You are on page 1of 28

SMK SERI HARTAMAS , KUALA LUMPUR

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2010

Nama Pelajar:

Kong Seng Kin

Tingkatan:

3 Cekal

Tajuk Kerja Khusus:

AMALAN KITAR SEMULA DI DESA


SRI HARTAMAS

Nama Guru Penilai:

Puan Florence Kaliamah

Tandatangan Guru Penilai Tandatangan Pelajar

_______________________________
_______________________________

( ) ( )
SMK SERI HARTAMAS
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2010

AMALAN KITAR SEMULA DI


DESA SRI HARTAMAS

NAMA PELAJAR : Kong Seng Kin


TINGKATAN : 3 Cekal
NAMA GURU : Puan Florence Kaliamah
SENARAI KANDUNGAN
1). Penghargaan………………………………………………….……… ~ 1.0 ~

2). Pendahuluan……………………………………………………………... ~ 2.0 ~

3). Objektif Kajian ……………………………………………………….... ~ 3.0 ~

4). Kawasan Kajian…………………………………………………… ~ 4.0 – 6.0 ~

5). Kaedah Kajian…………………………………………………….….......~ 7.0 ~

6). Hasil Kajian…………………………………………………… …~ 8.0 – 19.0 ~

7). Rumusan …………………………………………………………….. ~ 20.0 ~

8). Lampiran………………………………………………………..~ 21.0 – 28.1 ~

9). Rujukan……………………………………………………………..….~ 29.0 ~


1.0 PENGHARGAAN

Pertama sekali , saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas, Puan Rosimawati binti Saad yang memberikan

kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.

Selain itu , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Florence Kaliamah,

guru Geografi Tingkatan 3 Cekal, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas, Kuala

Lumpur. Beliau telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang memberikan

dorongan, galakan, dan kewangan kepada saya untuk menyempurnakan Kajian Geografi

Tempatan ini.

Selain itu, ucapan terima kasih saya tujukan kepada ahli kumpulan saya yang telah bersama-

sama menjalankan kajian ini serta kepada responden ataupun penduduk Desa Sri Hartamas,

Kuala Lumpur yang telah memberikan kerjasama kepada kami semasa sesi temu bual.

~ 1.0 ~
2.0 PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Geografi, murid Tingkatan 3 diwajibkan

menjalankan kerja amali di lapangan. Kajian ini dijalankan selepas waktu sekolah. Para pelajar

diberi tema yang berdasarkan tema amalan kitar semula.

Saya memilih Desa Sri Hartamas sebagai kawasan kajian saya kerana saya lebih memahami

kawasan itu tersebut. Tambahan pula , saya tinggal di kawasan kediaman Desa Sri Hartamas.

Saya menyiapkan kajian ini dalam masa enam miggu yang ditetapkan oleh guru Geografi

kami. Kemudian , saya pun menulis laporan lengkap tentang kajian ini secara berasingan atau

secara individu seperti yang disyaratkan.

~ 2.0 ~
3.0 Objektif Kajian

Saya menjalankan Kajian Geografi Tempatan dengan tujuan untuk

memenuhi objektif berikut :

a) Mengenal pasti konsep kitar semula.

b) Mengenal pasti jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula.

c) Mengenal pasti kepentingan amalan kitar semula.

d) Mengenal pasti masalah / halangan amalan kitar semula.

e) Mencadangkan langkah-langkah mengatasi masalah dalam


melaksanakan amalan kitar semula.

f) Menerapkan unsur-unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

~ 3.0 ~
4.0 KAWASAN KAJIAN

Desa Sri Hartamas adalah sebuah kawasan kediaman antarabangsa, yang didiami oleh

penghuni dari berbagai-bagai luar negara. Kawasan Desa Sri Hartamas terletak di atas tanah

pamah yang berada di ketinggian 36 meter dari paras laut. Desa Sri Hartamas terletak di Kuala

Lumpur, di bawah kuasa kehakiman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Datuk Bandar

Kuala Lumpur. Jarak dari Desa Sri Hartamas ke Pusat Bandar Kuala Lumpur adalah 30km

mengikut arah tenggara. Pekan yang terdekat adalah Bukit Damansara , yang terletak 3.6km arah

tenggara dari Desa Sri Hartamas.

~ 4.0 ~
4.1 PETA DAERAH KAWASAN KAJIAN
SAYA

Peta daerah menunjukkan kawasan kajian saya iaitu Desa Sri Hartamas

PETUNJUK
Kawasan Kajian Saya
~ 5.0 ~

4.2 PETA KAWASAN KAJIAN SAYA

Peta mununjukkan kawasan kajian saya iaitu Desa Sri Hartamas


~ 6.0 ~

5.0 Kaedah Kajian


a) Pemerhatian
Saya menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti aktiviti kitar semula yang

dijalankan di kawasan kajian serta memerhati jumlah orang yang mengitar semula dalam
seminggu.

