You are on page 1of 2

Novel ini memaparkan kisah Hassan Bin Haji Osman yang dilahirkan pada 27

Julai 1927 di Kampung Batu 12, Mantin, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau pernah
belajar di Sekolah Melayu sehinggah darjah lima. Kemudian, beliau belajar pula di
Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega, Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan
untuk mendalami pengetahuan agama. Walaubagaimanapun, Hassan tidak dapat
meneruskan pengajian agamanya di situ kerana kedatangan Jepun pada Disember
1941.
Hassan pernah mengalami suatu peristiwa hitam yang amat menyayat hati. Isteri,
ibu mentua, nenek mentua dan anak buah isterinya dibunuh dengan kejam oleh
Bintang Tiga yang menganut faham komunis. Mereka dibunuh oleh anggota-anggota
Bintang Tiga kerana enggan menyerahkan wang dan barang kemas. Ketika peristiwa itu
berlaku, Hassan tiada di rumah. Tidak lama kemudian, datuk Hassan yang telah sekian
lama menjaganya pula ditahan oleh Bintang Tiga. Peristiwa-peristiwa ini menbakar
semangat Hassan untuk menuntut keadilan dan membenihkan dendam yang sentiasa
membara dalam jiwanya. Oleh sebab itu, Hassan telah mendalami ilmu agama di
samping ilmu kebatinan dan ilmu kepahlawanan dengan beberapa orang tokoh agama.
Pada penghujung tahun 1946, Hassan telah berjaya dalam temuduga untuk
menjadi anggota tentera. Seterusnya, dia telah menjalani asas ketenteraan selama
enam bulan di Pusat Latihan Rekrut, Port Dickson. Ancaman utama kepada keamanan
dan keselamatan negara ketika itu ialah daripada Bintang Tiga atau pengganas
komunis yang sememangnya amat dibenci oleh Hassan. Beberapa siri pertempuran
telah berlaku antara pasukan Hassan dengan Bintang Tiga dan pengganas komunis di
beberapa tempat. Dalam pertempuran-pertempurran itu, pasukan Hassan telah
mencapai kejayaan yang cemerlang. Hassan secara peribadi telah menunjukkan
semangat juang dan keberanian yang menakjubkan. Di samping membunuh beberapa
pengganas Komunis, Hassan telah berjaya juga memujuk sebilangan pengganas
Komunis untuk menyerah diri. Sebagai menghargai jasanya, kerajaan Inggeris dan
kerajaan Malaya ketika itu telah menganugerahi Hassan pelbagai anugerah. Antaranya
termasuklah Pingat Keberanian MM, Pingat Perkhidmatan Cemerlang MID dan Pingat
Kelakuan Terpuji Negeri Pahang. Kesemua anugerah ini menyebabkan Hassan begitu
disegani lawan dan digeruni lawan.
Pada zaman darurat, Hassan telah menghasilkan skrip drama yang memaparkan
kisah kekejaman tentera Jepun dan pengganas Komunis. Semangat juang yang tinggi
di kalangan anggota pasukan keselamatan negara dalam usaha mempertahankan
kedaulatan negara berjaya diketengahkan dengan cukup berkesan oleh Hassan dalam
drama tersebut. Drama yang mirip dengan kisah Hassan yang sebenarnya itu telah
mendapat sambutan hangat apabila dipentaskan. Malah, seniman P. Ramlee turut
tertarik pada skrip drama Hassan itu dan menyatakan hasrat untuk memfilemkan drama
tersebut. Sebagai hasilnya, terciptalah filem ‘ Sarjan Hassan’ yang turut dibintangi oleh
P. Ramlee sebagai heronya.
Peristiwa bersejarah yang melibatkan Hassan ialah beliau berjaya menghalang
rancangan pengganas Komunis untuk menggagalkan kemerdekaan Tanah Melayu.
Peristiwa tersebut berlaku di Ladang Getah Waterfall. Hal ini menyebabkan nama
Hassan semakin terkenal dan mendorong terjalinnya hubungan persahabatan yang
agak rapat antara Hassan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pertahanan ketika itu iaitu Tun Abdul Razak.
Sepanjang kerjayanya, Hassan pernah juga melalui pengalaman yang kurang
menyenangkan. Hassan gagal dalam ujian kenaikan pangkat sebanyak dua kali sebagai
akibat kesibukan tugasnya di serata tempat. Kegagalan Hassan dalam ujian kedua itu
menyebabkan perkhidmatannya dalam angkatan tentera ditamatkan.
Dalam pada itu, kerana sikap iri hati pegawai atasannya, Hassan tidak diberi pencen
atas perkhidmatannya walaupun telah banyak jasa dan pengorbanannya. Hal ini
menyebabkan Hassan merayu secara rasmi dan secara peribadi kepada Tun Abdul
Razak. Setelah itu, Hassan telah diterima untuk berkhidmat sepenuh masa dalam
pasukan Askar Wataniah di kem Rasah, Seremban dengan pangkat kapten.
Selepas 21 tahun berkhidmat sebagai anggota pasukan keselamatan negara,
Hassan mengambil keputusan untuk bersara. Setelah bersara, Hassan berkecimpung
dalam dunia perniagaan di samping aktif berpolitik. Dalam pada itu, anugerah yang
diterima oleh Hassan terus bertambah. Antaranya termasuklah pingat Jaksa Kebaktian,
pingat Ahli Mangku Negara dan pingat Seri Mahkota Selangor. Kapten Hassan
meninggal dunia di Hospital Besar Seremban kerana serangan sakit jantung pada 30
April 1991.

You might also like