya Dr. Lutfi
Ibrahim menyatakan bahawa madaniyat ialah kemajuan yang dicapai oleh satu-
satu bangsa di dalam membangun dan memodenkan diri mereka agar dapat duduk
di tahap yang lebih tinggi. Iaitu pencapaian dari segi kebendaan seperti alat teknologi
dalam pertanian, pengeluaran, pengangkutan dan sebagainya, seni bina dan lain-lain
lagi. Ia merupakan hubungan dengan alam sekitarnya yang bersifat kebendaan. Ia
juga bersumberkan wahyu. Abu Nasir al-Farabi ( abad 11M ) telah
memperkenalkan istilah al-madaniyat dalam kitabnya, Al-Siasah Al-Madaniyat yang
membawa maksud kota, kehidupan yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak.
Istilah ini juga digunakan oleh Muhammad Farid Wajdi dalam kitabnya Al-
Madaniyat wa al-Islam ( abad 20M ). Dan juga digunakan oleh Syeikh Muhammad
Abduh di dalam risalahnya Al-Islam wa al-Nas wa al-‘Ilmu wa al-Madaniyat dan
Tafsir al-Mannar.

Umran dalam Bahasa Arab bermaksud bangunan atau perbandaran. Istilah ini telah
digunakan oleh Ibnu Khaldun di dalam kitabnya, al-Muqaddimah ( abad 14M –
19M ).

Hadharah dalam Bahasa Arab bermaksud kebudayaan. Menurut Ibnu Khaldun


hadharah ialah sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota
atau wilayah dan tanah pertanian. Istilah ini telah digunakan oleh Kurdi Ali dalam
kitabnya, Al-Islam wa al-Hadharah al-Arabiah. M.A.J Beg dalam bukunya The Image
of Islamic Civilization, menjelaskan bahawa hadharah dan umran mempunyai
pengertian yang sama. Istilah umran lebih popular digunakan dalam abad 14M
manakala hadharah dalam abad 20M. Menurut Dr. Lutfi Ibrahim, hadharah ialah
merupakan pencapaian dalam hal kerohanian seperti pemikiran dan sebagainya
yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak. Ini merupakan hubungan manusia
dengan manusia yang bersumberkan wahyu.

Kamus Dewan mendifenisikan tamadun sebagai keadaan kemajuan kebendaan


atau pemikiran, budaya ,sosial , politik, beradaban dan dan lain-lain (Teauku
Iskandar : 1994). Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf

2
perkembangan pemikiran (sosial & budaya) yang tinggi - peradaban. Negara dan
penduduknya yang telah mencapai taraf perkembangan pemikiran (sosial & budaya)
yang tinggi. Budaya hidup atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau
sesuatu zaman) tertentu. Keadaan pemikiran (budaya & sosial) yang halus.

Beberapa perkataan yang biasa digunakan dalam bahasa inggeris ialah Culture,
Reneissance, Urbanization, dan Civilazation. Adakah semua perkataan itu
menyamai makna perkataan tamadun dalam bahasa Arab?

Umumnya memang terdapat perbezaan antara perkataan tersebut yang mencakupi


makna dan skop perbahasan mengenainya walaupun ada ciri dan perkaitan di antara
satu sama lain. Culture, Urbanization dan Reneissance mempunyai makna yang
sempit dan Civilization di anggap mencakupi ketiga-tiga makna tersebut

Takrif Tamadun Mengikut Sarjana Barat & Islam

Sebelum takrif tamadun mengikut sarjana-sarjana Islam dapat dikemukakan, takrif-


takrif tamadun mengikut sarjana Barat perlu dikemukakan.

Tamadun Menurut Sarjana Barat

a) Arnold Toynbee

Tamadun ialah sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Beliau


menambah lagi tamadun ialah satu gaya kebudayaan yang
bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan
moral. (Mustafa haji Daud: Tamadun Islam) atau dengan kata lain tamadun
ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah
hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu
bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

b) A.S. Hornby dan E.C. Parnwell

Menyatakan dalam bukunya “The Progressive English Dictionary” tamadun


bermaksud “meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada kemunduran
kepada kemajuan dalam bidang sains, teknologi, politik, moral dan
sebagainya.

c) J. R. Strayer

Menerangkan dalam bukunya The Mainstream of civilization menjelaskan


perkataan tamadun amat ramat hubungan dengan perbandaran. Beliau
mengatakan tamadun Itu lahir di bandar. (Mustafa Haji Daud: Pengantar
tamadun Islam

d) J.K. Fiebleman

Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat.


Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri
menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan.

3
e) E.B. Taylor:

Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek


keilmuan kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat
dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.

f) Oswarld Spengler

Tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan itu


membawa kepada kemajuan.

g) Will Durat :

Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan


pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber
ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.

Tamadun Menurut Sarjana Islam

a) Ibnu Khaldun

menerangkan tamadun ialah sekumpulan manusia yang mendiami sebidang


tanah yang mempunyai perbekalan ekonomi yang mencukupi, keselamatan
nyawa dan harta yang terjamin yang membolehkan mereka
mencapai kemajuan dalam berbagai bidang.

b) Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi

mengatakan tamadun bermaksud kehalusan budi pekerti orang yang hidup


di kota yang memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan
keamanan, keselamatan, kemakmuran dan penghasilan teknologi yang
sempurna.

c) Muhammad Rasyid Redha

Agama adalah asas tamadun, Ini kerana peningkatan unsur maknawi


(spiritual) akan mendorong kebanyakan fizikal. Rasionalnya semua tamadun
di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau
kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan
agama atau sebaliknya.

d) Sayyid Qutb :

Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh


sekumpulan masyarakat spert

e)Said Hawa

Tamadun secara umum terbahagi kepada dua kategori iaitu tamadun Islam
dan tamadun Jahiliah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang
tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan
itu. Manakala Tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan
dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan
moral.

4
f) Umar Audah al-Khatib

Tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan


moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik,
kesenian dan seluruh kehidupan.

g) Muhammad al-Bahiy

Tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang


menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah,
pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain.

Kesimpulan

Perkataan kebudayaan mengikut keterangan yang dikemukakan oleh setengah


sarjana adalah sama dengan maksud tamadun. Manakala pendapat yang lain pula
mengatakan kebudayan ada sedikit perbezaan dengan tamadun.

Berdasar pendapat-pendapat yang diperkatakan di atas dapatlah disimpulkan


bahawa tamadun ialah suatu perubahan atau pembangunan atau kemajuan yang
berlaku dalam setiap bidang kehidupan masyarakat samada berbentuk fizikal,
peraturan, pentadbiran atau sebagainya dan juga pembangunan spiritual dari segi
akhlak dan kemanusiaan. Ia berterusan dan tidak terikat dengan sesuatu melainkan
syarak.Tamadun Islam mementingkan pencapaian kedua-dua aspek kehidupan
namun pembangunan spritual adalah diutamakan.

Tajuk 1.2: Ciri-ciri tamadun Islam


Tamadun Islam mempunyai ciri-ciri tertentu yang dapat diterangkan seperti berikut:

1. Sumber tamadun Islam daripada al-Quran dan hadis (Tajuk ini akan
diterangkan dalam tajuk berikut)

2. Nilai-nilai tamadun Islam adalah tetap. Ini bermakna nilai baik dan buruk
yang menjadi ukuran untuk sesuatu tujuan atau perbuatan adalah
berasaskan kepada ajaran al Quran dan hadis bukan kepada hawa nafsu.
Sebagai contoh dalam kebudayaan Islam tidak dibenarkan sama sekali
minum arak kecuali dalam keadaan terpaksa (darurat)

1. Tamadun Islam bersifat terbuka kepada semua tamadun. Sifat ini bermaksud
tamadun Islam menerima tamadun-tamadun asing yang telah mencapai
kemajuan dalam berbagai bidang seperti pada zaman kerajaan Abbasiah
berbagai bidang ilmu daripada Greek telah diambil dan diterjemah ke dalam
bahasa Arab. Hasilnya tamadun Islam telah mencapai kegemilangan pada
zaman itu. Walau bagaimanapun nilai-nilai yang bercanggah dengan ajaran
al Quran dan Hadis ditolak. Di samping itu tamadun Islam memberi
sumbangan kepada kemajuan tamadun lain umpamanya orang-orang
Eropah telah mengambil khazanah ilmu dari kegemilangan tamadun islam di
Sepanyol untuk menjayakan kemajuan di Eropah.

2. Tamadun Islam sesuai dengan sifat semula jadi manusia. Semua nilai
adalah bertujuan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat . NIlai-nilai
tamadun Islam mendorong manusia untuk melakukan tugasnya sebagai

5
khalifah Allah. Tugas ini bermaksud menjalankan peranan sebagai pengurus,
pemimpin dan perancang kepada kemajuan dunia ini.

3. Tamadun Islam tidak terikat dengan bangsa atau daerah yang tertentu. Oleh
itu tamadun berlaku di mana-mana seperti di kepulauan Melayu, di India, di
Selatan Filipina dan sebagainya.

4. Tamadun Islam tidak tertakluk kepada masa-masa yang tertentu. Oleh itu
tamadun Islam boleh berlaku pada zaman Nabi Muhammad (rasul) sehingga
zaman kini. Dalam hal ini tidak tepat sekiranya tamadun Islam itu dikatakan
hanya berlaku pada zaman Rasul atau zaman pertengahan.

5. Semua kemajuan yang dicapai semasa pemerintahan Islam dikira tamadun


Islam selagi tidak bertentangan dengan ajaran islam. Sesuatu ciptaan yang
dibuat oleh bukan Islam tetapi di arah oleh pemerintah Islam dikira sebagai
tamadun Islam.

Terangkan perbezaan takrif tamadun mengikut sarjana Barat dan


Islam.

Tajuk 1.3: Matlamat Tamadun Islam

Matlamat terbahagi kepada tiga bahagian

Ianya untuk menyempurnakan perhubungan tiga dimensi seperti rajah di bawah.

Allah

Manusia Alam

a) Huquq Allah (Hubungan Manusia dengan Allah)


b) Huquq al-’Ibad (Hubungan Manusia Sesama Manusia)
c) Huquq al-Alam(Hubungan Manusia Dengan Alam Sejagat)

a) Huquq Allah (Hubungan Manusia dengan Allah)

Matlamat tamadun Islam tidak dapat dipisahkan dengan matlamat hidup manusia
sebagai hamba Allah dan khalifah Allah. Hamba Allah bermaksud melakukan ibadat
hanya kepada Allah. Oleh itu sekiranya sesoerang itu melakukan sesuatu ciptaan

6
baru ia bermatlamat untuk mendapat keredaan Allah semata-mata bukan kerana
hendak berbangga-bangga dengan perkara yang dihasilkan.

Islam tidak menentukan bahawa pemikiran manusia hanya terhad sekadar untuk
memikirkan alam ini semata-mata. Ia menyuruh manusia berfikir lebih jauh dari itu,
dengan menumpukan pemikiran kepada Allah Pencipta Alam ini dan segala yang
terkandung di alam ini. Islam menyeru penganutnya agar menghidupkan rasa
perhubungan dengan Penciptanya kerana Dialah (Allah SWT) yang memudahkan
dan mengurniakan ahli-ahli fikir untuk mencipta pelbagai ciptaan dari semasa ke
semasa untuk memenuhi keperluan dan manfaat manusia sejagat. Ini bermakna ,
tumpuan tidak hanya sekadar pada bidang pembangunan dengan menggunakan
atau mengeksploitasi segala sumber dalam alam ini.

Hubungan manusia dengan Penciptanya, Allah SWT merupakan matlamat yang


terpenting dan terakhir untuk dituju dalam kehidupan. Inilah hubungan yang paling
tinggi berbanding dengan hubungan lain seperti hubungan dengan keluarga, kaum
dan bangsa, jenis manusia, kebendaan dan sebagainya. Hubungan-hubungan lain
ini merupakan makhluk Allah yang lain daripada perhubungan manusia dengan-Nya.
Hakikatnya, hubungan mulia manusia dengan manusia dan alam lainnya akan
kembali kepada hubungan yang kudus dengan Pencipta Alam itu sendiri. Maka itu,
hubungan dengan Allah SWT adalah yang tertinggi, unggul, kudus, bahagia dan suci
murni. Hubungan dengan Allah SWT adalah setinggi-tinggi martabat yang
melahirkan suatu kenikmatan tidak terhingga kepada jiwa yang bersih dan suci.