Kami merekodkan ciri –ciri penting seperti jenis bahan yang dikitar semula dan
amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk Desa Sri Hartamas.

b) Temu bual
Saya telah mengumpul maklumat dengan menemu bual 5 orang penduduk tempatan

mengenai pandangan mereka mengenai kepentingan dan juga masalah kitar semula di
kawasan kajian.

c) Soal Selidik
Saya telah menyediakan satu set borang soal selidik untuk diberikan kepada 20

responden di Desa Sri Hartamas untuk mengetahui jenis bahan-bahan , amalan


kitar semula , kepentingan amalan kitar semula, dan juga masalah serta langkah kitar
semula di Desa Sri Hartamas berdasarkan pandangan mereka masing – masing.
~ 7.0 ~

6.0 Dapatan Kajian/Hasil Kajian

6.1 Konsep kitar semula

Kitar semula adalah proses yang melibatkan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) terhadap

barangan yang boleh dikitar semula. Kitar semula dilakukan untuk mengurangkan bahan

buangan, penggunaan bahan mentah baru, penggunaan tenaga, pencemaran udara (dari

pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) serta mengurangkan pengeluaran gas

rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula juga

melibatkan usaha mengumpul, memproses dan menggunakan semula bahan- bahan yang pernah

dianggap sebagai sampah. Kitar semula memungkinkan bahan- bahan yang terbuang dapat

dimanfaatkan sebaik mungkin. Antara bahan yang boleh dikitar semula ialah kertas, kaca,

mineral, getah, plastik, tekstil, sisa makanan, kayu, air dan sebagainya.

Sebagai contoh, kertas adalah bahan yang dapat dikitar semula. Surat khabar, majalah,

buku- buku adalah antara bahan- bahan yang boleh dikitar semula. Item- item akan

dikumpulkan dan diasingkan. Kertas dikitar semula seperti yang ditunjukkan di muka

surat sebelah.
~ 8.0 ~

Bilangan orang yang mengitar


Bil. Jenis Bahan
semula

1. Kertas 4

2. Kaca 3

3. Plastik 3

4. Aluminium 1

Jadual menunjukkan jenis bahan yang dikitar semula mengikut bilangan orang di Desa Sri

Hartamas
~ 9.0 ~

6.2 Jenis bahan dan amalan kitar semula

6.2.1 Kertas

Kertas adalah antara bahan yang paling banyak dikitar semula oleh penduduk-

penduduk di kawasan kajian saya. Suratakhbar, majalah, buku- buku, risalah dan

sebagainya adalah bahan- bahan yang boleh dikitar semula. Item- item akan

dikumpulkan dan diasingkan mengikut gred tertentu.

Amalan kitar semula kertas yang dijalankan oleh penduduk di kawasan kajian saya

adalah dengan menjual kertas- kertas kepada pihak tertentu. Selain itu, ada juga

responden yang menggunakan semula kertas terpakai. Contohnya, kertas A4 yang

dicetak boleh digunakan sebagai kertas lakaran. Di samping itu, buku- buku juga

didermakan kepada badan-badan kebajikan, pusat-pusat jagaan hari atau keluarga

yang memerlukan.
~ 10.0 ~

6.2.2 Plastik

Bahan kedua yang paling banyak dikitar semula oleh penduduk kawasan kajian

saya adalah plastik. Botol air mineral, bekas shampoo, bekas plastik dan

sebagainya merupakan plastik yang dikitar semula di kawasan kajian saya.

Amalan kitar semula plastik yang dijalankan oleh penduduk di kawasan kajian

saya adalah dengan menjual plastik – plastik tersebut kepada pengumpul untuk

dibawa ke kilang untuk diproses semula. Botol air mineral pula dipakai semula.

Beg plastik juga digunakan untuk mengumpul sampah.

6.2.3 Aluminium

Antara logam yang paling banyak dikitar semula oleh penduduk kawasan kajian

saya adalah aluminium dan tin- tin minuman ringan.

Amalan kitar semula aluminium yang dijalankan oleh penduduk kawasan kajian

saya ialah dengan menjual tin minuman yang dikumpulkan kepada pihak tertentu

yang mengumpulkan dan menghantar ke kilang untuk diproses semula.


~ 11.0 ~

6.2.4 Tekstil

Bahan keempat yang paling banyak dikitar semula di kawasan kajian saya ialah

tekstil. Pada kebiasaannya tekstil yang dikitar semula ialah pakaian lama.

