You are on page 1of 8

KELEBIHAN BULAN REJAB

OLEH :
MUHAMAD ZAN BIN SAILAN

         : ‫اىحَذ هلل اىقائو‬

) 30 : ‫ ( س٘سة اىنـٖـف‬  


‫ل ىٔ ٗأشٖذ أُ ٍحَذا عبذٓ ٗسس٘ىٔ بيغ اىشساىت‬ٝ‫أشٖذ أُ ال اىٔ اال اهلل ٗحذٓ ال شش‬
ٚ‫ اىيٌٖ صو ٗسيٌ ٗباسك عي‬. ٓ‫ اهلل حق جٖاد‬ٚ‫ االٍاّت ّٗصح االٍت ٗجإذ ف‬ٙ‫ٗأد‬
.ِٞ‫تٔ أجَع‬ٝ‫ ءاىٔ ٗأصحابٔ ٗرس‬ٚ‫ذّا ٍحَذ ٗعي‬ٞ‫س‬
‫ِ ءاٍْ٘ا اتق٘ا اهلل‬ٝ‫ٖا اىز‬ٝ‫آ‬ٝ : ٚ‫ قاه اهلل تعاى‬.‫ اتق٘ا اهلل‬,َُ٘‫ٖا اىَسي‬ٝ‫آ أ‬ٞ‫ ف‬, ‫أٍا بعذ‬
.َُ٘‫حق تقاتٔ ٗال تَ٘تِ اال ٗأّتٌ ٍسي‬

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah


subhanahu wataala dengan melaksanakan segala perintahnya dan
meninggalkan segala larangannya. Marilah kita memperbanyakkan zikir
kepada Allah s.w.t. dan memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah
s.a.w. Mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di
hari akhirat kelak.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

1
Bulan Rejab adalah termasuk di dalam salah satu bulan-bulan Islam yang
dianggap suci oleh umat Islam. Firman Allah s.w.t.

             

             

           

( At-Taubah : 36 ) 

Maksudnya ;
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas
bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan
langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. ketetapan yang
demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu
menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan
melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya
sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah
sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

Empat bulan yang dihormati sebagaimana disebutkan di dalam ayat


tersebut ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Inilah yang telah
disepakati oleh para mufassirin. Penghormatan terhadap bulan Rejab
adalah bersempena penghormatan yang telah diberikan kepadanya
semenjak zaman jahiliah lagi dimana mereka mengharamkan peperangan
di dalam bulan tersebut. Inilah suatu pengiktirafan oleh Allah s.w.t.
terhadap bulan Rejab di samping bulan-bulan haram yang lain.

2
Sejarah Islam telah mencatatkan beberapa peristiwa penting telah berlaku
di dalam bulan Rejab, di antaranya ialah ;
Pertama : Peristiwa isra’ Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab mengikut
pendapat sebahagian besar ulama’ Islam. Ia adalah peristiwa di mana
Rasulullah s.a.w. telah dijalankan dari Mekah ke Baitul Maqdis dan
kemudiannya diangkat ke langit untuk bertemu Allah s.w.t. Di sinilah
bermulanya kefardhuan solat lima waktu kepada umat Muhammad s.a.w.

Kedua : Peristiwa hijrah yang pertama ke negeri Habsyah oleh beberapa


orang sahabat Rasululullah s.a.w. termasuk termasuk saidina Usman bin
Affan r.a. dan isterinya Ruqaiyah binti Rasulullah s.a.w. Penghijrahan ini
bertujuan menyelamatkan akidah di samping keselamatan diri ekoran
tekanan dan ancaman hebat oleh puak musyrikin Mekah ketika itu.

Ketiga : Peristiwa perang Tabuk yang berlaku pada tahun kesembilan


Hijrah. Ia adalah peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. sendiri
untuk menentang tentera Rom yang ingin mengembangkan pengaruhnya
ke semenanjung Tanah Arab ketika itu. Walaubagaimanapun akhirnya
tentera Rom membatalkan hasrat mereka kerana merasa gentar dan takut
dengan kehebatan dan kekentalan jiwa tentera Islam.

