You are on page 1of 35

SKP 2101: Kenegaraan Malaysia

BINCANGKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI


BAHASA PERPADUAN DI MALAYSIA.
JELASKAN PANDANGAN KUMPULAN ANDA
SELEPAS MENGANALISA FAKTA BERKENAAN.

DISEDIAKAN OLEH:
NUR WAHEDA BINTI SAMSUDDIN (X TAHU LAR)
SITI NORSALEHAH BINTI YUNOS (154302)
MASTURA BINTI MOHD SAMADI (154690)
MENDAULATKAN
MARTABAT BANGSA
Adat bersaudara,
Saudara dipertahankan;
Adat berkampung,
Kampung dijaga;
Adat berbangsa,
Perpaduan bangsa
diutamakan.
Pengenalan dan Sejarah
Perkembangan Bahasa Melayu
Bahasa amat penting sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian
manusia.

Penggunaan bahasa membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama


lain, iaitu segala maklumat yang ingin disampaikan boleh difahami oleh kedua-
dua pihak.

Dalam aktiviti berbahasa, penutur bukan sahaja perlu menggunakan bahasa


yang betul daripada sudut tatabahasa tetapi perlu menggunakan bahasa yang
dapat diterima oleh pendengar.

Maka, penggunaan bahasa yang mudah difahami ramai akan menyebabkan


segala yang diperkatakan akan difahami oleh orang lain.
Di Malaysia, bahasa yang menjadi pengantar utama dalam kalangan
masyarakat ialah Bahasa Melayu yang tergolong dalam rumpun bahasa
Austronesia.
Bahasa Melayu ini berkembang secara bertahap-tahap, iaitu dari satu
zaman ke satu zaman.
Perkembangan ini terbahagi kepada tiga tahap utama, iaitu:
1. Bahasa Melayu kuno.
2. Bahasa Melayu klasik.
3. Bahasa Melayu moden.
Bahasa Melayu kuno
digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya.
Pada waktu itu, bahasa ini telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran
kerana sifatnya yang sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.

Bahasa Melayu klasik


Bahasa ini bermula pada abad ke-13 semasa bermulanya zaman peralihan di
Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini.
Kegemilangan bahasa ini boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu
zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-
Riau.
Bahasa Melayu ini telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta
mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan jawi.
Pada masa ini juga banyak penyelidikan dan catatan telah dibuat mengenai Bahasa
Melayu seperti berikut:

1. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia
antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah
Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap
sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

2. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa
Belanda yang banyak menulis mengenai wilayah Kepulauan Melayu, telah
menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :

“Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut,
tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri
Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”
 Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas
penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan
raja-raja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :

a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)


b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)
c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)
(Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London)
(http://bmstpm.blogspot.com/2008/11/sejarah-perkembangan-dan-asal-
usul.html)
Bahasa Melayu moden

Seterusnya, Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19 melalui hasil

karangan Munsyi Abdullah kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan

bentuk Bahasa Melayu klasik.

Bahasa Melayu yang digunakan pada masa ini ialah Bahasa Melayu moden yang

menggunakan tulisan rumi.

Wujudnya laporan Razak 1956:

satu sukatan pelajaran yang sama.


bahasa Melayu dijadikan matapelajaran wajib.
balai pustaka (Dewan Bahasa dan Pustaka) telah ditubuhkan setelah mendapat

persetujuan pada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3.


Berikut merupakan peranan Bahasa Melayu moden selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan:

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Bahasa Melayu sebagai


Bahasa Kebangsaan yang menyebut bahawa:
“Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis
dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang
Parlimen”.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah


bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan,
persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun).
Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa
Perpaduan

Definisi Bahasa Perpaduan


Fungsi Bahasa Perpaduan

Bahasa Sebagai Asas Pembinaan Negara


dan Kebudayaan Masyarakat
Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan

Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah


penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa.
Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara beraulat.
Di Malaysia ini, terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India
serta kaum-kaum minoriti lain iaitu kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk
yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini.
Oleh sebab itulah Bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti
penduduk.
Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa
utama dalam konteks hubungan antara kaum.
Bagi merealisasikan peranan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan
agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran
1957.
Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk
meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang
berbilang kaum.
Definisi Bahasa Perpaduan

Definisi bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi


menyatupadukan antara satu kaum dengan kaum yang lain

Fungsi Bahasa Perpaduan


Peranan bahasa sebagai alat menyatupadukan bangsa tidak dapat dipertikaikan

lagi.

