You are on page 1of 2

HARI KANAK-KANAK SEDUNIA

Latar Belakang

Berdasarkan kepada fakta-fakta sedia ada, Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia yang
pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953
dan diiktirafkan oleh UNICEF (United Nations Children's Fund) pada tahun 1954 dan
hanya pada 20 November 1959 PBB telah mengistiharkan Hari Kanak-Kanak SeDunia
dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun.

Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober
1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB
mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman
dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.

Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk


menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Namun
begitu tahun 1995 menyaksikan tugas-tugas penganjuran ini telah diambil alih oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).

Objektif Sambutan

Sambuatn Hari Kanak-Kanak SeDunia sebagai satu acara penghormatan dan


pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan
acara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat
keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa
depan kanak-kanak di Malaysia.

Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut tiap-tiap tahun pada mana-mana hari Sabtu
dalam bulan Oktober
Lagu Tema Hari Kanak-Kanak Sedunia

di dunia ini
kau berikan kami
pengertian, perlindungan
tidak kenal bangsa atau rupa
semua tidak berbeza

dipersada kini
kau teguhkan kini
perpaduan, kedamaian
kami tersenyum, kami gembira
hilang duka dan derita

curahkan belaian mesra


berikan kami pendidikan mulia
ada rasa cinta
sesama insan serata dunia
berilah sinar harapan
bimbinglah kami semua
dunia pasti aman
dengan kasih sayang

Yang Maha Kuasa


restuilah hamba
ketenangan, keyakinan
tabah menjalani perjuangan
dengan penuh keazaman

Kenangan
Album Kenangan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan 2004

You might also like