Amalan kitar semula tekstil yang dijalankan oleh penduduk kawasan kajian saya

adalah dengan memberi sumbangan kepada pihak lain seperti badan kebajikan,

orang miskin, mangsa bencana alam, mangsa kebakaran, banjir dan lain- lain.

selain itu, ada juga penduduk menggunakan semula pakaian lama untuk dijadikan

sebagai pakaian buruk untuk mengelap. Di samping itu, ada juga penduduk

menjual pakaian lama dengan harga yang lebih murah.


~ 12.0 ~

6.3 Kepentingan kitar semula

6.3.1 Mengurangkan pencemaran alam sekitar

Kepentingan mengamalkan amalan kitar semula adalah dapat mengurangkan pencemaran

alam sekitar. Apabila ramai di kalangan masyarakat yang mengamalkan amalan kitar semula ini

masalah pencemaran boleh diatasi dengan lebih efektif. Oleh itu, kita pun dapat menjamin

keselamatan dan kesihatan alam sekitar.

6.3.2 Menceriakan persekitaran alam sekitar

Antara kepentingan amalan kitar semula adalah dapat menceriakan persekitaran alam sekitar.

Melalui kaedah guna semula, kita boleh memanfaatkannya untuk menceriakan persekitaran kita

tanpa membazir bahan yang hendak dilupuskan. Contohnya kita boleh menggunakan botol-botol

yang terpakai untuk dijadikan pagar kawasan pokok bunga.

6.3.3 Mengurangkan penggunaan sumber

Amalan kitar semula juga adalah penting kerana ia dapat mengurangkan penggunaan sumber

bahan mentah . Melalui kitar semula, kita boleh mengurangkan penggunaan sumber bahan

mentah kerana kita boleh mengurangkan pembelian untuk sumber yang baru dengan

menggunakan sumber yang sedia ada. Oleh itu, kita dapat memanjangkan masa penggunaan

sumber bahan mentah.


~ 13.0 ~

6.3.4 Menambahkan pendapatan

Akhirnya, amalan kitar semula dapat menambah pendapatan kita. Melalui amalan jual beli,

kita boleh menambahkan lagi pendapatan kita di samping memberikan peluang pekerjaan yang

banyak kepada sesetengah pihak. Ini boleh mengurangkan kadar pengangguran rakyat yang

semakin meningkat di Malaysia.

Saya berasa bangga kerana penduduk Desa Sri Hartamas mengetahui kepentingan kitar

semula serta mengamalkan nilai cinta akan alam sekitar. Selain itu, saya berasa gembira kerana

ada sebahagian daripada para penduduk yang rela hati megamalkna kitar semula.
~ 14.0 ~

Menceriakan persekitaran Mengurangkan


alam sekitar penggunaan sumber

Kepentingan kitar semula

Mengurangkan
pencemaran alam sekitar Menambah pendapatan

Peta minda menunjukkan kepentingan kitar semula di Desa Sri Hartamas

~ 15.0 ~
6.4 Masalah / halangan amalan kitar semula

6.4.1 Sikap penduduk

Masalah amalan kitar semula yang kerap berlaku adalah sikap penduduk sekitar yang malas

untuk mengasingkan bahan kitar semula dengan sisa buangan. Ada di kalangan penduduk Desa

Sri Hartamas yang sesuka hati membuang sampah ke dalam tong sampah selain daripada tong

kitar semula kerana menganggap amalan kitar semula tidak berfaedah.

Masyarakat sekitar seharusnya memahami hasrat kerajaan untuk mengurangkan masalah

kekurangan tapak pelupusan sampah. Hasrat ini tidak akan tercapai sekiranya tiada sokongan

daripada rakyat.

6.4.2 Kekurangan pusat pengumpulan

Selain itu, kekurangan pusat pengumpulan telah menyebabkan penduduk sekitar sukar untuk

menjalankan aktiviti kitar semula. Ini adalaha kerana tidak ada banyak pusat pengumpulan yang

terletak berhampiran dengan Desa Sri Hartamas. Oleh itu, para penduduk Desa Sri Hartamas

tidak puas hati serta tiada keinginan menghantar bahan – bahan kitar semula ke pusat

pengumpulan yang terletak jauh dari rumah mereka.

~ 16.0 ~
6.4.3 Kekurangan pengetahuan

Di samping itu, kekurangan pengetahuan juga telah menyebabkan penduduk terus membuang

sisa pepejal tanpa memikirkan dahulu mengenai kesannya terlebih dahulu. Penduduk tidak

memikirkan kesan sisa pepejal yang dibuang yang mungkin dapat mengandungi sisa kimia yang

boleh mengancam alam sekitar.

Selain itu, ada segelintir daripada para penduduk Desa Sri Hartamas yang tidak penuh

memahami kebaikan dan kepentingan amalan kitar semula. Oleh itu, penduduk Desa Sri

Hartamas tidak mengamalkan amalan kitar semula kerana menganggap ia sesuatu aktiviti yang

tidak memeberi banyak faedah.