Bahasa Melayu menjadi bahasa pergaulan atau bahasa perhubungan di

antara suku-suku bangsa diseluruh nusantara sejak sekian lama.

Bahasa Melayu bukan setakat digunakan sebagai lingua franca malah bahasa

yang menimba ilmu pengetahuan tinggi sejajar dengan bahasa-bahasa lain

didunia.
Perlembagaan meletakkan asas yang penting bagi Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi negara yang bukan sahaja digunakan sebagai
bahasa perpaduan rakyat tetapi juga dipakai dalam urusan rasmi negara.

Pejuang-pejuang bahasa di negara kita telah berusaha mempertahankan


bahasa ibunda ini sebagai bahasa perpaduan kerana Bahasa Melayu
adalah bahasa yang dapat dijadikan alat menyatupadukan fikiran, usaha
dan fahaman dalam memperjuangkan kepentingan-kepentingan negara
yang sedang giat membangun.
Bahasa Sebagai Asas Pembinaan Negara Dan
Masyarakat
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan
Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara.
Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara.
Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1).
Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat
yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan.
Bahasa Melayu pula boleh difahami oleh setiap kaum.
Sememangnya peruntukan ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang
Melayu yang memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya.
Oleh yang demikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai
asas yang kukuh untuk membina sebuah negara.
Bagaimana Bahasa Melayu Menjadi Asas
Kepada Perpaduan Di Malaysia

1) Penukaran Bahasa Melayu kepada


Bahasa Malaysia.
2) Penggunaan Bahasa Melayu untuk
membentuk negara bangsa.
3) Bahasa Melayu menjadi ukuran
perpaduan kaum.
1) Penukaran Bahasa Melayu Kepada Bahasa
Malaysia:
Keputusan kerajaan mengubah penggunaan istilah bahasa Melayu kepada bahasa
Malaysia merupakan pengorbanan terbesar kaum Melayu untuk perpaduan di negara
ini.

Terlalu sukar untuk sesebuah bangsa atau etnik menukar jati diri mereka. Apa lagi bila
ia berkaitan dengan struktur sosial dan legitimasi kelompok yang diwarisi sejak
berzaman.

Namun, itulah hakikatnya. Kesediaan orang Melayu atas rasa kesepakatan bahawa
Bahasa Malaysia adalah milik seluruh rakyat.

“pengorbanan kaum Melayu ini harus disambut dengan azam yang baru oleh kaum-
kaum lain dan isu penukaran ini tidak perlu dipolemikkan kerana ia adalah keikhlasan
untuk perpaduan” kata Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan
Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Teo Kok Seong.
2)Penggunaan Bahasa Melayu untuk membentuk
negara bangsa
Dalam konteks ini, selepas Malaysia terbentuk, maka pengisian seterusnya dari dimensi

kebahasaan adalah untuk mewujudkan negara bangsa Malaysia daripada pelbagai

keturunan, yang disatupadukan oleh sebuah bahasa sepunya, yang ikut berfungsinya

sebagai bahasa perpaduan.

Gagasan Bahasa Melayu dalam kapasitinya sebagai bahasa kebangsaan, yang

bertindak sebagai bahasa perpaduan, tidak boleh dipandang sepi oleh mana-mana pihak,

lebih-lebih lagi dalam merealisasikan perpaduan kaum.

Identiti nasional yang utuh, melalui penggunaan Bahasa Kebangsaan, pasti adalah satu

petanda yang baik untuk kemajuan Malaysia dari pelbagai dimensi.

Antara yang terpenting ialah khazanah budaya bahasa ini telah tersimpul dengan kuat

melalui satu ikatan dalam formula ‘kebudayaan kebangsaan’, telah menjadi amalan

setiap warga negaranya.