Dalam konteks ini, Pencipta Alam inilah yang memerintah dan menguasainya tanpa
membatalkannya. Firman Allah SWT bermaksud:

Katakanlah; Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri,


kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan
yang kamu khuatiri kerugian, dan rumah-rumah kediaman yang kamu
sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan
daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah
mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk
kepada orang-orang fasik.

(surah Al-Taubah, 9:24)

Oleh sebab itu, hubungan manusia dengan pencipta-Nya, Allah SWT adalah suatu
bentuk hubungan yang unik, berkekalan dan mutlak serta tidak menyamai atau dapat
dibandingkan dengan sebarang bentuk hubungan lain. Bentuk hubungan lain
tidaklah sebegitu serta tidak dapat menyamai atau dibuat perbandingan.
Umpamanya, hubungan dengan para rasul merupakan hubungan untuk mengambil
petunjuk dan teladan daripada tingkah laku dan aktiviti mereka (sunnah), serta
mematuhi ajaran yang dianjurkanoleh mereka, di samping mencintai sifat-sifat
peribadi mereka yang begitu unggul, tetapi bukanlah hubungn perhambaan, kerana
para rasul itu sendiri ialah hamba-hamba Allah SWT. Allah SWT berfirman yang
bermaksud

”Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang kami kurniakan kepadanya nikmat
(kenabian) dan kami jadikan dia sebagai tanda bukti (kekuasaan Allah) untuk Bani
Israel”

7
b) Huquq al-’Ibad (Hubungan Manusia Sesama Manusia)

Masyarakat Islam merupakan suatu masyarakat yang berbentuk sejagat, yakni tidak
bersifat perkauman, tidak bersifat kebangsaan dan tidak terbatas dalam lingkungan
sempadan geografi dan politik, lebih berbentuk kesatuan ummah. Hubungan dengan
masyarakat bukan Islam tidak dibataskan sama ada kerana perbezaan jenis, warna
kulit, bahasa dan bangsa, malah tidak juga memandang keyakinan dan kepercayaan
individu, sebaliknya mementingkan hubungan baik, saling menghormati, bertoleransi
dan berdisiplin. Bagi masyarakat Islam, hanya terdapat satu usuran untuk mendapat
tempat utama di sisi Khaliq. Iaitu ketakwaan dan ketaatan lepada-Nya, di samping
berbuat baik lepada hamba-hamba-Nya. Firman Allah SWT bermaksud

“ Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang


lelaki dan seorang perempuan, lalu Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku, supaya kamu saling berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang paling
mulia di sisi Allah ahíla yang paling takwa di antara kamu” (surah Al-Hujuraat 49:13)

Dalam konteks ini, Rasulullah SAW juga telah memberikan penegasan tentang umat
dan berkait pula dengan masyarakat Islam, dalam sebuah hadis Baginda yang
bermaksud

: Tidak ada kelebihan seorang Arab dengan seorang ‘Ajam, kecuali kerana
takwanya”
(diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Ini menunjukkan bahawa idea diskriminasi ras atau perkauman sudah dihapuskan
dalam masyarakat Islam sejak zaman Rasulullah SAW lagi, dan sebaliknya
membuka pintunya kepada seluruh Amat manusia di atas bumi ini atas dasar
persamaaan yang sempurna dan di atas landasan perikemanusiaan yang murni.
Atas dasar ini, semua manusia berhak untuk berhimpun dalam pangkuan Islam dan
di bawah perlindungan sistem sosialnya. Namur begitu, dalam Islam wujud peranan
dan tanggungjawab yang berbeza antara orang Islam(muslim)dengan orang Islam
yang lain dan antara orang Islam dengan bukan Islam di dalam sesuatu masyarakat.
Dengan itu, Islam mewajibkan lepada pemerintah-pemerintah Islam supaya menjaga
kepentingan bukan Islam dengan seadil-adilnya, di camping terhadap orang Islam
sendiri. Kezaliman, kekerasan dan penganiayaan sesama manusia tanpa mengira
orang Islam atau bukan Islam ditolak dengan keras menurut ajaran Islam.

Kepentingan hubungan antara manusia dengan sesama manusia ditonjolkan dalam


ajaran Islam. Ini termasuklah sebagaimana dinyatakan dalam beberapa hadis
Rasulullah SAW antaranya yang bermaksud ”Orang Mukmin itu dengan Mukmin
yang lain adalah laksana satu bangunan, bahagian yang satu menguatkan bahagian
yang lain” (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim). Menurut sabda Rasulullah SAW
lagi, yang bermaksud: Bandingan orang-orang Mukmin mengenai kasih sayang
mereka, belas kasihan mereka dan timbang rasa mereka adalah laksana sebatang
tubuh, jika satu anggota mendapat sakit, maka seluruh anggota yang lain turut
merasai sakit tanpa tidur dan merasa demam(panas) (diriwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim).

Berdasarkan hubungan manusia sesama manusia, hubungan yang begitu erat dan
kasih sayang yang kukuh, merupakan satu bentuk keharmonian dan disiplin yang t
Inggi. Ini merupakan gambaran yang jelas bahawa tamadun Islam begit
mementingkan hubungan sesama manusia.

8
Melalui tanggungjawab sebagai khalifah Allah manusia diberi ganjaran yang besar
sekiranya ia berkorban masa dan waktu untuk mencipta sesuatu perkara baru yang
memberi manfaat kepada manusia. Ciptaan perisian computer yang baru sudah
tentu memudahkan ramai orang untuk menjalankan tugas-tugas mereka.

c) Huquq al-Alam(Hubungan Manusia Dengan Alam Sejagat)

Khalifah Allah bermaksud membangunkan alam, menguruskan alam dan mentadbir Alam.
Menjadi tanggungjawab manusia menguruskan alam dengan sebaik-baiknya. Manusia
dikehendaki membuat kebajikan kepada manusia

Selain daripada memberi sumbangan kepada manusia, menjadi tugas setiap insan
membangunkan dengan baik alam sekitar yang meliputi pokok-pokok, binatang
cekerawala dan sebagainya. Tidak dibenarkan sama sekali merosakkan alam ini
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Telah menjadi nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan
tangan manusia…..Allah menjadikan mereka merasakan sebahagian daripada
perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar.” (al-Rum:41)

Ayat ini menerangkan bahawa kerosakan yang berlaku pada alam ini disebabkan
olen perbuatan manusia (seperti membuat pencemaran sungai dan udara).
Akibatnya mereka menanggung kesusahan daripada perbuatan jahat tersebut.

Manusia mesti ingat bahawa Allah menjadikan alam untuk kepentingan manusia
sejagat. Perkara ini dijelaskan dalam al Quran sebagaimana firmannya yang
bermaksud:

“Allah yang menjadikan langit dan bumi dan ia menurunkan dari langit air, maka
ia mengeluarkan dengannya buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu. Dan
ia memudahkan bagi kamu kapal untuk kamu berjalan di laut dengan ketentuan
daripadanya dan dimudahkan untuk kamu sungai-sungai, disediakan malam
dan siang dan ia mendatangkan untuk kamu segala sesuatu yang kamu
bermohon daripadanya.” (Ibrahim: 32-34)

Kesimpulan

Matlamat Tamadun adalah untuk menjaga tiga dimensi perhubungan manusia.


hablum mina Allah iaitu hubungan manusia dengan Allah s.w.t, hablum mina al-nas
iaitu hubungan manusia dengan manusia dan huquq al alam iaitu hubungan manusia
dengan alam.

Islam adalah agama fitrah yang pada asalnya dipunyai dan dimiliki semua manusia
dan bersumber daripada Allah SWT. Ia mempunyai tujuan dan matlamat yang telah
ditetapkan oleh Pencipta-Nya sendiri, iaitu
Allah SWT. Justeru, tamadun Islam juga turut mempunyaib tujuan dan matlamat,
kerana sesuatu yang tidak mempunyai matlamat, tujuan atau objektif adalah sesuatu
yang tidak bernilai dan bahkan sia-sia semata-mata. Matlamat tamadun Islam
dapatlah diringkaskan seperti berikut:

9
Ia bermatlamat menyempurnakan manusia secara menyuluruh. Justeru, Islam
secara Idealnya, menghendaki dan menetapkan sistem dan peraturan supaya
manusia mencari, mencipta, membangun, memajukan diri dan mempergunakan
segala-gala yang disediakan oleh Allah SWT dalam alam ini untuk kebaikan dan
manfaat semua manusia. Secara realitinya, manusia hanya perlu melaksanakan
sistem dan peraturan tersebut dalam pembinaan dan pembentukan tamadun
mereka. Dengan pelaksanaan sistem ini, seluruh kebaikan dan manfaat dalam
pencapaian dan kemajuan tamadun tersebut akan kembali kepada manusia semula
secara menyeluruh. Hal ini kerana , matlamat tamadun Islam adalah segala-galanya
daripada Allah SWT, kembali kepada Allah SWT dan untuk Allah SWT selama-
lamanya.

Huraikan matlamat tamadun Islam yang berkaitan dengan alam


sekitar

Tajuk 1.4: Prinsip-Prinsip Tamadun Islam

Prinsip tamadun Islam ialah memelihara keselamatan nyawa, akal, keturunan


(maruah), harta dan kebebasan.

menjaga Memelihara
hak nyawa
kebebasan

Prinsip-prinsip
Tamadun Islam
Memelihara Memelihara
harta benda akal fikiran

Memelihara
maruah

10
Prinsip 1 : Memelihara Keselamatan Nyawa

Tamadun Islam meletakkan keselamatan nyawa di tempat paling utama. Membunuh


adalah dilarang sama sekali. Dalam al-Quran menjelaskan :

‘”Dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri . Sesungguhnya Tuhan itu


penyayang kepadamu” (al-Nisa, 29)

Dalam ayat yang lain Allah menjelaskan: “Bahawa siapa yang membunuh seorang
manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam
negeri, maka bererti orang itu telah membunuh manusia seluruhnya.” (al-Maidah:32)

Prinsip 2 : Memelihara Akal

Keselamatan akal juga diutamakan dalam tamadun Islam kerana dengan akal
manusia boleh menguruskan alam ini. Oleh itu Islam mengharamkan sesuatu
perkara yang boleh merosakkan akal. Arak diharamkan kerana boleh merosakkan
akal manusia. Perkara ini dijelaskan oleh al Quran seperti terjemahan berikut:

“Wahai orang yang beriman sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untuk
berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan
syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperoleh keuntungan.
(al-Maidah: 90)

Prinsip 3 : Memelihara Maruah

Keselamatan keturunan dan maruah dapat dipelihara dengan cara menjauhkan diri
daripada melakukan zina, homosek dan lesbian. Perbuatan zina meosakkan
keturunan kerana anak yang lahir ketiadaan bapa. Perbuatan lesbian dan homosek
pula menjadikan pasangan itu tidak mempunyai anak dan merupakan perbuatan
terkutuk. Umat nabi Lut yang mengamalkan perbuatan homosek telah dilaknat oleh
Allah dengan cara menelingkupkan bumi tempat tinggal mereka. Akibat daripada
sek tanpa kahwin melahirkan jenayah-jenayah yang lain seperti pengguguran bayi
dan pembunuhan bayi. Dalam al-Quran Allah menerangkan:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina kerana ia merupakan perkara keji


dan seburuk-buruk cara” (Israk: 32)

Hukuman yang berat dikenakan kepada pesalah-pesalah zina. Pukulan dengan


rotan sebanyak seratus kali dikenakan kepada teruna dan dara dan rejam sampai
mati dikenakan kepada pesalah yang telah berkahwin.

Prinsip 4 : Memelihara Harta Benda

Harta adalah perlu dijaga supaya tiidak hilang. Oleh itu orang yang memiliki harta
disuruh supaya menjaganya dengan baik. Sesiapa yang mencuri akan dikenakan
hukuman yang berat iaitu potong tangan. Firman Allah yang bermaksud:

“lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai


pembalasan bagi apa yang telah dikerjakan dan sebagai seksaan daripada
Allah.” (al-Maidah:38)

11
Berjudi dilarang sama sekali dan dimurkai oleh Allah. Semua peminat judi
mengetahui bahawa amalan berjudi menghapuskan harta dan merupakan ajakan
syaitan untuk memusnahkan harta yang dikumpul oleh manusia.

