You are on page 1of 3

Karangan Cemerlang Pelajar tahap SPM - Kebaikan bergotong-royong

Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan


individualistik marcapadaini, kita seyogianya memahami maksud amalan
bergotong royong. Amalan ini merupakan budayayang dipraktikkan sejak generasi
dulu dan amalan ini dianggap tak basah dek hujan, tak lekang
dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya atau amalan bangsa agar
sentiasa releven
dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya generasi alaf baharu ini. Yang
berlakusekarang, budaya yang diingini hanyalah keseronokan dan keselesaan yang
tidak mahudipertanggungjawabkan. Fenomena ini melunturkan semangat
memupuk amalan bergotong-royong.
Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah yang tidak mengenali maksud
gotong-royong dan
melaksanakannya? Berapakah peratus daripada golongan muda generasi kini
yang telah bergotong-royong untuk membersihkan sesuatu tempat? Oleh hal yang
demikian,kita mestilah mengenalifaedah bergotong-royong dan menjalankan
kegiatan bergotong-royong ini.
Amalan bergotong-royong dapat memperindah tempat tinggal. Kebersihan tempat
tinggalmerupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa. Dengan amalan
kemasyarakatan ini, tempattinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar
daripada rupa. Sebagai insan biasa, kitatentu mahu akan kecantikan tempat
tinggal kita dipuji oleh orang lain. Dengan menjalankan amalanbergotong–royong
kita dapat memperindah sendiri kawasan tempat tinggal dan memahami
jirandengan lebih mendalam. Fenomena ini persis peribahasa tak kenal maka tak
cinta. Apabilakawasan tempat tinggal kita sentiasa bersih dan indah, rakan-rakan
sendiri akan menyukai kawasantempat tinggal kita secara langsung dan akan
sentiasa menziarahi kita. Sebagai seorang penghunibumi, kita boleh mengaktifkan
diri dalam amalan bergotong-royong dapat menghijaukan bumi. Bakkata
peribahasa, sambil menyelam minum air. Dengan mengaktifkan diri dalam amalan
bergotong–royong, kita dapat lebih memahami kepentingan kegiatan bergotong-
royong dan akan mewujudkanmasyarakat yang bekerjasama. Benarlah kata
peribahasa, bersatu kita teguh bercerai kita roboh .Kita harus mengapresiasi
amalan ini sebelum kewujudannya tidak diketahui lagi. Janganlah kitalupa
bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Selain itu, amalan bergotong-royong seyogianya menjadi satu daripada aktiviti
kehidupan yangpenting sebagai langkah membersihkan tempat tinggal daripada
menjadi vektor penyakit. Denganberbuat begitu, kita dapat mencegah dan
menjauhi penyakit. Kata Tun Dr. Mahathir, “mencegah
lebih baik daripada mengubati”. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa
kegiatan ini amat
berfaedah dan mesti diamalkan sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari
rebungnya. Denganmenjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam
kehidupan, kita dapat banyak memperolehpengalaman dan pengetahuan
daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapasenangnya untuk
menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai jikalai
kitamengaktifkan diri dalam kegiatan bergotong-royong. Oleh hal yang demikian,
amalan ini harusdiingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga
boleh dipraktikkan untukmengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di
kawasan tempat tinggal .
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! Kegiatan bergotong-
royong memainkan
peranan yang amat penting sebagai agen perpaduan . Hal ini dikatakan demikian
kerana kajian yangdijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati
jurang pemisah antara kaum semakinlebar dari setahun ke setahun kerana rambut
sama hitam, hati lain-lain. Dengan menjalankankegiatan bergotong-royong kita
dapat menghapuskan sikap masyarakat yang seperti enau di dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Apabila seseorang yang berlainan
kaum berinteraksi
dengan seseorang yang berlainan kaum, kita dapat mengenali kebudayaan kaum-
kaum masing-masing kerana masuk ke kandang kambing mengembek, masuk
ke kandang kerbau menguak.Melaui kegiatan bergotong-royong, kita akan lebih
dapat mempercayai masyarakat sekeliling danmenghormati sesama diri. Dengan
ini, kita akan hidup saling membantu bagai aur dengan tebing .

elalui kegiatan yang afdal ini , kita dapat memupuk nilai murni dalam sanubari
kita. Hal inidikatakan demikian kerana Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana
Menteri ke-4 pernah menegaskanbahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan
bergotong-royong, kita berupaya menerap pelbagainilai murni dalam diri.
Fenomena ini sama seperti sambil menyelam ,minum air. Jelas beliausemasa
merasmikan kempen bergotong-royong pada peringkat nasional, awal tahun 2003.
Nilaimurni yang diterapkan akan mentransformasikan kita sebagai orang yang
lebih disukai dan diterimaoleh masyarakat. Amalan ini juga mampu
memasyarakatkan rakyat Malaysia oleh sebab bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Aktiviti bergotong-royong sememangnya dapat menghidupkan semangat kejiranan.
Dengan berbuatdemikian, kita dapat mengenali jiran secara mendalam. Selepas
terlaksananya aktiviti ini , kita akanterpanggil untuk membuka hati kita lalu
menegur jiran kita. Pembahagian tugas akan dapatdijalankan semasa aktiviti
bergotong-royong dijalankan dan semua orang akan merasai semangatbersatu padu
. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong
ialahmembersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-
kendara, dan sebagainya.Melalui cara ini, kita dapat menjalin dan meningkatkan
hubungan sesama jiran. Bak kata pepatah,
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Jiran ialah orang yang tinggal di
sekitar rumah kita,
iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jiran sangat penting
kerana merekalahyang akan menjadi sahabat kita dan orang yang pertama akan
membantu apabila kita menghadapikesusahan nanti. Tak percaya? Janganlah lupa
bahawa pepatah Melayu ada mengatakan bahawa"Jiran sepakat membawa
berkat".
Intihanya , amalan bergotong-royong membawa faedah yang banyak . Dengan
mengamalkansemangat ini, bumi akan menjadi sebuah tempat yang lebih indah
dengan secara tidak langsung.Bak kata pepatah, ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni. Amalan ini tidak akan dilupai.Sebagai penutup wacana, amalan
gotong-royong merupakan tanggungjawab yang penting bagisetiap orang untuk
mewujudkan kualiti kehidupan yang optimum. Marilah kita belajar amalan
yangbaik dan amalkannya dalam kehidupan harian. Bak kata pepatah, yang baik
dijadikan teladan,
yang buruk dijadikan sempadan

You might also like