3) Bahasa Melayu menjadi ukuran perpaduan
kaum:

Semua kaum di Malaysia perlu menganggap Bahasa Melayu lebih daripada


sebuah lingua franca (bahasa rutin) apabila berurusan antara satu sama lain.
Bahasa Melayu perlu dituturkan jauh lebih tinggi daripada lingua franca untuk
memberi maruah yang sepadan sebagai bahasa kebangsaan.
Bahasa Melayu (bahasa kebangsaan) mewakili setiap warga negaranya.

Aneh jika terdapat seorang warga Malaysia terutamanya dalam kalangan anak
muda yang tidak boleh Berbahasa Melayu langsung dan tidak menguasainya
dengan baik selepas lebih setengah abad Negara Malaysia dibina.
FAKTOR KEMEROSOTAN
BAHASA MELAYU SEBAGAI
BAHASA PERPADUAN

1) Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan


Matematik Dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI)
2) Masalah Globalisasi
3) Masalah Pencemaran Bahasa
1. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

PPSMI dalam jangka panjang boleh melupuskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa

Kebangsaan dan akan menyekat perpaduan selama ini.

Kajian ilmiah di peringkat sarjana dan kajian institusi serta individu tertentu menunjukkan

bahawa perlaksanaan dasar PPSMI menunjukkan implikasi negatif yang cukup dirasakan

oleh anak-anak di luar bandar yang mejoritinya orang melayu atas sebab gangguan dalam

penguasaan ilmu sains dan matematik dalam bahasa asing.

Menurut Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sempena Seminar Bahasa Kebangsaan dan Masyarakat

Cina pada 8 Jun 2009, beliau menyatakan bahawa PPSMI tidak signifakan bagi tujuan

mempelajari Bahasa Inggeris atau memperoleh ilmu tersebut. Sebaliknya Bahasa Inggeris

itu seharusnya di pelajari dalam subjek bahasa dan bukannya dalam sains dan matematik.

Dengan itu, bahasa melayu ini masih lagi wajar digunakan dalam subjek sains dan

matematik.
Tatkala negara maju lain sedang berusaha memartabatkan bahasa masing- masing, kita menemukan
formula songsang untuk memertabatkan bahasa kita sendiri.
Pengunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik merupakan persoalan besar yang melanda
peradaban Melayu.
Bukti pengunaan Bahasa Melayu ini masih lagi sesuai digunakan dalam subjek matematik dan sains
adalah:

Bapa kepada Adi Putra pernah menyatakan di dalam media, suatu ketika dia menitiskan air mata
kerana sedih Bahasa Melayu diabaikan dalam pelajaran Sains dan Matematik.
Adi Putra, manusia genius berumur enam tahun meneggemparkan negara apabila mampu untuk
menghasilkan formula dan menyelesaikan masalah matematik diperingkat universiti.
Bapanya mengatakan, Adi Putra menguasai matematik di peringkat muda itu bermula dengan belajar
matematik dalam Bahasa Melayu, kemudian barulah sahaja Adi Putra belajar melalui Bahasa
Inggeris.
Kini, terbukti Bahasa Melayu masih lagi perkasa untuk memperdaya akal Adi Putra untuk
memahami matematik.
2. masalah globalisasi

Globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil daripada
segi perhubungan manusia disebabkan perkembangan teknologi maklumat.
Kemajuan arus teknologi telah membawa kepada kewujudan penggunaan bahasa asing yang
membatasi penggunaan Bahasa Melayu.
Kewujudan penggunaan bahasa asing perlu dikuasai kerana keperluan komunikasi antarabangsa.
Akan tetapi Bahasa Melayu tidak kurang pentingnya kerana bahasa ini bukan sekadar sistem
linguistiknya semata-mata malah perlu diperkukuh atau diperkasa di peringkat nasional.
Dilema globalisasi harus ditafsirkan dengan bijak agar kita tidak terperangkap dan Malaysia
kehilangan khazanah bahasanya yang sangat berharga itu.
Masalah globalisasi yang melanda dunia tidak seharusnya dijadikan alasan oleh sesetengah pihak
terhadap pengabaian penggunaan Bahasa Melayu kerana mereka mengangap Bahasa Melayu
tidak lagi kompetitif untuk digunakan sebagai bahasa di peringkat global.
2. Masalah pencemaran bahasa

Budaya asing yang meresap masuk ke negara kita seperti budaya hip-hop yang semakin
popular dalam kalangan remaja di Malaysia membawa kepada pencemaran bahasa kerana
penciptaan lirik lagu menggunakan bahasa pasar.