Prinsip 5 : Menjaga Hak Kebebasan

Tamadun Islam mementingkan kebabasan. Manusia diminta supaya bebas daripada


beragama secara ikutan. Manusia dikehendaki beragama kerana betul-betul yakin
bahawa agama yang dianuti itu adalah agama yang benar yang diturunkan oleh
Allah. Tidak dibenarkan beragama kerana mengikut ibu dan bapa. Manusia juga
diminta supaya bebas daripada kesesatan. Akal manusia sahaja tidak dapat
mengetaIsalhui perkara-perkara ghaib seperti syurga dan neraka. Oleh itu akal
manusia memerlukan pertunjuk daripada al-Quran bagi menerangkan perkara-
perkara yang tidak dapat difikirkan oleh akal.

Umat Islam tidak boleh mamaksa orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.
Cara yang baik ditunjukkan oleh alQuran ialah melakukan dakwah dengan bijaksana.
Walau bagaimanapun sekiranya orang-orang bukan Islam mengkhianati orang-orang
Islam, perang jihad adalah dibenarkan.

Huraikan keselamatan nyawa, harta, maruah, akal dan kebebasan.

Tajuk 1.5: Sumber-Sumber Tamadun Islam

Dari mana tamadun Islam lahir? Jawapannya ialah tamadun Islam berasal
daripada dua punca: Sumber wahyu dan akal. Wahyu bermaksud ajaran-ajaran
yang disampaikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril.
Wahyu pertama kepada Nabi Muhammad bermula pada tahun 610M semasa Nabi
Muhammad berada di Gua Hirak. Sejak peristiwa itu tamadun Islam terus
berkembang.

Wahyu atau Naqli dibahagikan kepada dua: al-Quran dan Hadis.

AL-Quran
Al-Quran ialah semua ajaran yang disampaikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad
yang berlaku selama 23 tahun. Muhmmad Abdul Jabar Beg memetik pendapat M.
Ali yang mengatakan “al-Quran merupakan pencetus revolusi kelahiran tamadun
Islam” Kandungan al-Quran secara ringkas mengandungi perkara yang berkaitan
aqidah, syariat, akhlak, janji baik/jahat, cara-cara untuk mendapat kebahagiaan dan
kisah orang yang menurut perintah Allah atau melanggar perintah Allah.

12
Hadis

Hadis ialah kata-kata (selain Quran), perbuatan, dan perlakuan diam Nabi
Muhammad. Peranan hadis ialah mentafsir dan menerangkan maksud al-Quran,
mengulang dan menyokong kenyataan al-Quran, dan menjelaskan perkara-perkara
yang tidak disebut dalam Quran. Sebagai contoh dalam al-Quran tidak menyebut
bagaimana cara rukuk dan sujud, maka Nabi telah melakukan perbuatan tersebut.

Contoh Hadis.

Rasulullah bersabda yang bermaksud “Tuntutlah ilmu dari buaian


hingga ke liang lahad” ( Perkataan )
Sabda Rasululah, “ Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu
melihat aku sembahyang” ( Perbuatan )
Nabi berdiam diri ketika melihat tentera-tentera Islam memakan dhab
( Diam)

Hasil daripada ajaran-ajaran yang disampaikan oleh al-Quran dan Hadis lahirlah
bentuk tamadun atau kebudayaan umat Islam umpamanya sistem perbankan tanpa
faedah dan pakaian yang menutup aurat.

Akal

Akal boleh dijadikan sumber tamadun kerana akal memang merupakan suatu daya
yang membolehkan manusia merancang dan bergerak. Akal boleh digunakan untuk
membuat tafsiran dan bertindak. Walau bagaimanapun keputusan akal akan hanya
dipakai jika tidak bertentangan dengan al-Quran.

Akal digunakan dalam ijtimak ulamak dan kias iaitu dengan berijtihad menggunakan
akal fikiran dalam membuat sesuatu keputusan. Setelah berijtihat baharulah
dikeluarkan pendapat yang merupakan ijmak ulamak

Penemuan Baru dan Warisan

Penemuan baru dalam berbagai bidang hasil penemuan dan penyelidikan boleh
dijadikan sumber Tamadun Islam. Sains dan teknologi boleh diterima selagi tidak
melanggar prinsip-prinsip Islam. Warisan yang baik boleh diambil dan diterima untuk
tamadun Islam.

Contonya bentuk-bentuk bangunan yang berunsur / lambang sesuatu bangsa. Boleh


diterima dalam tamadun Islam setelah diubah sesuai dengan kehendak dan acuan
Islam sendiri.

Banyak ciptaan-ciptaan baru dihasilkan pada zaman kegemilangan kerajaan


Abbasiah dan kerajaan Islam di Sepanyol. Sejarah membuktikan bahawa banyak
bahan-bahan tamadun daripada Greek, Rom dan India telah diterima sebagai
sumber tamadun Islam . Sumber-sumber tersebut menjadi bahan pemikiran untuk
menghasilkan tamadun baru. Semua bahan yang tidak bercanggah dengan ajaran
Islam diterima sebagai sumber tamadun.

Terangkan al Quran dan Hadis sebagai sumber tamadun Islam.

13
SOALAN-SOALAN TUTORIAL

1. Dengan menggunakan peta minda huraikan cirri-ciri tamadun Islam.

2. Huraikan keselamatan nyawa, keselamatan keturunan dan keselamatan


kebebasan mengikut tamadun Islam.

RUMUSAN

 Pengertian tamadun mengikut sarjana Islam dan Barat tidak ada perbezaan.

 Tamadun Islam mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti bersumberkan al


Quran dan Hadis, dan meliputi semua tempat dan masa.

 Tamadun Islam mengutamakan kesematan nyawa, harta, akal, maruah dan


kebebasan.

 Sumber tamadun Islam ialah al-Quran, hadis dan akal.

 Matlamat tamadun Islam untuk mengabdikan kepada Allah, berbuat baik


kepada manusia dan menggunakan alam sekitar untuk tujuan yang memberi
manfaat.

RUJUKAN

Ab. Alim Abdul Rahim dan Syed Mohamad. (1995). Tamadun Islam. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abd. Rahman Nawas dan Nawawe Mohamad. (1995). Tamadun Islam. Kuala
Lumpur:Pustaka Haji Abdul Majid.

M. A. J. Beg. (1980) The Image of Islamic Civilization. Bangi: Universiti


Kebangsaan Malaysia.

Mustafa Haji Daud. (2002) Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Mustafa Haji Daud. (1985). Pengantar Tamadun Islam. Petaling Jaya: Media
Intelek sdn. Bhd.

Penerbit Universiti Malaya.(2002) Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala


Lumpur.

14
UNIT 2 PENCAPAIAN DAN HASIL TAMADUN ISLAM

SINOPSIS:

Unit ini mengandungi empat tajuk kecil, iaitu Intelektual, Sumbangan Intelektual
Islam Dalam Bidang Ilmu, Pengaruh Tamadun Islam terhadap Pertumbuhan Sains di
Eropah dan Tokoh-tokoh Tamadun Islam. Perbahasan dikemukan secara singkat
sebagai panduan pelajar mendalami lagi topik yang diketengahkan. Aspek-aspek
yang dikemukakan hanyalah asas kepada perkembangan tamadun disamping
memperkenalkan diantara tokoh yang telah menyumbang kepada kebangunan
tamadun Islam melalui bidang-bidang yang berkaitan.

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran ini peserta dapat:

1. memahami tentang pencapaian dan sumbangan Tamadun Islam


2. mengetahui bidang ilmu dalam Islam yang menjadi pengukur utama
kebangunan tamadun Islam
3. mengenal dan mengetahui sumbangan intelektual Islam dalam bidang-bidang
ilmu
4. memahami perkembangan pengaruh tamadun Islam terhadap pertumbuhan
sains moden di Eropah
5. mengenal beberapa tokoh yang telah menyumbang dalam tamadun Islam.

Tajuk 2.1: Intelektual

Islam menekankan dan menitik beratkan ilmu pengetahuan seperti yang di firmankan
oleh Allah dalam surah al-Alaq ayat 1-5:

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang


menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari
sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
- Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - Ia
mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Mengajak kepada membaca seperti yang disebutkan dalam ayat ini menunjukkan
bahawa Islam menganjurkan pencarian ilmu pengetahuan, sekali gus menunjukkan
betapa tingginya nilai ilmu. Ilmu pengetahuan membolehkan manusia mengenal diri
dan Pencipta dan ciptaanNya

15
Allah SWT telah memberikan semua ilmu kepada Nabi Adam (as) seperti yang
dinyatakan dalam Surah al-Baqarah, ayat 31 dan 32.

“Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala


nama benda-benda dan gunanya, kemudian
ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman:
"Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini
semuanya jika kamu golongan yang benar". Malaikat
itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami
tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang
Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau
jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Definisi Ilmu

Menurut Abd al-Jabbar, ilmu ditakrifkan sebagai kepercayaan yang memuaskan jiwa
bahawa objek yang dipercayai itu adalah menepati perkara yang sebenarnya
mengikut reality yang berlaku.Ini bermakna, ketepatan maklumat selaras dengan
reality itulah yang dikatakan ilmu.

Menurut Prof. Abdullah Hasan,ilmu sebagai apa-apa sahaja yang bererti, bernilai dan
berguna.Manakala Kamus Dewan pula mendefinisikan ilmu sebagai pengetahuan
dan kepandaian (dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain).

Manakala menurut Profesor Syed Muhammad Naqib al-Attas bahawa ilmu


mempunyai pengertian yang amat luas dan sukar dimengertikan secara tepat dan
muktamad. Beliau metakrifka ilmu adalah ketibaan sesuatu makna ke dalam jiwa
seseorang hasil dari maklumat yang benar. Menurut beliau lagi bahawa ilmu
terbahagi kepada dua iaitu ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada
manusia seperti wahyu, dan yang kedua ialah ilmu yang boleh diperolehi melaui
pengalaman pemerhatian, penyelidikan dan rumusan.

Pembahagian Ilmu

Ilmu yang wajib dipelajari ialah ilmu yang berfaedah, terutama Ilmu Fardhu Ain dan
Ilmu Fardhu Kifayah. Para Ulama Islam pula membahagikan ilmu kepada dua
bahagian iaitu ilmu fardhu ‘ain dan ilmu fardhu kifayah.

ALLAH (SWT)

Ilmu

Ilmu Fardhu Kifayah Ilmu Fardhu ‘Ain


Manusia

Rajah 1: Pembahagian Ilmu Menurut Ulama’

16
Ilmu Fardhu Ain

Ilmu Fardhu Ain ialah ilmu yang mesti dikuasai dan difahami oleh setiap individu
seperti Asas Ilmu Tauhid, Fekah, Akhlak dan seumpamanya.

Ilmu Fardhu Kifayah

Ilmu Fardhu Kifayah ialah ilmu yang berfaedah untuk keperluan hidup diri sendiri
dan masyarakat , seperti Ilmu Kedoktoran (perubatan),perniagaan, teknologi moden
dan lain-lain seumpamanya.

Kesepaduan Ilmu

Jika dilihat dari sudut teologi ilmu agama amat tinggi nilai dan martabatnya jika
dibandingkan dengan ilmu-ilmu yang berdasarkan rasional yang bersumberkan
pancainera dan akal sahaja, kerana ilmu agama bersumberkan wahyu. Walau
bagaimana pun ilmu yang berdasarkan rasional tetap diakui sebagai sebahagian dari
jenis-jenis ilmu yang penting dan harus dimiliki dan dipelajari.

Sejarah awal Islam telah mencatatkan bahawa bidang ilmu pengetahuan adalah
menjadi penyumbang utama dalam tamadun Islam. Tokoh-tokoh ilmuan yang lahir
pada masa itu telah bekerja keras sehingga berbagai-bagai bidang ilmu tumbuh, dan
dalam masa yang sama lahir ilmuan-ilmuan dan cerdik pandai.

Para ilmuan dan cendikiawan dari berbagai-bagai bidang ilmu telah banyak menulis
buku. Pada masa yang sama pakar-pakar bahasa juga banyak menterjemahkan
buku-buku dari bahasa lain ke bahasa Arab.

Apakah yang anda faham mengenai konsep ilmu dalam Islam?


Budaya ilmu menurut Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Bincangkan dan berikan contohnya sekali.

Tajuk 2.2: Sumbangan Intelektual Islam dalam Bidang Ilmu

Ilmu amat penting demi untuk kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat. Ilmu menjadi petunjuk dan panduan dalam kehidupan di dunia dan
menentukan kesejahteraan di akhirat. Pencarian ilmu amat dituntut sekaligus
menghayatinya sepanjang hidup.

