You are on page 1of 11

Sejarah perkahwinan

Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia


berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu
cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini
merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk
memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith,
Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa
sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan
beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam
berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”. [2]

Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui


bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa yang
diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang
lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi
Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak
lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak
perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain
itu.” Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti
perkahwinan berlainan keturunan.

Jenis-jenis perkahwinan
 Poligami adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh
hampir kesemua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had
dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan
perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan
tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang
isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.

 Poliandri merupakah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan


dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini
sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat
jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua
mengahwini seorang wanita, wanita itu juga menjadi isteri untuk semua saudara-
saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata. [3]

 Monogami merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara


seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti
Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana menganggap perkahwinan
antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah untuk sepanjang zaman. Oleh
kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik).

Hukum hukum perkahwinan dalam Islam
 Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh
menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang
mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas
berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam
permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar
penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang
wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala
aspek.

 Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.

 Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk
berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan

 Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir
tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau
tiada nafsu yang kuat

 Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan
lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta
akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

Hikmah perkahwinan
 Cara yang halal untuk menyalurkanm nafsu seks melalui ini manakala perzinaan
liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan.
 Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
 Memelihara kesucian diri
 Melaksanakan tuntutan syariat
 Menjaga keturunan
 Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran
yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa
perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak
bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium
yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
 Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
 Dapat mengeratkan silaturahim

Dalil pensyariatan
 Surah An-Nisaa': ayat 1 & 3
 Surah An-Nuur: ayat 32
 Surah An-Nahl: ayat 72
 Surah Yaasin: ayat 36
 Surah Ar-Rum: ayat 21
 Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49
 Surah Luqman: ayat 10
 Surah Qaf: ayat 7
 Surah Asy-Syu’araa: ayat 7

Pemilihan calon
Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di
dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-
panduan ini.

Ciri-ciri bakal suami

Sekadar gambar hiasan : Perkahwinan antara Datuk Siti Nurhaliza bersama Datuk Khalid
 beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
 bertanggungjawab terhadap semua benda
 memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
 berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang
benar
 tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
 rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal
untuk kebahagiaan keluarga.
Ciri-ciri bakal isteri

 beriman & solehah


 rupa paras yang cantik dan elok
 memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
 menentukan mas kahwin yang rendah
 wanita yang subur
 masih dara
 berasal dari keturunan yang baik
 bukan keturunan terdekat
 tidak memandang harta semata-mata

Sebab haram nikah


 Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya
(haram selamanya) dan ia dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang
bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-
beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak
saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi
adik-beradik perempuan.”:
o Ibu
o Nenek sebelah ibu mahupun bapa
o Anak perempuan & keturunannya
o Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu
o Anak perempuan kepada adik-beradik lelaki mahupun perempuan, iaitu
semua anak saudara perempuan
o Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa)
o Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)

 Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:
o Ibu susuan
o Nenek dari sebelah ibu susuan
o Adik-beradik perempuan susuan
o Anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan
o Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan

 Perempuan mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah:


o Ibu mentua dan ke atas
o Ibu tiri
o Nenek tiri
o Menantu perempuan
o Anak tiri perempuan dan keturunannya
o Adik ipar perempuan dan keturunannya
o Emak saudara kepada isteri
 Anak saudara perempuan kepada isteri dan keturunannya
Peminangan
Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan
untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua
pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh
Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah
harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan
bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan
merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh
lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka
hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan
dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu
penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang
wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.

Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang:

"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki


yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah
melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya
supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)

Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:

"Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: "Kamu tidak
boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia(membuat ketetapan untuk)
memutuskannya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim(Asy-Syaikhan))

Nikah
Rukun nikah

 Pengantin lelaki
 Pengantin perempuan
 Wali
 Dua orang saksi lelaki
 Ijab dan kabul (akad nikah)
Syarat bakal suami

 Islam
 Lelaki yang tertentu
 Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
 Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
 Bukan dalam ihram haji atau umrah
 Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
 Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
 Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan
isteri

Syarat bakal isteri

 Islam
 Perempuan yang tertentu
 Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
 Bukan seorang khunsa
 Bukan dalam ihram haji atau umrah
 Tidak dalam idah
 Bukan isteri orang

Syarat wali

 Islam, bukan kafir dan murtad


 Lelaki dan bukannya perempuan
 Baligh
 Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
 Bukan dalam ihram haji atau umrah
 Tidak fasik
 Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya
 Merdeka
 Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya

Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali.Sekiranya


syarat2 wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu.Sebagai
seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal2 yag wajib seperti
ini.Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.

Jenis-jenis wali

 Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa)
mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu
perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan
kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)
 Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi
wali

 Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali,
jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali
ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.

 Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau
pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini
dengan sebab-sebab tertentu

Syarat-syarat saksi

 Sekurang-kurangya dua orang


 Islam
 Berakal
 Baligh
 Lelaki
 Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
 Dapat mendengar, melihat dan bercakap
 Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-
dosa kecil)
 Merdeka

Syarat ijab

 Pernikahan nikah ini hendaklah tepat


 Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
 Diucapkan oleh wali atau wakilnya
 Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak
e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang
dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah)
 Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)

Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata kepada bakal suami:"Aku


nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran
perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".