Para pendengar lagu ini akan terbawa-bawa gaya tersebut dalam percakapan seharian
walaupun gaya ini dianggap sebagai bahasa seni dalam genre hip-hop tersebut.

Bahasa yang biasa digunakan di media massa seperti radio, televisyen atau akhbar sering
menjadi ikutan pengguna bahasa misalnya drama-drama atau rancangan yang kebanyakkannya
meggunakan bahasa rojak seperti percampuran antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.

Perkara-perkara seperti ini akan membawa kepada berlakunya pencemaran Bahasa Melayu
kerana orang ramai akan mudah terpengaruh dengan bahasa yang digunakan di media.

Pada akhirnya terdapat generasi hari ini mengabaikan pengunaan Bahasa Melayu yang betul
dan persoalan yang timbul adalah bagaimana perpaduan akan dicapai sekiranya mereka tidak
dapat berkomunikasi dengan kaum lain menggunakan bahasa Melayu yang betul.
KESAN KEMEROSOTAN
BAHASA MELAYU SEBAGAI
BAHASA PERPADUAN
1) Kesan Perlaksanaan PPSMI Terhadap
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa
Perpaduan
2) Kesan Globalisasi Terhadap Bahasa
Melayu
3) Kesan Pencemaran Bahasa Terhadap
Kedaulatan Bahasa Melayu
 Kesan Perlaksanaan PPSMI Terhadap Bahasa Melayu Sebagai
Bahasa Perpaduan

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa

Inggeris (PPSMI) mulai tahun 2003. Dengan pelaksanaan dasar ‘bidang terjun’ yang diperkenalkan, maka

kedudukan Bahasa Melayu yang sudah lemah bagaikan dipukul jatuh.

Kesan perlaksanaan PPSMI adalah dari segi :

keterhakisan martabat Bahasa Melayu cukup dalam.

Keyakinan rakyat secara keseluruhannya terhadap bahasa kebangsaan ini boleh dikatakan luntur sama sekali.

Malahan, penubuhan Jawatankuasa Memperkasa Bahasa Kebangsaan pada tahun 2006 yang dipengerusikan

bersama oleh Menteri Pelajaran, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, dan Menteri Penerangan

gagal memulihkan martabat dan kedaulatan Bahasa Melayu.

Sekian lamanya sebilangan nasionalis bahasa bersatu-padu bersama-sama golongan pendidikan Cina dan

India berjuang tanpa mengenal rasa putus asa, akhirnya kerajaan bersetuju memansuhkan pelaksanaan

PPSMI bermula pada tahun 2012.


 Kesan globalisasi terhadap bahasa melayu

Atas desakan globalisasi, wujudnya dua aliran pendidikan diperingkat tinggi iaitu
aliran Melayu dan aliran Inggeris telah pun berlaku pada hari ini dimana kebanyakkan
universiti awam di negara ini telah mengambil pendekatan menggunakan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajian jurusan sains.
Sektor-sektor swasta di negara ini juga lebih menitikberatkan penguasaan Bahasa
Inggeris berbanding Bahasa Melayu. Kononnya Bahasa Melayu ini tidak kompetitif
dalam menjadikan Malaysia maju pada masa mendatang.
Dengan mengambil contoh negara Jepun yang bangga dengan bahasanya sendiri dan
menggunkan bahasanya untuk menjadi bangsa yang maju. Korea adalah salah satu
contoh yang sama perihalnya dengan Jepun.
Kita teliti pula negara-negara yang menggunakan bahasa selain bahasa
ibundanya, Filipina contohnya, tidak berjaya untuk menjadi negara maju
walaupun bahasa pengantarnya Bahasa Inggeris.
Perkara yang sama turut berlaku di India, walaupun India sekarang menjadi
gerbang teknologi maklumat tetapi teknologi yang digunakan adalah teknologi
yang dibawa dari Amerika Syarikat dan masih ramai lagi penduduknya
merupakan miskin tegar.
Tindakan kerajaan yang ingin menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan
pendidikan serantau telah mengakibatkan Bahasa Melayu dipinggirkan dan
kemungkinan besar dalam tempoh 10-15 tahun lagi Bahasa Melayu akan
menjadi sepertimana Tulisan Jawi dahulu.
 kesan pencemaran bahasa terhadap kedaulatan bahasa
melayu