Sejarah telah memperlihatkan kepada kita tentang pencapaian keilmuan yang


mendalam yang telah melahirkan tokoh ilmuan Islam dalam berbagai-bagai bidang.
Al-Zuhri contohnya, beliau adalah seorang sejarawan Islam agong. Kajian ilmu
sejarahnya bukan sahaja berkisar tentang teori sejarah mengikut Islam malah telah
mengembangkannya dengan mencatat hadith-hadith untuk manfaat pengkaji yang
lain.

17
Natijah kefahaman Islam yang tinggi telah membuktikan bahawa tokoh-tokoh
keilmuan Islam ternama lain termasuk Ibnu Sina, al-Farabi dan yang lainnya
menerokai bidang-bidang baharu yang belum diterokai oleh genarasi sebelumnya.
Semua hasil dapatan dan kajian mereka amat dikagumi bukan sahaja orang yang
sezaman dengannya malah menjadi sumber rujukan asas oleh genarasi sekarang
baik di timur atau di barat. Usia mereka telah dipergunakan dengan sepenuhnya dan
telah menghasilkan sesuatu yang amat menakjubkan. Ada dikalangan mereka yang
telah menghasilkan ribuan judul buku dan setiap jodol ditulis sehingga berpuluh jilid.

Banyak bidang ilmu yang telah diterokai oleh cendikiawan Islam samada bidang ilmu
agama dan sains. Dalam bidang sains antaranya ilmu yang ditemui ialah ilmu
matematik, ilmu kimia, fizik, biologi, falaq dan lain-lain lagi.

Sejauh mana intelektual Islam memberikan sumbangan mereka


dalam tamadun Islam pada abad ini.
Sejauh mana tamadun Islam memberikan perhatian terhadap
ilmuan Islam pada abad pertengahan. Bincangkan.

2.2.1 Bidang Sains dan Matematik

Al-Quran merupakan sumber ilmu pengetahuan dan berkat rapat dengan bidang
sains, oleh sebab itu Islam amat menekankan peri pentingnya ilmu pengetahuan
sebagai asas tamadun manusia.

Bidang sains biasanya dikaitkan dengan bidang kedoktoran. Ilmu-ilmu dalam bidang
ini baisa disebutkan seperti matematik, fizik, kimia, biologi, astronomi dan lain-lain
lagi. Bidang ini telah berkembang pesat pada zaman pemerintahan Islam di Eropah
dan Timur Tengah. Kebanyakan pengkaji dan peneroka ilmu dalam bidang ini telah
memperolehinya dengan melakukan usaha yang bersungguh-sungguh,
walaubagaimana pun kefahaman agama mererka amat tinggi.

Ramai tokoh ilmuan Islam yang meneroka bidang ini antarannya dalam ilmu
matematik seperti Umar bin al-Farukhan, al-Khawarizmi (780-850), Thabit ibnu Qurra
(836-910), al-Battani (858-929) dan lain-lain-lain lagi. Ilmu astronomi seperti Abdul
Rahman as-Sufi (903-986), Abu al-Abbas Muhammad Ibnu Khathir, Al-Birruni (973-
1048) dan lain-lain lagi.

Ilmu perubatan, Biologi, Kimia dan Fizik mereka terdiri dari Jabar Ibnu Hayan,
(meninggal 778M), Hunayan bin Ishak (810-878), Al-Razi (865-935), Ishak Yuda
(855-955) dan ramai lagi tokoh-tokoh lain yang telah melaksanakan kehendak dan
keperluan ilmu sains seperti yang disarankan oleh Islam untuk keperluan kehidupan
manusia.

Nama yang diberikan kepada sains tulin adalah kembangan dari ilmu sains yang
telah diasaskan oleh tokoh-tokoh saintis Islam. Dalam ilmu perubatan dan
pembedahan mereka telah memperkenalkan kaedah baharu dengan menggunakan
pendekatan dan teknik ‘tanpa kuman’ dengan menggunakan pembakaran dan
alkohol. Begitu juga dalam bidang-bidang lain seperti perbidanan, pergigian, urologi
dan bidang-bidang lain.

18
Dalam bidang astonomi mereka telah berjaya memperhalusi fenomena gerhana
bulan dan maahari. Istilah-istilah yang digunakan adalah adalah istilah-istilah arab
untuk bemberi nama-nama bintang dan lainnya.

Bidang kimia pula menurut Hider Bammate (1962) sarjana Islam telah
memperkenalkan proses penyulingan, pemejalwapan, penghabluran, pengentalan,
pengkupelan dan lain-lain lagi. Bahan-bahan yang berasaskan kimia digunakan
secara meluas dalam kehidupan seharian seperti kapur barus, air suling, plaster,
minyak gosok dan lain-lain lagi.

2.2.2 Bidang Sains Sosial

“Muqadimah” yang ditulis oleh Ibnu Khaldun dianggap sebuah tulisan sebagai
sumbangan agung dalam bidang sejarah. Tulsiannya membolehkan ahli sejarawan
lain memahami pola dan perubahan pada organisasi dan masyarakat yang telah
banyak dipakai untuk tujuan penyelidikan sosiologi.

Selok belok dan latar belakang masyarakat serta sifat semula jadi manusia yang
telah dimulakan oleh Ibnu Khaldun dalam kaedah kajian sisiologi telah banyak
memberi faedah kepada para sosiologis masa kini.

Al-Quran penuh dengan kesenian dan keindahan. Seni yang dicetuskan oleh al-
Quran adalah merapatkan mansuak dengan Islam yang serasi dengan kehendak
dan keperluan manusia. Kesenian yang tidak berbentuk keIslaman adalah seni yang
dicipta untuk tujuan takabur, riak dan untuk kepentingan nafsu yang boleh
merosakkan aqidah, syarak dan akhlak. Hal ini dijelaskan oleh Rasullah (saw) dalam
Hadith Baginda yang bermaksud:

“Tidak masuk syurga sesiapa yang hatinya mempunyai


perasaan takabur dan tidak masuk neraka sesiapa yang
hatinaya mempunyai sebesar atom iman”. Bertanya seorang
lelaki “Sesunggunya saya suka pakaian saya yang cantik dan
saya perindahkan apakah itu takabur?”. Rasullah (saw)
menjawab “Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Indah, dan
Dia suka kepada Keindahan, Takabur adalah so,bong tidak
mahu menerima yang hak dan memandang hina kepda
manusia”.

Bidang sains sosial seperti ekonomi, politik, pendidikan dan lain-lain lagi berkembang
seiring dengan perkembangan ilmu-ilmu yang lain. Dalam bidang ekonomi contohnya
usaha pemerintah untuk menyatukan nilai matawang telah dibuat, walau
bagaimanapun usaha ini memerlukan peruntukan wang banyak dan akhirnya hanya
beberapa tempat sahaja dilaksanakan. Begitu juga dalam bidang pendidikan banyak
kemudahan disediakan oleh pemerintahan Islam pada ketika itu seperti mendirikan
perpustakaan dan institusi pendidikan untuk menyampaikan ilmu kepada rakyat.

Bidang-bidang lain seperti pengurusan dalam pemerintahan telah ditingkatkan


dengan menubuhkan jabatan dan kementerian bagi memastikan pentadbiran negara
berjalan dengan terurus dan lebih baik. Kemudahan infrastruktur turut diberi
perhatian. Pembinaan kemudahan awam seperti jalan dan sistem perparitan untuk
tujuan pertanian dan sebagainya.

19
Kota Baghdad menjadi bandar tumpuan dalam semua hal termasuk perdagangan,
pendidikan dan tumpuan para cendiakawan. Faktur kemudahan yang disediakan
oleh pemerintah menjadikan Kota Baghadad terkenal.

2.2.2 Bidang Seni

Drs. Sidi Gazalba menjelaskan dalam bukunya Pandangan Islam Tentang Kesenian
bahawa seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu
kelolpok manusia, kerana setiap kelompok memiliki seni semulajadi yang dianggap
sebagai suatu yang menyenangkan hati, justru manusia dikatakan manusia adalah
makhluk yang cinta kepada sesuatu yang selamat, memuaskan dan memberi
kepuasan hati.

Bumi adalah satu tempat yang membolehkan manusia menikmati keindahan. Firman
Allah SWT dalam surah as-Sajdah 32:7;

“Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan


dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah”

Manusia memiliki naluri mencintai keindahan kerana dalam diri manusia itu dijadikan
oleh Allah SWT penuh dengan keindahan dan kesenian, maka keindahan itu adalah
suatu yang sebati dan diperlukan oleh manusia.

Seni Islam adalah seni yang mementingkan niali-nilai aqidah, syarak dan akhlak.
Segala sesuatu yang indah itu ialah penyempurnaan dan penghayatan aqidah,
syarak dan akhlak. Lukisan yang boeh menaikkan nafsu syahawat contohnya dapat
merosakkan syarak dan akhlak, justru ia dilarang oleh Islam.

Seni Bina Islam

Seni Bina Islam adalah sebagai keindahan yang dicetuskan dalam kemahiran
binaan dan pertukangan merangkumi segala rekabentuk yang berupa bangunann
yang diperbuat dari kayu, batu, marma , kaca dan sebagainya. Senibina merupakan
sebahagian dari bidang kesenian dan merupakan sebahagian dari kebudayaan dan
ketamadunan yang dihasilkan oleh kelompok manusia.

Manusia akan merasa takjub senang dan tenang dengan keindahan yang di cipta
oleh manusia sebagai suatu hasil usaha dan kemajuan yang dicapai. Kehalusan seni
bina tetap disanjung selagi ianya dapat diperalatkan untuk meningkatkan keimanan,
ketakwaan dan amal soleh. Masjid, rumah, istana dan sebagainya jika dibina dengan
asas keimanan dan ketaqwaan adalah lambang kesenian Islam yang boleh
dibanggakan.

Kesenian Islam adalah inspirasi dari al-Quran dan Kesenian Kerajaan Rom dan
Farsi. Bangunan-bangunan di zaman kegemilangan Islam dihiasai dengan archa,
kaca, ukiran warna warni, khat, awan larat dan lain-lain.

Masjid pertama dalam Islam adalah masjid Quba’. Tiangnya dari batang tamar,
atapnya pula dari daun tamar. Azan dilakukan dari atas bumbung rumah berdekatan.
Rumah Rasuullah membina rumah baginda 100 hasta persegi. Tiangnya dari batang
tamar dan dindingnya dibuat dari kepingan tanah. Rasulullah saw juga membina
bangunan kaabah yang tewlah rosak dilanda banjir.

20
Seni Khat Islam

Seni Khat Islam ialah salah satu mercu tanda kesenian Islam yang agung. Ia juga
dikenali sebagai ilmu pengetahuan berkaitan Islam dan kebudayaan penganut
agama Islam.

Seni khat dipercayai mula dibangunkan menjadi elemen seni semasa zaman
pemerintahan Saiyidina Ali bin Abi Talib, khalifah yang keempat dan menantu
kepada Nabi Muhammad S.A.W

Beliau bukan sahaja seorang pemimpin yang berjaya malahan juga adalah seorang
penulis Khat yang unggul.

• Penganut Islam dilarang menyatakan sesuatu melalui ilustrasi yang


melibatkan patung atau berhala jadi kebanyakan seni Islam adalah berbentuk
tulisan Khat.
• Seni khat adalah unik dan ia berbeza dari seni-seni Islam yang lain. Huruf-
huruf boleh ditulis di dalam bentuk-bentuk yang berbeza membuatkan ia
sukar untuk dibaca.
• Tulisan khat Arab yang awal dikenali sebagai khat Kufi.
• Ia adalah bentuk tulisan yang biasa digunakan oleh orang Arab sehinggalah
ia berkembang kepada bentuk-bentuk tulisan yang lain iaitu Thuluth, Naskhi
dan Nasta’liq

Seni Ukir

Seni Ukir wujud apabila manusia mempunyai citarasa keindahan terhadap diri
sendiri dan alam sekitar. Meniru keindahan alam sekitar pada alat-alat ciptaan
mereka, alat keperluan hidup. Ada masyarakat melihat bunga sebagai sesuatu yang
indah, ada yang lihat bentuk binatang, keindahan air ombak laut atau arakan awan.
Terdapat juga yang menyukai garis-garis lurus menjalin dengan garis-garis lengkung
untuk membentuk geometris.