Saya berasa sedih kerana tingkah laku penduduk Desa Sri Hartamas. Oleh itu,para penduduk

Desa Sri Hartamas perlu menerapkan nilai mengamalkan kitar semula serta memahami

sepenuhnya tentang kebaikan aktiviti yang mesra alam ini.

~ 17.0 ~

6.5 Langkah / cadangan untuk mengatasi masalah dalam

melaksanakan kitar semula


6.5.1 Mengadakan kempen kitar semula

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah kitar semula ini ialah untuk mengadakan kempen

kitar semula. Kaedah ini boleh mendedahkan lagi kepada masyarakat dengan lebih mendalam

mengenai kitar semula. Melalui kempen ini juga masyarakat setempat untuk bertukar-tukar

pendapat mereka mengenai kitar semula.

Selain itu, langkah ini yang berkesan dapat menanamkan nilai kitar semula dalam setiap hati

penduduk Desa Sri Hartamas. Dengan adanya hati yang mesra alam dalam setiap penduduk, para

penduduk dapat melakukan amalan kitar semula dan boleh dijadikan sebagai hobi mereka.

~ 18.0 ~

6.5.2 Menyediakan pusat pengumpulan

Selain itu, pihak berkuasa haruslah menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan yang

banyak dan efisien supaya dapat menghilangkan ketidakpuasan hati para penduduk Desa Sri
Hartamas. Melalui kaedah ini, penduduk Desa Sri Hartamas dapat menghantar bahan kitar

semula mereka dengan senang tanpa adanya masalah yang mengganggu.

Kaedah ini amat sesuai kerana para penduduk tidak perlu memandu kereta ke pusat

pengumpulan yang terletak jauh hanya untuk menghantar bahan kitar semula. Dengan langkah

ini, pihak berkuasa dapat melaksanakan pengumpulan bahan kitar semula di Desa Sri Hartamas.

6.5.3 Memberikan pendidikan

Di samping itu, langkah memberi pendidikan untuk mengitar semula boleh dijalankan di

kawasan kajian ini kerana ianya boleh mengurangkan sampah-sarap di sekitar kawasan kajian.

Langkah ini juga boleh memberi didikan kepada penduduk Desa Sri Hartamas tentang

pentingnya amalan kitar semula serta kebaikan yang boleh diperoleh daripada amalan tersebut.

Oleh itu, saya berpendapat bahawa kita perlu melaksanakan langkah-langkah tersebut agar

para penduduk Desa Sri Hartamas dapat menikmati keindahan alam sekitar dengan sepenuhnya

serta menanamkan nilai menjaga alam sekitar yang mendalam dalam setiap penduduk yang

berada di Desa Sri Hartamas.

~ 19.0 ~

Rumusan
Sebagai rumusan, Desa Sri Hartamas merupakan antara salah sebuah kawasan kediaman

yang mengamalkan kegiatan kitar semula iaitu yang melibatkan konsep 3R iaitu reuse,reduce

dan juga recycle. Terdapat beberapa barang yang boleh dikitar semula seperti botol kaca,

kertas, air dan juga tekstil.

Antara kepentingan kitar semula ialah mengurangkan pencemaran alam sekitar dan juga

menceriakan persekitaran. Apabila masalah pencemaran semakin berkurangan dan persekitaran

semakin kelihatan ceria kita akan hidup dalam keadan yang lebih selesa.

Terdapat juga beberapa masalah ataupun halangan yang dihadapi seperti kekurangan

kemudahan dan juga sikap segelintir penduduk yang masih memandang remeh terhadap

amalan kitar semula ini.

Namun begitu terdapat beberapa inisiatif ataupun langkah yang boleh diambil bagi

mengatasi masalah ini. Antaranya ialah dengan mengadakan kempen kitar semula, membuat

kerjasama dengan pihak berkuasa dan menjalankan aktivi gotong-royong. Di samping boleh

mengatasi masalah kitar semula, langkah ini juga boleh memupuk kesefahaman serta

perpaduan di kalangan masyarakat.

~ 20.0 ~
LAMPIRAN
~ 21.0 ~
~ 22.0 ~
~ 23.0 ~

SENARAI RUJUKAN

Buku Ilmiah
1. Abd Rahim Md Nor, 2004. Geografi Tingkatan 3. Cerdik Publications Sdn. Bhd.

2. Kang Chai Yeong dan Chong Yoon Choi, 2005. PMR Fokus U Geografi. Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.

Orang Sumber
1. 20 Orang responden Desa Sri Hartamas yang ditemu bual.

Internet
1. Google Search, http://maps.google.com.my/?hl=en&q=zon
%20bangsar&um=1&ie=UTF-8&sa=N&tab=wl

2. Wikipedia,
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula

~ 29.0 ~

You might also like