Pencemaran bahasa yang semakin berleluasa ini sudah pasti akan memberikan kesan negatif
kepada bahasa itu sendiri.
Kesan yang paling ketara adalah menyebabkan mutu Bahasa Melayu baku sama ada lisan atau
tulisan merosot.
pencemaran bahasa juga menyebabkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan akan tergugat.
Penggunaan bahasa rojak seperti percampuran Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam
perbualan harian secara tidak langsung telah menggugat kedudukan Bahasa Melayu di negara ini.
Hal ini kerana, penggunaan bahasa rojak yang melibatkan bahasa Inggeris dalam perbualan
dianggap satu standard yang tinggi dalam kalangan masyarakat.
Pencemaran bahasa ini akan menyebabkan kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang.
Jika generasi akan datang mengikut trend yang ada pada masa sekarang sudah tentu bahasa
tersebut akan menjadi sejarah pada suatu hari nanti kerana telah hilang identiti bahasa tersebut.
LANGKAH-LANGKAH PENGUKUHAN
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA
KEBANGSAAN DAN BAHASA PERPADUAN
• Isu perpaduan melalui Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan bukan lagi soal baru tetapi keterabaian
kedudukannya kini menuntut satu perubahan sikap dan
pendekatan baru.
• Perlaksanaan segera yang perlu dilakukan adalah:

1. Pengukuhan semula Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di


bawah konteks perpaduan
2. Kaji semula perlaksanaan PPSMI
3. Kaji peranan media cetak dan elektronik sebagai wahana aneka
program perpaduan dalam Bahasa Melayu
4. Penterjemahan karya-karya sastera dan teks ilmu dalam Bahasa
Melayu sebagai wadah perpaduan.
1. Pengukuhan Semula Bahasa Melayu Sebagai Bahasa
Ilmu Di Bawah Konteks Perpaduan

Bahasa Melayu pernah mencapai zaman keemasan antara 1970-an hingga awal 1990-an apabila bahasa

rasmi negara dimartabatkan bukan sahaja dalam bidang pentadbiran, bahkan juga dalam bidang

pendidikan dan undang-undang.

Perlu diketahui bahawa Bahasa Melayu ini adalah bahasa pengantar utama di dalam negara kita dan ia

juga memainkan peranan sebagai alat perpaduan antara semua kaum. Bahasa Melayu menjadi bahasa

kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan Malaysia.

Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan pada tahun 1961 syor/cadangan

dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan

Rahman Talib.

Pengunaan Bahasa Melayu perlulah diseragamkan penggunaannya di semua peringkat pendidikan agar

anak-anak muda lebih menghargai Bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa ilmu berbanding bahasa

asing.

Bahasa Melayu perlu dijaga maruahnya dan digunakan setiap masa dan ketika sebagai medium

penyebaran ilmu pengetahuan setanding dengan bahasa Inggeris.


2. Kaji semula perlaksanaan PPSMI

Pelaksanaan PPSMI ini telah mengubah bahasa pengantar daripada Bahasa Melayu kepada

Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik yang sama sekali bertentangan dengan

bahasa kebangsaan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan Bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar utama disekolah.

Dengan itu terbukti bahawa perlaksanaan PPSMI seharusnya dikaji semula bagi mengembalikan

keyakinan kita bahawa bahasa Melayu masih lagi wajar untuk digunakan dalam pelajaran Sains

dan Matamatik .

Perlaksanaan PPSMI bukanlah sebagai batu loncatan untuk mempelajari ilmu bahasa Inggeris

tetapi perlaksanaannya akan menyukarkan bukan sahaja bahasa Melayu tetepi juga bahasa-

bahasa ibunda lain untuk terus dipertahankan fungsinya dalam pendidikan.