Para seniman Islam pada mulanya mempergunakan garis-garis geometris yang


kemudiannya wujud bentuk-bentuk pelik tetapi artistik .Mereka hanya menjalin satu
garis lengkung dgn garis lengkung yang lain atau garis lurus, antara garis lurus
dengan yg membentuk empat segi dengan segi tiga atau segi lima dgn segi enam.
Kaedah yg sama juga diaplikasikan pada tumbuhan dan motif alam yang mana
mewujudkan gubahan yang berliku dan berbelit-belit yg merupakan ciri-ciri khas
ukiran Islam.

Perkembangan seni ukiran pada zaman Umayyah banyak dipengaruhi oleh gaya
kombinasi Romawi, Persia dan Arab. Contoh:Masjid Damaskus yg dindingnya penuh
dgn ukiran halus dan dihiasi dgn aneka warna-warni batuan yg sangat indah
sehingga Walid bin Abdul Malik membawa 12,000 orang ahli bangunan Romawi
untuk membangukan masjid ini. Selain itu, masjid Cordova, Sepanyol mempunyai
menara dari batu marmar, pintu dari tembaga kuning yang mempunyai ukiran halus
bahkan salah satu pintunya diperbuat daripada emas.

21
Terdapat beberapa jenis ukiran,diantaranya;

1-Ukiran kayu dan logam – biasanya dilihat pada mata wang syiling, cerek,
bekas air, buyung dan topi besi perang.

2-Ukiran enamel – ilah pengukir mengabdikan karya pada logam emas dan
perak.

3-Seramik – biasanya terdapat pada piring dan tembikar, seramik tunal


adalah paling berkualiti dan terkenal, orang Acheh menggunakan seramik
di kopiah mereka

4-Stopless – sejenis ukiran di botol dan biasanya menggunakan warna


semarak.

Kalau diperhatikan ukiran pada masjid, istana dan bangunan, dapat dilihat bahawa
banyak ayat Al-Quran, hadis Rasulullah SAW dan kata-kata hukuma ditulis dgn
kaligrafi yg indah, dijalin dalam pelbagai ukiran.

Seni Ukiran mampu menimbulkan beberapa faedah iaitu yg pertama ialah keindahan
visual yang dapat dinikmati dgn rasa senang dan kagum.

Faedah kedua ialah mendorong untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT,
cinta kepada kebaikan dan sebagainya.

Apakah bidang-bidang lain yang turut menjadi faktur kepada


tamadun Islam pada abad pertengahan serta sumbangannya.
Bincangkan?.
Apa yang dimaksudkan dengan Seni Suara dan Seni Sastera?

Tajuk 2.3: Pengaruh Tamadun Islam Terhadap Pertumbuhan Sains Moden di


Eropah

2.3.1 Kerajaan Islam di Sepanyol

Sebelum tiba zaman Renaissance, Eropah dilanda zaman kegelapan (Dark


Age).Pada masa yang sama dunia Islam telah menikmati kemajuan dan tamadun
yang tinggi. Dunia telah diperlihatkan tentang betapa hebatnya perkembangan
intelektual dan ilmu pengetahuan di dunia Islam antara kurun ke 9 hingga ke 12.

Kawasan Islam yang dekat dengan Eropah ialah Sepanyol. Di sini perkembangan
intelek juga berlaku dengan pesat. Philip K Hitti dalam bukunya The Arabs: A Short
History menukilkan seperti berikut: "Moslem Spain wrote one of the brightest
chapters in the intellectual history of medieval Europe. Between the middle of the
eighth and the beginning of the thirteenth centuries, the Arabic-speaking peoples
were the main bearers of the torch of culture and civilization throughout the world, the
medium through which ancient science and philosophy were recovered,
supplemented and transmitted to make possible the renaissance of Western
Europe." (h 174-175).

22
2.3.2 Penterjemahan buku-buku intelektual Islam

Bagi memenuhi kehendak baru masyarakat intelek Eropah ini, usaha terjemahan
telah dibuat terhadap bahan-bahan ilmiah dari negara-negara Islam. Mereka tidak
menterjemah bahan-bahan ilmiah itu daripada bahasa Yunani. Charles Singer dalam
bukunya A Short History of Scientific Ideas to 1900 menyenaraikan tujuh alas an
mengapa tindakan terjemahan lebih banyak
buku berbahasa Arab. (h 175-176):

1. Sebelum lebih kurang tahun 1200, ilmu-ilmu Islam lebih teratur, lebih asli, lebih
penting berbanding ilmu-ilmu Rom Timur.

2. Bahasa Yunani Rom Timur jauh sekali daripada bahasa klasik. Bahasa yang
digunakan oleh Aristotle sukar difahami oleh rahib-rahib yang menjaga manuskrip-
manuskripnya.Tetapi bahasa Arab klasik pula mudah difahami oleh setiap orang
berpendidikan tinggi yang bertutur dan menulis bahasa Arab.

3. Keseluruhan kecenderungan ilmu Rom Timur mengarah kepada teologi falsafah


dan ilmu sains.

4. Saluran-saluran perniagaan dengan Barat sama ada secara langsung dengan


Islam ataupun melalui wilayah-wilayah asing terkepung di dalam
Empayar Rom Timur.

5. Dalam zaman pertengahan bahasa dipelajari secara bertutur dan bukunya


daripada tatabahasa Yunani.

6. Kuasa Kristian Latin tidak mencapai kemajuan di dalam menduduki Wilayah Rom
Timur. Di pihak lain pula Islam sedang berundur di Barat.

7. Bantuan daripada orang Yahudi diperolehi untuk bahasa Arab, tetapi jarang sekali
untuk bahasa Yunani.

Antara Penterjemah Barat

► Adelard of Bath
- menterjemah karya :
> Al-khawarizmi – arithmetic
>Euclid
► Gerard of Cremona
- menterjemah karya :
> Ptolemy – Almagest
> Ibnu Sina – Canon Fi al-Tibb

► Gundissalines
- menterjemah karya:
> Al-Farabi – Kitab Ihsa al-Ulum
> Ibnu Sina - Kitab al-Syifa
> Al-Ghazali – Maqasid al-Falsafah
► Robert dari Chester
- menterjemah Al-Quran
> Karya Al-Khawarizmi - Algebra

23
Bahan-bahan tersebut dipelajari oleh para sarjana dan pelajar-pelajar tempatan.
Ketika Frederick II memerintah Itali, beliau telah mendirikan Universiti Naples dan di
sini ilmu pengetahuan dari dunia Islam itu telah dipelajari. Banyak buku-buku
terjemahan karyawan islam digunakan seperti Ibn. Rushd. Universiti Paris dibina
pada tahun 1236, kemudian Universiti Bologna dan Oxford di London. Universti-
universiti ini menjadi pintu masuk ilmu-ilmu dari dunia Islam secara rasmi kepada
masyarakat Eropah pada abad pertengahan. Selain dari itu, Universiti Sicily di Itali
banyak menggunakan buku-buku teks hasil cendikiawan islam yang telah
diterjemahkan.

2.3.3 Penubuhan Universiti di Eropah

Tamadun Islam adalah sebuah tamadun yang tidak asing dalam ketamadunan
manusia. Hal ini berlaku kerana tamadun Islam sedia memahami dan menerima
unsur-unsur tamadun lain untuk dibawa masuk ke dalam tamadun Islam pada mana-
mana yang sesuai dan tidak bercanggah dengan aqidah dan syariat. Dalam sejarah
manusia, pencapaian tamadun sering diukur sebagai satu alat pencapaian tinggi
yang mampu dicapai oleh sesuatu bangsa. Tamadun Islam mampu menunjukkan
situasi ini kerana dalam Tamadun Islam terdapat unsur yang segajat yang dijadikan
alat sebagai pengukur. Walau bagaimana pun Tamadun Islam memiliki ciri tersendiri
dengan menyimbangkan ciri khusus yang menekankanaspek non-material.

Pembangunan dan pertumbuhan bandar telah diterima oleh kebanyakan serjana


sebagai kayu ukur untuk melihat kelahiran sebuah tamadun. Aspek urbanisasi atau
pembangunan bandar menjadi aspek penting yang diberikan penekanan khusus
dalam melihatkeseluruhan perkembangan Tamadun Islam. Ini membuktikan betapa
eratnya hubungan Tamadun Islam dengan aspek perbandaran. Kemunculan Islam di
Kota Makkah sebelum berkembang dan bertapak kukuh di Madinah membuktikan
kenyataan bahawa Islam lahir dalam pesekitaran bandar, selain bandar menjadi
tempat para pedagang menjalankan urusniaga dan pertukaran barang.

Melalui penjajahan negara-negara Eropah Timur, Islam telah berjaya


mendominasikan semua bidang ilmu yang dikuasi oleh mereka pada masa itu. Ini
dapat dilihat dalam zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah.

Masyarakat barat pada masa kini telah maju disebabkan kesedaran yang mendalam
tentang pentingnya ilmu pengetahuan. Walaupun mereka tidak beriman namu
mereka telah mengambil kefahaman tentang kelebihan menuntut ilmu adalah amat
penting maka merka telah mendomnasikan keadaan. Jika dahulu Islam telah berjaya
membangunkan ilmu dan seterusnya membangun pusat-pusat penyebaran ilmu.

Kemunculan Universiti Paris sebagai pusat pembelajaran adalah antara sebab


penting ke arah perkembangan bidang falsafah dalam abad ketiga belas. Usaha-
usaha mempelajari falsafah Aristotle serta sejarah besar ulasan-ulasan teks yang
dibuat oleh orang-orang Islam dari Baghdad dan Sepanyol dalam bidang-bidang
epistemologi, metafizik dan etika berasaskan pemikiran Al-Farabi,Ibnu Gabirol, Ibnu
Sina dan Ibnu Rusyd telah berlaku.

Senarai sumbangan Islam Sepanyol kepada Eropah adalah tidak terhingga.


Tambahan kepada sumbangannya di dalam bidang matematik, ekonomi, perubatan,
botani, geografi, sejarah dan falsafah, Andalusia juga telah membangunkan dan
mengaplikasikan inovasi teknologi yang penting: kincir anfin dan teknik baru dalm
pertukangan besi, tenunan dan pembinaan.

24
Kesan sumbangan ini masih dapat dilihat diseluruh dan ada antara masih digunakan
kini. Terdapat juga inovasi yang dihasilkan dijadikan asas bagi pembangunan
seterusnya teknologi sesuatu bidang.

Tajuk 2.4: Sumbangan Tamadun Islam dalam bidang Sosial

Definisi sosial
Sistem sosial dalam Islam bermaksud sistem perhubungan sesuatu kelompok
manusia dengan kelompok yang lain dan mereka ini diikat dengan beberapa
nilai yang telah ditetapkan oleh Islam

Di bawah sistem ini, terdapat unit sosial yang lebih kecil seperti sistem
keluarga yang lazimnya terdiri daripada individu seperti suani, isteri, anak-
anak, ayah, ibu, datuk dan nenek.
Asas sistem sosial
Asas tersebut ialah:
a) Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Esa dan hanya Dia layak yang
disembah
b) Allah SWT mencipta manusia daripada tanah
c) Allah SWT mencipta manusia dan menjadikan mereka berkembang biak.
d) Allah SWT mengatur institusi keluarga dan masyarakat berdasarkan
kasih sayang.
e) Allah SWT menjadikan bagi setiap kelompok manusia bahasa yang
berlainan.
f) Allah menjadikan manusia dengan pelbagai warna kulit

2.4.1 Hubungan Sosial


2.4.2 Keluarga yang bahagia dan berkualiti
2.4.3 Gaya hidup sehat

Tajuk 2.5: Sumbangan Tamadun Islam dalam bidang ekonomi

2.5.1 Prinsip ekonomi Islam

Islam adalah agama yang amat menitikberatkan kesejahteraan ummah dalam


segenap perkara,termasuklah dalam pengurusan ekonomi.

