You are on page 1of 6

(Nombor 1) 

TAJUK :
AMALAN KITAR SEMULA
DI KAMPUNG PARIT RAJA AHMAD
PT SULONG, BATU PAHAT
JOHOR
NAMA                        : MOHD KHAMSULDIN B ABDUL WAHAB
KELAS                      : 3 BAIK
SEKOLAH                 : SMK PENGHULU SAAT, PT RAJA AHMAD 83500  PT SULONG, BT. PAHAT
NAMA GURU           : EN MAMAT
TARIKH HANTAR    : 28 MEI 2010
TANDATANGAN PELAJAR                    TANDATANGAN GURU
     —————————-                         —————————
(Nombor 2) SENARAI KANDUNGAN
TAJUK                                                                                         HALAMAN
1)    Penghargaan
2)    Pendahuluan
3)    Objektif Kajian
4)    Kawasan Kajian
5)    Kaedah Kajian
6)    Hasil Kajian
7)    Rumusan
8)    Rujukan
9)    Lampiran
10) Bukti ( soal selidik dan temu bual )
(Nombor 3) PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Penghulu Saat, Pn Hajah Salbiah
Bt Hj. Maskan kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa
juga kepada guru Geografi saya iaitu En. Mohd Khamsuldin Bin Abdul Wahab yang telah banyak memberikan
tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada
saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan
kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Ahmad Bin Mamat yang telah banyak membantu saya ketika proses
soal selidik dan temu bual dilakukan.
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Parit Raja Ahmad yang telah sudi
memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat
jasa dan budi baik kalian semua.
(Nombor 4) PENDAHULUAN
Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah
( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk Amalan Kitar Semula. Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk
membuat kajian ini di kawasan yang mempunyai amalan kitar semula.
Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini kerana di kawasan kami mempunyai  pusat kitar semula dan ini
memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.
Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan April sehingga bulan Jun iaitu kira-
kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan
amnya kepada masyarakat di kawasan tempat  tinggal saya.
(Nombor 5) OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan
1)    Menyatakan maksud konsep kitar semula dengan tepat dan jelas
2)    Menyenaraikan jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula
3)    Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula
4)    Menghuraikan masalah/halangan amalan kitar semula
5)    Mencadangkan langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan kitar semula.
6)    Dapat menerapkan unsur nilai dan patriotisme terhadap penduduk  di Kg. Parit Raja Ahmad tentang
kepentingan amalan kitar semula.
(Nombor 6) KAWASAN KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di Kampung Parit Raja Ahmad Parit Sulong Batu Pahat Johor. Lokasi kawasan kajian
ini terletak kira-kira 24 kilometer dari Bandar Batu Pahat dan kira-kira 1 km dari pekan  Parit Sulong. Biasanya
tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah 40 sen untuk perjalanan pergi dan balik
yang mengambil masa 5 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan kampung saya mempunyai sebuah sekolah
menengah iaitu SMK Penghulu Saat yang mempunyai pelajar seramai 1200 orang. Kampung saya juga mudah
untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik.
Kampung Parit Raja Ahmad mempunyai tanah  subur (tanah pamah) yang rata dan ini menggalakkan
sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor
pertanian iaitu menanam kepala sawit dan sesetengahnya terlibat dengan sektor perkilangan, perniagaan dan
profesional seperti menjadi guru dan pekerja swasta.
PETA KAJIAN
1)    Lukis Peta Daerah / Zon Batu Pahat
2)    Peta Pekan Parit Sulong
3)    Peta Kg. Parit Raja Ahmad
( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka menjalankan kajian) = kena lukis sendiri dan
lengkapkan dengan
i)             Tajuk dan Bingkai  [1 m]
ii)            Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]
iii)           Simbol Piawai [ 1 m ]
iv)           Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]
(Nombor 7) KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk
memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4
kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-
1)    Pemerhatian            = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti amalan kitar semula yang
terdapat di kawasan kampung saya.
2)    Temu Bual                =  seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk kampung untuk
mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang amalan kitar semula. Temu bual dijalankan kepada
penduduk kampung yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang
keadaan kawasan kampung.
3)    Soal Selidik               = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk
kampung yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan. ( borang soal selidik – sila rujuk
lampiran )
4)    Rujukan                     = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk
mendapatkan maklumat tambahan mengenai amalan kitar semula
(Nombor8) DAPATAN KAJIAN
8.1  Konsep Kitar Semula
Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang untuk
dijadikan barangan baru yang berguna. Amalan kitar semula barang-barang terpakai diperkenalkan dalam usaha
untuk menjimatkan penggunaan sumber, memastikan alam sekitar sentiasa bersih, mengelakkan pencemaran,
dan mengurangkan pembaziran. Antara barang yang boleh dikitar semula termasuklah kertas, plastik, besi,
aluminium dan getah. Barang seperti botol kaca boleh digunakan semula setelah melalui proses pembersihan.
8.2  Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula
Bahan kitar semula yang biasanya di lakukan oleh penduduk di kampung saya ialah kertas, plastik dan kaca.
Amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk kampung saya ialah MENJUALbahan-bahan kitar semula
ini di pekan Parit Sulong. Kebanyakan daripada penduduk kampung akan membawa sendiri bahan tersebut ke
pusat memproses bahan kitar semula.
Terdapat juga penduduk kampung  yang MENGGUNAKAN SEMULA bahan kitar semula ini untuk menjimatkan
perbelanjaan. Contohnya, digunakan untuk membuat keceriaan di dalam rumah, menggunakan kedua-dua
helaian kertas dan membuat perhiasan rumah seperti bunga kertas dan pasu kaca yang telah dibersihkan.
Selain itu, terdapat penduduk kampung yang sudi bekerjasama MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PIHAK
SEKOLAH bahan-bahan kitar semula mereka untuk menambah pendapatan Persatuan Ibu Bapa dan guru
(PIBG) bagi menampung program-program pelajar di sekolah memandangkan bahan kitar semula mempunyai
nilai ringgit yang tinggi di pasaran.
Di samping itu juga, apa yang saya dapat perhatikan ialah terdapat penduduk yang cuba
untuk MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHAN SEPERTI KERTAS DAN PLASTIK.Sebagai contoh terdapat
