You are on page 1of 10

PERKAKASAN KOMPUTER

MONITOR  

 Perkataan “Monitor” telah mula digunakan oleh syarikat IBM yang bermakna
sebuah unit paparan (display devices). Dalam bahasa latin pula perkataan
“Monitor” ini bermakna “untuk panas”(to Warm). Perkataan monitor ini kekal
digunakan hingga sekarang. Pada asasnya monitor adalah sama seperti TV tetapi
TV mempunyai beberapa litar tambahan yang tidak terdapat pada monitor.

BEKAS(CASING)

  

 Bekas (Casing) merupakan kulit komputer bagi Unit Pemprossan Pusat. Di dalam
bekas ini mempunyai Papan Utama, Kad Paparan, Memori Secara Rawak,
Pemacu-pemacu dalaman, Bekalan Kuasa dan aksesori komputer.

1 Unit ICT SKDWK


PERKAKASAN KOMPUTER

PAPAN KEKUNCI (KEYBOARD)

  

 Dalam penggunaan komputer, langkah pertama sebelum dapat menggunakan


ianya perlukan dimasukkan data ke dalamnya. Pelbagai cara untuk memasukkan
data ke dalam komputer contohnya cakera liut, modem, tetikus , pengimbas
ataupun daripada komputer utama daripada network, tetapi cara yang paling
banyak digunakan adalah dengan memasukkan data melalui papan kekunci. Di
Malaysia papan kekunci (Keyboard) mempunyai 3 jenis iaitu papan kekunci
P/S2 , papan kekunci Normal dan papan kekunci USB

TETIKUS (MOUSE)

Tetikus ialah satu alat yang digunakan dengan menggunakan tangan untuk
menggerakkan penanda (kursur) keseluruh bahagian 'skrin monitor'. Rekabentuk
tetikus ini terdiri daripada satu bola berat yang diperbuat daripada getah yang
akan berpusing bila tetikus digerakkan. Tetikus mempunyai 2 hujung
penyambungan diantaranya adalah jenis 'serial port' dan 'PS/2'. Jenis tetikus
terbahagi kepada 3 : iaitu serial mouse , optical mouse dan wireless mouse .

2 Unit ICT SKDWK


PERKAKASAN KOMPUTER

PENCETAK (PRINTER)

 Pencetak moden merupakan alat canggih. Perkakasan elektronik yang terdapat


dalam sebuah pencetak sama dengan perkakasan elektronik yang terdapat
dalam komputer itu sendiri. Pencetak mempunyai 6 jenis iaitu jenis Dot-Matrik,
jenis Daisy Wheel, jenis Ink-Jet / jenis Bubble Jet, jenis Chain, jenis Drum
dan jenis Laser.

PENGIMBAS (SCANNER)

 Alat Pengimbas ini boleh dianggap sebagai terbalik fungsi Pencetak (Printer).
Pencetak menjalankan tugas menukarkan data/maklumat digital kepada keluaran
pada kertas, manakala Pengimbas pula menukarkan keluaran kekal pada kertas
kepada data/maklumat digital untuk digunakan oleh komputer.

Ia boleh digunakan untuk menyalin gambar kepada isyarat digital untuk


dimasukkan ke dalam komputer. Ia juga mempunyai 2 jenis yang ketara iaitu
jenis tangan dan jenis mendatar.

3 Unit ICT SKDWK


PERKAKASAN KOMPUTER

PEMBESAR SUARA

  

 Pembesar suara (Speaker) merupakan alat untuk mengeluarkan bunyi dari


komputer. Ia juga hanya untuk mengeluarkan bunyi semata-mata. Pembesar
suara mempunyai banyak jenama dan jenisnya.

KAD JARINGAN (NETWORK CARD)

   

 Kad Jaringan (Network Card) merupakan alat untuk digunakan sebagai


perantaraan antara komputer dalam sesebuah kawasan. Ianya digunakan untuk
menghubungkan komputer-komputer dalam sesuatu kawasan setempat.

KAD TV (TV CARD)

 Kad TV (TV Card) merupakan alat yang menerima gelombang televisyen


daripada stesyen teleyisyen. Secara tidak langsung menjadikan komputer itu
sebagai TV.

4 Unit ICT SKDWK


PERKAKASAN KOMPUTER

KAD BUNYI (SOUND CARD)

 Kad Bunyi (Sound Card) adalah alat yang telah dicipta untuk kegunaan
komputer bagi mengeluarkan bunyi. Secara tidak langsung menjadikan sesebuah
komputer dapat dijadikan hiburan bagi pengguna.