Selain daripada itu, terdapat juga peristiwa penting lain yang berlaku di
dalam bulan yang mulia ini seperti penaklukan semula kota Baitul Maqdis
oleh Salahuddin Al-Ayubi dari kekuasaan tentera Salib pada 27 Rejab 583
hijrah. Imam As-Syafie yang menjadi ikutan mazhab umat Islam di tanahair
kita juga dilahirkan di dalam bulan Rejab tahun 150 hijrah bersamaan 767
masehi.
3
Kaum muslimin rahimakumullah,
Sesetengah umat Islam akan berpuasa sunat di dalam bulan Rejab.
Sesetengahnya pula akan pergi menunaikan umrah kerana menganggap
umrah yang mereka lakukan di dalam bulan ini ada fadhilatnya yang
khusus. Tidak kurang juga terdapat umat Islam yang berusaha
memperbanyakkan sedekah pada bulan ini dengan beranggapan mereka
akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan
yang lain.

Walaubagaimanapun, kebanyakan ulama mutakhirin menyatakan bahawa


tanggapan ibadat-ibadat sunat ini akan mendapat ganjaran berpuluh kali
ganda atau beribu kali ganda adalah tanggapan yang tidak benar. Apa
yang pasti bahawa bulan ini adalah termasuk di dalam kelompok bulan-
bulan haram di mana umat Islam digalakkan memperbanyakkan ibadah-
ibadah sunat di dalam bulan-bulan ini samada solat sunat, berpuasa,
bersedekah atau lain-lain lagi.

Kaum muslimin rahimakumullah,

Hakikat ganjaran yang disediakan oleh Allah s.w.t. kepada orang yang
beramal soleh hanya Dia sahaja yang maha mengetahuinya. Oleh kerana
itu, sudah sewajarnyalah di dalam bulan Rejab ini dan juga bulan-bulan
yang lain diisi dengan perkara-perkara yang dapat meningkatkan keimanan
kita kepada Allah s.w.t. dan mendapat keredhaannya.

4
Sesungguhnya terdapat banyak hadis-hadis Nabi dan ayat-ayat Al-Quran
yang memberikan galakan kepada umat Islam untuk melakukan sesuatu
amal ibadat tanpa mengira di dalam bulan mana mereka
melaksanakannya. Oleh kerana itu, bersempena datangnya bulan Rejab
ini banyak amalan sunat yang boleh dilaksanakan sepertimana juga di
dalam bulan-bulan yang lain, di antaranya ;

1. Berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau berpuasa sebahagian


daripada bulan Rejab. Amalan berpuasa sunat adalah merupakan
suatu galakan daripada Allah s.w.t. kepada umat Muhammad s.a.w.
sebagaimana disebutkan di dalam sebuah hadis qudsi riwayat Imam
Bukhari ;
‫ ٗأّا‬ٜ‫ق٘ه اهلل عز ٗ جو اىصً٘ ى‬ٝ ( ‫ٔ ٗ سيٌ قاه‬ٞ‫ اهلل عي‬ٚ‫ صي‬ٜ‫عِ اىْب‬
ٛ‫ سٗآ اىـبـخـاس‬- )ٔ‫ ب‬ٛ‫أجز‬
Maksudnya ;
Sabda Rasulullah s.a.w. “ Allah s.w.t. telah berfirman bahawa puasa
itu adalah untukNya maka Allah lah yang akan membalasnya.”

Imam Muslim pula meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-


Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr
mengenai puasa Rejab. Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas
mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami
menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan
Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)

5
2. Memperbanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir
miskin. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh
Hakim bin Hazam ;
ٔ‫ـ‬ٞ‫ – ٍـتـفـق عـيـ‬ٚ‫ـَذِ اىـسـُّفـْيـ‬ٞ‫ـْش ٍـَِِ اىـ‬َٞ‫ـا خـ‬ْٞ‫ـَذُ اىـعـُيـ‬ٞ‫اىـ‬
Maksudnya :
“ Tangan yang di atas ( pemberi ) lebih baik dari tangan yang di
bawah ( penerima )”
3. Memperbanyakkan zikrullah dengan cara berwirid, bertahmid,
bertasbih dan sebagainya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud “
Hanya dengan mengingati Allah akan menjadi tenang dan tenteram
hati manusia.”

