You are on page 1of 5

KURSUS INDUKSI UMUM KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL SERTA SOKONGAN 1

BIL. 1/2011, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

TAJUK : PERINTAH AM / PERINTAH PEGAWAI AWAM TUGASAN : INDIVIDU /KUMPULAN /

TABLE OF CONTENT

Section Description Page

1.0 TAJUK SOALAN 1 2


2.0 JAWAPAN 2
3.0 TAJUK SOALAN 3 4
4.0 JAWAPAN SOALAN 3 4
5.0 RUJUKAN 5
KURSUS INDUKSI UMUM KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL SERTA SOKONGAN 1
BIL. 1/2011, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

TAJUK : PERINTAH AM / PERINTAH PEGAWAI AWAM TUGASAN INDIVIDUAL : 1

1.0 TAJUK SOALAN 1


Apakah kesan yang berlaku sekiranya seseorang pegawai itu dikenakan
pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda?

2.0 JAWAPAN
Seseorang pegawai boleh dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan
berdenda ini jika beliau tidak memenuhi satu daripada syarat pengesahan
dalam perkhidmatan [2][3] seperti yang dinyatakan di bawah dalam tempoh
percubaan tanpa sebab-sebab yang munasabah mengikut pertimbangan dari
pihak berkuasa melantik iaitu suruhanjaya.

1. Hadir dengan jayanya kursus induksi khusus dan umum yang


ditetapkan;

2. Lulus peperiksaan perkhidmatan dan jabatan, jika ada;

3. Diperaku oleh Ketua Jabatan.

Seseorang pegawai itu juga boleh diberikan lanjutan tempoh percubaan, jika
beliau telah memenuhi syarat pengesahan tetapi pernah atau sedang
dikenakan tindakan tatatertib.

Seseorang pegawai di sini merujuk kepada semua kategori pegawai yang


sedang berkhidmat yang dilantik oleh suruhanjaya (iaitu pihak berkuasa
melantik) secara tetap, sementara atau kontrak.

Terdapat tiga kesan daripada pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda


[1] jika dikenakan kepada seseorang pegawai iaitu;

a. Hilang kekananannya bagi suatu tempoh yang sama dengan tempoh


pelanjutan itu

b. Tidak layak mendapat apa-apa pergerakan gaji tahunan semasa tempoh


pelanjutan percubaannya dengan denda. (Juga tiada penyelarasan gaji
boleh dituntut selepas sah jawatan bagi tempoh pelanjutan percubaan
yang telah dilalui.)

c. Diubah tarikh pergerakan gajinya mengikut tarikh pengesahannya


berkuat kuasa

CONTOH
2 of 5 Pages
KURSUS INDUKSI UMUM KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL SERTA SOKONGAN 1
BIL. 1/2011, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

TAJUK : PERINTAH AM / PERINTAH PEGAWAI AWAM TUGASAN INDIVIDUAL : 1

Hairul merupakan Pegawai Latihan Vokasional, J41 dengan tangga gaji


pertamanya P1T1, secara tetap telah melapor diri untuk jawatan ini pada 25
Februari 2008. Maka tempoh percubaan yang dibenarkan adalah sehingga 25
Februari 2011. Namun demikian, beliau tidak dapat disahkan lantikan
perkhidmatannya kerana tidak menghadirkan diri ke peperiksaan yang
disyaratkan sebagai syarat pengesahan untuk jawatan ini.

Ketua jabatan Hairul telah mengemukakan permohonan pelanjutan tempoh


percubaan kepada Suruhanjayadalam tempoh tiga bulan selepas tamat tempoh
percubaannya iaitu sebelum 25 Mei 2011. Suruhanjaya telah meluluskan
permohonan Hairul pada 15 Jun 2011 untuk melanjutkan tempoh percubaan
selama setahun dengan denda.

Hairul telah berjaya memenuhi syarat pengesahan perkhidmatannya pada 15


Mei 2012.