penduduk yang tidak menggunakan plastik, polisterin ketika membungkus barang atau makanan. Kertas juga
dijimatkan supaya tidak membazir begitu sahaja.
Amalan ini akan dapat menjimatkan penggunaan bahan kitar semula dan seterusnya menambahkan pendapatan
hasil jualan kitar semula.
8.3 Kepentingan Kitar Semula.
1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita
Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga
150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan
sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular
mencerobohi ruang hidup kita. Sudahnya di mana kita akan tinggal?
2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Jika dibiarkan bersepah ia boleh
mengeluarkan bau dan menyebabkan penyakit. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang
dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.
3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu
punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar
tersebut daripada terus mengancam kualiti kehidupan kita.
4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga
i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam
televisyen.
ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang
bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang.
Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan
kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.
iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol
lampu 100 watt selama 4 jam.
iv) Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga
yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.
Dengan amalan kitar semula ini ia akan dapat menerapka unsur tanggungjawab dan sayangkan kepada negara
seperti peribahasa negara bersih rakyat sihat.
8.4  Masalah /halangan Amalan Kitar Semula
Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti.
1. Sikap
Terdapat segelintir penduduk yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini. Kebanyakan plastik, kertas dan
kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat sampah dan kemudiannya dibakar dengan begitu sahaja.
Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara.
2. Kurang Pengetahuan
Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk kampung yang membuang bahan kitar semula ini adalah
disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan kitar semula. Mereka lebih senang
membuang bahan tersebut daripada mengitarnya semula. bagi mereka amalan kitar semula ini hanya
membuang masa dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan.
3. Harga Terlalu Rendah
Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga yang rendah. Kertas di beli
dengan harga tidak kurang 20 sen untuk I kilogram. Harga yang rendah menyebabkan penduduk lebih senang
membakar bahan tersebut daripada menjualnya kerana harga yang rendah dan tidak menguntungkan.
4. Kurang Pusat Pengumpulan.
Di kawasan Parit Sulong hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan kitar semula. Keadaan ini
menyukarkan penduduk untuk menjual barangan kitar semula memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh buat
penduduk yang tinggal di kawasan hujung kampung. Tambahan pula, pusat ini hanya menerima bahan kitar
semula yang dihantar oleh penduduk sahaja.  Mereka tidak menyediakan perkhidmatan mengambil barangan
kitar semula daripada penduduk kampung.
5. Kurang Kerjasama
Terdapat juga penduduk yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula ini dijalankan oleh
kerajaan. Sikap tidak peduli dan tidak mahu mengambil kisah amalan kitar semula ini menyebabkan usaha
kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak akan tercapai atau terlaksana.
Saya berpendapat penduduk kampung perlu insaf dan berubah sikap untuk menjadikan amalan kitar semula ini
sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Amalan ini dapat menyelamatkan negara kita daripada mengalamai
kemusnahan sumber.
8.5 Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula
Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa langkah atau tindakan dapat di
lakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.
Langkah tersebut ialah seperti :-
1. Kempen
Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia dan
Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun. Objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran
menjaga alam sekitar. Ini bagi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, peka dan bersama-sama memainkan
peranan untuk mengamalkan amalan kitar semula. kempen dan  program yang dilaksanakan ini dapat member
keinsafan kepada rakyat supaya menjaga alam sekitar daripada mengalami kemusnahan.
2. Pendidikan
Guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada pelajar untuk melaksanakan amalan kitar semula. Guru
perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula ini dapat menyelamatkan bumi dan alam sekitar kita daripada
musnah. Guru juga boleh mengadakan pertandingan di sekolah untuk menarik minat pelajar mengamalkan kitar
semula dengan menyediakan hadiah kepada pelajar yang menyertai pertandingan tersebut.
3. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan.
Pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan kitar semula bagi menarik
penduduk untuk mengamalkan amalan kitar semula. Ini penting supaya penduduk lebih peka dengan tidak
membuang bahan yang boleh dikitar semula sesuka hati. Ini dapat mengelakkan daripada pembaziran.
Pihak sekolah juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di lokasi yang strategik bagi
memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar semula ke dalam tong yang betul.
4. Gotong Royong
Penduduk kampung boleh juga bersama-sama bergotong royong untuk membersihkan kawasan kampung.
Pastikan penduduk kampung mengumpulkan bahan kitar semula ini dan tidak membakar atau membuangnya
begitu sahaja. Ketua kampung memainkan peranan yang penting supaya penduduk  bekerjasama mengamalkan
amalan kitar semula ini.
Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan amalan kitar semula ini dapat
dijalankan dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk sama-
sama menjaga bumi ini daripada terus mengalami kemusnahan.
Bahan Grafik
- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik  :-
i)             Jadual
ii)            Graf
iii)           Carta Pai
iv)           Peta  Aliran
- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai
(Nombor 9) RUMUSAN
Kitar semula ini merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan disemai di kalangan rakyat Malaysia.
Sekiranya kita mengamalkan kitar semula, banyak hutan dapat diselamatkan daripada ditebang. Alam sekitar
pula dapat terpelihara daripada sebarang ancaman dan bahaya. Sikap bertanggungjawab dan cintakan tanah air
perlu ada dalam setiap diri rakyat Malaysia supaya seruan kerajaan untuk mengamalkan amalan kitar semula
mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat.
(Nombor 10). LAMPIRAN