Demikianlah sebahagian amalan-amalan sunat yang amat digalakkan


kepada umat Islam untuk melaksanakannya. Amalan-amalan ini, sekiranya
diamalkan dengan penuh keikhlasan sudah pasti akan dapat melahirkan
insan yang benar-benar bertaqwa kepada Allah s.w.t. Ini, sekaligus dapat
mengelakkan mereka daripada terjerumus kedalam perkara-perkara
maksiat dan masalah-masalah sosial yang lain.

Malangnya amalan-amalan mulia sebegini sering ditinggalkan oleh


sebahagian umat Islam samada oleh golongan muda mahupun golongan
tua. Akibatnya mereka lebih banyak dipengaruhi oleh hawa nafsu dan
terlibat dengan pelbagai bentuk kegiatan jenayah. Gejala sosial yang
berlaku sejak kebelakangan ini seperti jenayah rogol, bunuh, rompak,
ragut, hiburan melampau malah aktiviti rempit, tidak lain dan tidak bukan
adalah kerana kosongnya jiwa mereka daripada pengisian iman. Kegiatan-
kegiatan jenayah seperti ini bukan sahaja berlaku di kalangan muda-mudi
6
tetapi lebih malang lagi ianya dilakukan juga oleh golongan yang telah
meningkat ke usia tua.

Bukankah sesuatu yang memalukan apabila laporan akhbar menyatakan


seorang datuk merogol cucunya atau seorang bapa merogol anaknya
sendiri ? Bukankah memalukan juga apabila kajian-kajian statistik
menyatakan bahawa kebanyakan yang terlibat dengan dadah adalah
remaja dan muda-mudi yang beragama Islam ? Di manakah silapnya
sehingga umat Islam terlibat dengan perkara-perkara negatif ini ?

Kaum muslimin rahimakumullah,

Kita sebagai umat Islam tidak seharusnya melupakan sabda Rasulullah


s.a.w. yang menyatakan bahawa dengan berpuasa, manusia akan dapat
mengelakkan diri dari perkara-perkara maksiat. Kita juga seharusnya tidak
melupakan firman Allah s.w.t. yang menyatakan bahawa dengan zikrullah,
hati mereka akan merasa aman dan tenteram. Inilah janji yang telah
diberikan oleh Allah s.w.t. dan juga RasulNya supaya diyakini dan
dilaksanakan oleh umat Islam keseluruhannya.

Maka, sudah sewajarnyalah kita bermuhasabah tentang pentingnya


peranan amalan-amalan sunat ini di dalam membentuk jiwa dan peribadi
yang sempurna. Dengan bermulanya bulan Rejab ini, anak-anak muda
khususnya dan umat Islam umumnya harus diberikan kesedaran dan
sedikit suntikan semangat supaya bersama-sama menghidupkan amalan-
amalan mulia ini dan seterusnya dapat membangunkan diri mereka
menjadi insan yang bertaqwa di sisi Allah s.w.t.
7
Apa yang kita harapkan agar amalan-amalan di dalam bulan Rejab ini
dilakukan dengan penuh keikhlasan dan akan menjadi pemangkin untuk
mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah
s.w.t.

Firman Allah s.w.t.

             
Maksudnya ;
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya
(dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah,
nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
( Az-Zalzalah : 7 - 8 )

‫اث ٗاىزمش‬ٝ‫ٔ ٍِ اال‬ٞ‫امٌ بَا ف‬ٝ‫ ٗإ‬ْٚ‫ٌ ّٗفع‬ٞ‫ اىقشءاُ اىعظ‬ٚ‫ ٗىنٌ ف‬ٚ‫باسك اهلل ى‬
‫ ٕزا ٗأستغفش اهلل‬ٚ‫ أق٘ه ق٘ى‬.ٌٞ‫ع اىعي‬َٞ‫ ٍْٗنٌ تالٗتٔ إّٔ ٕ٘ اىس‬ٍْٚ ‫ٌ ٗتقبو‬ٞ‫اىحن‬
.ٌٞ‫ِ ٗاىَسيَاث فاستغفشٗٓ إّٔ ٕ٘ اىغف٘س اىشح‬َٞ‫ ٗىنٌ ٗىسائش اىَسي‬ٚ‫ٌ ى‬ٞ‫اىعظ‬

You might also like