Yang menjadi mangsa adalah pelajar sekolah yang sepatutnya boleh menguasai pelajaran Sains

dan Matamatik dengan mudah tetapi akibat yang berlaku adalah sebaliknya.

Pengunaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matamatik bukanlah perkara yang negatif tetapi

ancaman yang akan di terima oleh bahasa ibunda yang lain terutamanya bahasa Melayu

menyebabkan bahasa-bahasa ini sulit untuk berkembang.


3. Peranan Media Cetak dan Elektronik Sebagai Wahana
Aneka Program Perpaduan Dalam Bahasa Melayu

Bahasa Melayu perlu melalui program penerbitan akan lebih cepat berkembang maju sama ada melalui
media cetak atau elektronik.
Peranan radio dan televisyen sebagai wahana aneka program perpaduan yang menggunakan Bahasa
Melayu perlu dipertingkatkan.
Contohnya pelakon drama televisyen Melayu atau pembaca berita berbahasa Melayu yang melibatkan
penyertaan berbagai kaum.
Rancangan-rancangan tersebut memeberi peluang kepada kaum lain menceburi bidang penyiaran
Melayu dan sedikit-sebanyak membuatkan mereka untuk bertutur dalam bahasa Melayu ketika
menjalankan tugas mereka.
Surat khabar juga menjadi penghubung terpenting dalam mengeratkan perpaduan antara kaum di
Malaysia.
Media seharusnya berhati-hati ketika mengeluarkan isu-isu yang boleh membangkitkan kemarahan
sesetengah pihak terutamanya berkaitan isu bahasa melayu.
Mereka seharusnya sedar peranan media adalah penghubung kepada semua lapisan masyarakat dan
bukannya memecah-belahkan masyarakat melalui isu-isu sensitif yang tidak sewajarnya di paparkan.
4. Penterjemahan Karya-karya Sastera dan Teks Ilmu
Dalam Bahasa Melayu Sebagai Wadah Perpaduan.

Perjuangan melalui bahasa dan kesusasteraan yang dipelopori oleh pejuang-pejuang terdahulu
haruslah dijadikan ikhtibar.
Perjuangan Za’ba, Harun Aminurrashid, Keris Mas, dan Tongkat Waran dengan menubuhkan
Maktab Latihan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai
bahasa penghantar memperlihatkan bahawa ketinggian Bahasa Melayu itu masih lagi harus
diperjuangkan.
Banyak penulisan karya-karya sastera dalam Bahasa Melayu mengenai kelemahan dan kemunduran
adalah untuk membangkitkan kesedaran orang-orang Melayu yang ditindas ketika itu.
Pada 26 Ogos 1950, Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) ditubuhkan di Singapura untuk
mempertingkatkan kesusasteraan dan penggunaan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan untuk
mencapai kemerdekaan menjadi bukti bidang kesusasteraan ini dapat mempertingkatkan fungsi
bahasa melayu itu sebagai wadah perpaduan kaum.
Penterjemahan karya karya sastera dan teks ilmu seperti ditugaskan kepada (ITNM) Institut
Terjemahan Negara Malaysia atau peranan institusi lain sangat membantu untuk memupuk
perpaduan kaum yang lebih erat di samping meningkatkan ilmu pengetahuan.
KESIMPULAN
Perpaduan dijadikan matlamat utama negara bangsa Malaysia sejak dahulu. Tanpa
perpaduan, kemakmuran dan kedamaian boleh runtuh dengan mudah. Kekuatan
psikologi bangsa dan semangat patriotisme dapat dibangunkan melalui bahasa
kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Bahasa Melayu adalah bahasa kepunyaan
bersama. Walaupun negara kita terdiri daripada kaum yang berbilang bangsa dan
agama yang masing-masing mempunyai budaya dan bahasa yang tersendiri,akan
tetapi Bahasa Melayulah yang sememangnya menjadi satu bahasa yang
menyatupadukan semua golongan rakyat di Malaysia ini .(kalau rase nk tmbh pape
lagi tambahla.hihih…)

You might also like