Syarat qabul

 Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab


 Tiada perkataan sindiran
 Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
 Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak)
 Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
 Menyebut nama bakal isteri
 Tidak diselangi dengan perkataan lain

Contoh sebutan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami):"Aku terima


nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran
perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai" ATAU "Aku terima Diana Binti Daniel
sebagai isteriku".

Selepas qabul dilafazkan Wali/wakil Wali akan mendapatkan pengikhtirafan/kesaksian


dari para hadirin khususnya dari dua orang saksi perkahwinan dengan cara meminta saksi
mengatakan lafaz "SAH" atau perkataan lain yang sama maksud dengan perkataan itu.

Selanjutnya Wali/wakil Wali akan membaca doa selamat agar perkahwinan suami isteri
itu berkekalan dan berbahagia sepanjang kehidupan mereka serta doa itu akan
diAmeenkan oleh para hadirin

Sejurus itu, mas kahwin/bayaran perkawinan/mahar akan diserahkan kepada pihak isteri
dan selalunya sebentuk cincin akan disarungkan kepada jari manis isteri oleh suami
sebagai tanda permulaan ikatan kekeluargaan atau simbol pertalian kebahagian suami
isteri.Aktiviti ini diteruskan dengan suami mengucup/mencium isteri.Aktiviti ini disebut
sebagai "Pembatalan Wuduk".Ini kerana sebelum akad nikah dijalankan suami dan isteri
itu diminta untuk berwuduk terlebih dahulu.

Suami isteri juga diminta untuk solat sunat nikah sebagai tanda kesyukuran selepas
perkahwinan berlangsung. Perkahwinan Islam sememangnya mudah kerana ia tidak perlu
mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak aset-aset perkahwinan disamping
mas kahwin,hantaran atau majlis keramaian(walimatul urus)yang tidak perlu
membebankan atau membazir. Jadi mengapa perlu menyusahkan dalam hal berkaitan
perkahwinan dan mengapakah perlu melakukan zina?

Wakil Wali/ Qadi


Wakil wali/Qadi adalah orang yang dipertanggungjawabkan oleh institusi Masjid atau
jabatan/pusat Islam untuk menerima tuntutan para Wali untuk
menikahkan/mengahwinkan bakal isteri dengan bakal suami.Segala urusan
perkahwinan,penyedian aset perkahwian seperti mas kahwin,barangan
hantaran(hadiah),penyedian tempat berkahwin,jamuan makanan kepada para hadirin dan
lain-lain adalah tanggungan pihak suami isteri itu. Qadi hanya perlu memastikan aset-aset
itu telah disediakan supaya urusan perkahwinan berjalan lancar.Disamping
tanggungjawabnya mengahwinkan suami isteri berjalan dengan dengan sempurna,Qadi
perlu menyempurnakan dokumen-dokumen berkaitan perkahwinan seperti sijil
perkahwinan dan pengesahan suami isteri di pihak tertinggi seperti jabatan Islam dan
jabatan pendaftaran negara.Ini bagi memastikan status resume suami isteri itu sentiasa
sulit dan terpelihara.Qadi selalunya dilantik dari kalangan orang-orang alim(yang
mempunyai pengetahuan dalam agama Islam dengan luas) seperti
Ustaz,Muallim,Mufti,Sheikh ulIslam dan sebagainya.Qadi juga mesti merupakan seorang
lelaki Islam yang sudah merdeka dan akhil baligh.

Mahar
Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal
menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib
berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4. Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan
oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh
ditentukan oleh perempuan itu sendiri. Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang
mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah,
kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-
Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh
dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang. Jika mahar berhutang, suami wajib
membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah atau
salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli
waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar separuh
daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh,
maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri meminta fasakh, mereka
belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya. Jika
sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.

Jenis mahar

 Mahar misil : mahar yudara perempuan yang telah berkahwin sebelumnya


 Mahar muthamma : mahar yang dinilai berdasarkan keadaan, kedudukan, atau
ditentukan oleh perempuan atau walinya.

Walimatulurus
Walimatulurus atau kenduri kahwin sunat(seperti majlis santapan makanan)diadakan dan
menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat). Ia bertujuan
untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan
sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat
menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga
mereka. Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti dilakukan selepas akad
nikah; menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara,
kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan; bagi pengantin wanita
hendaklah mengikut sunah Nabi MuhammadSAW dengan cara bersederhana dan tidak
unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang
membebankan.Dalam menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus,etika berbudaya
mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan,namun perlu diingat agar
penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai
rasa gharar(was-was)dalamnya.Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur
keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain.Islammelarang aktiviti
persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya
kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti
merenjis dan menepung tawar,selain memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya
dan bersolek secara terus kepada hadirin.Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa
bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan rasa(seperti cemburu,gersang dan
was-was)dari kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut.