Maka implikasi yang dihadapi oleh Hairul di sepanjang tempoh pelanjutan


tempoh percubaannya ialah

a. Hairul tidak layak untuk dinaikkan pangkat walaupun beliau telah sah
jawatan dan lulus PTK pada tahun 2012 kerana beliau telah hilang
kekananannya bagi suatu tempoh yang sama dengan tempoh
pelanjutan itu. Hairul hanya layak dinaikkan pangkat selepas 15 April
2013.

b. Hairul tidak layak untuk memperolehi pergerakan gaji T4 iaitu untuk


tahun 2012 kerana beliau tidak layak mendapat apa-apa pergerakan gaji
tahunan semasa tempoh pelanjutan percubaannya dengan denda.
Sehubungan itu, beliau juga tidak dibenarkan membuat tuntutan
penyelarasan gaji setelah disahkan lantikan perkhidmatannya untuk
sepanjang pelanjutan tempoh percubaannya iaitu dari 15 jun 2011
sehingga 4 Mei 2012.

c. Oleh kerana Hairul telah disahkan pelantikan perkhidmatannya pada 15


Mei 2012, maka pergerakan gajinya untuk T4 bermula pada bulan
April 2013 bukannya Januari lagi kerana tarikh pergerakan gajinya
telah diubah mengikut tarikh pengesahannya berkuat kuasa.

3.0 TAJUK SOALAN 3


Nyatakan definasi perkara – perkara berikut mengikut Perintah Am Bab C

3 of 5 Pages
KURSUS INDUKSI UMUM KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL SERTA SOKONGAN 1
BIL. 1/2011, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

TAJUK : PERINTAH AM / PERINTAH PEGAWAI AWAM TUGASAN INDIVIDUAL : 1

i) Cuti

ii) Cuti Sakit

4.0 JAWAPAN SOALAN 3


i) Cuti boleh didefinasikan sebarang tempoh seseorang pegawai itu
dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan itu tidak dikira
sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti bekerja [4].

Cuti adalah satu keistimewaan atau kemudahan yang diberikan oleh


Kerajaan kepada anggota Perkhidmatan Awam.

Tujuan kemudahan ini adalah untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan


perkhidmatan seseorang pegawai Perkhidmatan Awam dan juga untuk
menyelesaikan kepentingan/masalah peribadi [5]

Cuti boleh dikategorikan kepada lima iaitu

1. Cuti kerana perkhidmatan [6]

2. Cuti atas sebab kesihatan/perubatan [7]

3. Cuti menunaikan haji [8]

4. Cuti kerana berkursus [9]

5. Cuti tanpa rekod [10]

Kuasa meluluskan cuti adalah dibawah Kuasa Ketua Jabatan [11].

ii) Cuti Sakit bermakna cuti bergaji penuh yang diberikan kerana sebab-
sebab perubatan dan dengan mengemukakan Sijil Sakit dari seorang
pegawai perubatan Kerajaan atau lain-lain doktor yang diterima dan
diberikan bagi sakit atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh
[12].

Cuti sakit ini berada dalam kategori 2, iaitu cuti atas kesihatan/perubatan
[7].

Seseorang Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti sakit tidak melebihi 90


hari pada satu-satu masa atau 90 hari dalam satu-satu tahun. Sebarang
cuti yang diperlukan lebih daripada ini hendaklah diluluskan oleh Kuasa
Tertentu yang boleh memberi tidak lebih daripada 90 hari lagi cuti sakit
[13]. Sekiranya seseorang pegawai itu masih disahkan tidak sihat
setelah menghabiskan cuti-cuti di atas, maka Ketua Jabatannya boleh
memberi dia apa-apa cuti rehat yangmasih ada lagi untuknya [14].

4 of 5 Pages
KURSUS INDUKSI UMUM KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL SERTA SOKONGAN 1
BIL. 1/2011, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

TAJUK : PERINTAH AM / PERINTAH PEGAWAI AWAM TUGASAN INDIVIDUAL : 1

5.0 RUJUKAN
[1] Perintah 30 (a), (b) dan (c) PPPA (PKPP) 2010

[2] Skim Perkhidmatan (Lamp B PP 4/02)

[3] Perintah 27 (1) PPPA (PKPP) 2010

[4] Perintah 1 (i), PPPA (PKPP) 2011

[5] Perintah 2, PPPA (PKPP) 2011

[6] Perintah 6 hingga 14, PPPA (PKPP) 2011

[7] Perintah 15 hingga 33, PPPA (PKPP) 2011

[8] Perintah 34 dan 35, PPPA (PKPP) 2011

[9] Perintah 36 hingga 38, PPPA (PKPP) 2011

[10] Perintah 39 hingga 47, PPPA (PKPP) 2011

[11] Perintah 5(a), PPPA (PKPP) 2011

[12] Perintah 1 (iii), PPPA (PKPP) 2011

[13] Perintah 17(a), PPPA (PKPP) 2011

[14] Perintah 17(b), PPPA (PKPP) 2011

5 of 5 Pages

You might also like