Ekonomi Islam adalah berprinsipkan;

- Tiada riba
- Mengamalkan aktiviti perniagaan yang beretika
- Menggunakan konsep syariah seperti pembahagian untung rugi

25
2.5.2 Sistem perbankan secara Islam

Perbankan Islam sebagai Islamic Financial Intermediaries. Sistem Kewangan Islam


adalah satu sistem kewangan yang bertujuan untuk melaksanakan agihan /
peruntukan secara cekap bagi aset kewangan. Allocation daripada pihak yang
mempunyai modal / lebihan modal kepada pihak yang memerlukan modal

Perbezaan antara perbankan Islam dan Perbankan Konvensional:

- Fungsi umum sama: perantara

- Akta perbankan dan takaful yang berbeza:

- Perbankan Islam menggunakan kaedah urusniaga yang berbeza dan


memerlukan akta yang berbeza. Contohnya terlibat langsung dalam perniagaan

2.5.3 Takaful
2.5.4 Ar-Rahnu
2.5.5 Pasaran Saham yang halal.

26
Tajuk 2.6: Sumbangan Tamadun Islam dalam bidang politik

Kemerdekaan Malaysia yang dicapai pada 31 Ogos 1957 adalah usaha Tunku Abdul
Rahman yang berjaya menggabungkan parti China, India Melayu di dalam gagasan
“Perikatan”. Berdasarkan perikatan ini, pensyarikatan kuasa politik berlaku antara
kaum yang berlainan tetapi golongan melayu muslim masih merupakan kuasa politik
dominan. Pemimpin-pemimpinnya adalah dari golongan melayu muslim yang masih
sensitif kepada Islam. Kedudukan Islam dan orang Melayu Islam ada keistimewaan
tertentu. Institusi Islam diperingkat negeri dan pusat masih diberi kedudukan nya
yang tersendiri.

Di Malaysia, perlembagaan negara tertulis agama Islam sebagai agama rasmi dan
agama lain boleh diamalkan.
Menjelaskan bahawa politik di Malaysia pada masa kini masih lagi di kuasai oleh
golongan melayu Islam tanpa menyisihkan kaum-kaum lain.

2.6.1 Syura

Kata Syura dari segi bahasa bermaksud mesyuarat. Dari segi istilah bermaksud
pemesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulama dan umat Islam dalam
segala hal.

Bermesyuarat dalam segala hal untuk kebajikan umat Islam adalah diwajibkan oleh
Allah. Pada zaman Rasulullah, prinsip ini dijalankan dengan sahabatdalam urusan
kepentingan umat dan negara spt dalam perang Badar dan Uhud. Pada zaman Abu
Bakr,baginda bermesyuarat untuk mengambil tindakan ke atas orang-orang murtad.

Tugas dan tanggungjawab Majlis Syura meliputi segala hal yang tidak terdapat
didalam Al-Quran dan Al-Sunnah,maka kelayakan yang tinggi diperlukan. Mereka
yang layak ialah ulama yang paling alim bagi sesuatu masa, adil, bijaksana dan
sebagainya. Mempunyai latar belakang pelbagai bidang dan dapat memberikan
pandangan yang terbaik untuk menyempurnakan keperluan pelbagai bidang. Jumlah
ahli adalah bergantung kepada keperluan semasa Semakin besar pemerintahan
Islam, maka jumlah ahli majlis itu semakin besar.

2.6.2 Sifat-sifat pemimpin

Bertangungjawab terhadap Allah


Bertanggungjawab terhadap diri dan orang yang dipimpin
Percaya kebolehan dan kemampuan diri anugerah Allah
Sentiasa berdisiplin
Pandai bergaul dan tidak sombong
Berpengetahuan dan berpengalaman luas
Sihat jasmani, rohani, emosi dan intelek
Berdayasaing, ada jati diri, inisiatif dan kreatif
Jujur dan amanah
Bersikap terbuka “open mind”
Mudah dihubungi, mesra dan bersopan santun

27
2.6.3 Konsep Negara Islam

Menurut Dr Abd Halim El-Muhammadi, pembentukan negara Islam adalah suatu


tuntutan dan ia termasuk dalam Fardhu Kifayah. Syariah tidak dapat dilaksanakan
tanpa ada negara dan kedaulatan politik.

Istilah “Al-Daulah Islamiyyah” atau “Al-Hukumah al-Islamiyyah” tidak didapati


penggunaannya didalam Al-Quran. Terdapat istilah-istilah didalam Al-Quran yang
menjadi asas kepada persoalan ini seperti “Khalifah,Khulafa’ atau khala’if. Ulu-al Amr
merujuk kepada pemerintah atau penguasa, Istilah lain yang ada kaitan kepada
persoalan ini ialah istilah “umat” yang bermaksud kumpulan manusia yang bersatu
berdasarkan agama dan undang-undang. Ia juga merujuk kepada kumpulan manusia
yang tunduk kepada pemimpin.

Ayatullah Khomeini mentakrifkan negara islam bukanlah autokratik . Ketua tidak


boleh membuat sesuka hati terhadap nyawa dan harta benda orang. Negara Islam
ialah negara berperlembagaan. Kepimpinannya berasaskan undang-undang Al-
Quran.

Pemerintahan Islam,adalah pemerintahan yang bersumberkan kepada al-Quran, As-


Sunah dan Ijmak Ulama’.

Bersumberkan Al-Quran

Kalam Allah yang azali- merakamkan segala kehendak Allah dalam hal Aqidah,
Syari’ah dan akhlak dan termasuk juga hal pemerintahan
Menggariskan secara umum konsep. Prinsip, dasar, ciri pemerintahan Islam
Dari perlembagaan negara Islam sampailah kepada hak dan tanggungjawab rakyat.

Bersumberkan As-Sunnah
Segala yang datang daripada Rasulullah samaada dalam bentuk kata-kata,
pengakuan atau perbuatan
Sumber pemerintahan Islam kedua
Memperincikan dan mengaplikasikan ajaran Al-Quran dalam bentuk praktikal.

Bersumberkan Ijmak Ulama’


Hasil ijtihad majoriti ulama didalam sesuatu hal yang tidak jelas nasnya samaada di
dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.
Ia diterima sebagai ijmak apabila ia dipersetujui oleh majoriti ulama.

Sesebuah Negara Islam, mempunyai prinsip-prinsip tertentu, diantaranya ; Prinsip


Keadilan,kebebasan dan persamaan.

Prinsip Keadilan

Keadilan mutlak yang mengatasi segala kepentingan peribadi, keluarga, kelompok


sekalipun kepada musuh dan juga orang bukan Islam.

28
Prinsip Kebebasan

Diberikan kepada rakyat yang tunduk dibawah pemerintahan Islam samaada


golongan Muslim dan juga bukan Muslim. Kebebasan beragama, memiliki harta,
bercakap dan memberi pendapat.

Prinsip Persamaan
Setiap kaum adalah sama sebagai rakyat dalam hak, kebebasan dan tanggungjawab
terhadap undang-undang Islam. Manusia tidak ada bezanya dalam penilaian Allah
disegi keturunan, warna, kulit, bahasa, dan kebudayaan. Perbezaan itu terletak
kepada ketakwaannya.

Soalan Tutorial;

1. Buat peta minda tentang kepentingan ilmu dari sudut tamadun Islam.

2. Buktikan sejauh mana bidang ilmu pengetahuan telah menyumbang dalam


kebangunan Tamadun Islam pada abad pertengahan.

Rumusan:

Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam Unit ini adalah:

1. Intelektual

2. Sumbangan intelektual Islam Dalam Bidang Ilmu iaitu Bidang Sain Tulin,
Sains Sosial dan Seni

3. Pengarus Tamadun Islam Terhadap Pertumbuhan Sains Moden di Eropah.

Dapatkan maklumat tambahan dari Pusat Sumber

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

29
UNIT 3 TASAWUR ISLAM

SINOPSIS:

Unit ini mengandungi tiga tajuk. Tajuk pertama berkaitan dengan pengertian tasawur
islam dan aqidah, tugas manusia mencari kebenaran dan kepentingan manusia
mencari kebenaran aqidah. Tajuk kedua tentang difinisi syariah, pembahagian
syariah manakala tajuk ketiga berkaitan kepentingan akhlak dan pendidikan akhlak.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini peserta dapat:

1. Menerangkan maksud tasawur Islam.

2. Menerangkan aqidah mengikut pandangan Islam.

3. Menerangkan syariat mengikut pandangan Islam.

4. Menerangkan akhlak mengikut pandangan Islam.

Tajuk 3: Pengertian Tasawur Islam

Gambaran keseluruhan tentang Islam yang mencakupi


aqidah, syariah dan akhlak

Perkataan Islam dari segi bahasa bermaksud perdamaian dan keamanan atau bersih
dan suci, atau ketaatan dan kepatuhan. Dari segi istilah Islam bermaksud:

1 Mematuhi segala perkara yang disampaikan dan diterangkan oleh


Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w.)
2. Hukum-hukum yang ditetapkan oleh agama Islam dan keterangan
yang disampaikan oleh Nabi Muhammad (Rasulullah)
3. Agama yang di bawa dan disampaikan oleh Nabi Muhammad.

(Muqaddimah Mastika Hadith)

Dengan menggunakan peta minda huraikan pengertian tasawur


Islam

30
3.1 : Konsep Aqidah

Pengertian Aqidah

Menurut etimologi bahasa Arab, perkataan ‘aqidah’ merupakan kata terbitan


daripada perkataan ‘aqada’ bermakna 'ikatan' atau 'sangkutan' atau menyimpulkan
sesuatu.

Menurut istilah (terminologis) 'aqidah' bererti 'kepercayaan', 'keyakinan' atau


'keimanan' yang mantap dan tidak mudah terurai oleh pengaruh mana pun sama ada
dari dalam atau dari luar diri seseorang, iaitu keyakinan yang kukuh dalam hati
terhadap kewujudan Allah, hari akhirat, kitab-kitab, rasul-rasul, malaikat-malaikat,
serta qadak dan qadar

Tujuan Mempelajari Aqidah

• Memantapkan keyakinan di hati dengan kewujudan, keesaan dan kekuasaan


Tuhan.

• Mengenali ajaran aqidah yang salah.

• Menjaga iman di dunia dan akhirat.

Kepentingan Aqidah dalam Islam ialah:

• Amalan-amalan seseorang tidak diterima oleh Allah, kecuali amalan-amalan


orang yang beriman yang berasaskan aqidah.

• Aqidah menjadi asas utama untuk mengukuhkan keyakinan manusia kepada


beragama yang menjadi fitrah manusia yang memerlukan hidup beragama.

• Aqidah menanam keimanan dalam hati seseorang. Mereka yang tidak


tertanam dalam hati adalah mereka yang terpedaya oleh kesenangan hidup
di dunia.

• Beraqidah adalah suatu perkara yang terpenting untuk mendapat kebaikan


dunia dan akhirat.

• Aqidah menjadi asas utama membentuk jati diri manusia agar membentuk
manusia yang mempunyai sifat-sifat baik seperti sabar, tenang, bahagia dan
lain-lainnya.

Mengenal dan percaya kepada Allah

Percaya kepada Allah SWT: ini merupakan kepercayaan pokok. Kepercayaan


kepada Allah SWT, iaitu percaya Allah SWT itu tuhan yang esa dan tiada tuhan
selainnya.
Percaya Allah SWT itu pencipta, pemilik, pentadbir seluruh alam. Percaya Allah SWT
bukan makhluk dan maha sempurna, maha hebat dan maha menetukan segalanya,
hanya Allah SWT yang layak disembah.

31
Allah tidak sama dengan makhluk, tidak dapat dilihat dan disentuh. Allah mempunyai
sifat-sifat yang sempurna dan tidak ada sifat-sifat yang kurang. Allah menjadikan
alam ini dan semua makhluk. Allah adalah satu sahaja, tidak mempunyai anak dan
ibu bapa.

Tugas Manusia Mencari Kebenaran Aqidah

Manusia mencari kebenaran adalah bersama dengan manusia mencari Tuhan.


Tuhan ialah maha pencipta yang mencipta manusia dan bumi ini. Tuhan menyusun
agama agar manusia dapat menjadi sebagai panduan dan hidup mengikut kehendak
Tuhan.

Mengikut pandangan Islam setiap orang dikehendaki mencari aqidah yang benar,
tidak boleh percaya kepada sesuatu agama secara membati buta, atau mengikut ibu
bapa sahaja. Semasa kecil seseorang itu boleh disuruh mengikut ibu bapa tetapi
apabila telah baligh ia dikehendaki menyelidik dan membuat keputusan bahawa
agama Islam adalah agama yang benar. Sekiranya ditanya kenapa kamu beragama
Islam? Ia akan menjawab: Agama Islam adalah agama yang benar yang diturunkan
oleh Allah untuk semua manusia. Sesiapa yang beragama selain dari Islam, ia akan
rugi di akhirat nanti.

Sesorang muslim tidak boleh memaksa orang-orang bukan Islam menganut Islam
begitu juga tidak boleh meroboh rumah-rumah ibadat mereka. Terserah kepada
Allah untuk membalas terhadap kecuaian mereka sehingga gagal mencari agama
yang sebenar.