AD RADIO (RADIO CARD)

   

 Kad Radio (Radio Card) merupakan alat yang dicipta untuk menerima
gelombang radio FM/AM dan menjadikan sesebuah komputer dapat menerima
gelombang radio.

5 Unit ICT SKDWK


PERKAKASAN KOMPUTER

PEMACU BACA / TULIS / BACA-TULIS

  

  Pemacu Baca/Tulis/Baca-Tulis (CD-RW) merupakan alat yang dapat digunakan


sebagai penyimpan maklumat dan dapat menggantikan Pemacu Cakera Liut
kerana ianya dapat menyimpan kedalam cakera padat dengan saiz yang besar
dan sehingga 680MB bagi setiap cakera padat tetapi ianya bergantung kepada
jenis cakera padat yang digunakan.

PEMACU DVD

   

 Pemacu DVD (Digital Versatile Disc, ) sepertimana yang diketahui ia merupakan


Pemacu Video Cakera Digital . Ianya mula diperkenal pada tahun 1996 dan
kegunaannya lebih kepada wayang gambar (Movie) dan penyimpanan data.
Pemacu DVD ini akan mengantikan Cakera Padat, Cakera Laser and VHS dalam
semua aplikasinya.

6 Unit ICT SKDWK


PERKAKASAN KOMPUTER

PEMACU CAKERA PADAT (CD-ROM)

   

Pemacu ini merupakan salah satu daripada alat untuk memasukkan data ke
dalam komputer. Pemacu ini hanya dapat membaca memori sahaja dan tidak
boleh menyimpan memori ke dalam cakera keras.

Pemacu cakera padat baca sahaja ini lebih dikenali sebagai "CD-ROM (Compact
Disk Read Only Memory)"

PEMACU CAKERA KERAS

Pemacu Cakera Keras merupakan alat untuk menyimpan dan mengeluarkan.


Pemacu Cakera Keras juga digunakan sebagai tempat untuk dimasukkan perisian
untuk menjalankan sesebuah komputer pada masa sekarang. Pemacu ini ada
banyak jenama dan jenis.

PEMACU CAKERA LIUT

7 Unit ICT SKDWK


PERKAKASAN KOMPUTER

 Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive) merupakan alat yang digunakan sebagai
tempat menulis dan membaca daripada cakera liut (Floppy Disk) tetapi Cakera
Liut terhad untuk menyimpan data kerana saiznya hanya 1.44MB.

PAPAN INDUK

  

 Papan induk (Mainboard) merupakan jantung bagi setiap komputer. Papan


induk ialah papan litar yang besar yang terletak dibahgian bawah casis unit
system (system unit). Papan system diperbuat daripada kepingan “fiberglass”
yang berwarna hijau/kuning dan di atasnya dipenuhi dengan litar bersepadu,
perintang, kapasitor dan litar elektronik (electronic

KAD PAPARAN

 Kad Paparan (VGA Card) merupakan salah satu alat yang penting dalam
sesebuah komputer. Kad Paparan adalah alat yang menghubungkan antara
Papan Utama (Mainboard) dengan Unit Paparan (Monitor). Kad Paparan
mempunyai banyak jenis diantaranya jenis AGP, jenis PCI dan lain-lain lagi. Jenis
bagi Kad Paparan bergantung kepada jenis slot pada Papan Utama. Kelajuan Kad
Paparan ini pula bergantung kepada memori kad tersebut.

8 Unit ICT SKDWK


PERKAKASAN KOMPUTER

RAM (Ingatan Secara Rawak)

   

 RAM merupakan ingatan yang boleh baca dan tulis. RAM terdiri daripada litar
bersepadu (IC) yang boleh ditulis di dalamnya, dan juga ianya mengandungi
program atau data yang boleh dibaca daripadanya. Ingatan RAM ini boleh
dianggap sebagai kertas atau papan hitam bagi komputer. Ingatan RAM ini akan
hilang sekiranya bekalan kuasa komputer terputus atau dipadamkan.

UNIT PEMPROSESSAN

 Unit Pemprosessan Pusat (Mikroproses) boleh dianggap sebagai "Pusat Saraf"


bagi sistem komputer. Ia merupakan bahagian yang paling rumit dan berkuasa
dalam mikrokomputer / Komputer Peribadi. Mikropemproses ini terdapat dalam
bentuk Litar Bersepadu yang berjumlah berjuta-juta litar di dalamnya.

9 Unit ICT SKDWK


PERKAKASAN KOMPUTER

Unit Pemprosessan Pusat ini mempunyai pelbagai jenama antaranya


Intel Pentium, AMD, Cyric, dan lain-lain lagi.

10 Unit ICT SKDWK

You might also like