1. Surat pengenalan diri murid


2. Surat kebenaran membuat kajian
3. Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga
4. Surat kebenaran ibu/bapa penjaga
5. Borang soal selidik
6. Gambar / foto yang berkaitan

(Nombor 11). RUJUKAN


Buku Teks
Mohd Jamil B. Mohamad dan rakan, 2004 Geografi Tingkatan 3
Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd
Chong Mui Seng dan rakan, 2002 Geografi Tingkatan 1
Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd.
Buku Rujukan
Piara Singh, 2005 Siri Teks Referens SPM Geografi Tingkatan 4 dan 5
Petaling Jaya, Pearson Malay Sdn. Bhd
Fokus PMR Tingkatan 1, 2 dan 3
Internet
Blog smkpenghulusaad.wordpress.com.my
Orang Sumber
En. Mohd Khamsuldin B Abdul Wahab, 12 tahun, Seorang Guru di SMK Penghulu Saad, Pt. Sulong. Akhir kata,
diharapkan maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk menghasilkan sebuah kerja kursus
yang bermutu…
-SMKPS-
2. PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada (nama pengetua) selaku
pengetua (nama sekolah) kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk menggunakan
segala peralatan dan kemudahan yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan ini.
Tidak ketinggalan guru mata pelajaranGeografi saya, (nama cikgu) atas segala
bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna serta telah banyak menolong
saya dan rakan-rakan sekelas saya bagi menyempurnakan tugasan ini.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya iaitu
(nama ayah)dan (nama ibu)yang telah banyak memberi sokongan moral dan dorongan
kepada saya serta sudi mengorbankan masa mereka untuk menolong saya mengumpulkan
maklumat-maklumat tentang bangunan yang saya kaji.
Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan-rakan sekelas saya
terutamanya (nama rakan) kerana telah memberi saya banyak pendapat dan idea.

PENDAHULUAN
Kajian Kursus Geografi ini dijalankan bagi memenuhi syarat yang ditentukan oleh
Kementerian Pendidikan dalam sukatan pelajaran Geografi Tingkatan 3.
Saya merupakan salah seorang pelajar Tingkatan 3 di (nama sekolah) . Saya telah
memilih tajuk(tajuk) .Tujuan saya memilih kawasan (kawasan awak) ini adalah kerana
kawasan ini merupakan kawasan tempat tinggal saya dan sekolah saya. Ekoran itu, kawasan
ini memudahkan lagi saya menjalankan kajian ini.
Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan seperjuangan saya yang lain
adalah selama satu minggu untuk mengumpulkan maklumat dan dua minggu untuk
menyiapkan kerja kursus.
Saya telah menemu ramah seramai 30 orang responden yang terpilih untuk
mendapatkan maklumat terkini tentang fungsi petempatan, masalah yang dihadapi dan
cadangan untuk mengatasinya dan kesemua mereka telah memberi kerjasama yang baik
kepada saya.
Kerjasama yang diberi telah dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja
bagimelengkapkan Kerja Kursus Geografi ini. Semua data dan maklumat yang dipilih
telahdirekod.

You might also like