Beraqidah yang betul adalah penting kerana dapat membentuk seseorang menjadi
insan yang jujur kepada diri sendiri dan orang lain, mengelakkan daripada berfikiran
beku dan bersikap pak turut. Ia juga sentiasa berusaha untuk melakukan amalan
yang benar sebagaimana dikehendaki oleh Pencipta (Allah)

Hidup beragama menjadikan rakyat atau manusia akan mempunyai akhlak yang
mulia seperti jujur, sabar, taat dan lain-lainnya.

Kesimpulan

Manusia dan kehidupan beragama tidak dapat dipisahkan. Hidup beragama atau
hidup berakidah adalah suatu sifat naluri semula jadi manusia yang dicipta oleh Allah
SWT. Akidah berperanan sebagai pendorong dan pemangkin kepada manusia
supaya melakukan yang terbaik dan menghindari perkara-perkara yang tidak
berfaedah.

Terangkan bagaimanakah bentuk aqidah yang dikehendaki


mengikut pandangan Islam apabila seseorang itu telah dewasa?

32
.
Tajuk 3.2 : Syariat

Syariah dari segi bahasa bermaksud jalan yang lurus

Syariah dari segi istilah bererti hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah yang
meliputi semua aspek kehidupan manusia. Ianya perlu diyakini dan dipatuhi supaya
mereka beriman kepada Allah SWT dan membawa kebahagiaan hidup di dunia dan
di akhirat. Firman Allah SWT yang bermaksud :

Dan hendaklah engkau menghukumkan antara mereka dengan


apa yang Allah turunkan(kepadamu) dan janganlah engkau
mengikut hawa nafsu mereka
(Al-Maidah : 49)

Syariat terbahagi kepada ibadat, muamalat (ekonomi), munakahat, siasah dan


jenayah.

Ibadat Muamalat/
Ekonomi

Bidang
Syariah

Jenaya Munakahat
h
Siasah

a) IBADAH
Ibadat bermaksud amalan atau ritual seperti sembahyang, puasa, zakat dan
sebagainya. Amalan-amalan seperti ini dinamakan sebagai ibadat khusus. Sesuatu
aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti bekerja, beriadah, mekakukan aktiviti
sosial dikira menjadi ibadat sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan iaitu
niat yang betul, suasana tidak bercampur dengan perkara maksiat, melakukan
dengan sempurna dan tidak meninggalkan amalan yang diwajibkan seperti
sembahyang lima waktu.

33
SOLAT

Satu ibadat yang menghubungkan hamba dengan Tuhannya, mengandungi


beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan
salam.

Sabda Nabi S.A.W bermaksud

“ Amalan yang pertama yang dihisab (Allah) kepada seseorang


hamba pada hari kiamat nanti ialah solat. Jika solat sesorang baik,
baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.”

(HR At-Tabrani)

Syarat-syarat Sah Solat

1. Islam
2. Berakal
3. Suci dari hadas kecil dan besar
4. Suci daripada najis pada badan, pakaian & tempat
5. Yakin masuk waktu
6. Mengada qiblat
7. Menutup aurat
8. Mengetahui fardhu dan sunat
9. Tidak melakukan perkara yang membatalkan solat

Rukun-rukun Solat

1. Niat
2. Takbiratul Ihram
3. Berdiri bagi yang mampu
4. Mambaca Fatihah
5. Rukun dengan Tama’ninah
6. Iktidal dengan tama’ninah
7. Sujud dua kali, dengan tama’ninah
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama’ninah
9. Membaca tasyahud akhir
10. Duduk tasyahhud akhir
11. Selawat kepada Nabi SAW dalam tasyahhud akhir
12. Membaca salam
13. Tertib

b) MUAMALAT / EKONOMI
Merupakan tatacara/peraturan di dalam perhubungan sesama manusia untuk
memenuhi keperluan masing-masing berlandaskan hokum syarak.

Muamalat bermaksud urusan yang berkaitan dengan jual beli, perbankan, insuran,
upah, sewa, gadaian dan sebagainya.

34
Ciri-ciri Muamalat Islam

1. Berasaskan ketakwaan kepada Allah


2. Menggunakan harta sebagai alat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
3. Menggalakkan supaya menggunakan harta untuk melakukan amal kebajikan
4. Melarang melakukan pembaziran
5. Menegah memperolehi harta dengan cara yang boleh mengganggu
kepentingan awam.

Kepentingan Muamalah secara Islam

1. Dapat mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera


2. Melahirkan masyarakat yang saling bantu membantu
3. Islam mengatur muamalat secara adil dan betul
4. Dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam masyarakat.
5. Semua pengurusan ekonomi dapat dilakukan dengan cara yang halal
6. Dapat melahirkan masyarakat Islam yang bersemangat tinggi.
7. Nikmat yang dikurniakan Allah SWT dapat dinikmati oleh semua golongan.

Faedah Muamalat secara Islam

1. Dapat memudahkan urusan kehidupan manusia


2. Dapat mengelakkan berlakunya penindasan dan kezaliman terhadap
golongan yang lemah
3. Manusia akan hidup dalam keadaan aman dan damai.
4. Mewujudkan sifa tangungjawab.
5. Mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli masyarakat.
6. Dapat melaksanakan tuntutan agama Islam dan membangunkan ekonomi.

Istilah-Istilah dalam Sistem Muamalat Islam

1. Al-Mudharabah (‫)المضاربة‬
2. Al-Qardhul Hasan(‫)القرض الحسن‬
3. Al-Ijarah(‫)اإلجارة‬
4. Al-Wadiah (‫)الوديعة‬
5. Al-Murabahah(‫)المرابحة‬
6. Bai’bithamin Ajil (‫)البيع بالثمن اآلجل‬
7. Musyarakah(‫)المشاركة‬
8. Al-Wakalah(‫)الوكالة‬
9. Ar-Rahnu(‫)الرهن‬

c) MUNAKAHAT

Munakahat adalah mengenai pertunangan, pernikahan, pemilihan jodoh,


pemeliharaan anak, perceraian dan tanggungjawab suami/isteri.
Pengertian Nikah

An-nikah berasal dari perkataan Arab.


Maksud an-nikah dari segi bahasa ialah : berkumpul atau berhimpun
Menurut syarak ialah akad yang mengharuskan bersetubuh dengan perkataan nikah
atau tazwij.

35
Dalil Al-Quran

Firman Allah SWT bermaksud:

“Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari


perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika
kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri
kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja.”
(An-Nisaa’: ayat 3)

Dalil Hadis

1. Sabda Rasulullah SAW bermaksud

“Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku


maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku.”
(Riwayat Ibnu Majah)

2.Sabda Rasulullah SAW bermaksud


“ Wahai golongan pemuda barangsiapa daripada kamu ada
mempunyai perbelanjaan hendaklah ia berkahwin, kerana ianya
menutup mata dan mengawal kemaluan dan barang siapa yang tidak
mampu hendaklah dia berpuasa, sebab ianya melemahkan tekanan
nafsu.

Hukum Nikah

1. Harus
Harus kepada mereka yang tidak ada perkara yang mendesak untuk
berkahwin dan tidak ada pula yang mengharamkan ia berkahwin.

2.Sunat
Sunat bagi orang yang berkeinginan untuk kahwin tetapi tidak takut
terjerumus kepada penzinaan kerana berupaya mengawal hawa nafsu serta
mampu memberi nafkah zahir dan batin

3. Wajib
Wajib kepada mereka yang mampu memberi nafkah zahir dan batin,
berkeinginan untuk kahwin dan takut tejerumus kepada penzinaan kerana
tidak dapat mengawal hawa naf

4. Makruh
Makruh terhadap orang yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin

5. Haram
Haram bagi mereka yang tidak mampu memberi nafkah dari segi zahir dan
batin serta orang yang berniat untuk menyakiti perempuan yang
dikahwininya.

36
Hikmah Perkahwinan

1. Menyempurnakan naluri manusia bagi mendapat kepuasan nafsu dan


keinginan syahwat serta menjauhkan diri dari gangguan godaan maksiat

2. Supaya manusia hidup berpasangan

3. Supaya perhubungan lelaki dan wanita akan lebih bermakna lagi disisi
Allah dengan ikatan dan pertalian yng kukuh.

4. Membangunkan masyarakat dari asas rumah tangga yang damai dan


berdisiplin

5. Supaya umat manusia berkembang biak

6. Supaya dapat melahirkan keturunan manusia yang diakui sah serta kekal

7. Supaya dapat menumpukan perasaan mahabah antara suami isteri

8. Membuka pintu rezeki

9. Memelihara agama, kesopanan dan kehormatan

10. Menyelamatkan manusia daripada pelbagai penyakit.

d) SIASA

As-Siasah (Politik) bermakna kewajipan menangani sesuatu masalah yang


mendatang dan menjadi asas di dalam pemerintahan sesebuah kerajaan.

Siasah adalah berkaitan dengan pemilihan pemimpin, syura (musyawarah), dan


dasar-dasar pemerintahan .

Ciri-ciri
Perlantikan Politik Majlis
Khalifah Islam Syura

Bai’ah
Siasah menekankan kepentingan bahawa setiap orang Islam haruslah mentaati
sepenuhnya kepada Allah dan Rasul-Nya serta mematuhi penguasa.

Ulil Amri bermaksud mereka yang diberikan hak untuk berkuasa melaksanakan,
memberikan keputusan dan menyelesaikan permasalahan. Kuasa tertinggi terletak
hanya pada Allah. Manusia hanya dibenarkan meminjam kuasa daripadanya. Rakyat

37
wajib menghormati dan mentaati penguasa yang sedemikian, jika sebaliknya, maka
tiadalah wajib bagi rakyat mentaatinya. Seseorang ketua haruslah mempraktikkan
ajaran Islam. Jika dia tidak melaksanakan syariat Islam maka tidak layak diberi
penghormatan

e) JENAYAH

Jenayah pula berkaitan dengan hukum-hukum yang telah ditetapkan dalam al-
Quran dan Hadis terhadap kesalahan bunuh, zina, minum arak, curi, menuduh zina
dan meninggalkan agama Islam setelah memeluk Islam.

Perbuatan/perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi


atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan
sengaja.

Ibnu Rushd telah membuat pembahagian jenayah kepada 4 bahagian iaitu

1. Jenayah ke atas tubu badan dan nyawa seperti mencederakan manusia atau
membunuhnya
2. Jenayah ke atas harta benda seperti mencuri, merompak dan sebagainya
3. Jenayah ke atas keturunan seperti zina
4. Jenayah terhadap marwah dan kehormatan seperti menuduh zina ke atas
orang yang baik budi pekerti

4 jenis hukuman berdasarkan hukum Al-Quran & Sunnah:-


a) Hudud c) Di’at
b) Qisas d) Takzir

HUKUM HUDUD

 Hukuman yang telah ditentukan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran & Al-
Hadith.

Firman Allah dalam surah Baqarah :229 bermaksud:


Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh kerana itu
janganlah kamu mencabulinya, dan sesiapa yang
mencabulihukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang
yang zalim.

 Hak Allah yang tidak boleh ditukar ganti, diubahsuai ataupun dipinda oleh
sesiapa pun.

 Kesalahan yang wajib dikenakan hukum hudud:

 Berzina - 100 kali sebatan

Firman Allah dalam surah An-Nur 2 bermaksud:

“Penzina perempuan dan penzina lelaki hendaklah kamu sebat


setiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan”

38
 Qazaf - 80 kali sebatan

Firman Allah dalam surah An-Nur 4bermaksud:

“Dan orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada


perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya
kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka
sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan”

 Minum arak - 40-80 kali sebatan

 Mencuri / Merompak – Potong tangan

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 38 bermaksud:

“Orang yang mencuri lelaki atau perempuan hendaklah dipotong


tangan mereka sebagai satu balasan atas perbuatan mereka juga
sebagai satu hukuman pencegah dari Allah SWT dan (ingatlah)
Allah maha Berkuasa lagi maha Bijaksana”

Firman Allah lagi dalam surah Al-Maidah : 33 bermaksud:

“Sesungguhnya pembalasan terhadap orang yang memerangi


Allah SWT dan Rasul-Nya serta melakukan bencana kerosakan di
muka bumi Allah, ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka
membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang
(kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan
dan kaki mereka secara berselang (kalau mereka merampas
sahaja) atau dibuang negeri (kalau mereka mengganggu
ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah satu
kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka
beroleh azab seksa yang amat besar”

 Murtad

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“ Sesiapa (orang Islam) yang menukar agamanya maka bunuhlah ia”

HUKUM KISAS

 Hukuman dari Allah yang telah ditentukan melalui Al-Quran & Al-Hadith.
 Bermaksud kesalahan yang dikenakan hukuman balas.
 Contoh : Membunuh orang dengan sengaja
 Hukuman : Dibalas bunuh.

“ Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu


menjalankan hukuman Qisas (balasan yang seimbang) dalam
perkara orang-orang yang mati dibunuh.”

39
(Al-Baqarah : ayat 178)
HUKUM DI’AT

 Harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris
mangsanya sebagai gantirugi di atas jenayah yang telah dilakukan oleh
penjenayah ke atas mangsanya.

 Kesalahan wajib dikenakan Di’at:


a) Pembunuhan secara tidak sengaja.
b) Pembunuhan yang sengaja tetapi dimaafkan oleh wali atau waris mangsa bunuh
tersebut.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 178 bermaksud:

“Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian


keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka
hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara
yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh
pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan
sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan
dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu
sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam
pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya."

HUKUM TAKZIR

 Tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman di dalam Al-Quran dan Al-Hadith.
 Hukuman dera ke atas penjenayah yang sabit kesalahannya di Mahkamah
Syariah.,
 Terpulang kepada kebijaksanaan Hakim untuk memilih & menentukan hukuman
yang sesuai kerana ia bertujuan untuk menghalang penjenayah mengulangi
kesalahan dan bukan untuk menyeksa penjenayah.

Faedah Undang-undang Jenayah

1. Menegakkan keadilan
2. Melaksanakan tuntutan Islam
3. Mewujudkan ketenteraman dalam masyarakat dan negara
4. Menjamin kebebasan diri dan masyarakat

Keistimewaan Undang-undang Ciptaan Allah SWT

1. Lengkap dan sempurna meliputi segenap aspek hidup manusia


2. Sesuai dengan semua tempat, masa dan keadaan
3. Memberi persamaan taraf, hak dan tanggungjawab.
4. Memberi pengajaran dalam kehidupan manusia
5. Bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia yang mempunyai kelemahan dan
kekurangan.

40
KESIMPULAN

Islam adalah agama yang indah kerana ia telah menetapkan segala bentuk syariat
supaya manusia dapat menjalani kehidupan seharian dengan tenang dan menjaga
keadilan sejagat.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 185 bermaksud:

“Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak


menghendaki kamu menanggung kesukaran.”

Lakarkan pengurusan grafik yang menunjukkan pecahan-pecahan


ibadat, muamalat, munakahat, siasah dan jenayah.

3.3 : Akhlak

Pengertian Akhlak

Akhlak berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud tingkahlaku, budi pekerti,
dan perangai. Banyak ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang menerangkan akhlak
antaranya firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah memerintah agar
berlaku adil, berbuat baik dan memberi (nafkah) kepada keluarga yang terdekat dan
Dia melarang berbuat kekejian (zina), kemungkaran dan kedurhakaan.” (al-Nahl: 90)

Akhlak mengikut pandangan Islam ialah tingkahlaku yang diamalkan mengikut


ajaran yang digariskan oleh al-Quran dan Hadis. Akhlak berbeza dengan moral dari
espek ketentuan nilai yang hendak diamalkan. Nilai-nilai dalam moral adalah
berdasarkan kepada etika sesuatu kumpulan. Nilai-nilai dalam etika ditentukan
berdasarkan pemikiran, pengalaman atau persetujuan sesuatu kaum manakala nilai-
nilai akhlak ditentukan oleh ajaran al Quran dan hadis atau sesuatu pemikiran yang
tidak bertentangan dengan ajaran al-Quran dan Hadis.

Sebelum kemunculan ajaran Islam beberapa tokoh pemikir telah memperkatakan


tentang moral antaranya ialah Kong Fu Tze dan Gautama Budha. Mereka berdua
memperkatakan tentang kenenaran, kebersihan pemikiran, kemurniaan hati,
peraturan/sikap, sedia berkhidmat kepada manusia dan haiwan. Ahli falsafah Greek
Pythagoras berpendapat pembersihan jiwa adalah perkara utama untuk membentuk
etika dan moral yang terpuji. Mencari kesalahan diri sendiri lebih berguna dari
mengeji orang lain.

Aklhlak Islam membicarakan tentang sifat-sifat manusia yang dibahagikan kepada


dua: Sifat-sifat yang terpuji dan sifat-sifat yang keji. Sifat-sifat yang terpuji
termasuklah taubat, murah hati, jujur, amanah, manakala sifat-sifat yang keji ialah
marah, bakhil, dengki, khianat, bercakap bohong dan sebagainya.

41
Ajaran Islam menitikberatkan pembentukan akhlak. Imam al-Ghazali seorang
pemikir Islam mengemukakan cara yang baik untuk mendidik akhlak. Ia mengatakan
“hati perlu disucikan daripada pencemaran kebendaan dan keduniaan, kemudian
barulah diisi dengan cinta kepada Allah.” Islam menitekberatkan pendidikan akhlak
sejak dari kecil lagi umpamanya ibu bapa diiminta supaya menyuruh anak-anak
melakukan sembahyang sejak dari tujuh tahun.

Akhlak Islam menitikberatkan pendidikan hati/emosi untuk menjadikan seseorang itu


mulia tingkahlakunya. Dalam hal ini dalam al-Quran menyebut emosi yang jahat
sebagai nafsu ammarah. Untuk mengelakkan nafsu menjadi jahat beberapa langkah
perlu diambil. Bagi orang-orang Islam mereka dikehendaki sentiasa sembahyang
lima waktu, berdoa dan berzikir. Cara-cara yang lain ialah mengelakkan diri
daripada menghampiri tempat-tempat maksiat atau mendengar lagu-lagu lucah atau
melihat filem-filem lucah.

Kepentingan Akhlak dalam kehidupan harian

1-Garis pemisah antara yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak

2-Akhlak adalah roh bagi Islam

3-Melahirkan nilai yang menjamin keselamatan daripada api neraka.


4-Ciri-ciri kelebihan di antara manusia kerana ia adalah lambang kesempurnaan
iman, ketinggian takwa dan kealiman seseorang manusia yang berakal dan beriman.

5-Kekalnya sesuatu ummah kerana kukuh akhlaknyadan sebaliknya runtuh sesuatu


ummah kerana lemah akhlaknya.

6-Manusia mengalami krisis dalaman dan luaran e.g krisis dalaman dan luaran
seperti krisis diri,keruntuhan sistem kekeluargaan,masyarakat kucar-kacir,dan
menyebabkan kehancuran sesebuah negara.

7-Berjaya membentuk tamadun Islam yang murni dan gemilang.

Keistimewaan Akhlak Islamiah

 Al-Ilzam
ditentukan dan dicipta oleh Allah SWT dan rasulnya.Akhlak ini
bersifat mutlak.

 Al-Yusra
bermaksud tingkah laku yang senang dan mudah untuk diikuti oleh
manusia.

 Al-Subut wa al-Umum
tetap dan umum adalah akhlak yang terdiri daripada prinsip-prinsip
asas e.g ajaran Islam yang mewajibkan setiap anak mentaati ibu
bapanya.

 Al-Syumul
akhlak yang menyeluruh dan universal merangkumi semua aspek
kehidupan.

42
Asas Akhlak Islam

Akhlak Islam terbina daripada asas-asas berikut:

-Hubungan manusia dengan Allah SWT


-Hubungan manusia dengan manusia
-Hubungan manusia dengan makhluk yang lain
seperti alam.

Ciri-ciri akhlak Islam

1-Umum dan mendalam


Islam menyarankan umatnya mempraktikkan tingkah laku yang berteraskan akhlak
Islam tanpa mengira kedudukan, masa, pangkat, kemuliaan dan sebagainya.

2-Sempurna
Pengamalan dan penghayatan akhlak Islam bukan sahaja terletak kepada individu
Muslim,tetapi ia adalah garis panduan untuk umat sejagat

3-Sejagat dan selari


Akhlak Islam juga mempunyai konsep dan perlaksanaan yang selari dengan
matlamat dan ia adalah demi kepentingan sejagat.

3-Berganjaran
Dalam konteks akhlak Islam,setiap amalan yang dilakukan akan dihitung dan
diberikan balasan ke atasnya.

4-Seimbang dan nyata


Sistem Islam berbentuk seimbang dan praktikal diaplikasikan dalam kehidupan.

Nyatakan perbezaan di antara akhlak dan moral

SOALAN-SOALAN TUTORIAL

1. Buat peta minda yang menunjukkan perbezaan di antara aqidah,


syariat dan akhlak.

2. Huraikan akhlak yang terpuji dan akhlak yang keji.

43
RUMUSAN

1. Tasawur Islam bermaksud gambaran keseluruhan tentang Islam.

2. Islam dari segi bahasa bermaksud kedamaian dan dari segi istilah bererti agama
yang disampaikan oleh Nabi Muhammad.

3. Allah adalah satu.

4. Setiap orang dikehendaki mencari aqidah yang benar.

5. Orang Islam tidak boleh memaksa orang bukan Islam menganut Islam.

6. Beraqidah yang betul dapat membentuk seseorang menjadi


insan yang jujur.

7. Syariat dapat dibahagikan kepada ibadat, muamalat, munakahat, siasah dan


jenayah.

8. Akhlak berbeza dengan moral dari aspek penentuan nilai. Nilai akhlak Islam
berdasarkan ajaran al Quran dan hadis manakala moral berdasarkan etika
yang ditentukan oleh kehendak masyarakat.

9. Ramai pemikir-pemikir sebelum Islam membincangkan tentang moral.

10. Pendidikan adalah penting untuk melahirkan seseorang yang berakhlak mulia.

Dapatkan maklumat tambahan dari Pusat Sumber

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

44
RUJUKAN

Ab. Alim Abdul Rahim dan Syed Mohamad. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abd. Halim El-Muhammady. (1994). Pendidikan Islam: Peranan Dalam


Pembangunan Umah. Bangi: Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur
Tengah.

Abd. Rahman Nawas dan Nawawe Mohamad. (1995). Tamadun Islam. Kuala
Lumpur. Pustaka Haji Abd. Majid.

Ahamd Muhammad Said. (1990) ‘Budaya Ilmu’ dalam Mohd. Idris Jauzi (pyt).
Faham Ilmu, Pertumbuhan dan Implikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Baharuddin Yatim dan Sulaiman Nordin. (1996). Perkembangan Kesusteraan


Dalam Islam Menurut Prespektif Islam. Bangi: Penerbitan UKM.

Huntington, Samuel P. (1996). The Clash if Civilization And The Remaking of


World Order. New York: Sinon & Schuster.

Khailani Abdul Jalil dan Ishak Ali Shah. (1993). Pendidikan Islam Era 2020. Kajang:
Tekno Edar.

Mahayudin Hj. Yahya. (1998). Tamadun Islam. Shah Alam: Fajar Bakti.

__________________ (1992). Sorotan Konsep Ilmu Mengikut Pendangan Srjana


Muslim Zaman Silam: Teori dan Kaedah. Kasturi.

__________________ (1990). Islam di Sepanyol dan Sicilly. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahyudin Hj. Yahya dan Ahmad Jelani Halimi. (1996). Sejaran Islam. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

M.A.J. Ber. (1980). The Image of Islamic Civilizaition. Bangi: Universiti


Kebangsaan Malaysia.

Mustafa Haji Daud (1992). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Sulaiman Nordin. (1995). Islam, Al-Quran dan Ideologi Masa Kini. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Mohd. Nor. (1990). Konsep Ilmu dan Implikasi Kepada Perkembangan
Kurikulum. Dalam Mohd. Idris Jauzi (pyt). Faham Ilmu, Pertumbuhan dan
Implikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

45
Yusuf Al-Qardhawi Dr. (1999). Tamadun Islam, Hadarahtul Ghada. Terjemahan Hj.
Juanda Hj. Jaya. Bangi: Maktabah al-Qardhawi.

IPBA (2007),Malaysian Studies,Overseas Link Degree Programme,Kuala


Lumpur, IPBA.

Sazelin Arif (2007), Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Shah Alam, McGraw-Hill
(Malaysia) Sdn. Bhd,

Zulkifli Mohamad (2006), Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Selangor, Pusat
Pengajian Umum,UKM.

46

You might also like