You are on page 1of 3

RESEPI CHOC CAKE

Bahan - bahan:

(A)

2 cawan tepung gandum

3/4 cawan serbuk koko

2 sudu kecil soda bikarbonat

2 sudu kecil baking powder

------------------------------

1 + 3/4 cawan gula

1 cawan minyak masak

1 cawan air panas

1/2 tin susu cair

2 biji telur

Step by step:

1- Campur n gaulkan bahan2 (A) dlm satu bekas

2- masuk kan gula dlm bekas berisi (A) + gaul2 lagikk

3- masuk kan minyak + gaul2kan jugak

4- masuk kan air panas + kacau2 jgk

5- masuk kan susu cair + kacau2 lagi

6-lastly, masuk kan telur

7- SIAPPPP! boleh bakar daa..

**** tak perlu pukul gune mixer, gune sudu atau senduk pn da okeyy :)

if nk buat topping cake tu,

bahan - bahan:

serbuk koko + susu pekat ( buat double boiler)


Bahan - bahan:

1.
Masakkan dulu :
2 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula pasir
1 cawan susu manis (i used MilkMaid)
1 tin susu cair (evaporated milk, i used Nestle's Ideal)
Cara :
Masukkan semua bahan di atas dalam periuk, letak atas api. Jangan mendidih, sekadar semua
bercampur dan gula hancur. Sejukkan.

2.
Panaskan kukusan. Masukkan air 3/4 kukusan dan panaskan kukusan. Sediakan tin kek.
Sediakan 2 tin sebab adunan ni muai. Alas bawah tin dengan aluminium foil dan sapu dengan
mentega. Tepi tin pun sapu jugak. Guna tin yang at least 7"X7". Isikan separuh tin sahaja adunan
tu nanti sebab ianya akan naik sekali ganda.

3.
Ayakkan :
2 1/2 cawan tepung gandum
2 tsp baking powder
2 tsp soda bicarbonate
Cara :
Campurkan semua bahan di atas dan ayak 3 kali.

4.
Pukulkan :
7 biji telur saiz B
Cara :
Pukul hingga betul-betul naik dan kembang

5. Pastikan air dalam kukusan sudah mendidih. Kecilkan api.

6. Masukkan campuran tepung (no.3) kedalam adunan no. 1 yang dah suam. Kacau, satu arah
sahaja sehingga semuanya bergaul rata. (Kalau kacau kekanan, make sure ke kanan sahaja,
jangan men tibai kacau ikut suka)

7. Masukkan adunan telur (no.4). Pun kacau ikut arah yang sama hingga adunan bergaul rata.

8. Masukkan adunan dalam tin kek, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 1/2 jam
atau sehingga masak. Kecilkan api kukusan tuh yer. Kalau api kuat, karang kek anda mendak kat
tengah pulak.

SELAMAT MENCUBA.

Nota :
Anda boleh letakkan topping bila kek dah sejuk. Resepi topping, cari sahaja dari links saya yang
berlambak tu. Untuk topping dalam gambar tu, saya guna topping yang anak-anak suka. Begini
caranya,
Mentega (dalam 1 bar), keluarkan dari fridge dan biarkan sehingga lembut. Mentega sejuk dan
beku, takleh tau. Biar dia sehingga pada suhu bilik.
Susu pekat manis (ikut suka, banyak mana nak letak, nak manis -letak banyak, tak nak manis,
letak sikit)
Milo (pun letaklah ikut suka gak)

Cara :
Pukul mentega hingga putih, masukkan susu manis dan milo. Dah bergaul rata semuanya,
bolehlah digunakan. Kalau nak lapiskan di kek, potong dua kek tu, letakkan adunan ni dan
sandwichkan kek. Lebihannya, buat hiasan atas kek

You might also like