Konsep yang diharamkan dalam Islam


Konsep rahbaniyah

Perkataan rahbaniyah bermasud kerahiban atau kependetaan, atau kehidupan paderi [4] Di
dalam Islam, membujang tidak dianggap sebagi satu etika atau cara bagi mendekatkan
diri dengan Tuhan seperti yang dilakukan oleh agama Kristian, Buddha, Jain dan
sebagainya. Sebagai contoh, agama Buddha ada menyebut tiga aspek yang perlu dimiliki
oleh seorang sami iaitu kefakiran, ketabahan dan kelanjangan (membujang). Mengikut
agama Buddha, jika seseorang mahu membebaskan dirinya dari nafsu duniawi dan
keperluan jasmaniah maka ia akan sampai kepada hakikat diri yang sebenarnya dan
dapatlah ia masuk ke dalam Nirwana [5]

Dalam agama Kristian ada ajaran yang menggalakkan penganutnya mengamalkan hidup
membujang. Sejak abad ke-5 lagi, orang begitu kagum dengan golongan paderi yang
hidup membujang dan sekiranya golongan paderi mahu dihormati dan mengekalkan
kuasa mereka, amatlah berfaedah sekiranya mereka memisahkan diri mereka dari orang
biasa dengan cara menjauhkan diri dari perkahwinan. Mereka juga berpendapat bahawa
paderi yang berkahwin lebih rendah tarafnya dari paderi yang terus membujang kerana
perkahwinan bererti tunduk kepada nafsu. Saint Paul berkata, “Sekiranya mereka tidak
boleh tahan, biarlah mereka berkahwin akan tetapi seseorang yang benar-benar suci mesti
sanggup menahan diri dari berkahwin.” Oleh yang demikian, taraf membujang di
kalangan paderi dianggap memelihara moral gereja [6].

Selain itu, perkahwinan juga ditolak oleh golongan bukan paderi mahupun sami seperti
golongan yang terlalu sibuk mengejar kekayaan material dan memberi alasan kesibukan
bekerja sebagai penghalang membina rumahtangga.

Konsep ibahiyah

Istilah ibahiyah diambil dari perkataan yang bermaksud membolehkan. Selain itu,
ibahiyah membawa maksud membolehkan atau membebaskan tanpa batas seperti
pergaulan seks bebas, homoseksual, lesbian dan sebagainya. Gejala sebegini wujud
kerana sikap mereka yang menolak konsep institusi perkahwinan.

Pergaulan bebas: Pendirian Islam dalam pertemuan antara lelaki dan perempuan adalah
tidak diharamkan sebaliknya ia diharuskan atau dituntut jika ia menjurus kepada
matlamat yang mulia seperti mencari ilmu yang bermanfaat, amal ibadat, perkara
kebajikan, jihad dan perkara-perkara lain yang memerlukan pengembelingan tenaga
antara kedua-duanya. Namun setelah meluaskan arus pemikiran Barat dan seruan
kebebasan wanita, pergaulan bebas telah digariskan oleh al-Qardhawi sebagai

 keruntuhan akhlak
 wujudnya anak-anak yang tidak sah tarafnya (anak luar nikah)
 Merebaknya pelbagai penyakit membahaya
 Banyaknya terdapat andartu serta lelaki yang terus membujang
 Berlakunya keruntuhan rumahtangga kerana perkara-perkara yang remeh

Amalan seks bebas: Kegilaan Barat yang memilih cara hidup ‘hidonistik’ iaitu
mementingkan keseronokan dan tidak terikat dengan tanggungjawab menyebabkan
amalan seks rambang dan bebas berleluasa dan mempengaruhi masyarakat dari benua
lain untuk bersama mereka mengejar keseronokan duniawi tanpa mempedulikan dunia
selepas mati. Menurut perangkaan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) sebanyak
18.7% daripada 13,753 kes pengguguran kandungan dilakukan di Singapura pada tahun
1999 melibatkan wanita Melayu atau Islam. Menurut MOH lagi, hampir 41%
pengguguran dilakukan oleh wanita dari semua kaum dan agama yang belum berkahwin,
janda dan berpisah dengan suami

Homoseksual & Lesbian: Pasangan homoseksual atau gay lebih dikenali sebagai
perhubungan antara lelaki dengan lelaki dan lesbian sebagai perhubungan antara wanita
dengan wanita. Mereka menjalani hidup seperti suami isteri dan beberapa negara Barat
telah menghalalkan perkahwinan sejenis. Bahkan sesetengah gereja dan paderi terus
meraikan perkahwinan yang sememangnya dihalang oleh semua agama termasuk
Kristian sendiri. Manakala di Malaysia, pertubuhan seperti Human Right Watch bagi
rantau Asia menyeru supaya Malaysia menghalalkan homoseksualiti dan lesbian. Artikel
seperti “Homosexuality is not a Sin”menjelaskan hujah-hujah yang dilihat secara sepintas
lalu ianya boleh menyakinkan orang ramai. [7]. Selain itu akhbar The Star pada 26 Mei
1998 pernah melaporkan semasa pelancaran ‘Women’s Agenda For Change’, Avy Joseph
ada menyebut bahawa kita perlu membenarkan lesbianisme sebagai tanda masyarakat
yang toleran.

Rujukan
1. http://www.ikim.gov.my/isu43.htm

You might also like