You are on page 1of 1

http://ms.wikipedia.

org/wiki/Pencemaran

Pencemaran
Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba,
cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan
sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta
mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar. [1]

Bentuk pencemaran

Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi kita, antaranya:

 Pencemaran udara, iaitu pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera. Contoh-
contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon
(CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.
 Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau
fenomenon eutrofikasi.
 Pencemaran tanih, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan
racun serangga ke dalam tanih.
 Pencemaran radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling.
 Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri.
 Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan
 Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia.
 Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam.[2]

Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula
jadi, akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia.pencemaran ini juga
disebabkan sikap segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai sikap
bertanggungjawab mahupun cinta akan negara

Negara paling tercemar

Majalah Time telah menyenaraikan "10 bandar tercemar di dunia" seperti berikut:

 Linfen, China
 Tianjin, China
 Sukinda, India
 Vapi, India
 La Oroya, Peru
 Dzerzhinsk, Rusia
 Norilsk, Rusia
 Chernobyl, Ukraine
 Sumgayit, Azerbaijan
 Kabwe, Zambia

You might also like