You are on page 1of 3

KEWARTAWANAN ( CPK 2011/UKP 1071 )

TUGASAN INDIVIDU PENULISAN SURAT PEMBACA:

RAHSIA MANGGA MUDA ATAU MASAK

KUMPULAN : A

NAMA : SUZILIANA BINTI SUMADI

NO. MATRIK : D20081032630

PROGRAM:
PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP/TEKNIKAL
( AT 31 )

FAKULTI:

PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

NAMA PENSYARAH:
EN. GHAZALI BIN DIN

0
Rahsia mangga muda atau masak

Buah mangga merupakan buah tropika yang paling popular dan digelar sebagai ‘RAJA BUAH
ASIA’. Buah mangga semakin manjadi kegilaan kerana rasanya yang manis dan ada sesetengah
orang yang suka makan apabila buahnya masih muda. Terdapat juga peminat buah mangga
apabila buah ini dijadikan jeruk. Sebenarnya, mereka suka akan buah ini kerana rasanya dan rupa
bentuknya yang menarik. Tetapi meraka tidak tahu akan rahsia sebenar buah mangga ini.

Ramai orang tidak tahu akan rahsia buah mangga ini. Selain rasanya yang manis, ramai juga
orang yang suka buah mangga jika dimakan dalam keadaan mentah atau muda. Meraka yang
memakan buah ini kerana rasanya tetapi bukan kerana khasiatnya. Seharusnya semua orang perlu
peka terhadap khasiat yang terkandung dalam buah mangga mahupun buah-buahan yang lain.

Rahsia buah mangga adalah terletak pada khasiatnya yang kaya dengan pelbagai vitamin yang
boleh merawat pelbagai penyakit. Khasiat yang terdapat di dalam buah mangga boleh merawat
dan menjadi penawar kepada pelbagai penyakit antaranya penyakit diabetis, sakit hempedu dan
vaginitis.

Buah mangga banyak mengandung vitamin A, E dan C yang dapat membantu sistem
pencernaan. Satu buah mangga mengandung tujuh gram serat yang dapat membantu sistem
pencernaan. Sebagian besar serat larut dalam air dan dapat menjaga kolesterol agar tetap normal.

Mangga muda mengandungi lebih vitamin C daripada mangga masak.

Bagi mangga muda, ia boleh dijadikan penawar kepada penyakit hempedu. Mangga hijau kaya
dengan sumber pektin di mana ia akan hilang selepas pembentukan biji. Mangga muda

1
mempunyai rasa masam kerana kehadiran oksalik, sitrik, malic dan asid succinic. Mangga
mentah mempunyai sumber vitamin C. Ia mengandungi lebih vitamin C daripada mangga masak.
Ia juga mempunyai sumber vitamin B1, B2 dan mengandungi kuantiti niasin yang memadai.
Asid yang terkandung dalam mangga hijau dapat meningkatkan proses pengeluaran hempedu
dan bertindak sebagai antiseptik usus.

Kandungan vitamin A dalam mangga masak dikatakan bagus merawat masalah rabun malam.

Vitamin A yang terkandung dalam buah mangga masak juga mempunyai khasiat tersendiri.
Daripada kandungan vitamin A yang tinggi ia dapat merawat penyakit masalah rabun malam,
rhinitis dan sinusitis.

Di samping itu, khasiat yang tinggi dalam buah mangga juga boleh dijadikan sebagai agen untuk
antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit,
membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas.

Selain isi buah mangga, bijinya turut mengandungi khasiat sebagai merawat dan mencegah bagi
masalah cirit-birit. Ia juga amat berguna kepada kaum wanita. Hal ini kerana biji buah mangga
dapat merawat penyakit yang berkaitan dengan organ reproduktif wanita seperti dapat merawat
lucorrhoea, vaginitis dan merehatkan dinding berikutan dengan kehamilan yang kerap.

Oleh itu, semua golongan dan lapisan masyarakat perlu peka terhadap khasiat yang terdapat
dalam buah-buahan agar khasiat ini secara tidak langsung dapat mencegah dan merawat pelbagai
penyakit yang serius atau berbahaya serta penyakit yang tidak berbahaya. Kita perlu beringat
sebelum pelbagai penyakit menimpa kita kelak.

You might also like